Hikayat Rawatan... Wali Air; Panglimun Hj. Taslim.. Intro


Hikayat Rawatan...
Wali Air; Panglimun Hj. Taslim.. Intro

********************************

Sudah acap kali Pak Halim Badar mundar-mandir ke hulu dan hilir tengah Gunung Tebu itu. Sesekali dia menguis tanah, ada juga membelek dedaunan gugur di lantai tanah.

Ambo dan Abg Nar berpandangan sama sendiri. Jerih juga meneka apa yang Pak Halim lakukan. Tujuan apa? Kenapa?

Sudah la malam, bukan waktu bulan terang pulak tu. Kalau tak ada bekal lampu, memang gelap gelita sungguh.

Tak semena-mena bau bangkai menusuk hidung. Rasa nak muntah Allah saja yang tahu.

Terus, Pak Halim Badar menikam tongkatnya ke tanah. Di leret tikaman tanah itu menjadi garisan bulat di luar kami duduk.

"Nampaknya malam ini bukan malam mudah. Mulakan amalan Pelindung. Lihat saja apa jadi lepas ni. Jangan sesekali menyampuk," pesan Pak Halim Badar.

Kami berdua mengangguk faham.

Bau bangkai semakin kuat. Makin menyeramkan bila dengar pula anjing bersahutan. Panjang lolongan anjing menaikkan lagi bulu roma mereka yang mendengarnya.

"mu wak gapo masuk tanah aku nih...?!", tiba-tiba terdengar suara garau lelaki menengking kami.

"Ambo dengan anak buah ni lalu jah.. Takkan lalu pun salah..?", tenang Pak Halim Badar menjawab.

"Kalau benar, tunjukanlah diri tu. Pengecut jer yang bercakap selindung..."

Kemudian terdengar bunyi ranting kayu patah di pijak. Detap-detup langkah memijak tanah semakin kuat. Begitu juga dengan bau bangkai dan lolongan anjing tadi.

"Allah....!"Ambo melompat, terkejut melihat seorang lelaki berseluar pendek muncul di balik rimbunan pokok ketapang. Kelihatan lelaki botak itu lompong kulit pipinya hingga menampakkan tulang muka. Beberapa ulat mayat kelihatan jatuh di bahunya. Memang hodoh rupanya..

Pak Halim Badar menghunus tongkat..

"Hey badi hutan.. Bersambung.... Part 1

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.