Perhatian Kepada Bakal Pembeli Buku

Assalamualaikum...

Saya minta maaf jika ada kelewetan menghantar buku setelah anda bank-in duit di bank.
Namun begitu, saya meminta jasa baik pihak tuan agar telefon dahulu sebelum bank-in duit di bank.

Dalam masa yang amat sibuk sekarang ini, saya tak sempat nak buka internet.Kadang-kadang saya berada di luar daerah..

So,

step 1: Call dulu tanya stok
step 2: BANK-IN DUIT
step 3: maklum setelah masukkan duit dan sms maklumat penghantaran

* Ada hamba Allah tu tak kasi no phone.Tak tau la sampai ke tidak.

Rawatan Perubatan Islam Di Port Dickson

Tahniah diucapkan kepada peserta Seminar Perubatan Islam di Port Dikson.
Semoga ilmu yang anda perolehi digunakan untuk tujuan kebaikan dan dijalan Allah S.W.T





Seminar Rawatan Islam

Assalamualaikum.

Untuk maklumat peminat seminar rawatan Islam bersama RIDAM, sila telefon segera consultant CMTC (lihat iklan topik).

Pihak consultant RIDAM hanya akan meneruskan program seminar jika permintaan kursus melebihi 70 peserta.

Pihak consultant RIDAM menggalakkan peserta mendaftar dahulu melalui 'call' untuk pengesahan jumlah peserta.

Jika syarat peserta kurang dari 70 orang, Seminar Perubatan Islam bersama RIDAM akan terbatal serta merta dan akan dilanjutkan pada tarikh yang lain.

Harap maklum.

Belajar Mata Batin? Wajarkah?

Assalamualaikum W.B.T

Saya terpanggil untuk membicarakan topik panas ini ekoran terdapat pelbagai pendapat di luar sana yang ingin mengetahui dan ada yang memberi komen terlampau tanpa mengetahui apa isi kandungan mempelajari Teknik Membuka Mata Batin..

Ada juga pemanggil dari Utara tanahair yang memberi komen dari gurunya berkenaan ’mata batin’ dan katanya ia hanya untuk para wali Allah. Pelbagai persoalan timbul samada ia sah dari segi syarak dan adakah wajib mempelajarinya?

Banyak lagi persoalan dan komen yang ditanyakan dalam blog RIDAM hinggakan ada yang bertanya seperti berikut:

”Ustaz...Kalau bukak mata batin kita, semua hantu kita nampak ke? Kalau nampak, setiap masa ker? Saya takutlah kalau nampak selalu.....”.

Saya tersenyum sendiri bila membaca soalan di atas. Panas sangat ke topik ni? Gerun sangat ke orang nak belajar teknik ni?

Berat...berat....Seminar tak start lagi dah ada orang fikir dan tanya bukan-bukan...
Tapi bila saya renung kembali, mereka yang bertanya diluar sana tak salah..Memang hak mereka untuk bertanya agar mereka tidak memasuki jurang mensyirikkan Allah.

Betul! Hak bertanya ada pada semua orang...Kenapa harus disalahkan mereka? Kenapa tak jawab sajer?

So...ni nak jawab la ni.. Ready yer... :D

Teknik Membuka Mata Batin yang akan di ajar oleh RIDAM adalah satu ikhtiar untuk penyelesaian perawat membantu mengubati penyakit mistik.

Teknik ini bukanlah teknik batin yang lain seperti keupayaan senibeladiri atau berubat tanpa belajar. Teknik ini HANYA DIKHASKAN UNTUK PERUBATAN ISLAM iaitu:-

1.Keupayaan mengesan jin di badan pesakit
2.Keupayaan mengesan jin di kediaman
3.Keupayaan mengesan barang sihir
4.Keupayaan berubat jarak jauh
5.Keupayaan protection dari ancaman sihir
6.Keupayaan menundukkan jin atau ahli sihir yang menyerang secara senyap

Setiap keupayaaan di atas hanyalah dengan keizinan Allah S.W.T sahaja. RIDAM tidak menjanjikan keberkesanannya. Namun begitu, teknik yang diajar adalah sebagai cabang ikhtiar untuk mendapatnya..Macam adab la...Nak berdoa kan ada caranya? Nak makan, nak solat, nak kahwin, nak tidur dan macam-macam lagi nak nak nak kan ada tertibnya.Begitu juga dengan teknik ni.

Soalan: Dari segi hukum pulak macam mana?

Adus...saya akui bahawa saya bukanlah arif dalam pengertian dalil tentang kaedah mempelajari teknik membuka mata batin ni. Secara jujur, dalam Islam memang tak ada ajar teknik ni. Tapi adakah salah kalau belajar?

Jawapan ini boleh juga saya terbalikkan dengan persoalan berikut:-

1) Dalam Quran tak ada ajar teknik merukyah....Dah tu, ramai muallij guna ayat quran dengan teknik tertentu untuk merawat tak apa ker? Contohnya mcm merawat santau, susuk, saka, sihir dan lain.....Boleh ker?

2)Dalam Quran tak ada ajar teknik merawat penyakit klinikal kecuali dengan madu dan beberapa bahan herba. Dah tu....ramai perawat Islam guna serai wangi, getah betik, rumput sembau dan beberapa herba lain tak apa ker?

3)Dalam Quran tak ada ajar teknik pagar rumah. Dahtu orang dok guna teknik pagar rumah tu tak apa ker?

Hah!..Mcm mana nak jawab...Kalau boleh jawab..silakan jawab...

Pada saya, jawapan yang akan dijawab berkenaan soalan di atas akan mengandungi isi kandungan berikut:-

1)Memanglah Quran tak ajar, tapikan Quran itu mukjizat.Quran kan diturunkan sebagai syifa’.Gunalah kandungannya untuk rawatan asalkan ianya tak mensyirikkan Allah dan tidak menggunakan jin serta tahu batas syarak. Boleh...tak mengapa.

2)Memanglah Quran tak ajar,tapikan Allah ciptakan tumbuhan herba tu untuk apa kalau bukan untuk kebaikan manusia.Tak salah kalau guna asalkan ia halal dan tidak memberi mudharat.

3)Teknik pagar rumah itukan ikhtiar. Yang penting minta dengan Allah..Bukan dengan jin. Kan Rasullah pernah guna teknik pagar bila rumah baginda dikepung kafir Quraish.Baginda kan guna Yasin:9 dan ditiup pada pasir kemudian dilempar ke arah musuh menyebabkan musuh tidak sedar bahawa baginda sebenarnya telah keluar dari rumahnya.So...pagar la rumah tu dengan ayat Al-Quran dengan memohon keizinan Allah..Boleh..tak mengapa..

Macam mana sekarang? Ada hujah lain?

Begitu juga lah dengan teknik mata batin yang akan di ajar nanti. RIDAM menggunakan pendekatan penggunaan Al-Quran dalam mencapai objektif Membuka Mata Batin agar ianya mudah digunakan dalam penyelesaian merawat pesakit. Semuanya dengan kehendak Allah S.W.T

Tak paham juga?
Begini...Sekiranya anda bertemu perawat Islam, tok bomoh, dukun atau sesiapa yang berubat, tidakkah anda pelik bagaimana dia dapat mengesan barang sihir tertanam, mengetahui jenis jin dalam badan pesakit, punca sakit dan seumpamanya?

Baiklah, kita tolak dulu kes bomoh penipu...Kita refer pulak pada perawat Islam yang glamour dan bertaraf seperti ada pangkat Datuk, Prof.,Ustaz, Motivator... Mereka boleh tahu tentang pertanyaan saya di atas...Mcm mana?

Heheheheeheh...Ni yang nak kasi bukak skit fikiran tu...

Keupayaan di atas ada 2 iaitu:
a. Gifted (anugerah)
b. Belajar (hasilnya dengan keizinan Allah)

Yang jenis gifted ni, diorang sendiri pun payah nak cerita sbb diorang nampak gambaran yang diberi Allah. Kadangkala diorang tak mintak pun...Tapi dapat lihat gambaran dan ianya turut membantu dalam proses rawatan.

Yang belajar ni la yang RIDAM nak ajar. Insyaallah, dengan garis panduan tertentu, keupayaan teknik mata batin ni banyak manafaatnya.

Soalan lagi: Nampak hantu ke ustaz kalau bukak mata batin?

Heheheh.....Hantu? Saya tidak pernah berjanji demikian...Kalau nampak, itu sebenarnya memudahkan kerana jenis hantu yang mengganggu, maka lain cara rawatannya.

Tujuan utama hanyalah untuk kemudahan scanning penyakit.Nampak hantu ni hanyalah dalam jelmaan jin.Rupa sebenar jin mana kita tahu...Quran kan dah terang-terang beritahu bahawa manusia tak dapat lihat jin tapi jin dapat lihat manusia.

Namun begitu, ada pendapat ulama muktabar yang mengatakan bahawa ada beberapa kategori manusia dapat lihat jin iaitu:-

1.Pesakit sihir
2.Yang belajar ilmu pembuka
3.manusia yang terpilih

Jangan takut dengan HANTU...Sebenarnya, HANTU akan lebih takut kalau kita dapat lihat diorang...Mcm pencuri yang menyorok di rumah mangsa..Kalau orang nampak dia, tentulah lintang pukang larinya..

Kena pegang konsep BERANI DENGAN HANTU

Kitakan makhluk yang paling istimewa di muka bumi ni...Yakin akan keesaan Allah...Takut hanya pada Allah

So...marilah pakat-pakat belajar teknik membuka mata batin ni.. Keputusan di tangan anda... Sebenarnya, anda bertuah kerana diberi ruang untuk belajar teknik ni tanpa perlu bersusah-payah masuk ke ceruk kampung dan negara untuk belajar kaedah yang kian pupus ni...

Harap maklum.

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.