Pre-order buku Ilmu Hikmah Bani Jawi – Kuota Terhad

 

 


Cetakan Pertama

 *Pembeli dari Brunei dan Singapore yang berminat perlu hubungi ambo dulu ya. Ada cara untuk sampai ‘buku’ ni pada anda. boleh klik sini: http://wa.me/60129928646

 

Tarikh Pos kepada pembeli (Anggaran):  sebulan dari tarikh bayar

*Musim MCO ni kilang dah maklum awal-awal ada sedikit delay dalam produksi sebab kekurangan pekerja.

 

Intisari buku:

Klik link ni

http://darulmanzil.blogspot.com/2021/05/cetakan-pertama-buku-terbaru-ridam.html

 

Harga..?

Baca bawah ni dulu yer

 

*********************************

 

Assalamualaikum WBT..

Masa ambo open post untuk survey harga yang sesuai untuk jual buku ni, macam-macam pendapat yang diberi. Macam-macam harga yang ditawarkan. Ada RM250, Ada RM200, ada RM100, ada RM50 dan yang RM30 pun ada… Allahummasolli ‘ala Muhammad… Semoga Allah SWT banyakkan rezeki kalian.

 

Jika nak ikutkan ilmu dalam buku tu, cost nak dapatkan satu-satu ilmu tu memang kering air liur la kalau bayar gedebuk. Namun, pengumpulan ilmu dari orang-orang lama selama berbelas tahun tu berbaloi dengan apa yang yang dapat. Dengan keadaan ekonomi ambo masa tu sebagai student hingga lah dah berkeluarga. Duit transport, makan minum, hadiah guru, mahar ilmu dan macam-macam rintangan, dugaan, ujian dan segala jerih payah, semua tu menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan dalam hidup. Pengalaman tak dapat dibeli….

 

Ambo sekarang dah sakit buah pinggang stage 5. Walaupun ada perubahan turun-naik keadaan kesihatan ambo nih, tapi tapak penyakit dah ada. Mati itu pasti, tapi bila?, dimana? dan atas asbab apa mati tu yang kita kena cakna. Moga-moga mati dalam husnul khatimah hendaknya.

 

Kerana faktor inilah, ambo kongsikan ilmu dalam buku ni. Rasanya dengan keadaan ‘masa’ sekarang, ilmu ni patutnya dah boleh disediakan sebelum sampai ‘masa’ yang dijanjikan Allah. Biarlah buku ini menjadi Jihad Ilmu bagi ambo kerana sumbangan fizikal, ambo dah mampu disebabkan penyakit yang di alami hari ini. Tambahan pula, buku ini juga jadi sumber pendapatan keluarga ambo. Dah setahun lebih pendapatan ambo terjejas (as Full-time Perawat) disebabkan pandemik yang melanda hari ini.

 

Terdapat kebaikan dan keburukan dalam Buku ni:-

 

Kebaikan:

1.Buku ni juga menjadi tiket untuk jadi ahli group Ilmu Hikmah Bani Jawi (IHBJ) di facebook. Dalam group ini dilengkapi dengan video dan boleh soal-jawab segala jenis soalan yang berasaskan buku IHBJ. Cuma awal-awal ni baru ada create group yang diset kan private. Content tak letak pun lagi sebab masih baru. Insyaallah akan di update selepas ini.  Group ni penting juga sebab ada ilmu dalam buku yang memerlukan rujukan dan tunjuk ajar untuk di amalkan..

 

2.Ilmu-ilmu dalam buku tu ada 2 jenis iaitu yang bermahar dan tidak bermahar.

Ambo dah sediakan semua spesifikasi yang perlu untuk ilmu tersebut. Senarai mahar memang lengkap ambo listed bagi ilmu yang berkenaan.

 

Namun, jika kalian tak mampu nak bayar, atau memang tak nak bayar… TAK PERLU RISAU…!

Ambo izin amal cuma tiada Adat Sanad Pengijazahan sahaja. Boleh amal.. Lillahita’ala.

 

Ilmu yang tiada mahar pun banyak.. Berlambak dalam buku tu.. Insyaallah tak habis nak pilih untuk beramal. Yang ni ambo ijazahkan.. Cuma kena ikut syaratnya sahaja.. Syaratnya pun mudah bangat. Sesenang makan kacang jer.

 

Keburukan:

1.Terdapat sedikit masalah dari segi grafik tulisan sebab kelemahan ambo dalam membuat editing. Ada tulisan tu berbayang, saiz tulisan dan font tak sama.. Tetapi insyaallah semuanya boleh dibaca dengan jelas. Problem ni ada bila ambo dah siap save semua halaman file ke PDF untuk dihantar pada kilang cetak.

 

Rupanya ambo save dalam Mode RGB sebab ambo guna Software Adobe Premier version lama. Kilang tu cuma nak dalam Mode CMYK sebab diorang guna Adobe Illustrator. Jadi nak karang balik 160 halaman tu memang tak sanggup la.

 

Ambo convert terus semua file tu dari RGB ke CMYK lepas download software Ai dan hasilnya macam ambo beritahu awal-awal tu. Ada sedikit masalah dari segi grafik tulisan. Yang ni ambo mohon maaf awal-awal.

 

2. Buku ni limited dan tidak dijual dikedai.

Kalau korang jumpa ada orang lain jual selain dari ambo (ejen palsu) , boleh report pada ambo. Kali ni kita main saman-menyaman baru best. Kebetulan kawan ambo 3 orang kejer lawyer. Diorang awal-awal lagi dah beritahu untuk support ambo kalau ada kes mcm ni. Terima kasih wahai sahabat..

 

Buku ni hanya dijual ikut tarikh bayaran yang disenaraikan sahaja ya. Kalau terlepas tarikh tu, next collection yang tak tahu bila pula ada. Sistem jual kali ni kena berhemah lagi-lagi musim ekonomi merudum ni. Ramai sangat buyer yang krik..krik… Order-order bila barang tak ada. Bila barang dah sampai, mesej pun tak reply... serik dah kena banyak kali.

 

3. Buku ni tiada dalam bentuk E-book. Risiko tak amanah tu tinggi sangat. Yang ada hanyalah buku nyata. Buku alam maya tak main. Orang Singapore dan Brunei boleh whatsapp ambo. Ada cara bagaimana ‘buku’ ni boleh dimiliki. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.. Percayalah..!

 

Tu jer kebaikan dan keburukan buku ni. okay,,? Next…

 

-------------

-------------

 

 

Berapa harga buku ni bang oiiiii …….???

 

Okey.. Harga Buka adalah RM69.00 termasuk pos (Semenanjung) dan RM79.00 (Sabah, Sarawak dan Labuan)

 

Namun, bergantung kepada individu untuk bayar berapa harga buku ni sebab penilaian orang berbeza.

 

Ada yang pandang buku tu sebagai barang sahaja. Maka murah lah harganya.

 

Ada yang pandang ilmu dalam buku tu, maka harganya nilai lah sendiri..

 

Jadi, bergantung kepada ikhlas kalian.. Ikhlas pun, ikut Harga Buka ya .. Harga siling tiada limit. Tepuk dada, tanya iman, soal ikhlas diri sendiri.

 

Sebarang bayaran buku ini boleh dibuat melalui akaun ini sahaja ya.

 

*Maybank: 563028618870

(Ridam Resources)

 

boleh whatsapp nombor ni untuk makluman sebelum buat bayaran:

http://wa.me/60129928646

 

Untuk intisari kandungan buku ni, kalian boleh baca kat link ni:

http://darulmanzil.blogspot.com/2021/05/cetakan-pertama-buku-terbaru-ridam.html

 

Selamat Beramal.. Semoga diberkati Allah sentiasa.. Amin

 

 

Cetakan Pertama Buku TERBARU RIDAM….!!!!

Judul Buku: 

Ilmu Hikmah Bani Jawi

 


 

 

Perkongsiaan amalan ilmu orang lama Nusantara yang ambo tuntut sendiri sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Buku ini hanya dijual mengikut tarikh bayaran yang ambo sediakan. Selain dari tarikh itu, bayaran tidak diterima dan wang anda akan dikembalikan. 

 

Nak tahu bila boleh beli, klik link ni. Yg ni akan di update bila slot Open-Order dibuka sahaja.

http://darulmanzil.blogspot.com/2021/05/pre-order-buku-ilmu-hikmah-bani-jawi.html

 

Spesifikasi Buku:

- Softcover

-Tebal: 160 muka surat

 

- Intisari  kandungan buku ni..

***********************

 Pengenalan

a.Syarat Beramal

b.Panduan Mengamal (Tawassul Amalan)

 

Ilmu Tempur

a.Persediaan

1.Mandi Embun

2.Mandi Embun Kursani

3.Mandi Tapak

4.Mandi Minyak Beradat

5.Mantera Urat Besi

6.Isim Buah Pukul

7.Menguatkan Kekuatan Tangan

8.Amalan Melangkah

9.Penaik Semangat

10.Hizib Ilmu Kebal

 

b.Pelindung

1.Amalan Pelindung

2.Penguasa Tempat

3.Imu Zarah Angin

4.Kebal Pukulan

5.Ilmu Pemintas

6.Kepingan Pelindung

7.Doa Perangkap Pencuri

 

c.Serangan

1.Ilmu Malaikat 19

2.Isim Serangan

3.Tujah Jantung

4.Serangan Tepat

5.Pematah

 

Jurus Batin

1.Rahsia Tapa

2.Serangan Awal

3.Zikir Cermin Ghaib

4.Ilmu Batang Mancis

 

d.Kunci & Penunduk

1.Ayat Pelepas

2.Paku Bumi

3.Pasung Bumi

4.Kunci Langkah

5.Tekan Bumi

6.Kunci

7.Menangkap Pukulan

8.Sambutan

9.Pembuka Kunci Kebatinan

10.Ayat Melemahkan Musuh (Penawar)

11.Mengunci Mulut Musuh

12.Pembungkam

13.Amalan Jatuh Kesian

 

e.Senjata

1.Menguji Senjata Besi

2.Menguatkan Senjata

3.Mantera Tawar Senjata

4.Memegang Senjata

5.Menembak / Memanah / Melontar

 

Ilmu Perubatan

1.Tahan Darah (1)

2.Tahan Darah (2)

3.Mantera Pemulih Badan

4.Penahan Dahaga dan Keletihan

5.Teknik Panggilan

6.Pelbagai Teknik Serangan

a.Pukulan

b.Libasan

c.Kuncian Nafas

d.Kuncian Batin

7.Kuncian Mata Ke-3

8.Pelbagai Serangan Ghaib

a.Potongan

b.Rejam

c.Kilat

d.Sekat Dinding

e.Kejar

9.Penawar Rohani

10.Penawar Jasad

11.Pasungan

12.Pengetahuan Diri (Kebatinan)

 

Latihan Aplikasi Kebatinan

13.Ayat Mata Batin

14.Malikul Maut

15.Saka

a.Saka Harimau

b.Saka Ular

16.Rawatan di Kali

17.Rawatan Enxiety Disorder / Skizofronia

Ilmu Pemimpin (Suami-Isteri)

1.Amalan Rojulul’Azim (besarkan zakar)

2.Amalan Penunduk Pasangan

3.Mantera Telunjuk

4.Pemikat Suami

5.Zakar Keras dan Padu

6.Zikir Tahan Lama

7.Petua Menguatkan Kelakian

8.Pengasih 7 Malam

 

Pelbagai Ilmu Bani Jawi

1.Doa Mulut Masin

2.Ibu Doa

3.Bismillah 3

4.Bismillah 4

5.Doa Ilmu Ladunni

6.Doa Qitmir

7.Ayatul Hafiz

 

Mahar & Sanad Ilmu

1.Senarai Ilmu Bermahar

2.Senarai Guru-guru Ambo

3.Bai’at Pengijazahan

4.Mandi Adat

 

 

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.