Syabas.. Pelajar Watikah 19 Sanad (28-30 Januari 2012)
Assalamualaikum..
Syabas diucapkan kepada Pelajar Watikah 19 yang berlangsung di Kemaman pada 28-30hb Januari 2012 baru-baru ini.
KRONOLOGI PROGRAM
28hb Januari 2012:
Pukul 9:00 pagi, pelajar telah berkumpul di kediaman RIDAM bagi pengajian peradaban. Sesi pengajian ini mengikut standard perguruan one-on-one couch sebagaimana kaedah pengajian orang lama.
29hb Januari 2012:
Pagi - Latihan detektsi gelombang untuk pengaktifan inner energy dilakukan di Pantai Chendor. Ada yang pada awalnya gagal mengesan tenaga diri sendiri. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah bersama kesungguhan dan tawakkal, objektif RIDAM mengikut silibus pengajian berjalan lancar.
Petang - Bertolak ke Air Terjun Menderu, Kerteh, Terengganu.
Malam - Latihan Kaedah Cara Tidur (seumpama terawangan), mandi adat dan pengijazahan. Program selesai jam 3:30 pagi. Tapi peserta bangun semula jam 4:30 pagi untuk santapan sebab masing-masing dah lapar setelah penat berlatih. Tahu tak makan apa? Makan McDonald dalam hutan... Ada class tuuuuu...
30hb Januari 2012:
Sesi pengajian berakhir jam 10 pagi setelah sesi penyerahan sijil dan bertolak pulang..
Tahniah kepada peserta sekali lagi... Semoga pengkongsian yang diperolehi menjadi pemangkin diri ke arah mendekatkan diri kepada Allah.. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAKLUMAN
Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.
Syukran Jazilan.
.