Jadual Pengajian WATIKAH RIDAM yang terbaru

Seperti syarat pengajian Watikah yang tertera (bahagian kanan blog), pengajian seterusnya terbuka pada tarikh berikut di tempat RIDAM iaitu:

a. 7-9 Januari 2012: Masih ada 4 kekosongan

b. 28-30 Januari 2012: Tinggal 3 kekosongan

Sila buat tempahan awal kerana SYARAT pengajian ini hanya terbuka kepada 4 peserta untuk 1 sesi pengajian.

Harap maklum

Tahniah kepada pesera pengajian Watikah RIDAM

Alhamdulillah, sesi pengajian WATIKAH RIDAM telah selesai dengan jayanya pada 24 hingga 26 Desember 2011 tempoh hari.

Pengajian selama 3 hari 2 malam selamat di lalui di 3 tempat latihan yang berlainan iaitu:

a. Kediaman RIDAM
b. Pandai Chendor, Pahang
c. Air Terjun Menderu, Kerteh, Terengganu.

Puncak pengajian WATIKAH pada kali ini adalah dalam 2 modul pengajian terakhir iaitu:-

a. Latihan Mata Batin (juga digelar terawangan, kaedah tidur dan seumpamanya kecuali TKR)
b. Mandi Adat (penawar isim tubuh selepas mengambil sanad pengajian)

A. Latihan Mata Batin

Pada hari kedua pengajian (petang), RIDAM dan pelajar telah berada di Air Terjun Menderu untuk latihan penghabisan.

Selepas menyiapkan khemah, hujan turun dengan lebatnya di tapak perkhemahan. Maklumlah, musim hujan. Mujurlah di situ ada kemudahan surau. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berteduh di situ dan melakukan latihan pengajian di dalamnya.

Walaupun beberapa kali latihan dibuat, tidak seorang pun yang berjaya.. Kata sepakat di ambil dan latihan dilakukan di tapak khemah.

Alhamdulillah, walaupun tidak jauh jarak 'keluar' yang dikhendaki, setiap orang telah berjaya melaluinya dengan izin Allah.


B. Mandi Adat

Selepas latihan pengajian, setiap peserta mengambil pengijazahan watikah sanad 19 guru dari RIDAM dan melakukan adat mandian sepertimana yang diperturunkan kepada RIDAM.

Walaupun jam pada waktu tersebut menunjukkan waktu sekitar 1 pagi, pelajar dengan yakin mampu berendam di dalam sungai yang sejuk dan menimba air sebanyak 313 gayung sebagai penyejuk badan.

Keesokkannya harinya, kami berkemas pulang dengan perkongsian ilmu dan kepuasan diri.

Semoga amalan yang diterima dapat merapatkan diri dengan Esa Allah disamping mampu membantu mereka yang memerlukan..

Semoga dalam berkah yang Esa sentiasa..

p/s: gambar pengajian terbaru RIDAM boleh dilihat di FB Ridam.. Harap maklum

Pengajian Watikah & Ilmu Kiyai Hj Suffian (KHS) dibuka

Seperti yang di maklumkan..

Pengajian Watikah dan KHS dibuka pada yang berminat mulai December 2011 ini.

Sila telefon RIDAM untuk maklumat lanjut.

Sebarang jadual perjalanan dan pengajian RIDAM boleh rujuk di bahagian kanan blog ini..

Sekian, dimaklumkan

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.