MINYAK KETING BESI & RUSUK PERAWAN

       Minyak Keting Besi     |    Minyak Rusuk Perawan

Produk keharmonian rumahtangga yang diyakini... Insyaallah.. Berkesan...!!!

Layari www.minyakketingbesi.com untuk maklumat lanjut..

Jangan tunggu lagi... Order sementara stok masih ada..


AMALAN NUR ISIM KANDEL


As-salam..

Pernah dengar nama amalan ni..?

Takper lah.. Saya tanya dan biarlah saya yang menjawab.. Bukan apa, takut lain pulak jawapannya nanti.

Amalan Nur Isim Kandel ni adalah amalan ikhtiar untuk masalah stress, lemah semangat dan hyper-fobia pada perkara ghaib. Saya menerima amalan ini dari Allahyarham Kiyai Haji Suffian, Kalimantan, Indonesia sewaktu saya berguru dengan Beliau. Sebenarnya amalan ini dah di ajar pada pelajar-pelajar saya dalam program RIDAM Outdoor di Perak tahun 2012. Mereka telah melaluinya...

Tujuan sebenar amalan ini ialah ikhtiar untuk meningkatkan keyakinan diri, berani dan menambah taqarrub dalam diri dengan amalan-amalan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan doa-doa terpilih.

Objektif utamanya adalah menanam sifat taqarrub yang tinggi pada Allah semata-mata.

Amalan ini tidak pernah di ajar oleh mana-mana Nabi atau Rasul dalam Islam.. Cuma taklik amalan ini diilhamkan oleh orang yang Allah izinkan melalui sirah Nabi bersuluk dalam Gua Hira’.

Kata arwah guru saya, “kadang-kala manusia itu perlu bersendiri dengan Allah bagi mengenal-Nya”. Maka tiada isu amalan ini wajib dalam hukum. Jika ingin mencuba kerana Allah, maka silakan...

Amalan ini melibatkan beberapa protokol:
1. Peserta harus mencabut undi untuk mendapat ‘pakaian’ amalan diri.
2. Kemudian, peserta akan dihantar ke beberapa lokasi keseorangan semalaman untuk jazamkan (habiskan) amalan yang diterima.
3. Habis amalan tersebut, peserta perlu ‘mandi tawar’ untuk amalan pembersihan kerohanian dengan jirusan air buih dalam sungai atau air terjun.

- ‘Pakaian’ Amalan adalah terdiri daripada ayat-ayat Quran, Zikir atau doa terpilih untuk keserasian tubuh pengamal.

- Mandi tawar pula adalah mandi dengan doa-doa khas sebagai adat perguruan amalan.

Amalan ini boleh dilakukan dengan syarat berikut:
1. Islam
2. Baligh
3. Waras
4. Ikhlas
5. Mampu (masa, tenaga, kesihatan)

Mahar menerima amalan ini adalah seperti berikut:-
1. RM77.77 (nilaian ini atau lebih jika ada akad sebagai hadiah)
2. Baju putih (saiz pengajar – XXL)
3. Kopiah Putih (saiz pengajar – 22 ¾ )
4. Kain pelikat sehelai

Insyaallah.. program ini akan di adakan minggu depan setelah mendapat permintaan beberapa peserta.. Mungkin Malam Jumaat kalau ikut perancangan... Insyaallah.. Siapa nak join, boleh roger...


Sekian,
DarulManzil

darulmanzil's post follower

Assalam.. Kepada sahabat sekalian, untuk makluman, segala post yang dipapar oleh saya boleh melalui alternatif berikut:-

1. FB darul manzil
2. Twitter darulmanzil
3. Blogspot darulmanzil

Maka, setiap apa yang saya pamer, saya izinkan untuk SHARE kerana itulah tujuan segala perkongsian yang dibuat. Jadi, please jangan lagi taip "Izin Share Yer Ustaz..." atau yang sewaktu dengannya. Namun, jika ada yang saya tak bagi share, saya akan maklum dan yang tu tak boleh la share...

Sekian,
darulmanzil

~p/s: Twitter baru jer ON... follow kat situ gak yer...

TERBANG......


Tenang sungguh ku lihat bulan yang hampir penuh di langit tinggi.. Kalau bulan dah penuh betul nanti, bolehlah raya...

Tiba-tiba hati ini berdoa.. "Ya Allah.. izinkan aku terbang ke arah bulan itu.. Aku nak tengok dengan lebih dekat". Walaupun logiknya manusia tidak akan mampu berbuat demikian kecuali pada mereka yang Allah pilih.. Aku ini hanya hambaNya yang biasa, apatah lagi masih lemah berbanding mereka yang Engkau angkat darjatnya.

Dengan tidak semena-mena, badanku berasa ringan. Kakiku terangkat sekaki jaraknya dari tanah tempat aku berdiri. "Subhanallah.. Aku dah boleh terbang..!!!" Pandanganku dihala ke arah bulan yang masih cantik dan pegun di tempatnya. Masih indah sebagaimana pertama kali aku melihatnya. "Bismillahirrahmanirrahim..!!" Aku luncurkan jasadku ke arah bulan tersebut.

Dalam perjalanan itu, aku menempuh lapisan awan langit selapis demi selapis. Wajah bulan semakin hampir. Selepas langit ke-6, aku lihat lapisan yang ke-7 di atasku berwarna merah bayangan. Nipis warna dan lapisannya. Saat itu aku berhenti bila melihat beberapa panah kilat menuju ke arahku. Panah kilat tersebut turut berhenti tatkala aku berdiri terawang-awangan antara dua langit tersebut. Seperti bersedia untuk menyerang andaiku teruskan juga perjalananku.

Kemudian terdengar suara gema dari atas. Aku tahu suara itu ditujukan kepadaku. "Hey Syakirin.. Bukan masanya lagi untuk kamu diizinkan ke sini..!!! Turun dan balik semula...!!"

"Tapi kenapa tak boleh..? Allah dah izin aku ke sini..!! Maknanya aku boleh la..." kataku pada suara gema tersebut tanpa rasa gerun.

"Kau masih lagi ada tanggungjawab.. Buku catatan kamu masih belum penuh!!! Kamu lupakah pada isteri dan 5 orang anak kamu di bawah tu..?.!!", hujah suara gema itu mengusik hatiku. Entah apa keadaan mereka di bawah sana.. Adakah mereka masih boleh teruskan hidup bila aku tiada nanti..? Aku berkaca dalam hati..

Tiba-tiba aku mendengar suara isteriku dari bawah.. "Abang.. bangun Bang.. Bangun sahur.. Anak-anak semua dah bangun.. Cepat lah bang.. Abang.. Abang...".

"Kau dengar tu.. Sudah aku katakan masamu belum sampai.. Baliklah.. Bila sudah tersurat, kau akan dijemput.. Baliklah..." suara gema itu lembut pula memujuk.. Pada masa itu, hatiku juga terpujuk. Lantas aku pusingkan badanku dan meluncur terbang ke bawah.. Aku sudah lupa akan niatku untuk melihat bulan dari dekat. Selapis-demi selapis lapisan awan langit ku tempuh..

Selepas lapisan langit pertama, permukaan tanah dapat ku lihat terutama kawasan rumahku. Berkelipan cahaya neon di setiap rumah dan jalan raya yang ada. Aku tersenyum sendiri. Destinasiku sudah hampir...

Saat jasadku mendekat ke rumahku, aku mula berasa pening.. Pandanganku semakin kelam.. Aku berasa seperti mabuk di pukul ombak..

Badanku berasa digoncangkan beberapa kali.. Sentuhan tangan itu aku tahu adalah dari isteriku. "Abang... dah dekat pukul 5 pagi dah ni.. Bangun sahur Bang... apasal liat pulak pagi ni..? Biasa senang jer..".

Bila aku mendengal ngomelan itu, aku tersenyum. Itulah dia isteriku yang sangat aku sayangi. Aku membuka mata dan menggeliat beberapa kali di depannya. Bila melihat aku sudah terjaga, dia memegang tanganku, dipimpinnya aku dengan lembut menuju ke meja makan. Aku hanya mengekor manja. Suka melihat anak-anak sudah tersedia mengadap makanan untuk bersahur..

"Eh Abang... basuh muka dulu.. gosok gigi dulu.. Cepatlah, kitorang tunggu.." kata Isteriku dalam perintah tapi masih lembut dan penyayang.. Aku ke bilik air.. Dalam langkahku itu, aku teringat pengalamanku sebentar tadi...

Adakah ia nyata..? Atau ia sekadar mimpi..? Kenapa pula berlaku di malam ganjil akhir Ramadhan...?

Wallahu'alam

Sekian,
darulmanzil

Petua Pancing Ikan.. HOT.....!!

SEKALI SEKALA....
----------------------------------------------------------------
Hey segala ikan lautan..!!!!
Juga yang di sungai, tasik dan paya.
Dengar apa kataku,
Makanan aku sedia dah padamu hari ni,
Hok selain ni, haram untuk isi perutmu,
Mu tak sentuh, aku sumpah mu sakit perut,
Datanglah..datanglah.. datanglah...
Berkat Lailahaillallah Muhammad Rasulallah.
----------------------------------------------------------------
Seorang member sejak dari zaman sekolah datang berjumpa saya untuk minta amalan nak dapat ikan ketika memancing.. Punyalah gila pancing, pagi raya pun gi mancing jugak...

Entah kenapa rasa hari tu rasa nak 'pekena' member lama sekali sekala... hehehehe.... Maka saya pun kasilah 'mentera rekaan' di atas... Percaya bulat-bulat si member tu...
Kata saya padanya, "lepas taruk umpan kat mata kail, mu baca mentera ni dan ludah pada umpan tu.. Kena tawakkal tau...". Maka mengangguk la si member tu...

Malam tu jugak lah dia gi mancing.. Yang peliknya, makin tak dapat ikan adalah... Biasanya, paling kurang seekor ikan pasti menjadi rezeki sebelum ini.. Dia fikir ini ujian amal kot.. Malam kedua cuba lagi.. sama jugak.. malam ke-3 pun sama... dekat seminggu pun sama... Dia pun pelik bin hairan...
Maka dia datang semula cari saya..

Kamil: Syakirin... ada aku saloh baca ker mentera yang mu ajor ari tu...

Saya: Cer cuba try test... baca skali...

*maka dia bacalah dengan khusyuknya... Cuma tak bertarannum jer...

Kamil: Camana...? ada saloh ker aku baca..?

Saya: Okey jer aku dengor... Takdok saloh pung..

Kamil: Aik... tp tok jadilah... makin teruk ader... bakper ar..?

Masa tu saya tak tahan dah nak gelak.. Maka saya gelak sepuas-puasnya.. Siap pegang perut dan menunduk lagi...

Kamil: Bakper pulok mu ni...?

Saya: Cuba mu tengok molek ayat dalam mentera tu.. Awal-awal lagi dah sumpah si ikan tu... Ikan mana nak makan umpan kalau dah awal-awal disumpahnya ikan tu... kih..kih..kih... Mu ni pun satu lah.. lurus sangat...

Kamil: Lor.. patut aku rasa pelik jer bila mu bagi mentera tu.. Sebelum ni, kalu bab berubat, mu ni jenis bagi ayat Quran, tak pun doa jer...

*dia tak sedar lagi tu kena tipu... tiba-tiba....

Kamil: Eh.. mu kenakan aku ya Syakirin... ??? kurang ajor mu...

*Walaupun marah tapi masih boleh gelak lagi tu...


Saya: Ya Rabbi.. aku kenakan mu sebab nak bagi nasihat...

Kamil: Nasihat apa macam tu.. Nyusoh ke orang...

Saya: Laa... cuba mu ingat balik.. Sejak mu ngail dari sekoloh rendah sampai sebelum ni, mu TAK PERNAH balik dengan tangan kosong kalu gi ngail... Kenapa tiba-tiba mu nak ambil amalan sedangkan tubuh badan mu tu Allah letak rezeki yang jarang orang boleh....

Kamil: errr...

Saya: Nanti... biar aku habiskan ayat aku dulu... Orang lain ngail dengan mu ada balik kosong.. Mu senang-senang ikan makan umpan.. Bakper tak bersyukur...? Pertandingan kolam aku rasa lebih 5,6 kali dah menang... Balik modal dah rasanya kan...?

Kamil: Yelah.. aku lupa Syakirin.. terima kasih sebab ingatkan aku...

Saya: Doh... mu nak sungguh ker amalan dapat ikan ni..?

Kamil: Takper lah.. takut aku kena macam ari tu..

Saya: Kali ni sungguh... Ayat Quran ni.. nak ker..?

Kamil: Sungguh..? Kalu gitu nak lah..

Saya: Tengok.. baru test sikit dah tukar pendirian.. Tak konsisten langsung...

Kamil: Eh... mu ni gok.. Asyik nak mengena aku jer... Aku gurau jelah.. hehehe...

Saya: Gurau lah sangat... Dah,, nak tak...??? Ada sungguh ni...

Kamil: Ikut pandai mu lah Syakirin eh....

Maka saya pun bagilah amalan tersebut sebelum dia merajuk

------------------------------
Moral Of This Story...
------------------------------

Bersyukur... Sebab, syukur ini antara asbab murahnya rezeki... Insyaallah..

Sebagaimana sebahagian petikan firmanNya:

....maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. (Al-Ankabut:17)

14 Situasi - Jangan Lupa On Video


As-Salam semua... Banyak dah kes yang anda lihat di video amateur kan? Kat youtube ada... kat FB ada... kat blog ada... bersepah cakap luuuu......

So... oleh kerana sekarang ni zaman SAMAN MENYAMAN, elok jugak persediaan bukti penting sebegini... Apa... ? Kita lihat ... jom..

Anda ON kan Video Handphone anda dan Mula Shoot Video pada situasi berikut:

1. Ketika orang langgar kereta anda... tak kiralah SWIFT ker, Proton ker atau apa jerlah..

2. Ketika orang hayunkan SteeringLock atau apa jua senjata pada anda..

3. Ketika dileteri dengan kurang ajar dan biadap oleh Penjawat Awam yang tak sedar diri bahawa gaji diorang adalah termasuk dari sebahagian cukai rakyat yang di bayar.

4. Ketika ditahan oleh sapa-sapa saja..

5. Ketika diberi ugutan..

6. Ketika melihat jenayah sedang berlaku..

7. Ketika terjadinya trajedi.. Tapi jangan lupa keselamatan diri.

8. Ketika berjumpa dengan Kakitangan Kerajaan yang baik budi pekertinya supaya menjadi contoh.

9. Ketika bersama ulamak.

10. Ketika dalam majlis ilmu.

11. Ketika berurusan dengan surat perjanjian atau akuan sumpah.

12. Ketika melihat perkara yang boleh memberi kebaikan.

13. Ketika melihat perkara yang boleh menjadi tauladan.

14. Ketika melihat perkara yang boleh buat anda ketawa.

Kenapa.. Banyak sebab..

Anda perlu tahu trend 'On Video' ni dah berleluasa... Maka kalau terjadi sesuatu, anda boleh terfitnah jika rakaman tersebut sekerat jalan, di edit atau di 'green screen' kan..

Bila anda dah prepare rakaman anda sendiri, ia akan dapat dijadikan bukti untuk counter pada puak-puak perakam video sekerat jalan ni...

Bersedia lebih baik..

Nasihat untuk diri sendiri dan kalian..

Sekian...

KALAU PERNAH KENA TIPU, ITU FITRAH...


Pada suatu petang, saya dihubungi seorang lelaki.

Mr.K: Assalamualaikum Ustaz... Ustaz free ker?
Saya: Waalaikumsalam... Tengah tengok TV jer... saper ni..?

Mr.K: Saya K****... Ada hal sket nak minta bantuan Ustaz. Boleh ker?
Saya: Bantuan yang macam mana tu..?

Mr.K: Nak jumpa Ustaz dulu kalau boleh..
Saya: Yelah.. nak jumpa bila saya free tak ada masalah. Tapi citer lah dulu.. Kalau benda saya tak leh tolong, macam awak datang beraya jelah..

Mr.K: Tak sedap nak citer dalam telefon ni.. Tak best..
Saya: Pulak dah.. Best atau tak best setara mana tu..? Ada setara Nasi Arab tak kalau best..

* Kami sama-sama gelak...

Mr.K: Bukan best macam tu Ustaz...
Saya: Dah tu..?

Mr.K:Kalau tak jumpa rasa tak puas nak cerita... Boleh la Ustaz.. Malam ni free...?
Saya: Kalau macam tu, awak datang malam ni lah.. kebetulan saya free.. Tapi dah nak bersembang, bawa Sirap Limau Ais dua bungkus, mee goreng basah 2 bungkus saiz king dan snek apa-apa yang suka makan... Boleh...?

Mr.K:Aik... Bahan nak berubat ke tu Ustaz..? pelik jer...
Saya: Tak lah.. bahan nak teman sembang... tapi saya gurau jer... Datang lah..

Mr.K:Oh... ingatkan bahan nak berubat tadi.. ok... malam ni lepas Isyak boleh..?
Saya:Boleh jer... bereh arrr...

Mr.K: Beres Ustaz... roger...

Pada malamnya, datang si lelaki tu.. Pada pandangan zahir, pompuan yang tengok laki tu mesti jatuh hati.. Handsome tu satu hal... tapi kaya cakap luuuu...!!! Datang dengan Mercedes baru tu... umur tak masuk 30 tahun lagi....

Satu lagi, laki tu bawak sungguh bahan yang saya pesan.. Padahal gurau jer... Dapat lah jadi teman makan malam tu... heheheheh

Mula-mula, laki tu kenalkan diri.. Macam biasalah sebab belum kenal lagi.. Menurut lelaki tu, dia masih bujang... Tapi dalam perancangan nak kawin.. Katanya awek banyak.. Belum decide lagi nak pilih mana satu nak wat bini...

Saya kata nak pilih ikut syariat ada cara.. Kan Nabi ada guide 4 pilihan kalau nak cari jodoh... ? Dia kata dia tahu yang tu.. Dalam 4 pilihan tu, satu jer kurang iaitu bab Agama... Aisey man... yang tu senang jer nak cari.. Rapat lah dengan jemaah majlis ilmu.. Join orang-orang agama.. Insyaallah, saya kata dengan harta yang ada, pastu tambah pergaulan dia dengan orang beragama, tak mustahil ahli akan carikan jodoh kalau diminta pertolongan... Dah orang beragama, maka yang dicari pun tentu orang beragama jugak kan...

Masa tu lah dia eleng kepala beberapa kali...

Saya: Kenapa pulak.. Awak tak setuju ker pendapat saya ni..?
Mr.K: Bukan tak setuju Ustaz... tapi kerana orang beragama lah saya jadi macam ni...
Saya: Jadi macam mana pulak...???

* Dia diam sebentar... helakan nafas beberapa kali.. Seakan-seakan mencari semangat untuk meluahkan masalahnya..

Mr.K: Saya dulu gay Ustaz...
Saya: Hah...!!!!!..??? Biar betul awak ni..?

Mr.K: Yer Ustaz...
Saya: Masyaallah.. kenapa jadi macam tu..? Dah tu sekarang gay lagi ker...??

Mr.K: Alhamdulillah.. dah berubah 200% dah.. Tapi kena zina dulu baru jadi macam tu..
Saya: Pulak dah... macam mana pulak tu..?

Mr.K: Dulu ayah saya ada hantar saya gi sekolah tahfiz...
Saya: Bagus dah tu... Dah berapa juzuk hafal Quran..?

Mr.K: Tak banyak la Ustaz.. 27 Juzuk jer..
Saya: Hebat dah tu... tapi jadi gay tu masa bila pulak..?

Mr.K: Masa kat sekolah tahfiz tulah.. Masa tu saya umo 14 tahun..
Saya: Macam mana kat sekolah tahfiz jadi macam tu...?

Mr.K: Masa tu saya ada abang angkat.. Konon nak jadikan dia sebagai Mentor la.. Rupa-rupanya, masa dok baik tu, dia ambil kesempatan kat saya...
Saya:Maksud kamu, dia rogol kamu...?

Mr.K:Yer Ustaz... hampir setiap malam saya ‘kena’ kat bilik..
Saya: Kamu tak report kat Ustaz situ ker...?

Mr.K:Malu Ustaz...
Saya:Ish.. apa nak malu nyer.. Kamu kan teraniaya...?

Mr.K: Itulah masalahnya.. Lepas selalu ‘kena’, saya jadi seronok pulak..
Saya:Pulak dah...

Mr.K:Tapi tak lama seronok tu.. Bila abang angkat saya tu habis sekolah sebab sambung belajar ker Jordan, saya jadi sunyi.. Masa tulah saya buat perangai... Ponteng sekolah.. lompat pagar.. macam-macam lah Ustaz...
Saya: erm... tak kena buang sekolah pulak..?

Mr.K:Sebab kena buang lah, ayah saya masukkan saya ke sekolah biasa.. Terus masuk form3 dan ambik PMR..
Saya:Oooo... dah tu camana result PMR kamu... ? 2 tahun langkah tingkatan tu...

Mr.K:Itulah... mungkin otak saya ni Allah bagi pick-up agaknya.. Saya dapat 9A 1...
Saya: Fuh.. memang power... memang otak geliga awak ni..

Mr.K:Takder la Ustaz... biasa-biasa jer... Nak dengar lagi tak ni..?
Saya: Eh ... nak la...

Mr.K: Ok.. ringkas cerita, dengan result SPM, saya ambik Foundation dan ‘fly’ ke UK ambik Engineering..
Saya: Pergh... dasyat...

Mr.K: Masa kat sana, tahun pertama masih gay lagi... Siap ada pakwe lagi.. Mat Saleh...
Saya: Lorrr...

Mr.K: Tapi sebab tak tahan sakit, saya putus dengan dia.. Ustaz tahulah saiz diorang...
Saya: Erm... Pastu...?

Mr.K: Masa saya kat campus tu, rupanya ada sorang Minah Saleh minat kat saya.. Banyak kali gak di bagi ‘hint’ dan letak surat dalam locker...
Saya: Kan kamu gay... so macam mana?

Mr.K:Itulah... bila kerap kali dia ajak dating, saya pun jumpa dia.. Saya beritahulah yang saya ni Gay...
Saya:Response dia camana lak..?

Mr.K: Dia kata gini.. Try having sex dengan dia dulu.. Kalau sedap, dia nak saya stop jadi gay n jadi bf dia... Dia cabar saya Ustaz...
Saya: Kamu sahut la...?

Mr.K:Yelah... saya sahut dan malam new year, kami having sex kat hotel... Mulai saat itulah baru saya tahu pompuan ni sebenarnya sedap... Lepas pada tu minat saya pada same spesis hilang terus...
Saya:Walaupun caranya salah.. tapi alhamdulillah.. kesannya bagus.. Cuma zina tulah tak eloknya...

Mr.K:Saya memang nak kawin dengan dia.. Tapi bila last year mak bapak datang jenguk saya di U.K, mak pesan tak halal susu dia kat saya kalau kawin dengan Minah Saleh...
Saya:Pulak dah... pastu..?

Mr.K: Atas dasar saya ni anak soleh kononnya, saya ikutlah cakap mak.. Saya tinggal dia gitu jer lepas habis belajar...
Saya: erm...

Mr.K: Tapi saya datang ni bukan pasal jodoh Ustaz.. bab tu insyaallah saya akan cari sendiri... Tak terpilih adalah...
Saya: Dah tu pasal apa pulak..? Panjang dah cerita ni...

Mr.K: Saya nak mintak tolong Ustaz ‘scan’ orang ni... Boleh?
*Pada masa tu dia tunjukkan seorang lelaki pakai kopiah dalam handphone nya..

Saya:Kenapa dengan orang ni... Saya tengok macam biasa jer...

Mr.K:Itulah Ustaz.. Saya tertipu dengan orang beragama.. Nilah orangnya... Nak mintak tolong scan dia nilah... Boleh Ustaz...?
Saya: Erm.. awak nak scan pakai mesin brand apa..? Ada banyak.. Toshiba ada... Canon ada... Lexmark ada.. Brand Cina pun ada... nak yang mana..?

*Saya ketawa lagi..

Mr.K:Ish Ustaz ni.... bukan scan tu.. Scan batin lah...
Saya: La... scan macam tu mana lah saya tahu.. Tak pandai lah scan2 orang ni.. Saya pun pernah kena tipu...

Mr.K: Eh.. tak boleh ker Ustaz scan macam tu...
Saya:Orang lain tak tahu lah ada ilmu tu ker tak... Tapi saya memang tak pandai...

Mr.K: Erm.. macam tu pulak...
Saya: Yer... apa yang teruk sangat sampai kena scan ni...?

Mr.K:Gini Ustaz... macam ustaz cakap lah tadi... Join lah jemaah orang agama.. Maka saya buatlah.. Masa tulah saya kenal si penipu ni...
Saya: Apa yang dia tipu...?

Mr.K:Duit dengan kontrak Ustaz...
Saya: Kamu kejer apa ni sebenarnya...?

Mr.K:Saya ni pembekal barang Oil and Gas... Masa kenal penipu ni, saya jadi yakin sebab satu dia ni orang beragama... Pada zahir lah.. Tapi penipu besar...!!!
Saya:Yelah.... Duit pasal apa yang dia tipu..? Kontrak apa...?

Mr.K:Bila si tua tu tahu saya ni pembekal, dia offer satu tender supply barang...
Saya: Lepas tu..?

Mr.K:Siap dengan surat tu Ustaz... dalam surat tu pembekal kena labur setengah juta dulu sebagai deposit payment sebelum dapat supply barang secara tetap dengan company tu.. Memang nampak approval Ustaz...
Saya: La... tak pernah dengar lagi cara supply barang macam tu.. Kawan saya pun ada gak yang kejer macam awak....

*Saya sebutkan beberapa nama kawan saya dan dia kenal.. Satu bidang rupanya...

Mr.K:Itulah Ustaz, saya pun pelik, tapi sebab zahir nampak alim, saya ON jelah... tu yang kena tu...
Saya:Dah tu.. mana dia sekarang...?

Mr.K:Tak tahulah Ustaz... saya pun tengah susah ni.. Nak pakai duit sebab baru dapat tender lain.. Ada cara tak Ustaz..?
Saya: Erm.. kesian pulak saya dengar.. Ginilah.. awak buat macam ni...

*Saya ajarkan kaedah supaya hutang dibayar padanya...

Mr.K:Kalau macam tu ok Ustaz.. malam ni jugak saya buat.. Saya janji Ustaz, dapat duit saya semula, saya sedekah kat Ustaz RM100 ribu..
Saya:Takyah lah sedekah... saya bukan mintak sedekah...

Mr.K:Kalau macam tu saya janji kasi hadiah.. Camana..? Ustaz ikhtiar sekali lah yer...?
Saya:Ginilah.. soal duit tu kemudian cerita.. Biar dapat dulu... Pastu kiralah macam mana pun..

Mr.K:Okay Ustaz... kalau macam tu saya balik dululah.. Tak sabar nak beramal ni..
Saya:Ok lah kalau macam tu.. Minta sungguh-sungguh tau.. Allah dengar doa kita kalau niat kita elok...

Mr.K:Insyaallah Ustaz... don’t wory.. Assalamualaikum..
Saya:Waalaikumsalam...

-------------------------------------------------------
Lepas beberapa bulan, saya terserempak dengannya di sebuah kedai makan.. Kebetulan masa tu dia lepak ngan kawan yang saya kenal sambil minum air.. Jadi saya dijemput duduk sama... Sepanjang dok lepak tu, bab duit dia yang kena tipu tu tak disebut pulak... Saya kira belum dapat lagi la kot... Kami sembang lebih kurang 2 jam dan bersurai...

-------------------------------------------------------
Minggu berikutnya lepas lepak tu, kawan yang lepak dengan Mr.K tu datang umah nak pinjam CD Windows.. Masa tu saya tanyalah hal Mr.K tu...

Kata kawan saya, payment dia dah dapat semula dengan si penipu tu.. Siap dapat lebih lagi... Kata kawan saya lagi, dia terhutang budi kat saya sebab mungkin asbab amalan yang saya bagi tulah dia dapat payment semula...

Saya kata saya tolong bagi amalan dan doakan saja.. Dapat tu rezeki dia lah...

Lepas kawan saya balik, saya termenung sekejap.. Dia kata aritu nak bagi RM100 ribu kalau dapat.. Erm.. nampaknya tak ada harapan lah.. Masa tak ada duit, macam-macam boleh cakap.. Masa dapat, senyap gitu jelah...

-----------------------------------------------------

Tak lama lepas tu, saya terserempak dengannya lagi di sebuah pasaraya... Lepas sembang bertanya khabar, dia ucapkan terima kasih sebab bantu dia ari tu.. Dia hulur sampul surat sekeping pada saya... Katanya hadiah dan dia beredar...

-----------------------------------------------------

Bila balik umah, saya tersenyum lah... Ingatkan dapat cek RM100 ribu sebab sampul tu nipis jer... Takkan cash RM100 ribu macam tu...

Bila buka, rupanya RM100... terkena jugak rupanya... Tapi tak apalah... Memang dah fitrah... Saya pun halalkan janji yang dia tabur... Sebab... bukan sekali dah kena macam tu.. Banyak kali dah.. Kalau nak ikutkan duit orang yang janji nak bagi bila tercapai hajat dah lebih 2 juta dah.. Tapi macam mula-mula saya ceritalah, masa tak dapat memang lah macam-macam janji di tabur.. Tapi bila dah dapat, masuk angin keluar asap lah..

Pengajaran pada diri saya.. bab duit yang orang janji jangan percaya... Kalau rasa boleh tolong, maka tolong.. Kalau rasa tak boleh.. biarkan... Adalah rezeki lain tu.. Insyaallah..

Sekian,
Darulmanzil

Jangan JUMUD atau Angkuh sebab Kamu Graduated Timur Tengah...


Kisah (1)
Semasa saya merawat seorang pesakit, sebelum saya balik, saya guna petua yang pernah di ajar salah seorang guru iaitu meletakkan belahan Bawang Merah untuk setiap penjuru. Kata guru saya, itu adalah petua kesihatan dan sebagai ikhtiar ke arah tersebut.

Bila cerita dalam seminar, ada sorang tali barut 'Tok Guru' report dan kata saya ni belajar ilmu bidaah serta sesat..Katanya 'percaya' adat tahyol... Saya hanya ketawa bila di kata begitu..

Takdir Allah, kajian Jabatan Kesihatan sendiri mengesahkan, bawang Merah adalah ejen penyerap bakteria... Maka petua letak belahan bawang Merah tu adalah bijak sebagai satu kaedah menarik dan mengurung bakteria yang ada. Ada satu kajian dimana ramai penduduk sebuah kampung kena macam-macam penyakit kecuali ada satu keluarga yang sihat.. Bila check kat umah diorang, rupanya diorang amal petua tu.. Belahan bawang yg diguna di bawa ujian ke makmal dan memang banyak kuman di situ...!!! Subhanallah

Saya hubungi dia balik dan tanya samada pendiriannya masih sama.. Dia kata "Ya dan kamu tak layak bicara bab rawatan sebab saya lagi tahu.. saya graduated from Timur Tengah..Banyak Syeikh saya jumpa dan berguru "..Dia kata sebagai Engineer, saya tak mampu hal perubatan Islam ni.. Saya tersenyum.. Sebab .. saya berubat bukan kerana saya MAMPU.. tapi saya berubat kerana TAWAKKAL dan DOA seiring dengan USAHA.. Sembuh atau tidak bukan kerja saya...

Then, saya pun kasi dalil sains dan penemuan Jabatan Kesihatan tersebut... Dia diam, letak phone dan sampai hari ni saya telefon dia tak di angkat.. toing.. toing.. toing..

Kisah (2)
Beberapa penyarah sebuah Universiti sibuk dok kecam ahli perubatan alternatif yang PERNAH belajar pondok di Thailand.. Katanya tak ikut standard dan no approval..Hanya dari Timur Tengah sahaja yang dipercayai sebab Nabi asalnya dari situ... Diorang bangga sebab sorang2 ada Degree, ada Master, ada PHD yang kebanyakkannya Arab punya tempat belajar..

Takdir Allah, diorang buat lawatan di suatu pondok lama di Pattani.. Bila tanya subjek apa yang di ajar.. Ada seorang pengajar tua jawab 20 subjek hingga khatam seperti tauhid, akidah, lughah, fekaq, usuluddin dan sebagainya..

Diorang kata mana pengajar lain..? Pengajar tua tu kata "HANYA AMBO SEORANG....." mak aih..!!! 20 kitab (atau lebih ilmu) dalam dada... Yang geng-geng pensyarah tu hanya belajar tesis.. satu kitab belum mampu hafal... Terdiam diorang... sampai sekarang diam lagi... toing. toing.. toing..

------------------------

PENGAJARAN:-

Itulah.. belajar dimana-mana pun tidak mengapa asal cukup ilmunya, capai target ilmunya, khatam pengajiannya... Jangan perendah orang. Allah tak suka..

Yang dok mengata tu cepat-cepat lah minta maaf... Yang khayal pandai tapi tegur tak beradap pun cepat2 lah minta maaf dan bertaubat.. Dosa dgn Allah on the spot boleh taubat.. Dgn orang ..???

Nabi sendiri yg pegang 'kunci' syurga' pun merendah diri.. Dengan budak2 boleh ketawa.. dengan org tua boleh bergurau.. dengan musuh cakap elok2... walaupun ketika baca khutbah Nabi nampak garang, tapi Baginda bijak mengatur suasana silaturrahim..


~ nasihat untuk saya dan sahabat sekalian..
Sabda Nabi saw yang bermaksud
’ Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudharat kepada mereka sehinggalah Allah mendatangkan keputusanNya, mereka tetap dalam keadaan demikian’

Para sahabat radiyal anhum bertanya; Di manakah mereka?

Jawab Rasulullah saw; Di Baitul Maqdis dan sekitarnya’
riwayat Bukhari (petikan Teks khutbah ‘Selamatkan Gaza!’)

Hadis Mimpi..

Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:

Dari Nabi bahwa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian. Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan. Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri. Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan salat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin. (Shahih Muslim No.4200)

PANDUAN...?

Hal yang diberi petunjuk wajar dijadikan panduan... Tidak harus percaya bulat2... dan tidak juga wajar dibiarkan langsung... Bila dijadikan panduan, seharusnya bersedia rohani jasmani....

aDA orang tafsir sebagai nujum... ini bukan nujum... ini panduan... adakah panduan semestinya jadi....? tidak semestinya....

Nujum vs Kajian


-----------------------

Nujum = Menjangka sesuatu yang berlaku dan percaya 100% kononnya mendapat firasat berkenaan hal tersebut..

Kajian = Menjangka sesuatu berdasarkan kajian yang dibuat samada secara pembacaan, fizikal, khabaran dan pemerhatian. Contohnya Ramalan Kaji Cuaca... Walaupun disebut ramalan (nujum) tapi ia bermaksud pada kajian yang dibuat..

-----------------------

Untuk itu, berwaspada akan hal ini.. Silap pandang, kebodohan kita pula yang dipandang... Wallahu'alam..

MALAYSIA MASIH AMAN.. ALHAMDULILLAH


Sebuah kereta yang dipandu seorang pakcik di tahan polis..

Polis: Assalamualaikum Pakcik.. Boleh mintak I.C dan lesen...
Pakcik: Boleh.. Ni I.C nya... Lesen takder...

Polis: Aik... Pakcik.. Takder lesen boleh kena saman ni..
Pakcik: Takper la Tuan.. Kasi jer saman tu.. Saman murah sket.. Lesen mahal...

Polis: &%*$#$%^

"mazhab mana suruh mengamin di facebook nih?"


Soalan yang ditanya (baru tadi: 2:48am 12 Julai 2014)


[sahabaT]
"Salam Ustaz.. Nak tanya... mazhab mana suruh mengamin di facebook nih?.. Maaf Ustaz.. Harap tak keberatan menjawab"


Saya:
"Wsalam.. jawapan saya ni boleh dijawab jika awak dapat menjawab dua soalan saya.. Boleh.."


[sahabat]
"aik.. kenapa macam tu Ustaz..? Kan saya tanya dulu.. Jawab jelah..."


Saya:
"sebab bila awak jawab soalan tu, automatik awak akan dapat jawapannya.. boleh?"


[sahabat]
"erm.. bolehlah.. apa soalannya..?"


Saya:
"Ok.. soalan no.1, Awak tanya sekadar nak tahu atau awak nak sindir sapa-sapa...?"


[sahabat]
"Ish... sekadar nak tahu jer ust.. Walaupun Ustaz ada tulis doa kat wall, bukan niat saya nak tuju ker Ustaz....Tengok ramai pulak yang AMIN kan "


Saya:
ok..
"Soalan ke dua, adakah FB sudah wujud pada zaman ulamak Mazhab untuk kita tanya 'mazhab mana suruh mengamin di facebook nih?"..??"


[sahabat]
"err.. Memang lah tak ada..


Saya:
"Dah tu, kenapa soalan di tanya macam itu..? Kalau saya tanya lagi MAZHAB MANA YANG SURUH GUNA FACEBOOK NIH..? awak boleh jawab?"


[sahabat]
"Maaf Ustaz.. saya tersilap soalan kot. Agak lah, apa soalan yang perlu saya tanya sesuai dengan bab 'amin' di facebook ni?"


Saya:
"Sahabat... awak boleh tanya macam ini sebagai contoh:
--- Adakah boleh mengamin doa dalam FB? Adakah Islam membenarkannya..?---


[sahabat]
"Betul gak tu Ustaz... dah tu jawapannya apa..?"


Saya:
"Sebenarnya, bab hukum hakam ni saya masih jahil dan masih lagi belajar. Cuma jawapan pendapat saya yang boleh diberi. Jika salah jawapan saya, sila tegur secara private dan saya akan betulkan dan hebahkan semula di public.. Insyaallah..


[sahabat]
"Takper ust.. kita sama-sama belajar..


Saya:
"Ok.. Saya pernah mendengar dalam sebuah tazkirah (memang tak ingat bila) bahawa mengaminkan doa jika kita niat untuk jemaah dalam doa yang dibaca adalah SUNAT. Dalil yang diberi adalah pada kisah Rasulallah berdoa untuk diturunkan hujan dan doa tersebut diaminkan oleh sahabat yang ada".


[sahabat]
"Tapi tu Nabi berdoa jelas didengar sahabat... kat FB ni kita baca jer.. Boleh ker?"


Saya:
"Okay.. kalau macam tu, orang yang pekak tak boleh amin doa lah kalau Imam baca doa sebab dia tak dengar kan..? "


[sahabat]
"er...."


Saya:
" 'AMIN' kan satu permintaan dan harapan agar hajat tercapai...? Maka, adakah salah kalau seseorang itu berhajat sesuatu, dan dia pohon bila hajatnya sama dengan doa yang di dengar, di baca atau dilihat dengan lafaz AMIN iaitu khusus di tujukan pada Allah agar doanya makbul..?"


[sahabat]
"tak salah Ust.."


Saya:
"Kalau macam tu awak dah dapat jawapannya kan"


[sahabat]
"Ya Ustaz.. terima kasih..."


Saya:
"Cuba buka link ni.. dan tanya lagi pada orang lain yang lebih arif... Mana tahu masih ada kekurangan dalam jawapan saya..."
http://pondokhabib.wordpress.com/2011/05/28/hadis-berdoa-secara-berjemaah/


[sahabat]
"Baik Ust... terima kasih sekali lagi...


Saya:
"Sama-sama... "

DOAKU UNTUK ...........?


*Sejenak bertafakur..

"Ya Allah.. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku yang telah membesarkanku sehingga aku kenal dunia Mu ya Allah.... Berkatilah mereka dan bantulah mereka dalam setiap urusan yang mereka lakukan..

Ya Allah.. Ampunilah dosa isteriku dan anak-anakku. Kehadiran mereka menjadikan aku bahagia.... Berkatilah mereka dan bantulah mereka dalam setiap urusan yang mereka lakukan..

Ya Allah.. Ampunilah dosa ahli keluargaku.. Wujudnya mereka menjadikan aku tahu bahawa aku masih berasal usul... Berkatilah mereka dan bantulah mereka dalam setiap urusan yang mereka lakukan..

Ya Allah... Ampunilah dosa guru-guru ku.. Keikhlasan mereka menjadikan aku kenal apa itu ilmu... Berkatilah mereka dan bantulah mereka dalam setiap urusan yang mereka lakukan..

Ya Allah... Ampunilah dosa sahabat-sahabatku samada yang karib, yang dekat, yang jauh mahupun di alam maya.. Adanya mereka menjadikan aku tahu bahawa aku masih punya teman di dunia Mu ini Ya Allah.. Berkatilah mereka dan bantulah mereka dalam setiap urusan yang mereka lakukan..

Ya Allah.. Ampunilah dosa insan-insan yang selama ini banyak menolongku di kala aku susah. Jerih payah mereka menjadikan aku sedar bahawa masih banyak kelemahan pada diriku.. Berkatilah mereka dan bantulah mereka dalam setiap urusan yang mereka lakukan..

Ya Allah.. Ampunilah dosaku.. Wujudnya aku dan alam ini semuanya dalam Kekuasaan, Kehebatan dan Keizinan Mu Ya Allah... Berkatilah aku dan bantulah aku dalam setiap urusan yang ku lakukan..

Amin... Ya Robbul 'Alamin...

Amal Petua Ni.. Insyaallah.. Hebat..

Assalamualaikum...

Kali ni saya nak kongsi sedikit resepi kesihatan dan kebahagiaan.. Itupun kalau nak amal.. Terang banyak-banyak pun tak guna kalau tak amal... Betul tak???

Seperti yang sedia maklum, sejak awal tahun 2014, RIDAM asyik sakit jer... Demam la.. Gout la.. Hernia la.. Batuk la... Mujur kat rumah ada mesin check kesihatan sendiri.. Maka tahulah problem apa yang berlaku dalam tubuh.. Bila buat diagnos sendiri, maka tahulah apa asbabnya.

1. Tak bersenam.. Dulu ada kelas senibeladiri.. Paling kurang pun seminggu 2 kali training.. Loni '0' terus... Badan tak berpeluh.. So, kumuhan tak lancar..

2. Tidur lewat dan tak cukup tidur.. Sebab padat sangat dengan program, tidur jadi tak cukup.. Siang hingga malam berubat.. Tengah malam hingga pagi mengarang.. Bila masa nak tidur...? Celah-celah masa sikit-sikit gitulah..

3. Makan tak kontrol.. Balun jer asal kena ngan selera..

Maka 3 asbab ni yang menyebabkan ketahanan badan jadi low.. Maka mudahlah dapat penyakit..

Sebelum amal petua yang akan diberi ni, saya berhadapan dengan pelbagai kes penyakit dari pesakit yang datang.. Setiap simptom yang saya perolehi akan saya rekod dan buat 'research'..

Setelah membuat simptom research lebih dari 10 orang pesakit, maka saya telah temui penawarnya... Insyaallah, memang berkesan dan berbeza... Apa rahsianya?

Mudah jer. Ni hah..

--------------------------------------------------------------------------------------------------
1 sudu cuka epal + 1 sudu cuka delima + 1 gelas potongan tembikai
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesemua bahan di atas di kisar dan diminum 2 kali sehari..

Anda akan dapat rasainya perubahannya 2 jam selepas minum rahsia ramuan ni.. Setelah seminggu, kita lihat feedback kebaikan yang diperolehi.. Antaranya:

1. Badan ringan dan masalah angin dalam tubuh menurun.
2. Makan jadi sedikit sebab cepat rasa kenyang.
3. Penyakit darah tinggi menurun..
4. Batuk-batuk hilang. Insyaallah..
5. Jerawat dan resdung hilang.. Kulit jadi licin..
6. Ingatan semakin kuat.
7. Masa ketahanan seks untuk lelaki LAMA... Ni la yang ramai laki suka kan?
8. Vagina perempuan jadi mudah basah.. Pantang sentuh 'nak' jer.. Memang sesuai untuk isteri yang dingin..

Jadi amalkanlah petua mudah ni setiap pagi dan petang / malam.. Untuk perkara no. 7 dan no.8 tu, tambah sedikit dengan senaman KEGEL kalau nak kesan lebih cepat dari seminggu..

Senaman KEGEL ni buat atas katil jer... Caranya, baring dengan kedua peha tertutup rapat. Tarik nafas dan kemut bahagian anggota sulit selamat 10 saat. Lepas nafas dan ulang sebanyak 10 kali. Dalam sehari buat lah 3 sesi.

Lepas buat senaman kegel ni, alat sulit akan rasa panas.. Menjadilah tu.. Nak buat masa duduk atak berdiri pun boleh.. Tapi make sure peha tertutup rapat masa buat tu...

Semoga petua ni diamalkan dan rasailah kebaikan darinya... Selamat beramal...

STILL tak percaya.. Pasti ini KEBETULAN..


Tahun 2007, ketika saya masih bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat swasta di PJ, saya pernah disapa seorang lelaki Cina sewaktu makan tengah hari di sebuah gerai. Hari tu saya 'lunch' sendirian sebab partner saya kena naik platform (pelantar minyak).

Lelaki Cina: Err.. Adik.. Ini tempat Lu sorang duduk ka?

Saya mengangguk....

Saya: Yer.. kenapa Uncle?

Lelaki Cina: Oh.. Baguslah..

Dia menarik kerusi di hadapan saya dan terus duduk tanpa dipelawa.

Lelaki Cina: Cuma mahu duduk sama ajer.. Cuma mahu minum.. Meja lain sudah penuh..

*Hairan pulak saya.. Banyak lagi meja dan kerusi kosong kat gerai tu..

Saya: Aik.. Uncle... Meja belakang tu pun kosong.. Yang kat situ pun kosong... Kenapa uncle kata penuh..

Lelaki Cina itu tersenyum..

Lelaki Cina: Itu adik tengok dengan mata kasar.. Cuba tengok dengan mata hati.. Saya rasa adik pun tahu maaa.....

*Semakin hairan saya dengan kata-kata Lelaki Cina tu.. Macam mistik la pulak..

Saya: Saya tak faham la Uncle...

Lelaki Cina: Ok.. mcm ni.. Kalau adik belanja saya minum ini hari, Saya akan beritahu satu rahsia..Amacam..?

* Ish... ni macam nak cari peluang tapaw duit aku jer ni...

Tiba-tiba...

Lelaki Cina: Oiiii Adik.. Saya bukan orang susah tau.. Ini minta belanja saja mahu kawan sama adik saja...

Lelaki Cina itu masih tersenyum walaupun nadanya nampak marah... Bimbang takut dia ni orang tak betul, saya turutkan saja. Setakat segelas air, berapalah sangat. Selepas order air yang dipinta dan minuman tu sampai, dia mula bercerita.

Lelaki Cina: Adik.. Uncle cuma mahu pesan.. Ini cerita ar.. Future punya.. Mana Uncle tahu, jangan tanya.. Dengar saja.. Mahu percaya ka.. tak mahu percaya ka.. Itu adik punya pasal... Uncle cuma mahu cerita saja..

Saya: Yelah... cerita apa Uncle.?. Dari tadi kata nak cerita, tak cerita apa pun...

Lelaki Cina: Sabar ar.. Kasi minum air ni dulu..

*Waduh... makin pelik pulak lelaki ni...

Lelaki Cina: Ini cerita ar.. Adik punya cerita...

Saya: Cerita saya... Apa pulak ni Uncle....??

Lelaki Cina: Sabar... Uncle cuma mahu kasi tahu you punya cerita.. Uncle tahu you punya future...

*Ish.. bidaah dah ni...

Saya: Maaf la Uncle...Saya ni Muslim.. Dalam Islam, haram untuk kami percaya pada tilik nasib...

Dia terus potong cakap saya...

Lelaki Cina: Itu Uncle tahu.. Tapi cuma mahu kasi tahu saja.. Free Of Charge maaa....

Saya berfikir sejenak... Pada masa yang sama, timbul gak idea nak 'kenakan' si tilik nasib ni..

Saya: Ok lah.. cerita saja ar...

Lelaki Cina: Ok.. short story... Nanti tahun next year, Adik akan berhenti kerja... Nanti kerja sendiri.. 2010, Adik punya career akan naik... Tapi next 2 years, career you jadi slow sebab orang punya career sama pun jatuh jugak.. Itu money punya cerita... Year 2013, Adik punya saudara akan mati jatuh bangunan... One year later, Adik akan sakit tiga macam.. Itu jer...

Saya: Aik.. Ringkasnyer.. Biar betul ni... Dah tu, nanti saya punya career apa pulak Uncle...?

Lelaki Cina: Macam-macam.. Mula-mula susah dulu...Nanti naik... Itu kerja Islam punya dalam agama... Related with Islam...

*erm.. Malas nak tanya detail bab ni... Tengok jam dah nak habis waktu lunch...

Saya: So, saper yang akan mati jatuh bangunan nanti...?

Lelaki Cina: Not know yet.. Tapi very closed dalam family Adik...

*mengarut dah ni...

Saya: Nanti sakit pulak sakit apa 3 macam tu?

Lelaki Cina: Oh.. Mula-mula Adik akan sakit dalam perut.. Lepas tu akan demam lama... Dan last adik akan sakit kaki... Sampai tak boleh jalan..

Saya: Wah...!! Sampai mcm tu...? Nanti saya akan lumpuh ke Uncle..?

Lelaki Cina: Tarak la... Sakit saja.. Nanti akan sihat balik..

Saya: Adoi... Hebat la Uncle ni... Future saya pun Uncle boleh tahu.. Saya tanya sket boleh?

Lelaki Cina: Tanya la...

Saya tengok hebat betul Uncle punya tilik, cuma beritahu nama penuh saya...?

* Saya andaikan dia ni kelentong....

Lelaki Cina: Wah... itu Uncle tak tahu... Uncle tengok adik sudah tahu future saja...

* Saya fikir dah sah dia ni kelentong maut ni.,. hehehe...

Lelaki Cina: Adik.. no need to test me..  Uncle bukan orang jahat... Uncle pegi dulu... Terima kasih sebab belanja ini air.. Ingat pesan Uncle..

Tanpa bersalam, dia beredar.. Tapi senyuman dia tak putus...

* Saya andaikan dia nak beredar sebab kantoi kelentong dia...

Sedang saya asyik pikirkan cerita kelentong Uncle tu, dia menyapa dan melambai saya dari dalam kereta... Wah..!!. ada benar katanya dia ni bukan orang orang susah... Naik Mercedes tu.. Siap ada driver lagi.. Siapa dia ni..?

Ah... biarlah dia tu.. Masa lunch dah nak habis... Baik saya balik ker office...

Saya pun balik ke office..

---------------
IMBAS KEMBALI..

2007 - Masih makan gaji

2008 - Berhenti... Jual air tepi jalan.. Join MLM dan mcm2 pekerjaan yang halal asal boleh support anak bini..

2009 - Asaskan RIDAM (Rawatan Islam Darul Manzil) dan aktif sebagai Pengamal Rawatan Islam dan Alternatif secara komersial. Juga menubuhkan Kelab Senibeladiri MARCOM dan pengajian rawatan ber-modul.

2010 - Dikenali bersama Pengasas Rawatan Islam dan Alternatif yang lain seperti Akrine, Tiaf, Darul Hikmah dan lain-lain kerana memperkembangkan dakwah melalui Maya (blog).

2012 - RIDAM slow sikit sebab menumpukan career baru (pencarian khazanah..) dan masa yang sama lambakan Darul-darul dan perawat alternatif di alam maya.. Disamping timbul isu percanggahan pendapat dalam khilaf teknik rawatan..

* Kurang cerdik.. Bab khilaf nak bergaduh.. Yang patut bergaduh bab Ijmak (kesepakatan hukum) ... Adoi la...

2013 - Ayah saya meninggal.. Asbab jatuh dari bangunan sekolah bangunan 2 tingkat.. Innalillahiwainnailaihiroji'un..

2014 - Awal tahun saya kena Hernia (angin pasang) sampai sakit dalam perut.. Kena masuk Emergency

         Then kena demam sampai 3 minggu lamanya tak boleh bekerja...

         Pastu kena gout sampai takleh jalan.

Bila pikir punya pikir, memang kena dengan cerita tu.. Tetapi sebagai Muslim, cerita Uncle tu still saya anggap sebagi kebetulan.. Percaya pada Qada' dan Qadar... Itulah yang wajib sebagaimana adanya dalam rukun..

Wasaalam...

Akaun RIDAM

HANYA akaun berikut yang digunakan RIDAM dalam segala urusan kewangan iaitu:


[Akaun Syarikat]


mbb darulmanzil.jpg

Bank: Maybank
Penama: RIDAM RESOURCES
No.Akaun: 563028618870


**************************

[Akaun Peribadi]



Bank: Maybank
Penama: KHAIRUL SYAKIRIN BIN ABDUL WAHAB
No.Akaun: 162085478617




Bank: Bank Islam
Penama: KHAIRUL SYAKIRIN BIN ABDUL WAHAB
No.Akaun: 12-234-02-003082-9


Hubungi 0129928646 untuk info lanjut :- 

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.