Hikayat Rawatan... 1 batang RM5000 Gua bayar... Part 1



Hikayat Rawatan
1 Batang RM5000 Gua bayar
*****************************

Kisah ni masa ambo tahun akhir kat Universiti. Masa tu ambo praktikal kat Kilang Perwaja Steel.

Ada sorang staff ni kawan ngan tokey balak. Tokey balak Cina ni tengah kusut bila ada 1 balak besar ni tak dapat ditebang. Yang paling kusut, trak selepas pokok balak itulah laluan kepada pokok-pokok balak yang diizinkan tebang oleh Jabatan Hutan Malaysia. Kiri kanan pokok tu pulak tak boleh kerana ia pokok dan tanah rezab kerajaan.

Pendek cerita, staff ni kenalkan tokey balak tu pada ambo. Kami jumpa kat kedai kopi di Bandar Kemaman.

Masa jumpa tu, banyak juga lah tokey balak tu cerita. Rupanya dah banyak bomoh dia dah panggil. Semua tak jalan. Bila nak tebang jer pokok tu, mesin tak hidup lah, pekerja sakit perut lah, ada tebuan tanah lah.. macam-macam.

Punyalah excited bercerita, sampai terus nak ajak gi tengok site tu dalam hutan. Masa tu jugak.. Dah masa tu ambo dan sahabat tu tengah free, kami setuju ikut. Maka bertolak lah kami masuk hutan dengan 4WD cina tu.. jauh juga nak sampai..

Masa sampai tu dah pukul 6 petang. Nak masuk tu dalam sejam juga dengan 4WD tokey cina tu. Jadi ambo ambil keputusan solat Asar kat situ jer dengan sahabat. Memang dah standby awal-awal air mineral sebotol sorang. Dengan air tulah kami berwudhuk.

Masa dah rakaat akhir, ambo sedikit terganggu bila dengar suara budak-budak dok main. Masa tu mari terfikir juga kot-kot ada rumah orang asli dalam ni. Bila dah habis solat tu, ambo cuba tengok kiri kanan. Mana tahu kot ada rumah kat situ.

"Mu tengok mende Kirin? Ada apa-apa ker?", tanya sahabat bila tengok ambo tertoleh kiri dan kanan.

"Aku macam dengar suara budok-budok dok main sakni.. Mu ado dengar?"

"erm.. aku baru nak tanyo soalan tu, mu tanyo dulu. Kito tanyo tokey la nak pasti gok..", jawab sahabat sambil beri cadangan.

Bila ditanya pada tokey tu, berkerut juga tokey fikir.. "ayya, mana ada lumah.. sini hutan ma.. Lu lasa ada hantu ka? siang pun ada hantu ka...?".

"Ada jer kalau hantu tu nak tunjuk diri...", kata sahabat menyampuk.

Masa tu, ambo dengar suara memanggil sayup kejauhan.. "Bibi...bibi...." .

Serta-merta bulu roma ambo naik. Dah nak pukul 7 masa tu.. lain macam pulak rasanya..

Satu keputusan yang ambo sendiri tak pasti kenapa ambo buat masa tu. Mungkin sebab masih muda, darah panas katakan.

"korang berdua tunggu sini.. Kalau dalam sejam aku tak mari, keluar hutan ni. Gi mitok bantuan..

Muka tokey Cina tu dah lain macam. Sahabat ambo pun sama. "Mu jangan wak kerja gila lah Kirin. Hutan ni.. Jangan main-main.."

"Apa lak main-main nyer.. aku serius ni. Tokey nak tak kes ni settle..?" tanyo ambo sambil pandang tokey cina tu.

"Mestilah mahu.. ni saja kerja yang gua tahu buat.. tapi kalau lu hilang nanti lagi susah. Apa mahu jawab sama lu punya emak, lu punya bapak...", begitu lah diluahkan kerisauannya.

"Allah.. jangan risau la.. kejap jer.. nanti saya balik semula.. jap eh", ambo terus beredar dari situ. Kalau dilayan risau, sampai sudah tak selesai kes tu. Langkah kaki ambo atas laluan denai, menuju ke arah suara yang memanggil. Makin lama suaranya semakin jelas..

Tiba-tiba........

Bersambung.. Part 2 😅


  1. *sabar yer.. nak solat dulu.. nanti sambung semula.. 😎

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.