Hikayat Rawatan.. Kisah di Tasik Kenyir



"Awak ni asal mana?"
********************

Sedang elok memancing di atas houseboat milik seorang sahabat di Kenyir, ambo disapa seorang anak dara dari belakang. 

"Banyak dapat ikan bang?"

Terkejut juga ambo sebab tak nampak pula ada perempuan naik bot ni masa bertolak dari jeti tadi. Lagipun, kedudukan ambo masa tu jauh sedikit dari sahabat yang lain. Ambo selesa begitu, duduk di belakang bot sambil layan kesunyian malam. Datang tu pun sebab nak bebaskan tekanan hidup dunia luar. Nak rehat sambil layan mancing ikan.

"Tak dapat pun lagi.." jawab ambo sambil mata meleret anak dara itu yang duduk di sebelah ambo tanpa di pelawa.

Saat bahu kami berselisih, ambo tercium bau hanyir bercampur hancing. Setahu ambo, bau macam tu adalah bau Pontianak. Masa tu rasa serba tak kena. Nak panggil sahabat yang lain tak keluar pula suaranya.

Mungkin anak dara tu tengok ambo ni menggelabah semacam, dia senyum sambil berkata, "jangan lah takut. Saya tak hadir rupa sebenar malam ni. Cuma nak kenal abang jer. Lagipun kat sini saya sunyi. Ada abang seronok juga boleh berbual..".

"Rupa sebenar? dah yang ni rupa siapa?", tanya ambo gugup bila agak-agak tahu siapa sebenarnya anak dara tu.

"Ni rupa tuan saya dulu. Dah mati lama dah. Kenapa? Abang nak tengok rupa sebenar saya ker?", tanya anak dara tu.

Selisih malaikat 44 lah kalau dengan tawaran tu. Tak pasal-pasal nanti tak lena tidur terbayang. Hanya mengeleng kepala tanda 'tidak'. 

Berdekah-dekah anak dara tu ketawa. "kan dah kata tadi, saya bukan nak kacau abg. Nak berbual jer".

Kalau begitu ok lah. Lama-kelamaan hilang pula rasa takut. Seronok juga melayan Cik Pon rupanya. Ada juga hal lucu hingga ambo pun ketawa sakan.

"Awak ni asal mana? sini ker?", tanya ambo lanjut.

"A'ah.. sini. Dulu kat sini kampung orang. Loni dah tenggelam dek air dah.."

Kalau itu jawabnya, maknanya Cik Pon ni dah tua la. Setahu ambo kampung dalam tasik kenyir ni wujud tahun 60an dulu. Bagaimanalah agaknya rupa tua sebenar Cik Pon tu yer....? 

Tiba-tiba.....

"Woi Kirin..! kau sembang ngan saper tu?", tiba-tiba para sahabat yang mancing di sisi depan bot datang menegur. Mungkin hairan bila dengar orang ketawa di belakang bot. Dah la malam bulan penuh.

"oooh.. tak ada apa.. Nanti aku cerita. Korang gi depan dulu ya.." walaupun tak puas hati dengan jawapan ambo, perintah dituruti sebab bagi diorang, arahan Mr. Bom jangan di sanggah. Lagi-lagi tempat sunyi macam tu..

*Mr. Bom ni gelaran kengkawan untuk ambo yakni Mr. Bomoh.. 😅

Anak dara tu berkata lagi, "abang. kawan abang dah panggil tu. Saya pun nak gi dah ni. Tak lama lagi Subuh naik..".

"ok lah kalau macam tu. Tak ada apa-apa nak kasi ke tanda kenangan?" sengaja ambo bertanya nakal.

"lepas saya gi ni, kalau abang bunyi kocak air, gi ambik tangguk. Abang sauk jer kat tempat bunyi tu ya. Saya gi dulu. Ada jodoh kita jumpa lagi", seraya itu dia bangun tersenyum dan hilang selepas dirinya terbang di balik kabus air tasik kenyir.

Ambo terpana juga sebentar. Beberapa kali ambo tampar pipi ni takut itu semua hanya mimpi. Lamunan itu terputus bila ambo dengar bunyi kocakan air.

Pantas ambo bangun dan berkejar ke tempat sahabat. Tangguk diambil dan ambo jadi kepala menyauk di tempat air berkocak. Yang lain juga menurut amal. Banyak juga dapat ikan. Saiz besar peha pun ada. Hasil itu juga mampu pula dibawa balik dan diagih pada keluarga.

Masa dalam perjalanan pulang, ambo cerita pengalaman tu pada sahabat. Itupun setelah di asak beberapa kali. Pada asalnya  ambo tak mahu cerita pun sebab risau diorang jadi takut. Kang nanti jadi balik awal pula. Masa tu seekor ikan pun tak dapat lagi.. 😅

Kata Mat Din, "lepas ni kalau Kirin tak ikut, aku tak mahu gi dah sini. Takut aku...".

Ambo hanya ketawa kecil. Bagi ambo sendiri pula, tak sangka ada juga Pontianak tak kacau orang. Cuma nak berbual jer. Jangan di ajak kahwin dah lerrr... 😂

Wassalam

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.