Duit vs Bomoh



Dapat panggilan..

"Assalamualaikum.. Nak tanya.. Rawatan kat RIDAM ni ada caj harga tak?"
"Wassalam..ada.. kenapa ya?"

""Oh.. kalau macam tu tak jadilah nak berubat. Sebab rawatan Islam kena ikhlas. Yang saya faham jenis letak harga ni Bomoh..".
"Ok.. bomoh pun bomoh la.." ðŸ˜‚

"Nak tahu jugak apa yang di caj nya?"
"Nak tahu jugak?"

"Kalau boleh tahulah.. boleh?"
"Ooohh.. boleh... begini..."

Secara amnya, caj RM55 untuk masalah gangguan dimana rawatannya dikira dalam lingkungan 1 jam masa appointment.

Rawatan yang melibatkan tulang, saraf atau urat dikenakan RM110.. pun dalam lingkungan 1 jam.

Jika ada keperluan dan persetujuan pesakit, rawatan tambahan seperti jarum akupuntur, bekam, herba ataupun akupressure akan dilakukan. Ada harga bagi setiap perkhidmatan.

Caj ini dikenakan untuk bayaran tempat rawatan, api air, masa dan tenaga perawat, kemahiran mendiagnos dan merawat penyakit serta simpanan perbelanjaan perawat yang berisiko terkena tempias penyakit yang dirawat. Semua perbelanjaan ni tak dapat dibayar atau beli dengan ikhlas.

Adapun setakat doakan dan bacaan umum Al-Quran tidak dikenakan sebarang bayaran.

"dah jelas Tuan?"
"Sangat jelas.. bila boleh dapatkan rawatan?"

"Untuk siapa? Tuan ker?"
"Ye lah.. "

""Maaf Tuan.. saya pegang kata-kata tuan tadi. Tuan kan tak nak berubat dengan bomoh.. jadi dah itu tuduhannya, saya terima. Tq" ðŸ˜Š

"Jangan lah macam tu..."

"Lain kali ya Tuan.. jika ada jodoh.. Assalamualaikum..".

Ambo matikan talian. Nak jaga baby jap.. Wife masak kt dapur..   ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š





MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.