Kenapa mesti guna botol putih untuk mengurung jin?

Assalamualaikum.
Artikel ni saya khaskan untuk pelajar RIDAM dan perawat Islam yang lain sebagai makluman tambahan.Itupun jika ingin menerimanya..Jika ada komen positif, sila pamerkan di Shoutbox.Jika ada komen negatif, sila maklum ke darulmanzil@yahoo.com dan sertakan dalil/hujah kenapa ianya negatif. Saya menerima teguran jika ia dilaksanakan secara baik dan berhikmah.

Ketika saya menuntut dengan Kiyai Haji Sufian di Tenggarong, Kalimantan, Indonesia dahulu, saya diberi penerangan detail berkenaan tenaga dalam dan tenaga batin yang saya rasa cukup kagum mendengarnya. Antara penerangan yang diberitahu adalah berkenaan menggunakan botol putih sebagai tempat mengurung jin.

Seperti yang pembaca sedia maklum, jin pada zahirnya tidak dapat dilihat. Imam Syafie sendiri menyatakan bahawa kesaksian hamba Allah yang mengaku melihat jin ditolak kecuali Nabi / Rasul. Namun, tidak nampak bukan bererti tidak ada?

Ramai pendapat selain Imam Syafie mengatakan bahawa yang dilihat oleh individu itu adalah jelmaan sahaja... Jelmaan? macam mana pulak tu? Macam mana nak tahu?

Beginilah, andai kata individu itu terlihat makhluk/hantu jenis pocong(hantu bungkus) seramai 3 ekor. Kan semua wajahnya sama.Cuma yang menentukan adalah keadaannya seperti pendek, panjang, tinggi atau rendah. Di sini disimpulkan bahawa jin hanya menjelma mengikut kaumnya sahaja. Contohnya ada 5 ekor hantu raya, kelima-lima ekor tu semuanya berbulu dan berwajah serupa. Itu menunjukkan bahawa spesisnya jenis yang tu la...So, pengakuan mereka yang berupaya melihat jin(jelmaan) samada secara sedar/batin adalah benar (jika bukan kes kelentong la).Semua ini kan kuasa Allah. Allah berupaya mengizinkan sesuatu jika Dia mengkhendaki begitu.

Berbalik kepada botol putih tadi, saya detail kan kepada arus elektrik dan angin. Adakah anda dapat melihat elektrik dan angin? tentu tidak bukan...Tapi anda dapat merasainya dan boleh mengetahui kehadirannya melalui gerak objek lain seperti pokok bergoyang, mentol dapat dinyalakan dsb..

Jin yang mengganggu manusia pun begitu asasnya. (Saya andaikan tidak dapat melihat :D).Kita boleh mengetahui kehadirannya melalui simptom penyakit dan gangguan yang dialami pesakit sepertimana yang diterangkan oleh ulamak muktabar seperti Abdul Wahid Salam Bali misalnya. Kita juga adakalanya boleh merasai samada dalam rasa panas, sejuk, berangin atau berombak. Kadang-kala, nak terang macam mana rasa pun tak tahu.

Kata guru saya lagi, Pergerakkan jin ialah dalam bentuk tenaga. Sama asasnya seperti tenaga angin atau elektrik. Cuma, tenaga yang Allah kurniakan pada jin adalah lebih halus dan kompleks..Teknik 'rasa' ini ada diajar dalam silibus 'mata batin'. Secara sains, apa jua jenis tenaga 'terpantul' apabila cuba menerobos dinding yang berwarna putih.

Jadi, dengan izin Allah, jika jin tersebut dikurung dalam botol yang berwarna putih, maka ianya tidak dapat keluar ekoran sifat warna putih adalah sifat pantulan.

Saya ada juga menggunakan botol kaca sepertimana yang diajar oleh Ustaz Majid AKRINE. Namun, ianya tidak kekal(kebal) untuk tempoh yang lama. Walaubagaimanapun, ianya memberi kebaikan dari segi kuantiti dan untuk transit sementara di pindahkan. Menggunakan botol putih hanya memuatkan seekor jin di dalamnya.Namun ianya tahan lama hingga bertahun-tahun. JIka menggunakam botol kaca, pengalaman saya menunjukkan ianya hanya mampu bertahan sehingga 3 hari sahaja. Wallahua'alam...

Pertanyaan Pelajar

Pelajar: Saya ada menggunakan teknik botol putih Ustaz.Tapi terlepas la..Macam mana tu?

Saya: Macam mana awak guna?

Pelajar: Saya buat kaedah tarik dan alhamdulillah, berjaya dimasukkan. Kemudian lari lagi.

Saya: Tudungnya awak pakai yang mana?

Pelajar: Saya pakai tudung asal botol tu la. Warna biru.

Saya: La, patutla macam tu. Kan saya ajar ari tu supaya menggunakan tudung yang dibuat dari gabus warna putih(Kena potong sendiri).

Pelajar: Oh...macam tu..Okey ustaz, petang ni saya ada pesakit. Kalau berpeluang, saya cuba.

Saya: Okey, tapi kena ingat. Bukan yakin pada botol..Yakin nya hanya pada Allah...

Pelakar: Baik ustaz. Terima kasih..

Kemudiannya, saya mendapat panggilan dari pelajar yang bertanya (keesokkan harinya) dan masalah menggunakan teknik ini selesai.

Pembaca..
Ilmu Allah ini amat luas..Selama mana kita mencari dan menuntutnya, ia tidak akan habis walaupun nyawa bercerai dari badan. Mana yang baik kita kukuhkan dan yang syirik kita jauh kan.

Semoga pembaca beroleh rahmat Allah sentiasa.

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.