Saya mendengar luahan seorang pesakit saya petang
kelmarin ketika beliau datang berubat di RIDAM (selain kes perubatan). Cerita
beliau, masalah yang dialami terjadi sejak dia membeli kediaman baru di sebuah
daerah di Selangor dan berniat ingin menetap di situ.
Maka berkunjunglah beliau ke masjid berdekatan
rumahnya. Selain ingin mendapatkan pahala ibadah, mudah-mudahan dia dapat
kenalan baru di kalangan jemaah masjid. Namun, hal sebaliknya berlaku bila
beliau dipulau tanpa sebab hingga imam sendiri adakalanya menyindir beliau
dalam khutbah mahupun kuliah yang ada.
Bila direnung kembali sindiran yang diterima,
kebanyakkannya berkisar kepada tanda hitam (akibat sujud) di dahinya dengan
gerakan Syiah. Nau’zubillah, beberapa kali beliau bersumpah di hadapan saya
bahawa dia adalah pengamal Sunnah Wal Jamaah. Bagaimana dahi hitam itu ada di
dahinya, katanya ada selepas dia pulang dari menunaikan haji suatu ketika
dahulu.
Saya katakan padanya agar bersabar dengan dugaan
dan menasihati beliau agar berjemaah di
masjid atau surau yang lain. Hal fitnah yang digemburkan, biarlah ianya
diserahkan pada Allah. Insyaallah, Allah itu Maha Penyayang. Dia tak akan
sekali-kali biarkan hambanya dalam kesusahan kecuali tahu bahawa ujian itu
mampu ditempuh hambaNya.
-------
Bab tanda hitam di dahi itu haruslah kita pandang
secara husnul dzon (bersangka baik). Mungkin orang berkenaan tidak betul kaedah
sujudnya atau sering sujud dalam solatnya di atas helaian sejadah yang nipis
hingga terasa keras simen lantainya. Dah elok-elok buat ibadah di masjid,
tambah pula dosa tak pasal-pasal. Gi masjid tapi masih bengong…!!!