Ads 468x60px

Ustaz ada datang rumah saya ke semalam?

Saya mendapat panggilan dari seorang pesakit yang pernah datang ke RIDAM. Sudah dua kali pesakit tu mendapat rawatan di RIDAM.

Pn Z: Assalamualaikum..Apa khabar Ustaz?

Saya: Waalaikumsalam. Khabar baik. Macam mana keadaan Pn sekarang? Dah sembuh?

Pn. Z: Alhamdulillah.. Hari ni baru betul-betul lega. Sengal dan bisa badan dah hilang sama sekali. Terima kasih ye Ustaz..

Saya: Syukurlah.. Jangan lupa sujud syukur. Saya cuma doakan saja. Kesembuhan tu kan milik Allah..jangan lupa tu.

Pn. Z: Saya tahu Ustaz.. Ni telefon pun ni nak tanya ni. Boleh ke?

Saya: Erm...tanyalah.. Apa dia?

Pn. Z: Semalam Ustaz ada datang rumah saya tak?

Saya: Semalam? Saya kat RIDAM dalam 3 hari ni. Setiap malam ada pesakit. Kenapa tanya macam tu?

Pn. Z: Macam ni.. Semalam saya sorang je tinggal kat rumah. Anak-anak dan suami pergi rumah mak...

Saya: pastu?

Pn. Z: Masa tu lah saya rasa badan saya sakit semula. Macam dah separuh mati dibuatnya Ustaz..

Saya: Erm..apa kaitan ngan saya pulak?

Pn. Z: Masa saya sakit tu, saya cuma ingat nak baca Al-Fatihah jer.. Entah kenapa masa tu saya asyik dok ulang ayat "iyya kana' budu wa iyya kanas ta'in' banyak kali... Saya mula rasa pitam dan makin sakit..

Saya: then...

Pn. Z: Masa tulah saya nampak Ustaz ada kat hujung kaki saya. Ustaz dok baca ayat yang Ustaz suruh saya amal tu.

Saya: Ayat mana Pn.?

Pn. Z: Alah, surah As-Saffat ayat 7 tu lah...Ustaz dah lupa ke?

Saya: Erm..maaflah..banyak sangat yang saya suruh pesakit amal.. Kemudian..

Pn. Z: Pastu, saya nampak Ustaz tarik pakai tangan kanan Ustaz.. Demi Allah Ustaz, saya nampak macam semut hitam keluar dari celah kaki saya.. Banyak tu...

Saya: Dah tu, 'saya' yang awak nampak tu ada kata apa-apa kat awak tak?

Pn. Z: 'Ustaz' tak kata apa-apa. Lepas 'benda' tu keluar, sakit saya terus hilang.

Saya: Erm..saya yang awk nampak tu buat apa pulak?

Pn. Z: Lepas dia tarik, dia terus tadah tangan berdoa. Saya tak paham bahasa arab.. Tapi banyak jugaklah perkataan syukur dalam doa tu.. Kemudian dia keluar bilik saya..

Saya: Awak tak kejar dia ke?

Pn. Z: Saya kejar. Tapi bila saya keluar dari bilik, Ustaz dah tak ada. Saya cuba call ustaz, tapi tak dapat..Betul ke Ustaz datang merawat saya?

Saya: Kebetulah handphone saya habis bateri semalam. Saya tak pernah datang umah awak pun. Umah awak pun saya tak kenal..Tak apalah...anggaplah itu bantuan Allah...Tak mustahil kalau Allah izinkan..kan?

Pn. Z: Tapi peliklah Ustaz..Tak apalah kalau macam tu..Yang penting saya dah sembuh..

Saya: Eloklah tu kalau pikir macam tu...Saya ada kejer skit nak buat ni.. Kita sembang lain kali yer..

Pn. Z: Erm...baiklah Ustaz...Saya minta diri dulu.. Assalamualaikum..

Saya: Waalaikumsalam...

Pening jugak bila difikirkan. Sesekali risau juga sebab kejadian begini boleh membawa fitnah.. Yang saya lakukan selepas merawat pesakit ialah mendoakan mereka ketika solat tahajjud. Mungkin doa ini di makbulkan Allah. Wallahualam...

Doanya:

"Ya Allah...aku memohon atas sifat Ar-Rahman dan Rahim-Mu. Kau sembuhkanlah pesakit yang datang ke RIDAM. Jadikanlah kesembuhan itu sebagai nikmat untuk mereka agar mereka lebih beribadat kepada-Mu. Moga mereka terhindar dari kesulitan. Ya Allah... jika bukan aku yang menjadi rasi untuk ubat mereka, Kau datangkanlah dari kalangan makhlukmu untuk mengubati mereka.. Moga Kau terima doaku... Amin"

Jiranku PELESIT tegar

Hanya seorang pesakit yang datang ke RIDAM pada sebelah malam semalam..Maka, sesi rawatan pun berakhir sekitar jam 10 malam. Sebaik sahaja pesakit pulang, saya ambil angin duduk di luar rumah. Disamping melihat pondok yang separuh siap dibina bagi kegunaan jemaah yang datang.

Selain kedatangan pesakit ke RIDAM, ada student saya dari seminar rawatan, pelajar persendirian, pelajar Silat Marcom, group PEKIDA, sahabat handai dan sanak saudara. Adakalanya, ruang menunggu tidak cukup untuk menampung tetamu yang datang. Maka sebagai inisiatifnya, saya bercadang meluaskan pusat rawatan yang sedia ada disamping membina pondok lanskap di bahagian depan kiri rumah. Dengan jumlah keseluruhan kos yang bernilai RM10 ribu, maka tidaklah mampu untuk saya realisasikan sekali gus. Saya buat sikit-sikit dahulu mengikut budget yang ada. Nilai RM10 ribu ni pun dah kira hampir jimat sebab saya sendiri yang jadi tukangnya... hehehehe..Lainlah kalau ada nak sponsor...Saya terima jer kalau itu boleh membantu..

Sebelah RIDAM ialah rumah yang tiada penghuni. Seringkali saya mendengar bunyi batuk atau ehem bila saya ambil angin diluar..Dah nama rumah kosong, biasalah kalau 'ada' yang menyinggah.. Maka saya buat tak tahu je lah..

Cuma semalam, bukan main 'gentle' lagi tamu rumah sebelah tu. Dah lama sangat kot niat nak tonjolkan diri. Maka dia tunjuklah siapa 'dia' sebenarnya...

Dalam samar bawah lampu tiang elektrik, saya lihat seorang perempuan yang kurus berpakaian baju compang camping.. Dari jauh dapat dilihat jarinya yang berkuku panjang. Hampir 5 minit di tunjukkan dirinya. Tatkala itu, anak bongsu keladi saya di dalam rumah menangis. Risau juga bila difikirkan anak di dalam rumah..

Maka apa yang saya lakukan ketika itu ialah mengambil segenggam pasir dan dilipat dalam baju. Kemudian, saya ramas silang pasir tersebut melalui lipatan baju yang dipakai sambil membaca Al-Furqan:13 sebanyak 11 kali.

Semakin kuat saya meramas, terdengar suaranya batuk menahan sakit. Seraya dia menganggat tangannya tanda dia mengalah.

"Kau dok menumpang rumah jiran aku ni kenapa?! Dah tak ada rumah lain ke?! Kalau nak sangat menumpang, kau gi lepak rumah orang jahat! Tak pun kau gi lepak rumah orang tak bayar zakat!"

Dia mengangguk berkali-kali...

"Aku nak kau berambos! Keluar dari kawasan ni!

Tak lama kemudian, dia beredar. Saya hanya memerhatikan saja. Terdengar suara isteri memanggil.........

Tersedar
Masyaallah, rupanya saya terlena di kerusi depan rumah.. Tak pasti itu mainan tidur atau pengalaman kebatinan. Apa yang saya ingat ialah ketika duduk memerhatikan pondok lanskap yang separuh siap dibina..

Saya masuk ke rumah dan solat Isyak sebelum tidur.. Wallahu'alam

Pancung Batang Pisang

Malam Pertama
Puan N dan suami serta ahli keluarganya datang ke RIDAM. Hampir 3 jam dia menunggu untuk merawat ekoran ada 2 lagi pesakit yang saya ubati.

Bila tiba masanya, saya minta Puan N duduk di ruang rawatan. Dia enggan dan reaksinya berubah. Memang biasanya pesakit gangguan kronik enggan diubati. Adakalanya jin yang mengganggu akan keluar dari badan mangsa sebelum mangsa sampai ke tempat rawatan. Suami dan ibu bapa Puan N memujuknya agar duduk di ruang rawatan.

Melihat kepada reaksinya begitu, saya berikan segelas air rukyah untuk diminum. Jenuh jugaklah suami Puan N memujuknya untuk minum. Setelah berhempas pulas memujuk, dia akhirnya minum.

Reaksinya berubah normal. Saya mulakan rawatan sepertimana rawatan yang saya lakukan. Dia kerasukan dan bercakap merapu. Sesekali dia menggerakan tangan dan jemari seperti lagak penari makyong.

Amaran dah diberi kepada gangguanaya di tubuh Puan N. Dah degil sangat, maka saya 'tarik' satu persatu. Memang bukan brand cap ayam gangguan kali ni. Badan saya terasa pijar seperti terkena cili. Serta merta pula saya mengantuk dan menguap beberapa kali. Penat badan memang tak dapat dibayangkan. Saya minta izin untuk rehat seketika bagi pengatur pernafasan dan memulihkan tenaga yang hilang.

Rawatan berikutnya juga amatlah menyeksakan. Saya pengsan seketika kerana terlampau berat gangguannya. Naik panik jugaklah ahli keluarga Pn N bila lihat perawat pula yang rebah. Isteri saya yang biasa dengan pengalaman melihat saya berubat menyuruh mereka bertenang. Saya akan sedar dan bangun sendiri...

Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi. Saya tangguhkan dulu rawatan untuk malam keesokkannya. Pesakit keletihan hinggakan perlu dipapah ke keretanya. Saya pula berubat diri sendiri kerana bisa badan yang dirasai. Saya mandikan diri dengan air limau yang dicampur air rukyah. Kemudian, saya solat Isyak seterusnya berwirid dan sujud syukur kerana pertolongan Allah sepanjang merawat pada hari tersebut...

Malam ke-2
Seperti yang dijanjikan, Puan N dan keluarga datang ke RIDAM sekitar jam 10 malam. Saya terus sambung rawatan yang dilakukan semalam. Cuma kali ini, saya tidak menggunakan botol atau telur rebus sebagai alat memasung jin. Untuk masalah kronik, saya gunakan batang pisang sepanjang lengan pesakit sebagai alat memasung. Hampir 10 batang paku 4 inci digunakan. Saya keletihan yang teramat sangat setelah proses rawatan selesai.

Malam itu, saya tidur lena.. Mungkin kerana tenaga saya habis diguna..Esok masih ada pesakit yang menunggu giliran seawal jam 8 pagi. Bantulah aku merawat hambaMu ya Allah.Amin

Hantu Sungai & Misteri Keriangan di Gunung Berkelah

Hari khamis yang lalu, saya bersama 3 orang rakan ber-rehlah di Gunung Berkelah, Pahang. Aktiviti begini memang hobi saya sebulan sekali. Ni lah masanya nak tenangkan fikiran dan bersuluk. Setiap hari dok dengar hingar bingar fenomena bandar, nak juga berehat bersama alam semulajadi.

Hari pertama
Kami sampai di kaki bukit sekitar pukul 5 petang. Selepas meletakkan kereta di kawasan yang sesuai, kami mulakan pendakian. Memang tak lupa pada petua guru setiap kali mahu meninggalkan kenderaan pada masa yang lama.

Caranya... saya bacakan doa pemagar pada seketul batu dan letakkan ditengah-tengah bumbung kereta. Kemudian saya buat Pagar 4 Al-Ikhlas serta qasadkan agar kereta dilindungi Allah dari kecurian atau sebarang bencana.

Trak awal pendakian tidaklah susah kerana laluan pendakian sudah disediakan oleh kerajaan Negeri Pahang..Terima kasih pada pihak yang bermurah hati menyediakan laluan tersebut.



Level 1 - Gunung Berkelah
Namun, untuk sampai ke level 2 pergunungan, pendakiannya agak mencabar. Jika dilihat pada ketinggiannya, orang yang berbadan besar memang susahla nak mendaki..Tapi syukur, sampai juga kami di level 2. Oleh kerana saya terlupa laluan asal (pernah datang ke sini sekitar 5 tahun yang lalu), kami mendaki di kawasan yang curam laluannya. Hari dah semakin gelap. Kami pada masa itu masih di dalam hutan yang dikelilingi pokok buluh dan tanah jerlus. Hati semakin bimbang dengan keadaan tempat yang didaki.. Melihat kepada jam sudah pukul 6:45pm, saya selaku ketua pasukan bercadang untuk patah semula ke level 2. dan menyeberangi sungai untuk berkhemah.

Untuk menyeberangi sungai yang deras airnya, kami bersepakat untuk menggunakan tali sebagai langkah keselamatan. Jika terjatuh dalam air yang deras tersebut, mungkin nyawa melayang kerana curam terjunan ainya setinggi 60 kaki! Kami menyeberangi sungai seorang demi seorang diketuai saya. Walaupun hari sudah gelap, perjalanan kami lancar dengan bantuan lampu suluh yang dibawa. Nasib malang menimpa sahabat kami yang terakhir bila seliparnya terjatuh ke dalam sungai dan hanyut ke bawah.

Di situ, kami pacakkan khemah dan menyediakan juadah makan malam. Nasib baiklah nasi sudah siap dibawa. Tak perlulah kami bersusah payah menanak. Malam itu, kami makan nasi putih berlauk sardin dan ikan pari bakar. Memang menyelerakan bila makan ketika lapar.

Sekitar pukul 12 malam, kami tidur merehatkan badan. Hari esok masih jauh perjalanan kami.....

Hantu Sungai Tersekat
Sekita pukul 3 pagi, saya terjaga dari lena bila terdengar suara mendengus diluar khemah. Walaupun takut, saya gagahi untuk mengintai dari celah pintu khemah. Takut juga kalau Sang Belang yang menyinggah....

Dari celah pintu khemah, saya melihat makhluk yang kurus melidi cuba untuk masuk ke kawasan tapak perkhemahan kami. Bentuknya seakan badan manusia cuma fizikalnya agak pelik jika dilihat. Tangannya panjang mencecah lutut. Badannya pula bongkok dan mukanya panjang ke bawah. Sesekali terbau hamis seperti ikan busuk. Beberapa kali makhluk itu cuba memasuki kawasan tapak khemah kami. Saya menghela nafas dan mengucapkan syukur berulang kali. Memang setiap kali saya berkhemah, pagar 4 Al-Ikhlas tidak dilupakan. Dengan izin Allah, kawasan perhemahan tidak terancam.. Saya menyambung tidur selepas makhluk tersebut beredar. Alhamdulillah..

Hari Kedua
Kami bersarapan pagi dengan air teh-o dan maggi goreng. Pendakian dimulakan seawal jam 9 pagi. Kali ni perjalanannya memang mencabar. Syukur pada Allah sekali lagi bila trak pendakian yang sebenar rupanya perlu dimulai dari tapak kami berkhemah. Kalau ikut laluan asal semalam, jawabnya tak sampai kami ke destinasi...

Sepanjang pendakian, ada 3 aras laluan bahaya yang perlu ditempuhi. Aras 5 terletak di kawasan berbatu yang punyai jurang setinggi 100 kaki. Mujurlah tali dibawa. Sekali lagi tali tersebut diguna sebagai alat bantuan pendakian. Dah macam rembo lagaknya...

Aras 6 pula terletak di lereng air terjun yang laluannya hanya boleh dilalui secara mengiring.Tiada tempat berpaut boleh kami gunakan sepanjang 5 meter laluan tersebut. Jika dilihat pada jurang ditepi laluan, lemah sendi dibuatnya. Saya pula memang fobia pada ketinggian....Mujurlah ada dikalangan sahabat kami yang kurus badannya. Setelah dia mendaki dikawasan tersebut, beg dan alatan dihulur padanya untuk memudahkan kami yang lain mendaki..Sekali lagi kami berjaya melalui cabaran tersebut.

Aras 7 pula terletak dilereng bukit tanah merah. Di sini juga kami menjumpai tapak Sang Belang.. Risau jugaklah dibuatnya..Laluan ini perlu melompat jika hendak ke seberang. Ditambah pula dengan laluanya berada di bawah seketul batu yang besar. Kami kena melompat secara membongkok! Mujurlah ada sebatang pokok di tengahnya. Kami bertaut pada pokok tersebut dan melompat ke seberang. Sekali lagi kami mengucapkan syukur kerana berjaya melalui laluan bahaya tersebut.

Destinasi
Kami akhirnya sampai di Aras 8 sekitar jam 1 petang. Memang itulah destinasi kami. Di kawasan itu, terletaknya air terjun setinggi 150 kaki yang mengalir ke dalam kolam batu seluas 4 padang futsal. Memang cantik pemandangannya. Namun, kami terasa hampa kerana keadaan gelora airnya yang laju boleh membahayakan diri jika tapak khemah dibuat di situ. Memang silap kami kerana mendaki di musim tengkujuh...Padan muka kami...hahahahaahah




Aras 8 Gunung Berkelah



Kami ambil keputusan berkhemah di kawasan bawah. Memang keselamatan kami terjamin jika berkhemah di situ, tapi bekalan air pula yang menjadi masalah kerana jaraknya jauh dan menjunam. Sekali lagi kami bersyukur kerana CoolBox besar yang dibawa boleh kami jadikan tempat simpanan air. Kami pastikan air ditakung sebelum malam untuk kegunaan masakan, wudhuk dan minuman.






Misteri Keriangan di malam hari
Malam itu, kami menjamu selera dengan ayam goreng, sosej, daging burger dan maggi. Memang melantak habis..Mungkin nak cover penat mendaki siang tadi.

Sekitar jam 11 malam, saya terdengar suara sekeluarga mandi di air terjun tersebut. Ada suara kanak-kanak, ibu dan bapa..Macam sekeluarga.. Memang hairan bila mendengar suara sebegitu. Tapak perkhemahan kami adalah satu-satunya tapak yang boleh dipacakkan khemah. Lagipun air deras dan dalam. Kanak-kanak memang mustahil untuk dibawa ke Aras 8 Gunung Berkhelah kerana laluan perjalanannya sukar dan merbahaya. Tiada pula saya lihat cahaya pelita atau lampu di kawasan perkhemahan selain tapak kami.. Siapa la tu?

Saya bertanyakan pada sahabat yang lain dan mereka juga mendengar bunyi yang sama. Dipendekkan cerita, kami bersepakat buat tak tahu jer dengan bunyi tersebut. Dah masuk hutan katakan, macam-macam leh jumpa dan dengar. Bukan nak kacau orang pun..Kami datang nak beriadah...Biarkanlah..

Selipar yang hanyut dijumpai
Kami mulakan perjalanan pulang sekitar jam 9 pagi selepas bersarapan dengan nasi goreng dan sosej bakar. Perjalanan turun sepatutnya separuh dari masa pendakian, tapi oleh kerana banyak aras yang kami singgah untuk bergambar dan mandi manda, kami sampai di aras 1 sekitar jam 1 petang. Di situlah sahabat kami berteriak keriangan bila sebelah seliparnya yang dihanyutkan air pada hari pertama dijumpai semula dicelah batu. Memang seronok tengok lagaknya. Macam tak pernah jumpa selipar....

Kami sampai di kaki bukit sekitar jam 3 petang dan berkemas pulang. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Bulan depan, tiada perancangan destinasi pendakian ditetapkan..Tapi memang akan ada pendakian..Bila dan dimana, belum ditentukan...Insyaallah

Gangguan Di Kamar Utama

Sebulan yang lalu, saya berpeluang merawat sepasang suami isteri yang mengalami masalah SAKA. Jika dilihat dari keadaan fizikal, saya kategorikan pasangan tersebut sebagai pasangan Islamik. Baik budi bahasanya, warak cara pemakaiannya dan jujur percakapannya.

Saya merawat mereka sepertimana kaedah rawatan yang saya lakukan sebelum ini. Dengan izin Allah, gangguan pada isteri hilang serta merta. Manakala si suami berkurang..

Pada malam saya merawat (setelah RIDAM ditutup), saya sempat menonton rancangan kegemaran saya di channel AXN. Memang telemovie CHUCK tak pernah saya miss setiap hari Khamis. Mungkin agak keletihan kerana merawat sejak dari pagi, saya terlelap sebaik sahaja rancangan tersebut tamat.

Antara lena dan tidak, saya terasa seperti ada 'orang' menggaru tapak kaki saya. Walaupun sudah ditempis beberapa kali, rasa seperti jari jemari di tapak kaki masih terasa. Saya tak anggap itu sebagai 'gangguan' pada mulanya. Mungkin mainan perasaan agaknya..Saya beralih tempat tidur di kamar utama..

Sewaktu tidur, saya terasa seperti badan saya terawangan. Lain macam je rasanya. Saya bukakan mata perlahan-lahan......

Masyaallah!
Jarak hidung saya dengan syiling rumah hanya sejengkal! Masa tu, nak baca bismillah pun tak ingat...Mujurlah saya teringat kepada petua guru...Kalau panik dan tak ingat bacaan, serah diri sepenuhnya pada Allah..Ulang sebanyak mungkin kalimah tu...Yakin Allah Maha Melindungi...

Maka, saya ulang sebanyak-banyaknya kalimah Allah..Saya serah segalanya-galanya padaNya.. Alhamdulillah, semangat saya kembali pulih..Saya boleh bertenang walaupun masih ada rasa gementar...

Saya bercakap dengan tenang..
"Dah la tu kacau orang nak tidur.. 'Kau' angkat aku tinggi sangat..Turunkanlah sket..Nak bergurau tak kena masa la..."

Sebaik sahaja saya tuturkan ayat begitu, badan saya terhempas di katil..Sakit jugaklah belakang dekat seminggu.. Naib baik jatuh atas katil...Kalau jatuh atas lantai rumah, tak tahulah...
Nasib baik jugak kamar saya tiada kipas syiling...Kalau tak, tak tahulah....

Esoknya, saya menelefon guru saya..Guru saya gelak jer bila dengar cerita saya tu..Gangguan dia lagi power.Kata guru saya:

"Itu baru kena angkat...aku dulu siap lumpuh lagi...Mujur 2 minggu je...Sabar...Nak test la tu..hehehehehe".

Erm...ni baru sikit ujiannya...Perawat senior kena macam mana agaknya?

Please Call...No SMS

Assalamualaikum..

Saya minta jasa baik mereka yang menghubungi RIDAM secara SMS sila hentikan..Kalau nak bertanya, sila TELEFON..

Hal ini telah saya nyatakan dalam ruangan sebelah kiri blog RIDAM.

Bukan saya sombong untuk membalas SMS, tapi kan nak balas memerlukan masa.Apatah lagi kalau panjang jawapannya...

Harap pihak yang SMS tu sila call..Lagi cepat,mudah dan terang jawapan yang akan diberi.

Harap Maklum

Kenapa urat ni rasa bergerak Ustaz oiii..

Minggu lepas, saya didatangi seorang makcik yang mengalami masalah saraf..antara simptom yang dirasai ialah sakit lutut, sakit belakang, lenguh bahu dan kebas dibahagian betis..Makcik tu pun dah kira veteren, umur dah 63 tahun..

Menurut kata makcik tu, dia dah banyak kali berubat.Semuanya perawat Islam... Ada berubat ditempat komersial dan ada dengan perawat persendirian..Antara tempat yang pernah dicuba ialah sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Pahang, Perak dan Kedah...Dalam 3 tahun ni, dah lebih 6 pusat rawatan sudah dikunjungi.

Yang paling terkejut saya mendengarnya ialah bila dia meletakkan RIDAM sebagai tempat terakhir untuk dia berubat secara kaedah islamiah...Jika tak baik jugak, dia nak try gi berubat dengan bomoh siam pulak...Nau'zubillah...Terkejut saya mendengar keluhan pesakit sampai begitu rupa.

Dia juga mengadu, kebanyakkan tekniknya adalah dengan diperdengarkan alunan Al-Quran (teknik rukyah la tu). Dia juga tanya teknik saya...

Terkejut gak makcik tu bila saya kata teknik saya pun adalah dengan rukyah diawalnya.Panjang lebar saya katakan kebaikan menggunakan Al-Quran dalam rawatan..

Lepas dia dengar saya juga merukyah pesakit bila merawat, muka dia jadi hambar semacam. Nampak macam tak yakin... Saya hanya tersenyum bila melihat reaksinya.. Dah selalu sgt tengok reaksi mcm tu.. Hatta dalam meeting atau muzakarah pun ada reaksi macam tu..Ada orang kata reaksi tu di gelar 'muka seposen'..

Oleh kerana luahan makcik yang sebegitu rupa, saya minta izin masuk ke bilik. Saya lakukan solat hajat 2 rakaat. Pohon pada Allah agar biarlah sembuh si makcik tu nanti..Saya juga pohon agar jangan dipesongkan syariatnya... Besar tanggunggjawab saya pada ketika itu...

Sesudah itu, barulah saya mulakan ikhtiar berubat.

Sebelum merawat, saya biasanya akan mendiagnos pesakit terlebih dahulu.Antaranya, melihat sejarah perubatannya. Kata makcik tu lagi, rata-rata perawat yang dijumpai mengatakan dia mempunyai masalah sihir dan saka.. Lagipun, tanda-tanda mimpi yang dialami juga menjurus ke arah tanda gangguan..

Tapi itu hanya tanda...Tak semestinya ada gangguan..

Saya mulakan rawatan dengan bacaan ayat Quran yang bersesuaian.. Oleh kerana tiada pesakit lain pada waktu itu, maka saya rukyah dengan bacaan yang panjang... Hampir setengah jam merukyah, tidak wujud tanda-tanda gangguan padanya.. Rumahnya juga telah di 'scan'.. Tak ada masalah gangguan pun...

Saya beralih kepada rawatan alternatif lain.. Matanya dilihat pada point iridiologi.. Tangan dan kakinya saya check pada point2 saraf...

Laa.......masalah saraf jer rupanya...

Secara detail, makcik tu kekurangan vitamin C, kalsium, zink dan terlebih asid urik (tanda nak kena gout). Memang tiada masalah gangguan pun.. Entah macam mana la perawat yang dijumpai kata ada masalah gangguan.. Hairan gak saya...

Maka, kaedah yang diguna ialah dengan membaca 46 ayat serta doa saraf pada air dan minyak zaitun. Air tersebut saya suruh minum 3 kali sehari dan minyak zaitun pula saya suruh sapu pada anggota yang sakit selepas minum sesudu teh sebanyak 2 kali sehari..

Oleh kerana masalah ekonomi, saya hanya sarankan makcik tu makan kurma 7 biji sehari.. Lainlah kalau ada bajet lebih, boleh saya senaraikan vitamin yang boleh dibeli di farmasi..Pada anggaran saya, hampir RM200 gak la vitamin yang perlu dibeli...

5 hari selepas rawatan
Saya menerima panggilan dari makcik tersebut...

Makcik: Assalamualaikum Ustaz

Saya: Waalaikum salam.. Siapa ni?

Makcik: Saya ni Makcik XXXXX. Cuma nak beritahu, sakit saya dah sembuh. Tapi ada nak tanya sket.

Saya: Alhamdulillah...dah ok la tu..Syukur pada Allah..Apa soalannya?

Makcik: Kenapa lepas minum air dan minyak ustaz tu saya rasa semacam jer masa tidur?

Saya: Rasa semacam yang macam mana? Tak paham saya ni..

Makcik: Kenapa urat ni rasa bergerak Ustaz oiiii?

Saya: Maksud makcik, urat tu rasa macam bercantum? Macam tu ker?

Makcik: erm..mcm tu la makcik rasa

Saya: Itu tandanya saraf makcik diperbaiki. Bukan kuasa saya urat tu jadi mcm tu. Itu semua kuasa Allah.. Tapi, doa yang dibaca pada air dan minyak makcik guna tu kebanyakkan berkenaan ayat bangkit kejadian manusia dan doa saraf. Yang penting makcik dah sihat. Boleh banyak ibadah..Jangan pula pasang niat atau berubat dengan bomoh siam pulak.. Banyak syubhah kaedahnya makcik..

Makcik: Tu la, saya pun menyesal ustaz. Dah buat solat taubat dah semalam..Saya janji tak akan jumpa bomoh mcm tu..Saya yakin dengan rawatan Islam...

Saya: Baguslah kalau mcm tu.. Sujud syukur dah buat belum?

Makcik: Allah, lupa pulak nak buat semalam.. Nanti makcik buat... Terima kasih yer ustaz..

Saya: Sama-sama..ingat tu, yang menyembuh bukan saya..Saya hanya doakan saja..Yang menyembuh hanya Allah...ingat tu..

Makcik: Saya ingat.. Ustaz, nanti kita sembang lain...air yang saya jerang kat dapur dah bunyi tu...Assalamuaikum Ustaz...Terima kasih sekali lagi..

Saya: Waalaikumsalam

Kesembuhan hanya milik Allah..Kita hanya berikhtiar..Kepada perawat di luar sana, jgn mudah membuat kesimpulan penyakit. Scan dengan hati iman.. Tanda gangguan tak semestinya confirm ada gangguan.. Klau setakat tanda, jgn letakkan confirm pada pesakit.. Nyatakan dengan ungkapan 'wallahu'alam' diakhirnya. Yang penting ialah ikhtiar.. Sembuh tu hanya milik Allah..

*Sekadar peringatan diri sendiri dan pembaca.. wassalam

Jodoh handphone dengan ku sudah tiada...

Saya dijemput pesakit di Johor untuk merawat anaknya. Kes ini saya labelkan sebagai kes emergency kerana rancangan untuk ke Johor dilakukan pada saat akhir..

Saya bersama seorang sahabat memandu ke Johor melalui jalan Mersing.Sampai di bandar kediaman pesakit,saya menunggu suaminya di sebuah stesyen minyak. Sebab dah hampir 5 jam memandu, saya ambil angin luar.Risau kalau suami pesakit call tak saya dengari, maka saya letak handphone atas bumbung kereta.

Tak sampai 10 minit menunggu, suami pesakit tiba dan saya diminta mengekori keretanya. Kesalahan saya ialah terlupa mengambil handphone yang telah diletakkan di atas bumbung kereta. Setelah beredar hampir 200 meter dari tempat menunggu tadi, baru saya perasan yang handphone saya tiada.Saya park keter di tepi jalan dan meletakkan harapan yang handphone telah pun diambil...

Sah! tiada dalam kereta..Nak tak nak, saya u-turn semula ke tempat menunggu...Dah nasib la katakan, tak pulak dijumpai handphone tu...Kawan yang join saya try call tapi dah masuk voicemail...Nampaknya dah dijumpai orang lain.... :(

Masalah lain pula timbul bila saya tak ingat nombor telefon pesakit..tapi, baru saya teringat yang pesakit pernah hantar sms pada nombor isteri.Mintak2 tak delete la message tu...

Saya pinjam handphone kawan dan alhamdulillah, isteri saya masih simpan message tu...Saya hantar sms pada pesakit dan menunggu di lokasi lain...tapi still gak stesyen minyak...

MERAWAT
Anak pesakit sudah kerasukan dari pagi..Kesian gak saya tengok budak tu bila ada kesan lebam akibat cengkaman agar dia tak meronta..Tapi dah nak buat mcm mana, kalau tak pegang, nanti budak tu lari...Lagi la haru-biru....

Saya memberi salam padanya sebanyak 3 kali. Nampak mcm ada respon, tp masih nak tunjuk degil...Sebelum mulakan rawatan, saya beri amaran agar bekerjasama...dia? still control ayu jer..

Saya mulakan bacaan rukyah padanya..Steady jer bila dia dengar...Mcm kata seorang penulis blog yg glamour...AYAT TAK SEMESTINYA ADA POWER...JGN LETAK POWER PADA AYAT..bagus nasihatnya...DAH PROVEN PUN katanya lagi...sory, den pinjam ayat U jap...

Saya mula rawatan refleksologi dan masa tu barulah di mintak ampun suruh stop..Sakit katanya..Hasil dialog dengannya, Chief Jin ada kat ayahnya. Dia janji suruh buang kat ayahnya dulu...pastu dia ikut....

So, saya buat rawatan pada ayah dan ibu pesakit...Selesai merawat, ibunya nampak nak pengsan...pastu...'benda' dalam badan tu start la bercakap....siap beritahu keturunan pahlawan lagi....

check punya check...rupanya SAKA...mcm yg pernah diceritakan sebelum ni, saya keluarkan jin tersebut dengan izin Allah...pesakit rebah kelesuan....

Pastu pesakit gelak memanjang...erm..ni yg mana pulak ni?
Bila tanya2...rupanya jin sihir...kata jin sihir tu...dia memang suka pun jin SAKA keluar dr badan pesakit ni sbb boleh la dia take-over semuanya.. jin sihir tu selalu kena buli n dihalau oleh jin SAKA tu...ni kononnya boleh jadi KING la pulak...

Saya tak kira...kau jin Islam ker, non-muslim ker atau bangsa apa sekalipun asalkan diorang ni dari anak beranak suku sakat jin, maka hendaklah tidak mengganggu manusia...

Dipendekkan cerita, saya tarik kesemuanya dengan izin Allah....Moga tiadalah lagi jin atau penyihir yang mengganggu. ..

Rawatan malam tu melibatksn seluruh ahli keluarga...Habis-habisan puak2 jin ni ganggu...Bagus kalau semua ahli berkumpul...Mudah nak attack PUNCA..Bila punca keluar, yg lain pun akan ikut samalah...mcm dlm perang la...bila kapten lari, yg bawah ni pun akan lari gak la....

Semasa proses kerasukan jin pada pesakit tu, ada gak saya sajer tanya pasal handphone sy yang hilang tu...Dengan selamber dia kata itu kejer dia...Saya gelak jer bila dengar jin tu cakap mcm tu...entah boleh pakai ke tidak la...

Malam tu, rawatan berakhir hampir pukul 2 pagi...Saya dan member on d spot balik ke kemaman...Esok sudah ada pesakit yang menunggu di RIDAM..

Penat kan jadi perawat...? Tapi itu tanggungjawab... Harus pikul dengan hati yang ikhlas..

BILA BANTU ORANG...ALLAH AKAN BANTU KITA..
Pesan arwan nenek saya yang meninggal Desember 2008

Intisari Sebenar Rehlah RIDAM di hutan

Terkejut saya bila buka blog RIDAM (colum shoutmix) hari ni....Baru 2 hari tak surfing, dah lintang pukang jadinya...

Macam ni lah...tujuan aktikal kali ni khusus untuk makhluk manusia yang ber-nickname TOYOL dan seangkatan dengannya. Moga cerahlah hatinya dan elok tutur kata komplennya...

Tujuan rehlah RIDAM dijalankan di hutan pada kali ini bermotifkan beberapa perkara. Pengisian program juga sudah diatur mengikut objektif yang positif.

1)Program kali ini berharap boleh menemukan peserta RIDAM dari beberapa program sepanjang tahun ini disamping mengeratkan silaturrahim. Ada dari program di Port Dickson, Pahang, Kemaman, Melaka, UM dan UiA. Sekaligus boleh bertukar-tukar pendapat dan mewujudkan keakraban sesama perawat. Yang tua berkongsi pada yang muda. Yang muda pula mendapat tunjuk ajar dari yang tua.. Kan harmoni tu?

2)Keadaan hutan lebih mencabar. RIDAM menggunakan pendekatan konsep CABARAN sebagai satu motivasi kepada perawat untuk lebih bersemangat di dunia luar nanti. Nak jadi perawat kena cekal! Selain mengubati manusia, cabaran serangan jin, ahli sihir dan fitnah tak berkecuali. Risiko tetap ada!

3)Pengalaman Pengajian:
Kita seringkali melihat cerita pahlawan / mistik yang belajar di dalam hutan. Sebenarnya, pengalaman inilah yang nak diberi pada peserta. Seperti kata TOYOL baik belajar dalam masjid, saya tak nafi boleh dan dapat pahala iktikaf pula.

Tapi, salahkah kalau belajar di hutan?Hanya sebagai merasai pengalaman. Bukan selamanya nak belajar dalam hutan. Kalau macam tu, toksah ada sekolah lah...En/Pn TOYOL boleh suggest pada Menteri Pendidikan agar sistem pendidikan kita tidak lagi dibuat di sekolah atau ipt..Semua pengajian boleh buat kat masjid..... :D

Saya bukan nak kecilkan masjid..tapi dalam silibus kali ni ada aktiviti lasak...Nak meniarap, panjat bukit, mandi sungai, takkan semua tu nak buat dalam masjid... Akai ada ka?

Yang pi tuduh cari jin tu apa ke-fitnah pulak? Kenapalah tak pikir dosa pahala bila komplen? Tak TAKUT AZAB ALLAH ker? RIDAM hanya ingin menunjukkan tapak kampung bunian SAHAJA. Macam mana persekitarannya di alam sedar.. Suasana tempat tersebut.. dan kedudukan tumbuhan disekitarnya.. Bukan ajak gi jumpa jin pun.. Yang haru-biru dok sound-sound kat blog RIDAM ni kenapa...?

Satu lagi, kalau dah nak sangat program dibuat di Masjid, apa kata En/Pn TOYOL pulak yang anjurkan... Boleh la ajar mcm mana nak FITNAH ORANG...siap boleh buat pakej BATU API sekali...berapa maharnya?

Satu lagi, nak gak kenal si TOYOL ni.....takkan nama samaran jer kot? Penakut ker? :D

Ustaz...berdamping dengan jin ker?

Saya dikejutkan dengan seorang pemanggil yang selalu berkongsi kaedah merawat bersamanya.Adakalanya dia memberikan tips rawatan, adakalanya saya yang dhaif ini berkongsi ilmu dengannya.

Dia menelefon saya setelah selesai berjumpa seorang perawat di Kuala Lumpur.Katanya, perawat KL tu maklumkan padanya bahawa saya bersahabat dengan jin .Siap beritahu nama jin lagi...Ada nama puteri lah, kiyai lah, nama jawa pun ada, nama hindu pun ada, nama melayu ada dan macam-macam nama lagi lah...Perawat KL tu jugak kata tak pelik lah saya boleh buat teknik 'mata batin'....hehehehheehhe

Tergelak sakan saya bila dengar luahan sahabat saya tu..Macam pasaraya Sakan yang jual barangan pelbagai tu.... :D

Walaubagaimanapun, sahabat saya tu dah kenal saya lama..Maka dia test perawat KL tu..tenganga-nganga kawan tu nak menjawab.....

Sebenarnya, saya tak nafi, adakalanya ketika merawat, ada beberapa jin yang turut datang KONON nya nak membantu semasa merawat.

TAPI, guru saya pernah menasihatkan agar JANGAN SESEKALI MENERIMA PELAWAAN BANTUAN JIN!

Atas dasar nasihat guru, saya menolak dengan baik pelawaan jin kerana DIKHUATIRI AKAN WUJUD KEBERGANTUNGAN PADA JIN dan ia boleh menjurus ke arah SYIRIK!

Sebagai contoh persahabatan kita dengan jin ni macam kita berkawan dengan polis atau JPJ.Kononnya kita berkawan dengan mereka dengan tiada niat nak bergantung..Sekadar kawan la katakan..Tapi bila kena saman, confirm kita akan call diorang mintak tolong ejas saman atau bantu mana yang boleh.Kan dah wujud kebergantungan kat situ!

Samalah jugak kalau kita berkawan dengan jin.Mula2 kawan dulu..then, katakanlah kita ada masalah dalam merawat..Tak mustahil kita akan mintak tolong kaum jin samada menengok ker, bertanya ke, mintak jin pulak yang tolong ubat dan mcm2 lagi lah...maka, perkara ini boleh mendorong kita ke arah syirik..

Pasal bab berkawan jin ni memang banyak perbahasan di antara ulamak sendiri..Kita orang awam ni lagilah...Saya tak pula mahu membahaskan hukum berkawan dengan jin kerana pendapatnya banyak...Tapi atas dasar nasihat guru, jauhkan / jarakkan bila nak nak berkawan dengan jin..Risiko Fitnah dan syubhah sangat tinggi...!

Berbalik kepada perawat KL yang diceritakan oleh sahabat saya tu, apa yang perawat KL tu nampak dan nama jin tu ada yang benar dan ada yang tak benar..

TAK BENAR
Saya tidak berdamping dengan jin.Tapi memang ada jin yang nak berkawan dengan saya dan saya menolaknya kerana tidak mahu wujud kebergantungan.


BENAR
Nama jin yang diberitahu perawat KL adalah jin-jin yang ingin bersahabat dengan saya sewaktu merawat. Mungkin ketika proses scan, puak-puak jin tu ada disekitar saya..Maka tak pasal-pasal la saya dituduh berdamping...
Ni lah cubaan perawat...Sabor je lah...

PERSOALAN LAIN
Soalan: Dah tu, ustaz dengan bunian pulak mcm mana?
Jawapan: La, itu saya cuma kenal kampungnya...TAK PERNAH PULAK SAYA KATA BERKAWAN DENGAN MEREKA.. :D

Berbalik kepada perawat KL tu, saya nasihatkan agar jgn mudah buat kesimpulan. Saya pun tahu siapa ANDA...Kan, dedah kat blog ni jadi panjang cerita pulak..

Apa pun, kalau betul la saya ni berdamping, kenapa tak 'buang'?
Kenapa tak rukyah saya?
Dan akhir sekali, kenapa mengelak nak BERJUMPA dgn saya?

Hehehehehh

Wallahu'alam

Gambar & Rakaman siri pembelajaran di UiA- 31 Okt hingga 1 Nov 2009

Alhamdulillah....seminar perubatan bersama RIDAM di UiA telah selamat diadakan dengan jayanya.Moga peserta beroleh manfaat yang berguna.

RIDAM amat berbesar hati jika peserta di UiA yang mempunyai gambar semasa kursus (termasuk sesi pengijazahan) boleh lah di emailkan di darulmanzil@yahoo.com sebagai kenang-kenangan.



















RAKAMAN LATIHAN DETEKSI GELOMBANG


video


video

video

4 Unsur Alam & Kegunaan aura warna

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan dalam Silibus Aura pada pelajar RIDAM di UiA, maka pelaksanaan untuk memancar atau menerima khasiat gelombang alam ciptaan Allah adalah seperti berikut:-

1)TANAH
Warna:Biru
Sifat kimia:Karbon
Kegunaan:Resapan/Pancaran utk perubatan lemah semangat/pengasih

2)API
Warna:Merah
Sifat kimia:Oksigen
Kegunaan:Pancaran pd kes kerasukan/semasa proses pancung,sembelih,bom dll.

3)AIR
Warna:Hijau
Sifat kimia:Hidrogen
Kegunaan:1.Pancaran/Meresap bagi masalah panas baran
2.Pancaran semasa menepuk utk proses buang Susuk

4)ANGIN
Warna:Putih
Sifat kimia:Nitrogen
Kegunaan:1.Pancaran semasa asas merukyah.
2.Pancaran bebola melindung diri
3.Pancaran semasa proses 'menarik' jin

Bismillah 5

Di sini dikongsikan sedikit petua amalan dari guru saya:Pak Su Nor Bachok.
Antara amalan mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5.Bacalah selalu sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur.Moga mendapat perlindungan Allah selalu.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


p/s: Jangan meletak yakin pada ayat..tapi meletak yakin hanya pada Allah..Ikhtiar dan doa..Moga dimakbulkan Allah doa kalian.

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DI UiA GOMBAK (31 Okt - 1 Nov 2009)

Sila klik gambar di atas

Tempat Kursus: 4-ADM Lt-1, UiA Gombak (sebelah Masjid UiA)

Yuran:

  • Pelatih baru (Siri 1 & 2) = RM180
  • Pelatih baru (Siri 1) = RM100
  • Pelatih ridam (Siri 2) = RM90

*Sila nyatakan siri program melalui SMS setelah membuat transaksi bayaran

Makluman:-

  • Yuran di atas termasuk nota dan kelengkapan asas rawatan
  • Yuran di atas tidak termasuk makan minum.- Kantin hanya berdekatan tempat kuliah dengan harga yang berpatutan.
  • Bagi peserta musafir, anda boleh menginap sekaligus beriktikaf di Masjid UiA (bersebelahan tempat kuliah). - Kebenaran telah diperolehi
Daftar segera di bawah pakej pengajian Rawatan Islamik dengan harga yang termurah di Malaysia

*Intisari Seminar Siri-2*


1.Insyaallah..pelajar didedahkan dengan penggunaan teknik DBS bagi menyelesaikan masalah kes berkaitan.

2.Teknik menahan serangan musuh dan kaedah pulang balik

3.Pendedahan kepada perbezaan penyakit klinikal dengan penyakit gangguan serta kaedah merawatnya menggunakan Ayatul Quran dan makanan alternatif seperti:

a.Kegatalan b.Bengkak anggota c.Bengkak kalenjar d.Angin medu e.Gout f.Sakit kepala g.Ulser h.Tonsil g.Batu karang h.Haid tidak teratur i.Gastrik j.Leukimia k.Susah dapat anak

Peta Ke UiA Gombak

http://www.malaysiamap.org/location/data/images/pro/img_51iiu_map.gif

Peta UiA

ID Card RIDAM



Hanya kepada peserta RIDAM
Harga: RM15 (termasuk pos)

Tempahan:
1.Sila bank-in ke akaun ridam
2.email ke darulmanzil@yahoo.com dengan intisari berikut-
a.Nama
b.Alamat
c.No. telefon
d.gambar saiz passport
e.tarikh & program seminar

3.sms ke 019-9891078 untuk makluman

Sedekahkan Al-Fatihah untuknya..

Tengah hari tadi, saya mendapat berita dari seorang rakan tentang kematian seorang pesakit saya yang baru sahaja sembuh dari penderitaan yang dialami selama bertahun-tahun.

Mengimbas kembali kepada kedatangan pertama beliau ke RIDAM, dirinya kelihatan lemah dan tidak bermaya.Beliau mengadu mengalami masalah sakit dibahagian pinggang, bengkak kaki (kelihatan seperti gout), luka yang tidak sembuh (simptom kencing manis) dan sesak nafas.Kerana keadaan beliau yang begitu parah, proses rawatan dilakukan dalam keadaan pesakit duduk di atas kerusi (biasanya berlunjur di atas lantai).

Sayu melihat keadaan beliau pada masa itu...

Saya memulakan rawatan dengan mendiagnos(mencari punca penyakit).Satu persatu point refleksologi dan nadi saya periksa...Masyaallah..semua tanda-tanda yang diperiksa menunjukkan tiada kesan serangan penyakit..Semua normal!

Masalah sama diadukan beliau bila membuat pemeriksaan di hospital...Bacaan darah dan MRI juga normal!!!!

Seperti biasa, saya memulakan proses rawatan dengan bacaan rukyah.Namun, tiada tindak balas yang berlaku.Saya ikhtiarkan dengan kaedah 'mata batin' dan memohon sebanyaknya kepada Allah bagi mengesan punca penyakit yang dialami beliau.

Tatkala menerobos ke alam batin, saya melihat sehelai alas kaki besar berwarna biru terbentang dihadapan pintu pejabat XXX tempat beliau bekerja.Alas kaki itu saya selak dan terlihatlah beberapa tompok debu putih di bawahnya.Saya juga menglusuri trak berjalan kaki pekerja XXX hingga ke pintu pagar berhampiran post keselamatan.Rupanya ada calitan minyak yang melintang di bawah pagar tersebut.

Saya ulang ayat memanggil minta Allah tunjukkan OKS namun tiada apa yang muncul.Mungkin tiada keizinan dari Allah....Allah lebih mengetahui....

Setelah selesai perjalanan 'mata batin', saya bersoal jawab dengan pesakit.Mengikut katanya, dadanya akan bertambah sakit sebaik sahaja dia memasuki tempatnya bekerja. Kakinya juga akan bertambah sakit jika melalui pintu (sebaik shj memijak alas kaki yang saya nampak).

Kepastian telah diperolehi..Maka saya kembali semula mengatur pernafasan dan ritual 'mata batin' diulang semula bagi menawar tempat yang disyakki terletaknya barang sihir.

Kemudian, rawatan dialihkan pula kepada pesakit. Sewaktu menggunakan teknik senafas di dada beliau, tapak tangan saya merasai caj elektrik secara berselang. Saya tarik dengan doa agar penyakitnya sembuh. Alhamdulillah, kesakitan dadanya hilang serta merta.Bahagian anggota badan yang lain saya tiupkan dengan bacaan doa saraf agar ianya kembali pulih seperti sedia kala.

Pesakit kemudiannya dibekalkan dengan minyak zaitun rukyah sebagai alternatif mengembalikan sistem tubuh yang terganggu.Limau yang siap dirukyah saya bekalkan sebagai terapi mandian untuknya.Begitu juga dengan air yang siap dirukyah bagi rawatan dalaman semasa beliau berada di rumah.

Kedatangan kali ke-2 dan TERAKHIR

Saya terkejut dengan perubahan yang dialami pesakit.Syukur pada Allah, beliau tidak lagi jalan terhenjot-henjot.Pernafasan beliau juga kembali normal...Kedatangan kali ini hanyalah ziarah dan untuk mengucapkan terima kasih kepada saya..Tak sangka pula inilah ziarahnya yang terakhir..

Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang soleh...Amin

Pengumuman pada ahli RIDAM

Assalamualaikum W.B.T

Khas untuk ahli RIDAM.

Saya memohon jasa baik saudara & saudari yang pernah mengikuti Seminar RIDAM agar menghantar maklumat & gambar di darulmanzil@yahoo.com seperti berikut:

Subject: Pelatih RIDAM

Attachment: Gambar (seeloknya bersaiz passport)

Intisari:
a.Nama, IC, Umur, Alamat,No.telefon,Tempat Seminar & Tarikh penyertaan.
b.Nyatakan samada anda telah menerima sijil / tidak.

c.Pengalaman merawat (tahun atau bulan)
d.Nyatakan samada anda ahli dari perguruan lain
e.Nyatakan samada nama & telefon anda dibenarkan untuk dipamer di blog RIDAM sebagai pelatih RIDAM


Makluman:
1.PC Ridam telah dimasuki virus dan data pelatih telah hilang.
2.Tujuan lain adalah untuk makluman kepada ahli sekiranya ada perbincangan & latihan.

Rancangan masa depan:
RIDAM akan membuat kad ahli bagi pengiktirafan dan bukti keahlian. Hal ini akan dimaklumkan kelak.

Doa Mudah Bersalin..pengalaman

Alhamdulillah..
Syukur pada Allah, anak saya ke-3 (putera) selamat dilahirkan pada 7:57pagi tadi(17/09/2009) di Hospital Kemaman,Terengganu.Walaupun jangkaan awal adalah sama dengan tarikh lahir saya (20/09/2009) bersamaan dengan 1 Syawal 2009, namun Allah yang Maha Tahu sedia maklum akan Qada' & Qadar hambaNya.

Bersahur Sebelum Bersalin
Biasanya, saya dan isteri bersahur sekitar jam 5:15 pagi. Sunat kalau dilewatkan sahur.Tapi gerak hati menyuruh saya bersahur lebih awal.Isteri sudah on off sakit dibahagian perut.Maka, saya ambil alih tugasnya dengan memasak makanan sahur kami. Menu mudah jer....Nasi Goreng Ikan Sardin + Telur Mata..Resepi ni tak ada ijazahlah...Pakai campak jer..

Kami bersahur jam 3:30am.

Ke Hospital
Setelah menghantar 2 anak saya ke rumah ibu bapa, saya bergegas menghantar isteri ke Hospital. Waktu dinyatakan tersebut,'liang' bersalin baru 3cm. Normal perempuan bersalin adalah antara 8 hingga 10 cm.

Maka, isteri disuruh berehat dalam bilik menunggu sementara 'liang' bersalinnya terbuka.

Rukyah Bersalin
Saya yang menunggu diruang luar bersama group Silat Marcom menerima sms dari isteri agar segera masuk ke bilik bersalin nombor 2. Sewaktu sampai di bilik tersebut, sayu hati saya melihat isteri menahan kesakitan.Terfikir saya azabnya wanita mengandung & bersalin.Kaum lelaki kena lihat sendiri pengalaman macam ni.Baru tahu susahnya kaum Hawa nak bagi zuriat... hehehee

Maka,apa yang lakukan pada permulaannya ialah terus berniat MEMAAFKAN semua dosanya andai dia tersalah kata/bahasa pada kita.Pohon pada Allah, jangan kerana dosanya,dia azab untuk meramaikan umat Muhammad S.A.W

Keduanya, saya meletakkan tapak tangan di dahinya. Disitu saya bacakan Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan ayat Syifa' Al-Quran. Saya juga bacakan Doa Nabi Ibrahim agar kesakitannya diganti dengan rasa sejuk yang nyaman.

Ketiganya, saya meletakkan tapak tangan diperutnya. Saya bercakap secara jelas.

'Wahai Hamba Allah dalam perut ini.Ketahuilah ini adalah Papa (ayah) kamu.Aku arahkan kamu dengan nama Allah agar kamu keluar.'

Saya ulang beberapa kali... 'Ukhruj fi bi'iznillah' (keluar dlm keizinan Allah)

Keempatnya, saya ulang sebanyak sebelas kali ayat luncur air dan ditiup pada perut isteri menghala ke bawah.

Syukur, isteri saya hanya kesakitan serius selama 7 minit dan terus bersalin dengan mudah.Saya yang berada di sisi mengusap dahinya.Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup bertahan dan menemani kehidupan bersama saya.

Anak lelaki saya namakan Isma Darius.Saya pangkunya dan Azan di telinga kanannya.Kemudian saya iqamah di telingan kirinya.

Syukur Ya Allah...hari ini Engkau berikan daku zuriatku dan semoga dia menjadi anak yang soleh.

Kepada para Suami, saya ijazahkan amalan ini pada kalian.Semoga ianya beguna dengan izin Allah di masa hadapan...Insyaallah.

Maaf Zahir Batin

Kepada semua pelajar RIDAM, para Muallij, para peminat nak jadi Muallij dan para Pembaca blog..

RIDAM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Moga kalian berada dalam lindungan Allah sentiasa.

Sedekahkan Al-Fatihah....

Sewaktu program Usrah antara ahli Silat Marcom di RIDAM semalam, kami terdengar dentuman pelanggaran yang kuat. Maklumlah, RIDAM dengan jalan utama ke Kuantan letaknya cuma bersebelahan jer..

Maka tak syak lagi, kami andaikan itu adalah accident.Tapi tak pulak kami ke tempat kejadian kerana program masih belum selesai.

Sejam selepas bunyi dentuman tersebut, seorang ahli kami menerima panggilan telefon. Masyaallah....rupanya yang berbunyi tadi adalah accident dari sahabat.Berita yang kami ketahui juga mengatakan rakan ahli tersebut sudah meninggal dunia... Innalillahiwainnailaihiroji'un....

Al-Fatihah kami tujukan padanya.Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.

Esok lusa, mungkin MASA kami pula.. Wallahu'alam

3 SIFAT ALLAH yang utama

Teringat kepada pengalaman saya berguru dengan Arwah Kiyai Haji Sufian di Indonesia dulu. Peringatan pertama yang ditekankan kepada saya adalah ajaran Tauhid. Termenung sebentar bila beliau menekan ajaran tauhid dahulu sedangkan tujuan saya berguru dengannya hanyalah untuk mempelajari ilmu perubatan.

Kiyai hanya tersenyum setelah beliau melihat riak wajah saya pada ketika itu.

Kiyai: Kenapa kejut bangat? Kamu goncangan ya bila bapak enggak lanjut pada pinta kamu?

Saya: Erm...

Kiyai: Syakirin. Kamu usah gusar. Bapak tidak kejam sama kamu.Dari jauh kamu kemari, pulang kamu nanti ke Malaysia tidak sia-sia.Tapi kamu harus kenal Allah dulu. Bila kamu kenal Allah, kamu bisa kenal pada yang Hak, bisa mengenal bathil, bisa mengenal agama...Insyaallah, permintaan kamu akan bapak kotakan.

Saya: Saya keliru bapak. Adakah belum cukup apa yang saya belajar semasa di sekolah dahulu?

*Kiyai tersenyum
Kiyai: Kalau begitu, bisa bapak tanya sama kamu?

Saya: Tanya apa pak?

Kiyai: Nyatakan pada bapak sifat Allah yang kamu tahu? Kita lihat pemahaman kamu..

Saya: Setahu saya, sifat Allah ada 20 Pak.

* saya pun nyatakan sifat 20 yang saya tahu. Tapi kantoi sebab tahu sebut sifat Allah dalam bahasa arab jer. Bila suruh transelit, tak semua boleh.

Kiyai: Itulah. Apa yang kamu belajar dulu cukup kadar mahu lulus periksa saja kan? Apa guna tahu sebut, tapi maknanya enggak bisa nyata.

* Saya mengangguk malu. Memang ilmu tak cukup pun. :D

Kiyai: Anakku, perkara tauhid yang harus kamu tahu pertamanya adalah sifat Allah. Sifat Allah semuanya ada 3. Dapat tu?

* Dalam hati – ’ini sifat Allah mana pulak ni? Tak pernah ku dengar sifat Allah ada 3 ni’

Kiyai: Kenapa? Hairan bila bapak sebut sifat Allah ada 3?

Saya: Tak tahulah pulak saya Pak. Setahu saya sifat Allah ada 20 kan?

Kiyai: Jawapan kamu tu pun betul.Cuma belum bisa lengkapnya . Tiga sifat Allah adalah sifat Wajib, sifat Harus dan sifat Mustahil. Ngerti?

Saya: Erm, tak faham lagi la pak. Boleh terangkan lagi..

Kiyai: Baik, kamu harus tahu sifat Allah yang pertama iaitu SIFAT WAJIB.Sifat WAJIB ALLAH adalah apa yang kamu nyatakan tadi la.

Saya: Yang mana Pak? Yang sifat 20 tu ker?

Kiyai: Iya...

* Kiyai pun memberi penerangan detail. ...

Saya: Dah tu, SIFAT MUSTAHIL ALLAH pulak apa pak? Ke lawan sifat 20 tu?

Kiyai: Betul, ada pun SIFAT MUSTAHIL ALLAH adalah lawan pada sifat 20 tu.Kita lihat ya.....(terang kiyai panjang lebar)

Dibawah ni, saya nyatakan ringkasan je lah. Kalau tak, penuh la blog ni. Inipun ringkasan yang diambil dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/209/sifat-20-bagi-allah


BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata


Saya: Dah tu, SIFAT HARUS ALLAH pulak apa Pak?

Kiyai: SIFAT HARUS ALLAH adalah MUMKIN iaitu sesuatu yang harus ada dan tiada. Maka kita bisa lihat alam ini kerna sifat harus itu. Kita juga bisa lihat adanya manusia, binatang dan ciptaanNya pada dasar SIFAT HARUS ALLAH itu.

Saya: Ooooo...begitu pak. Baru saya faham maknanya..

Kiyai: Syakirin..wajib ke atas kita sebagai hambaNya mengenali sifatNya. Bila kita mengenal Allah, maka jalan iradhat kita enggak bisa rosak. Kerna itu bisa kita lihat mereka yang sesat. Kesesatan itu lahirnya dari dasar hati yang tidak mengenal Allah. Maka kerna itulah ada antara mereka yang bilang bisa bertemu Allah. Maka ada lahir antara mereka yang mengaku Nabi selepas Muhammad. Maka ada antara mereka membayang Allah pada bentuk jasad. Ini semua kerana jahilnya mereka dalam mengenal Allah....

Saya: Saya baru faham Pak. Dalam sungguh perkara ni ya Pak?

Kiyai: Ini baru mulanya Syakirin. Belajarlah..Masih jauh belum kamu temui..

Penerangan kami berakhir setelah senja.

Mengalir air mata bila terkenangkan arwah. Saya bukan mengenangkan jasadnya. Tapi saya mengenangkan ilmunya. Pada ketika saya mendapat khabar kematian beliau pada Januari 2009 dari seorang pekerja ladang indonesia, saya baru bercadang untuk menziarahinya pada bulan Mac berikutnya.

Sayang, hajat saya tidak kesampaian....

Al-Fatihah...saya hadiahkan pada beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba yang soleh...Amin

Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM

Assalamualaikum..

Atas dasar keinsafan dan nasihat rakan-rakan, PIHAK RIDAM menyediakan ruang 'Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM' bagi rujukan dan pemahaman ilmiah.

Untuk itu, diharap, isu artikal 'Sound Tak Habis2' beralih kepada isu ini kerana niat saya hanyalah untuk menyampai, berbincang dan berkongsi ilmu.

Kepada pihak yang berkecil hati, SAYA MEMOHON MAAF secara terbuka jika anda terasa.

Perkara yang lepas juga bila difikirkan, juga sebenarnya adalah kesalahan saya kerana tidak menyemak status pemanggil dan tidak menapis dengan berhati-hati sebelum artikal dipaparkan.

Untuk itu, mari kita perhatikan Soalan dan Jawapan yang telah dan biasa diterima RIDAM sepanjang menceburi bidang rawatan Islam ni.

SOALAN PERTAMA

Pen-Soal: Pertama, apa related kaedah 'mata batin' dengan perubatan terutama kesan barang sihir?

Saya: Baiklah...kaedah yg saya gunakan pertamanya harus iktikad pada Allah dan yakin akan keEsaanNya. Kedua, anergy / tenaga dalaman yang kita guna dalam membaca ayat rukyah yang akhirnya menghasilkan gelombang/frequensi perubatan ditujukan pada penyakit atau jin yang mengganggu. ketiganya, kaedah perjalanan minda/rohani.Tiga elemen ini diguna untuk mendiagnos penyakit yang ada pada pesakit termasuk barang sihir dan puncanya.Bab ni kena belajar dan perlu ada latihan khas.

Pen-Soal: Dah tu, ustaz kesan barang sihir macam mana?

Saya: Beginilah, kalau soalan tu yang awak tanya, awk pula kesan macam mana?

Pen-Soal: Saya tak pernah kesan pun. Saya perhatikan tanda saja.

Saya: Baiklah...jawapan saya mudah.Barang sihir yang dijumpai adalah dengan keizinan Allah memberi ilham atau gambaran nurani kepada saya.Visual ini datangnya terus ke mata hati.Itu pun saya tidak meletakkan kepercayaan 100%. Tapi tak salah kalau kita mencarinya.Kalau ada, maka betul la.Kalau tak ada, kesembuhan penyakit itu kita terus panjatkan doa pada Allah..salah ker?

Pen-Soal: Apa beza dengan tilik?

Saya: Tilik memerlukan benda atau pihak ketiga dalam menilik sesuatu. Amalan yang saya guna tidak melibatkan sesuatu.Saya hanya memohon terus pada Allah dengan membaca ayat-ayat rukyah yang ada dalam Al-Quran dan hadis.Itu sahaja..

Pen-Soal: Macam mana ustaz boleh tahu itu dari Allah? Saya rasa itu mainan jin..

Saya: Awak ada baca buku A**** W**** S**** B***.Awak dah habis baca bukunya?

Pen-Soal: Dah...satu isinya saya ingat.Kenapa?

Saya: Awk yakin kebenarannya?

Pen-Soal: Ya...saya yakin..

Saya: Kalau begitu, dalam buku tersebut ada dinyatakan 'anda mesti bertanya di mana letak sihir tersebut.....' Sentence ni pulak apa komen saudara? Adakah kamu akan percaya pada jin yang kamu tanyakan tu?

*Maka saya menyambung lagi

Saya: Begitu juga dengan saya. Apa yang dilihat atau ditanya terus pada jin tidak saya letakkan kepercayaan 100%. Kalau jin tu kata ada barang sihir disesuatu tempat, tak salah kalau kita cari dengan niat membuangnya.Kalau tak jumpa, jin tu jenis menipu la tu..dah memang jin tu penipu.

Pen-Soal: Baik, saya check semula buku tu..

Saya: Saudara nak check? Ni hah.. (lantas saya berikan judul buku beserta muka suratnya sekali)..

Pen-Soal: Baiklah...saya mengaku saya belum cukup ilmu lagi.Kita beralih kepada soalan kedua. Boleh?

SOALAN KEDUA

Saya: Okey la..Apa soalannya?

Pen-Soal: Saya baca dalam blog Ustaz mengatakan ustaz ada melakukan rawatan dengan kaedah sembelih jin, bom, pancar api dan sebagainya sebagaimana teknik yang turut diamal oleh AKRINE dan perawat lain..Setahu saya, jin mana boleh dibuat macam tu.Itu semua mainan jin.

Saya: Saudara..pernahkah saudara fikir dengan kaedah membaca rukyah, apa yang menyebab jin tersebut sakit?

Pen-Soal: Pernah..Hanya Allah yang menyembuh.

Saya: Saya tahulah Allah yang menyembuh.Itukan sifat wajib Allah pada ciptaanNya.Contoh lain, bila kamu kenyang, apa yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Mestilah makanan.

Saya: Dah tu, kenapa kamu tak kata Allah yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Itu saya tau la.. (dia kemudian terdiam..)

Saya: Tengok, jawapan kamu dah macam jawapan saya tadikan?

Saya: Setiap bacaan yang kita baca akan menghasilkan haba. Haba itu adalah tenaga. Tenaga haba punyai zarah-zarah dan atom yang hidup. Saya suka jelaskan secara sains agar awak mudah sikit paham. Atom-atom yang hidup itu akan merakam bacaan yang kita baca dan yakinlah bahawa bacaan alunan Al-quran, doa dan zikir itu punyai mukjizat dah khasiat yang amat besar dengan izin Allah. Dengan keizinan Allah, tenaga haba yang merakam alunan al-Quran akan menyakitkan jin yang mengganggu atau penyembuh penyakit yang ada pada pesakit.

Teknik yang awak tanyakan tadi boleh dilakukan apabila seseorang itu mampu mengawal tenaga haba pada dirinya dan mengolah pada tenaga minda.Kemudian, melalui tenaga minda ini, kita boleh minta pada Allah agar menjuruskan bentuk haba tersebut samada dalam bentuk kilat, api, senjata sembelihan, bom atau sebagainya. jadi, kalau saudara tak belajar lagi bab ni, saya alukan saya awak cari guru yang mahir. Saya mengaku bahawa saya ni masih jahil dan cetek ilmunya....

Pen-Soal: Erm...boleh terima jawapan tu..Ada lagi soalan ni..Boleh ker Ustaz?

Saya: 10 soalan pun boleh..Bagus jugak awak telefon..

SOALAN KETIGA

Pen-Soal: Soalan Ketiga..Boleh jelaskan tentang teknik tangkap jin dalam botol.Saya kurang percaya la..

Saya: Saudara, soal percaya atau tak, itu terserah pada kamu.Tapi, kamu pernah buat pagar rumah kan?

Pen-Soal: Ada..saya baca pada garam dan bahan lain kemudian saya pagar la..

Saya: Baiklah, ada 2 elemen yang kamu kena lihat di sini. Pertamanya adalah garam. Kenapa kena guna Garam? Tak guna gula-gula ker, nasi ker, buah guli ker.?

Pen-Soal: Apa yang saya belajar, garam tu boleh sakitkan jin.Dah memang Allah bagi kelebihan begitu..

Saya: Dah tu, kenapa awak pakai juga teknik rukyah masa merawat? Kenapa tak bagi terus garam atau tabur terus pada pesakit kalau itu kepercayaan kamu..?

* Saya menyambung lagi

Saya: Sudah saya nyatakan berkali-kali..jgn terus nak buat kesimpulan..Garam itu adalah elemen/unsur sahaja dan kita pasti bahawa dalam Garam itu adalah lagi makhluk Allah yang lebih kompleks iaitu zarah atau atom. Makhluk inilah yang akan merakam bacaan dan kemudiannya dijadikan zikir terus menerus. Kita harus paham bahawa syaitan tidak mampu mendekati makhlukNya yang sentiasa berzikir pada Allah..Tapi betul pun teknik saudara tu, cuma penerangan saja yang susah sikit nak diterangkan..Kena belajar pulak cara nak terang...Tapi mungkin saudara dah tahu kot, selain garam, apa jua benda yang bersifat asid lemah boleh diguna seperti lada hitam, cuka, buah kelor dan sebagainya..

Saya: Harap saudara paham.Paham ker?

Pen-Soal: erm...tapi mana jawapan pasal botol tu?

Saya: Sabar..alang-alang nak kasi paham, biar saya kasi paham semua. Kan?

Pen-Soal: Baiklah..

Saya: Elemen kedua ialah rumah yang hendak dipagar. Ada tak rumah yang tidak punyai satu lubang udara pun padanya?

Pen-Soal: Mana ada...paling kurang pun ada lubang tingkap, lubang atas loteng dan lubang bawah pintu..

Saya: Kalau macam tu, apa jaminan kamu yang membolehkan jin tidak dapat masuk rumah lepas di 'pagar'.

Pen-Soal: Itu semua kuasa Allah,hanya ikhtiar..

Saya: Jawapan ni lagi..Mcm ni, rumah itu adalah elemen. Dengan yakin pada Allah sebagaimana yang saudara beritahu tadi, kita 'pagar' dengan ayatul Quran ataupun doa atau bahan yang dibaca dengan ayat Quran.Maka kita iktikadkan bahawa dengan izin Allah, rumah tersebut tidak dapat dimasuki jin. Betul?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Kalau macam tu, samalah juga dengan memasukkan jin dalam botol. Kita bacakan doa yang bersesuaian pada botol dengan iktikad seperti penjara. Maka dengan izin Allah, kita tarik jin itu keluar dan masukkan dalammnya. Tak boleh keluar jugak jin tu kan? Samakan?

Pen-Soal: Erm...sama..tak sedar pulak saya hal ni.Memang samalah..

Pen-Soal: Maafkan saya ustaz..Bukan niat saya nak buat ustaz sakit hati..

*Dia menyambung lagi

Pen-Soal: Tapi guru saya tu lulusan agama.Tak sangka pulak dia tak sedar perkara ni..

Saya: Lulusan mana, itu bukan persoalannya. Ada ke pusat pengajian buat pengajian khas dalam Degree / Diploma Rawatan Islam? Setahu saya tak ada kan? Kebanyakkannya belajar secara persendirian. Betul kan?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Jangan lihat semua lulusan agama, lurus jalannya. Ada diantaranya menjadi pengasas ajaran sesat di Malaysia. Semua itu ikut pada personaliti dan syariatnya.

Pen-Soal: Saya paham ustaz.

Saya: Saya juga bukanlah Ustaz dari lulusan pengajian Islam. Saya lulusan Elektrikal dan bekas Engineer.Tapi tak salah kalau kita involve bidang Rawatan Islam kan?

Pen-Soal: Ya..saya setuju ustaz. Saya pun bukan lulusan agama gak.Saya kerja pun sektor swasta.

Saya: Baiklah kalau kamu dah paham.Saya harapkan perbincangan kita ini dapat disampaikan pada mereka yang belum paham.Boleh?

Pen-Soal: Boleh Ustaz.Tapi, saya bertanya ni kerana amalan ustaz ni tak pernah di ajar oleh Rasulullah. Sebab tu saya tanya.

Saya: Saya akui, memang tak ada dalam Al-Quran pun. Tapi kita kena paham cara dan kaedah rawatan.Kepada siapa kita iktikadkan? Adakah kita menggunakan pujaan? Adakah kita menipu? Adakah kita beriktikad selain Allah? Kalau kita faham hala taqarrub kita pada Allah, kenapa ia dikatakan salah?

Pen-Soal: Tapi,sya tidak menggunakan teknik sebegitu. Saya yakin pada Quran sebagai syifa'.

Saya: Yer ker? Kalau begitu, dengan jujur saya ingin bertanya. Adakah antara ilmu yang kamu tuntut menggunakan teknik kencing di atas batu panas sebagai kaedah merawat sihir?

Pen-Soal: Ada

Saya: Adakah kamu pernah belajar kaedah menanam baju pesakit di tanah perkuburan?

Pen-Soal: Ada.Tapi mana ustaz tau?

Saya: Yang tu tak perlu kamu tahu.Tapi sila beritahu saya, dari ayat mana dalam Quran atau dari hadis mana amalan ini diambil. Boleh?

Pen-Soal: Yang tu tak ada la ustaz. Tapi confirm dari mereka yang alim la.

Saya: Kalau begitu, tak perlulah kamu bangga dengan statement kamu tadi. Kamu pun ada mengamalkan amalan selain dari yg terkandung dalam Al-Quran dan hadis, tapi kamu yakin tidak menyelewang kerana kamu tahu iktikad kamu pada siapa kan?

Pen-Soal: Baiklah ustaz.Saya dah paham sekarang. Saya minta maaf banyak-banyak.

Saya: Yang penting kamu faham. Boleh sampaikan pada mereka yang lain. Boleh?

Pen-Soal: Boleh ustaz.Saya akan sampaikan...setakat ni sahaja Ustaz.Kita bincang lain kali boleh?

Saya: erm...baiklah..Nanti bila saya balik KL, kita jumpa. Assalamualaikum...

Pen-Soal: Waalaikumsalam..

Macam mana....Ada paham?

Ustaz Malikul Maut...

Sejenak saya melihat kembali diari rawatan yang saya catit sepanjang saya terlibat dengan Rawatan Islam ni, ada satu catatan yang saya tersenyum sendirian bila membacanya.Catitan tu mengimbas kembali kenangan merawat sekitar bulan Desember 2008.Ceritanya begini...

Saya didatangi seorang pakcik yang berumur sekitar 50an ke RIDAM.

Pakcik: Assalamualaikum..

Saya: Waalaikumsalam. Cari siapa?

Pakcik: Cuma nak tanya jer. Pusat Rawatan ni rumahnya Ustaz Malikul Maut ker?

*Terkejut gak dengar nama tu..
Saya: Ustaz Malikul Maut? Pakcik dengar kat mana nama tu? Pelik jer bunyi...

Pakcik: Tu bukan nama betul dia.Nama dia kalau tak silap, Ustaz Syakirin.

* (Dalam hati) Aik...tu nama saya tu.Apa kena mengena lak ngan Malikul Maut ni?
Saya: Erm...tapi kenapa pakcik panggil dia Ustaz Malikul Maut? Macam malaikat la pulak..Nak tau gak..

Pakcik: Ooo...Kawan-kawan saya yang bagi gelaran tu sebab dia pernah tolong ubatkan mak kawan saya kat Kuantan dulu..

Saya: Dah tu, apa kena ustaz tu dengan Malikul Maut tu?
*saya gelak kecil sebab dia tak tau lagi yang dia sedang bercakap dengan orang yang dia cari. .

Pakcik: Dengar ceritanya, mak dia tu ada SAKA...dah macam-macam pusat rawatan dia pergi.Tapi mak dia tu dok lagu tu jugak.Mata bukak dan tak leh bercakap.Tapi kalau bab makan, penuh seperiuk pun habis.Bau dah busuk.Kalau kita sampai kat depan umah dia pun boleh bau...

Saya: Dah tu, ustaz tu buat apa?

Pakcik: Pakcik dengar, dia 'tarik' guna botol.Tak silap dalam 5 botol gak la dia guna.Lepas tu, mak dia terus arwah.Kesian, tak sempat mengucap.

Saya: Innalillahiwainnailaihiroji'un..Kot kebetulan kot..Ambik nyawa kan kejer malaikat.Kebetulan ustaz tu 'tarik',Allah dah tetapkan habis umurnya.Kebetulan je tu..

Pakcik: Nak kata kebetulan pun susah jugak.Bukan mak kawan saya jer ustaz tu pernah berubat,ayah kawan saya kat Kerteh pun dia pernah.Yang tu Ustaz tu 'tarik' lepas Asar, lepas maghrib meninggal.Yang tu sempat mengucap..

*Lepas tu, pakcik tu macam dok fikir sesuatu..

Pakcik: Maaflah nak tanya anak oii..Anak ni siapa?

Saya: La...yang dok cerita lama-lama tu, sayalah Syakirin..
*Kata saya sambil tersenyum

Saya: Saya bukan Malikul Maut la pakcik.Hanya kebetulan je tu. Setakat ni baru 9 orang pesakit saya meninggal sebaik saja berubat dengan saya.Ada yang tak mati pun.Mati kan kuasa Allah..Bukan kuasa manusia..

Pakcik: Yelah Ustaz..Saya paham tu,tapi...

*Saya terus potong cakapnya..
Saya: Dah la tu pakcik. Erm...ada apa-apa yang saya boleh bantu?

Pakcik: Sebenarnya, saya datang ni pun sebab nak mintak tolong Ustaz buang SAKA mak saya gak ni...
*Pakcik tu pun ceritalah panjang lebar pasal mak dia..

Adus...makin lama lah gelaran Malikul Maut yang akan saya terima......

Tapi alhamdulillah, mak dia tak pulak mati lepas sakanya dibuang.Kalau tak, mau lekat lagi nama Malikul Maut tu...syukur..syukur..

Saya hanya berikhtiar.Mati atau tidak bukan kuasa saya.Itu semua kuasa Allah Robbul 'Alamin.Saya cuma doakan agar pesakit yang dirawat sembuh dengan izin Allah.

Pengalaman...pengalaman..

18SX story - Aduhai Pak Cik

Teringat pada kisah seorang pesakit yang meminta khidmat saya untuk memanjangkan 'turpedo' beliau tempoh hari.

Umur pakcik tu dah 60an. Katanya nak kahwin dengan anak dara umur 30an lepas raya ni. Bertuahbetul pak cik ni...Umur lanjut pun masih laku lagi.

Saya menyuruh beliau baring di atas katil rawatan..Tanpa berlengah, pak cik tu buang semua baju dan seluarnya dan berbogel atas katil..

Terjadilah dialog antara kami-

RIDAM: Masyaallah....pak cik buat apa tu? Kenapa dibuka sampai habis?

Pak Cik: La..kan kata nak urut 'turpedo'? Bukak semua pun takper kan..

RIDAM: Memang la nak urut 'terpedo', tapi itu yang last. Mula-mula kena urut seluruh badan dulu. Kena check kot-kot ada urat yang rosak atau bersimpul.Pastu baru urut kawasan 'tu'.

Pak Cik: Alah...malu apanya..kan kita sama laki.Bukan leh buat apa pun.

RIDAM: Memang lah...tapi kan jadi fitnah kalau lama sgt dok macam tu. 'Area' tu hanya ditengok bila perlu shj.Itu pun tak lama.

Saya berkeras menyuruh pakcik memakai kain alas. Kalau degil jugak, saya nak tamatkan rawatan..

Nak tak nak, pak cik tu akur juga..

Bukan apa, saya pernah kena pengalaman ni masa buat rawatan pada seorang Gay tahun lepas..Naik seram sejuk dibuatnya bila Gay tu cakap bukan-bukan pasal sek songsang ni..

Ni pengalaman kedua..Nasib baik pak cik tu bukan Gay..
Pak Cik...Pak Cik...

Bulan Poser pun ada jin ker Ustaz?

Saya dikejutkan oleh sahabat karib ke RIDAM bersama isterinya.Saya mempelawa mereka masuk ke rumah.Dikala itu, si isteri berkeadaan menggeletar dan kesejukkan.

Dari tanda fizikal yang boleh dilihat, mata si isteri berkelip dengan laju dan kerap menelan air liur.Dalam hati saya sudah mengesahkan wujudnya tanda-tanda gangguan pada si mangsa.

Saya menyuruh isterinya duduk. Oleh kerana isterinya 'uzur' maka saya berikan dia air rukyah sebagai internal healing sebelum proses rawatan seterusnya.

Saya memulakan proses rawatan dengan bacaan rukyah. Mangsa kerasukan apabila dibacakan ayat 7 dari surah As-saffaat.Saya ulangi bacaan tersebut hingga mangsa mula terasa kesejukkan yang amat sangat dan menendang kakinya.

Ni tak boleh jadi...
Lantas, saya ambilkan kain yang disediakan untuk mengikat dan mengikat 4 anggota utama mangsa.

Saya beri amaran pada jin yang berada dalam badan agar keluar dari mangsa.Makin di beri amaran, makin keras 'dia' meronta. Melihat kepada waktu yang hampir untuk berbuka, maka saya cepatkan rawatan.

Jin tersebut saya pasung pada botol dan hantarkan pada tempat yang biasa saya lakukan pada proses rawatan sebelum ini.

Alhamdulillah, mungkin keberkatan Ramadhan, proses rawatan selesai kurang dari 30 minit dan mangsa tersedar.Di akhir rawatan, sahabat saya bertanya.
Mungkin dah lama benar dok pikir dalam kepala kot.

Soalannya:
Ada jin ker bulan puasa ni? Kan semua dah diikat?

Jawapan:
Ada jawapan ker pembaca? Hehehehehe

Sihir TANPA jin - penerangan dan kaedah merawat.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang diamalkan bertujuan untuk menyerang pihak lawan. Jika disenaraikan bentuk sihir secara keseluruhan, memang panjang la ceritanya.Apa yang nak dikongsikan pda hari ini adalah perbezaan sihir yang menggunakan jin DENGAN sihir yang tidak melibatkan jin.

Aper kebender lak tu....?

Sihir menggunakan jin:
Sihir jenis ini mudah ditemui dalam kes merawat. Simptom yang dinyatakan oleh Abdul Wahid Salam Bali juga kebanyakkannya merujuk kepada sihir yang melibatkan penggunaan jin. Ada yang senang dan ada yang susah. Semuanya bergantung kepada keizinan Allah s.w.t jua.

* Akidah perawat juga sebahagian faktor kesembuhan penyakit kerana biasanya, akidah yang mantop menunjukkan seseorang itu bersih hatinya. Bila bersih hatinya, hubungannya dengan Allah terutama bab doa tidak akan ditolak. Wallahu'alam

Sihir TIDAK menggunakan jin:
Kes seperti ini amat jarang ditemui.Namun, untuk keberhasilan sihir jenis ini, pengamalnya perlulah mempunyai ilmu kebatinan dan ilmu hitam yang tinggi sepertimana wali-wali syaitan yang dikutuk Allah dan makhlukNya di alam ini.

Pengamal sihir jenis ini kebiasaannya amat kuat syiriknya.

* Seperti yang sedia maklum, tidak ada kuasa pun pada syaitan / jin melainkan dari keizinan Allah. Syaitan amat sukakan manusia yang syirik pada Allah. Bila seseorang itu syirik, maka dia (syaitan) akan memberi imbuhan sepertimana yang dikhendaki oleh si syirik tersebut.

Tapi, takkan Allah makbul bila orang nak buat jahat?

Persoalan di atas bukan hak kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah. Apa yang perlu kita ingat ialah di dunia ini, adanya konsep Ujian dan Bala. Mungkin Allah makbulkan permintaan pengamal sihir adalah sebagai Ujian untuknya. Atau mungkin juga ia adalah nikmat dunia namun menjadi Bala di akhirat akhirnya.

Simptom Sihir Tanpa Jin

Sihir jenis ini banyak melibatkan sakit anggota badan dan pesakit masih sedar dan waras pada waktu sakit.
1-Terasa ada semutan dalam anggota badan.
2-Ngilu atau pedih dalam urat nadi terutama di urat kaki.
3-Stroke sebelah kiri.
4-Badan berbau busuk walau dibasuh dengan sabun.
5-Sakit tumit kaki.

Untuk itu kepada perawat sekalian, jangan lah berputus asa jika anda merawat kes seperti ini. Banyakkan bersabar dan jangan lupa nyatakan pada pesakit. Sihir jenis ini perlu mengambil masa untuk sembuh. Ini kerana, perawat perlu menghadapi pengamal sihirnya secara terus samada secara fizikal atau batin.

Tips kepada perawat jika merawat sihir jenis ini:


1- Bacakan surah Al-Kautsar 10x sebelum tidur dan doa kpd Allah untuk memohon jalan penyelesaiannya jika pesakit sudah di rawat.
2- Amalkan surah Al-An'am:103 100x setiap hari selama 7 hari berturut-turut selepas solat maghrib. Malam ke-8, jazamkan ayat ini sebanyak 6000x. Inyaallah, anda akan diperlihatkan punca dan kaedah merawatnya. Mungkin juga anda dapat berdialog dengan penyihir secara batin.

* Perlu diingat, pengamal sihir jenis ini punyai ilmu kebatinan yang tinggi. Silap-silap, dia tahu anda sedang memperhatikan beliau.

3- Untuk itu, buatlah pagar diri dengan membaca Yaasin:9 sebanyak 3x dalam satu nafas. Tahan nafas seketika dan sedut nafas kembali. Bayangkan anda dilingkari aura energi al-quran yang dibaca. Insyaallah, cctv pengamal sihir tidak akan mengesan anda.

Tips untuk merawat pesakit jenis sihir tanpa jin:

1- Bacakan ayat rukyah sepertimana biasa dan tiup di ubun, belakang tengkuk, dada, belakang dada, tulang sulbi,tangan dan kaki pesakit.
2- Sebaiknya, pesakit berubat dalam keadaan dia berpuasa.
3- Bacakan Al-Furqan:23 dan tiup pada seluruh anggotanya sambil niat 'memecah' serangan sihir yang dihantar.
4- Kemudian, bacakan ayatul kursi di belakangnya sebanyak 7 kali sambil membayangkan anda memotong simpulan tali dibelakangnya setiap selesai satu ayat dibaca.
5- Bekam pada point Ka-Hil dan Ummu Mughits jika berkesempatan.
6- Buat isyarat tangan anda seperti pisau dan belah dari bawah tengkuk menghala ke bawah hingga ke bahagian tulang sulbi. Anda juga boleh menggunakan kayu, besi atau pen sebagai alat belahan jik merawat pesakit bukan muhrim. Sambil belah, anda baca "wal yatalat thof wala yush irun na bikum ahada".

7- Kemudian, bacakan 7x "” Wama Romaita iz Romaita, Wala Kinnalllaha Roma ” dan tiup ditempat belahan tadi.

8- Bacakan juga Yasin:58 sebanyak 7x dan tiup ditempat belahan.
9- Akhir sekali, bacakan "La tataharraku zauratan bi'znillah" sambil mengusap ditempat belahan dengan membayangkan belahan tersebut telah tertutup.

10- Bekalkan pesakit dengan air rukyah selama selama seminggu serta meminum minyak zaitun(olive oil) yang dirukyah dengan ayat syifa' dan yasin:9. Sukatan minum minyak zaitun ialah 2 sudu pada pagi dan petang sblm makan.

11-Lakukan rawatan ulangan seminggu berikutnya jika belum sembuh.

Insyaallah, penyakit sihir tersebut akan sembuh jika berkat kesabaran, amalan, tauhid pada Allah dan taqarrubnya pesakit pada Allah.

# Amalan ini diijazahkan oleh guru saya: Cikgu Ani dan Poksu Nor Bachok.
Kiranya ingin mengamal amalan ini, syaratkan menyedekahkan bacaan Al-fatihah kepada guru sebagai penerima amalan.

Ilmu dan berubat adalah jalan usaha. Yang menyembuh hanyalah Allah jua.
Wallahua'alam.

Perjalanan Perjuangan

Assalamualaikum...

Semasa saya melayari blog-blog rawatan yang dikendalikan oleh sahabat perjuangan, saya bersyukur kerana banyaknya kursus atau seminar perubatan sedang dianjurkan bagi memudahkan ilmu merawat penyakit secara alternatif Islam berkembang sekaligus membantu mereka yang memerlukan.

Seminar atau kursus perubatan yang kini pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengingatkan nostalgia lama dalam saya menuntut ilmu ini dengan segala susah-payah dan pahit gentir sebelum memperolehinya. Kalaulah dari dulu ada seminar perubatan seperti hari ini, alangkah mudahnya perjuangan. Mereka seharusnya bersyukur dengan peluang yang Allah berikan. Ikutilah dan pelajarilah...

Sejak dari umur saya 10 tahun, saya memang sudah sedia terdedah dengan perkara mistik bila emak saudara saya sendiri diberi kelebihan oleh Allah ilmu berkenaan merawat penyakit misteri. Saya memanggilnya Mak Ngah. Mak Ngah saya memang menerima ujian yang kuat sebelum dia boleh merawat. Dia juga antara mangsa sihir. Mungkin dengan berkat kesabarannya, dia mendapat kurniaan begitu.

Entah kenapa, sejak dari itu, saya berazam untuk mengusai ilmu mistik setelah melihat betapa azab dan sedihnya keadaan pesakit yang dirawat Mak Ngah.Mama saya juga pernah menjadi mangsa sihir. Setiap kali selepas solat, saya tidak lupa berdoa kepada Allah agar dimudahkan jalan bagi saya mempelajari ilmu ini.

Pernah juga saya minta nak belajar dengan Mak Ngah.Tapi dia menolak kerana mengatakan saya masih kecil. Berkali-kali di minta, akhirnya dia meletakkan syarat selepas umur saya 17 tahun baru boleh belajar dengannya.

Pengalaman pertama:
Seingat saya ketika berumur 10 tahun (sekitar bulan September), saya melihat dua orang pesakit datang ke tempat Mak Ngah saya berubat pada hal orang kedua (nenek bongkok 3) itu adalah jin saka yang menumpang. Dari itu, saya hanya mencuba membacakan Ayatul Qursi sebanyak 7 kali dan hembus pada nenek tersebut.Saya bayangkan hembusan yang dibaca seakan-akan angin ribut yang kuat menuju ke arahnya. Pada masa yang sama, Mak Ngah meneruskan rawatannya. Dengan izin Allah, hancur luruh semua anggota badan nenek tersebut dan pesakit sembuh. Saya tidak pasti samada Mak Ngah tahu atau tidak akan hal itu. Tapi, senyumannya ke arah saya semasa rawatan mungkin dia tahu.

Mulai dari itu, saya menjadi pembantu Mak Ngah secara senyap jika berkesempatan bersama waktu beliau merawat. Hal itu saya diamkan sehingga saya remaja.

Dilawat Jin Islam:
Ketika berumur 14 tahun, saya mengidap penyakit campak yang menyebabkan sukar untuk tidur malam. Rasa gatal dan miang tersebut saya adukan pada Arwah nenek yang menjaga saya. Pada malam itulah (sekitar jam 2 pagi), saya mendengar ketukan pintu diiringi dengan salam sebanyak 3 kali. Nenek dah tidur pada ketika itu. Lantas, saya bingkas bangun dan membuka pintu tanpa rasa sedikit pun perasaan gementar.

Subhanallah...di hadapan saya berdirinya seorang lelaki yang putih bersih kulitnya. umurnya sekitar umur nenek. Katanya dia adalah jin Islam. Dah lama diperhatikan saya. Sejak dari saya dilahirkan lagi. Dia menggelarkan dirinya Bapak. Pada waktu itu, dia menyuruh saya mengikut bacaan sepotong ayat Quran dan kemudian dijelaskan bersama maksud serta surahnya. Saya ikut membacanya tanpa rasa sedikitpun perasaan gementar. Kemudiaan dia menyuruh saya tidur dan beredar.

Alhamdulillah, sejak dari itu, saya tidak lagi berasa gatal atau miang pada badan walaupun kesan merah campak masih ada. Seminggu kemudian, keadaan saya kembali normal.Saya adukan hal ini pada Mak Ngah.

Selepas mendengar hal tersebut, Mak Ngah hanya tersenyum. Katanya tiada yang mustahil kalau Allah nak membantu. Allah kan Maha Penyayang...

Mencari...

Sepanjang persekolahan peringkat menengah, saya mencari guru dan ilmu perubatan mistik. Niat saya hanya satu iaitu hendak membantu mereka yang sakit.

Banyak jugaklah pahit maung yang ditempuhi.Antaranya saya pernah dihalau dari guru sendiri kerana lewat hanya 5 minit ke tempat belajar. Pernah duduk di dalam sungai separas dada dari lepas isyak hingga sebelum subuh sebagai syarat amalan. Pernah diuji berzikir dalam liang kubur selepas jam 12 malam. Pernah dilempang dan disepak terajang oleh guru. Bab kena marah toksah cakap la. :D Pernah ditinggal sesat dalam Hutan Gunung Tebu selama 2 hari oleh guru. Sesat bila nak pergi menuntut. Kemalangan waktu nak pergi jumpa guru. Jumpa guru kaki nombor ekor (ni jenis tok guru loyar buruk!).Kena tindih jin masa tidur. Pengsan sewaktu latihan dan banyak lagi la..Kalau diceritakn semua pengalaman, sebulan pun tak habis kalau nak update dalam blog ni.

Ingat pada perjuangan saya dahulu, saya rela 'ikat perut' dari berbelanja semata-mata nak gunakan wang tersebut untuk tambang perjalanan ketika menuntut dan membeli sedikit buah tangan pada guru. Mana saya dengar ada guru yang hebat, tak sabar-sabar saya nak jumpa. Walaupun sepatah ayat yang diajar, itulah rezeki ilmu pada saya. Pernah saya menuntut dengan Pak Nasation di Johor selama 6 bulan bertandang ke rumahnya, hanya sepotong ayat (doa Nabi Yunus) yang diberinya. Namun, saya anggap itu sudah cukup. Guru dah bagi (walau sepotong ayat) dah kira bagus dari tak bagi langsung. Betulkan?

Saya rasa, cukup sudah perihal perjuangan untuk saya ceritakan. Cuma kalau ada pelajar saya atau pembaca blog yang ingin sedekahkan Al-Fatihah, Selawat atau doa selamat pada guru-guru saya, saya alukan dan mengucapkan jutaan syukran yang tidak terhingga. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Senarai Guru:
- Ibu saudara dan Bapa saudaraku; Cikgu Rohani dan Cikgu Mat di Tanjong Mas, Kelantan.
- Almarhum Pak Halim di Kampung Tar Tujuh, Pasir Mas, Kelantan.
- Pakcik Halim di Kampung Batu Gajah, Kelantan
- Pak Jab di Kampung Cabang Empat, Kota Bharu, Kelantan
- Almarhum Ayah Ku di Tumpat Kelantan.
- Almarhum Tuk Cikgu Lah, di Pasir Puteh, Kelantan
- Haji Ibrahim di Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Almarhum Kiyai Haji Supian di Tenggarong, Indonesia.
- Almarhum Tok Zali di Kuala Lipis, Pahang
- Pak Sattar di Kampung Paloh Rawa, Machang, Kelantan
- Almarhum Ustaz Amin di Bera, Pahang
- Almarhum Pak Nasation di Yong Peng, Johor
- Wak Por di Sungai Merab, Bangi, Selangor.
- Pok Su di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu
- Ustaz Omar di Ampang, Selangor
- Ustaz Amir di Kapar, Selangor

Ragam Pesakit

Ketika saya membeli makanan di Pasar Malam kemaman semalam, saya terlihat bekas pesakit (Pn. N) berjalan bersama anak-anaknya. Saya sedar yang dia juga melihat saya tapi mengelak dari bertegur sapa. Kalau boleh lari, agaknya lintang pukang dia menyorok.

Kisahnya bermula begini.....

Pn. N datang ke RIDAM kerana ingin mengubati hatinya yang terlampau rindu pada bekas suaminya.

* Pn. N ni janda

Dia juga mengesyakki yang dia turut disihir oleh bekas suaminya tersebut. Adakalanya, dia terasa nak cium-cium atau nak peluk-peluk bekas suaminya tu bila bekas suaminya ke rumah menghantar lauk buat anak-anak. Dari simptom yang dinyatakan, saya mengesyakki Pn. N dikenakan sihir pengasih.

Maka, yang memeningkan kepala saya ialah dialognya sebelum rawatan:

Saya: Nama penuh Pn. N apa?
Pn. N: Perlu ker ustaz?
Saya: Perlula...saya nak buat record ni..

*Pn. N memberikan nama penuhnya

Saya: Nama ibu?

Pn. N: La..ustaz nak buat apa nama ibu saya? Nama penuh saya kan dah cukup..

Saya: Adus...mengikut kata guru saya, adalah lebih elok pesakit di bin / binti kan kepada nama ibunya. Hubungan ibu dengan pesakit lebih rapat berbanding ayah kerana dialah yang melahirkannya. Sedikit sebanyak perkara ini membantu dalam proses rawatan dengan izin Allah...

* Setelah panjang lebar dok ceramah, barulah bagi nama ibunya..tu pun teragak-agak nak bagi..

Saya: Suami puan kejer kat mana? Nama apa?

Pn. N: Tak perlu tau la Ustaz..Kalau tak tau Ustaz tak boleh berubat ker?

Saya: La..yang payah sangat awak ni kenapa? Macam mana la nak berubat kalau dok berahsia sampai macam ni..

Pn. N: Saya takut la Ustaz nak kasi nama. Nanti ustaz beritahu dia.

Saya: Tak ada kerjanya saya nak jumpa bekas suami awak tu..Ni hah..saya nak rekod dalam borang pesakit ni..

Pn. N: tapi....

Saya: Mcm ni lah, kalau dah payah sgt, toksah berubat la....

* Setelah dikata begitu, barulah Pn. N beri nama suaminya.

Saya: Ni soalan terakhir. Puan kerja kat mana pulak?

Pn. N: Kerja kat sini-sini jer..

Saya: Yelah, company mana, sebagai apa?

Pn. N: Adalah..kerja biasa-biasa jer..

* Saya dah malas nak melayan lagi bab-bab tanya ni..Bidang pekerjaan pesakit amat perlu diketahui. Hal ini saya pelajari semasa mengambil kursus Pegawai Keselamatan & Pekerjaan (Safety Officer) di NIOSH, Bangi satu ketika dahulu. Ibn Sina amat mementingkan latarbelakang pekerjaan pesakit kerana ianya turut mempengaruhi penyakit yang dihidapi pesakit samada dari segi emosi atau fizikal.

Saya terus lanjutkan pada proses rawatan seperti biasa tapi terus-terang cakap hati saya dah 'tawar' bila mengubatinya.

Hal kesembuhan saya serahkan pada Allah..Saya hanya berdoa...

Sampai sekarang, kalau terserempak Pn. N di mana-mana, dia confirm akan menyorok.. Saya pun tak tahu sakit apa lagi yang ada kat dia tu..

pesakit...pesakit....
 
Blogger Templates