Ads 468x60px

PROMOSI AIDUL ADHA 2013

Sah sehingga 15/10/2013 deh...

SIHIR KUNCI 7 SENDI



Saya mendapat jemputan berubat seorang jutawan di ibu negara sebelum bulan ramadhan yang lalu. Dari maklumat yang saya perolehi dari ‘orang tengah’, pesakit ini mengalami masalah radang sendi yang agak kronik hinggakan langkahnya berjalan seumpama robot…

Maka, saya seperti biasa membawa sahabat saya (Sdr. Haikal) ke rumah pesakit. Memang agak penat kerana jarak perjalanan untuk sampai ke rumah pesakit mengambil masa hampir 3 jam. Kebetulan, pada hari perjalanan tersebut, saya masih belum tidur selama 2 hari berturut-turut kerana menyiapkan tesis pengajian saya dalam bidang psikologi..

Kami tiba di rumahnya sekitar jam 10 malam. Oleh kerana kepenatan, saya tidak terus berubat sebaik tiba di rumah pesakit. Sebaliknya, kami hanya berbual kosong sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.

Sepanjang penelitian saya ketika bersembang dengan pesakit, saya perhatikan pesakit seorang yang mudah mesra dengan orang walaupun baru saja dikenali. Pengetahuannya yang begitu luas dalam isu semasa dan perniagaan amat saya kagumi. Cuma yang saya sedih bila melihat pergerakannya. Memang benar… jelas kelihatan di raut wajahnya bila dia menahan sakit setiap kali berkalih dari tempat duduk. Dalam hati saya berkata…’andai inilah buatan sihir, maka orang yang menyihirnya memang gila…!’..

::Gambaran

Ketika bersembang dengannya, saya terlihat sekilas wanita berumur 40an dalam benak fikiran… Pada  andaian saya, ini sihir..!! Tapi, saya belum dapat mengenal pasti retorik sihir yang lebih spesifik.. Pada pengalaman rawatan sebelum ini, jika ilham telah diperolehi, maka elok disegerakan rawatan… Jangan tertangguh kerana itu mungkin panduan asas sahaja.. Yang lebih jelas nanti biasanya ketika rawatan. Maka saya tidak bertangguh minta rawatan dilakukan..

Pada peringkat awal, saya mendiagnos setiap point nadi dan saraf di tubuh pesakit. Bacaan point reflek di tapak tangan, tapak kaki, denyut nadi dan bacaan iriodlogi tidak sama… Kejadian ini berlaku biasanya kerana faktor gangguan. Kita sedia maklum, perbezaan penyakit klinikal berbanding penyakit gangguan adalah dari segi keputusan diagnos tubuh. Penyakit klinikal tidak berubah tempat, mempunyai keputusan diagnos yang sekata dan tidak bermusim. Manakala penyakit gangguan pula memperlihatkan hasil diagnos yang tidak sekata dan kadang-kala tiada tanda menunjukkan seseorang itu sakit..!! Tambahan lain, penyakit gangguan sering berubah kedudukan di organ tubuh dan punyai waktu serangan yang khusus seperti serangan selepas waktu asar atau ketika mendengar azan dan seumpamanya…

Selepas berpuas hati dengan diagnos yang dibuat, saya mulakan rawatan dengan merukyah pesakit. Memang nampak taranya pada riak pesakit menahan sakit sewaktu rukyah dibacakan. Ketika merukyah, secara ilham saya melihat sebuah patung  lilin yang dicucuk dengan 7 batang suasa. Saya menghafal kedudukan jarum yang dilihat….

Berbalik ke dunia nyata, saya teruskan rawatan dengan KAEDAH PASUNG LIMAU pada 7 point anggota sebagaimana yang saya lihat secara ilham.. Dengan kudrat tenaga yang memang keletihan akibat tidak cukup tidur dan memandu dalam perjalanan yang jauh, saya berasa keletihan yang amat sangat  setelah selesai teknik memasung dijalankan. Hampir pitam rasanya bila point terakhir di pasung keluar.

Walaupun nampak kesembuhan yang ketara pada pesakit, firasat saya mengatakan bahawa masih ada sisa yang ada pada penyihir. Maka, saya meminta bantuan Sdr. Haiqal untuk rawatan ‘keluar tubuh’. Perjalanan kerohanian tersebut menghantar Sdr Haiqal ke tempat penyihir. Secara batiniah, barang-barang sihir dibuang ke tempat sepatutnya. Kaedah ini ada saya muatkan dalam pengajian khas Watikah atau Kiyai Hj Suffian..

Selesai segala rawatan, saya meminta pesakit untuk merasai sendiri kesan rawatan yang telah dijalankan.

Saya: Bagaimana Abang Man..? Rasa macam mana sendi sekarang.?
Pesakit: Alhamdulillah.. banyak sangat bezanya… Syukur Ustaz…

* Tika itu, dia melompat-lompat keriangan.. Jelas terpancar keceriaan yang dinantikan selama ini.

Saya: Abang jangan over pulak… Gearbox baru tukar tu… Kena ‘masak’ kilometer dulu…Nanti kena overhaul… Susah jadinya..

Pesakit: Alah ustaz.. baru nak exercise… Lama dah tak rasa macam ni…

Saya: Esok-esok la… nanti urat terkejut… Takper, Abang mandi limau dulu.. Kasi segar sikit lagi… Saya nak siapkan ubat selebihnya..

Maka, sewaktu dia mandi dengan air limau yang saya telah rukyah, saya bacakan pula pada minyak zaitun sebagai sapuan pada urat sarafnya.. Saya juga bacakan pada air mineral sebagai bekalan rawatan seterusnya.

Setelah selesai semuanya, saya ke sungai berdekatan rumahnya untuk membuang pasungan yang telah dibuat.. Pada kali ini, pesakit meminta saya tidur di rumahnya untuk perhatian awal pagi keesokan hari. Kata beliau lagi, biasanya sakit yang dialami akan mula menyerang sewaktu bangun dari tidur… Bagi tidak menghampakan permintaannya, saya dan sahabat bermalam di rumahnya..


:: Lanjutan Rawatan

Alhamdulillah, simptom yang pernah dialami sewaktu bangun tidur selama ini tidak menyerang lagi. Sebelum saya pulang, saya lanjutkan rawatan bekam padanya… Tujuan saya membekam adalah untuk membuang simpulan angin di sendi-sendi yang bermasalah akibat serangan sihir dan membuang darah kotor dari tubuhnya.. Memang saya amat bersyukur kerana keperitan yang dialami pesakit selama ini telah beransur pulih… Namun, saya ini hanya tukang ubat.. Yang menyembuh hanya Allah SWT semata-mata..

Saya bertolak pulang tepat jam 10 pagi sambil diiringi lambaian kepuasan pesakit…


:: Panggilan Buruk

Selepas sebulan dari hari rawatan, saya menerima aduan pesakit… Penyakit yang sama berulang lagi… Masyaallah…. Andaian saya serangan berulang kembali.. Saya mula memohon petunjuk dan memang saya pasti, pihak yang sama masih ‘menghantar’..

Apa pun, temujanji rawatan akan dilakukan sebaik sahaja saya pulang berhari raya. Ya Allah… jika itu ujian pada pesakitku, maka Kau hindarkanlah… Jika itu kifarah dosanya, maka Kau ampunkanlah dia.. Seperti aku dan dia, kami ini hanya hambaMu ya Allah… Bantulah kami dengan sebaik-baik sifat Ar-Rahman Mu… Amin..

AURA BALANCER RIDAM (ABR)

Hasil R&D RIDAM dalam kajian rawatan alternatif sains Islam selama 3 tahun, maka terhasil lah produk rawatan moden yang diyakini (Insyaallah) mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman dan luaran individu yang sedang berikhtiar dalam mencari keampuhan ubat yang sesuai.





Hasil Testimoni produk ini, ia telah membantu (dengan izin Allah) menyelesaikan permasalahan berikut:
01.Alternatif rawatan pada penyakit gangguan seperti Sihir, Saka dan gangguan Tafrik
02.Meningkatkan keyakinan diri dan merawat masalah kemurungan
03.Gantian kepada rawatan mandi bunga dan lambat jodoh
04.Merapatkan hubungan kasih sayang antara suami isteri.
05.Rawatan anak nakal dan lembap
06.Meningkatkan daya tumpuan dan proses mengingat
07.Penyelesaian masalah pelajar yang kurang fokus pada pelajaran
08.Mengaktifkan seri wajah dan daya penarik diri dalam perhubungan
09.Sebagai pelaris komunikasi dalam perniagaan
10.Alternatif rawatan Imsomania (sukar tidur)
11.Alternatif rawatan demam

ABR juga dirukyah dengan ayat-ayat Al-Quran dan doa terpilih dengan kriteria berikut:
1.Ayat-ayat Ayatul Ahzab (penghindar gangguan)
2.Ayat-ayat Pemanis Diri dan Pengasih
3.Ayat-ayat Kerezekian
4.Ayat-ayat Penguat Minda
5.Ayat-ayat Pelindung
6.Ayat-ayat Tawakkal
7.Ayat Nabi Zakaria
8.Kepelbagaian jenis Selawat

Bagaimana Menggunakan ABR?
Terdapat pelbagai kegunaan dan kaedah yang boleh dilakukan dengan ABR iaitu:
 
a.Titiskan 7 titik dalam sebaldi air (selain warna merah) dan buat bilasan ketika mandi.
b.Titiskan setitik ABR di jari telunjuk kemudian geserkan dengan ibu jari hingga terasa hangat.
Setelah itu, letakkan muka kedua jari tersebut di tengah antara dua kening dan lurut dua hala ke arah kening kanan dan kiri kemudian naik ke atas sambil berselawat.
c.Titiskan setitik ABR di bawah lidah
d.Titiskan setitik ABR di muka lubang hidung dan tarik nafas sedalam yang mungkin.
e.Titiskan setitik ABR di tapak tangan dan usap dari muka, ubun kepala seterusnya seluruh anggota badan

Formulasi Penggunaan ABR bagi kaedah di atas adalah seperti berikut:

01.Penyakit gangguan seperti Sihir, Saka dan gangguan Tafrik
(a)-pagi & petang , (d)-sebelum tidur , (e)-sebelum tidur

02.Meningkatkan keyakinan diri dan merawat masalah kemurungan (a)-pagi & petang ,
(b)-ketika keluar rumah , (d)-pagi , (e)-pagi & sebelum tidur

03.Gantian kepada rawatan mandi bunga dan lambat jodoh
(a)-pagi & petang , (b)-ketika keluar rumah , (c)ketika keluar rumah

04.Merapatkan hubungan kasih sayang antara suami isteri.
(a)-pagi,petang & sebelum beritiman (d)-sebelum beritiman , (e)-ketika bersama pasangan

05.Rawatan anak nakal dan lembap
 (a)-pagi & petang , (e)-sebelum tidur

06.Meningkatkan daya tumpuan dan proses mengingat
(a)-pagi & petang , (d)-ketika membaca atau dalam pengajian

07.Penyelesaian masalah pelajar yang kurang fokus pada pelajaran
(a)-pagi & petang , (d)-sebelum memulakan pengajian , (e)-sebelum tidur

 08.Mengaktifkan seri wajah dan daya penarik diri dalam perhubungan
(a)-pagi & petang , (b)(c)(d)-ketika keluar rumah

09.Sebagai pelaris komunikasi dalam perniagaan
(a)-pagi & petang , (b)(c)(d)-ketika keluar rumah

10.Alternatif rawatan Imsomania (sukar tidur)
(a)-petang dengan air berisi ais , (d)(e)-sebelum tidur

11.Alternatif rawatan demam
(a)-petang dengan air berisi ais , (d)(e)-sebelum tidur


**************************

Harga Runcit: RM69.99 seunit

Sila sms/whatsapp ke 019-9891078 / 012-6763447 untuk BELIAN. Bayaran boleh dibuat melalui akaun:

a.
Bank: MAYBANK:  ( 162085478617  )
Kod: MBB
Pemegang akaun: KHAIRUL SYAKIRIN B ABDUL WAHAB               

atau

b.
CIMB: (1313-0000343-52-9 )
Kod: CIMB
Pemegang akaun: KHAIRUL SYAKIRIN B ABDUL WAHAB

atau

c.
BANK ISLAM: (12-234-02-003082-9)
Kod: BIMB
Pemegang akaun: KHAIRUL SYAKIRIN B ABDUL WAHAB


Pocong vs Pontianak


Saya dijemput oleh pesakit yang tinggal di sebuah felda di Terengganu. Sebelum ini, memang saya pernah bertandang ke rumahnya atas urusan yang sama (berubat). Sekitar jam 9:30 malam, saya bersama dua orang sahabat sampai di rumahnya.

Sebagaimana biasa amalan RIDAM, saya terlebih dahulu akan berbual mesra dengan pesakit dan ahli keluarga mereka untuk mengetahui maklum balas awal sebelum memulakan rawatan. Menurut tuan rumah, kes gangguan yang dialami sebelum ini telah selesai sepenuhnya. Pada kali ini, bentuk gangguan yang lain pulak timbul. Kes terbaru turut disaksikan oleh jiran sebelahnya.

Isteri tuan rumah (Kak Sah) memang membasuh pakaian di belakang rumah memandangkan mesin basuh diletakkan di situ. Selang beberapa ketika, anak jiran sebelah berasa pelik bila melihat Kak Sah membasuh sewaktu Maghrib. Setahunya, Kak Sah yang dikenali hanya membasuh pakaian pada awal pagi. Maka ditegurlah Kak Sah setelah melihat dia asyik memasukkan kain ke dalam mesin basuh.

“Kak Sah.. rajin benar basuh baju.. Maghrib dah ni.. Tak ke surau  ..?”

Teguran itu tidak bersahut. Kak Sah masih leka memasukkan baju dalam mesin basuh. Reaksi hambar tersebut menaikkan rasa sangsi jirannya.

“Alah Kak Sah.. Cer paling gok muka tu..Kita ni macam bercakap dengan tiang pulok…”

Alangkah terkejutnya si jiran bila Kak Sah berpaling. Wajah Kak Sah tak seperti yang di kenali. Mukanya putih pucat dan bertaring. Matanya besar dan merah berair. Tiada sebarang kata yang keluar dari mulut Kak Sah.. Dia hanya merenung tajam jiran yang menegur..

Bila melihat Kak Sah umpama pontianak, seribu langkah jirannya lari masuk ke dalam rumah. Mulai saat itu, jirannya fobia untuk menjengah di waktu malam, lebih-lebih lagi ketika Maghrib.

Selain peristiwa tersebut, tuan rumah juga pernah mendengar bunyi seakan-akan batu dilempar di atas atap rumah. Ada juga kadang-kala bunyi orang berjalan dan adakalanya bunyi seseorang mengheret sesuatu di lantai tanah tepi rumahnya.

Tuan rumah dan isterinya juga sering sakit kepala dan sakit saraf bila hendak bersolat atau membaca Quran. Yang hairannya, masalah yang dihadapi tidak berlaku bila tiada amal ibadat yang ingin dilakukan.

MAKLUMAT ini saya rekodkan dan meminta izin untuk memulakan rawatan. Saya mulakan dahulu PERJALANAN SAFAR dengan berkudun ‘melihat’ plot sejarah cerita tuan rumah. Berulang kali saya kelamkan diri dengan fana zikrullah dan ayat-ayat amalan. Secara batin, saya  ‘melihat’ ada dua makhluk yang bertapak di rumah pesakit saya tersebut. Yang duduk di belakang dapur itulah sinonim dikenali sebagai Pontianak dan ada Pocong di belakang stor rumah mereka.

Sedar dari ‘perjalanan’, saya membuat keputusan untuk ‘clear’ kan dahulu jin yang mengganggu dan setelah itu barulah rawatan dikhususkan kepada tuan rumah sekeluarga. Saya gaulkan ramuan ‘pemagar’ dengan 2kg garam dan segenggam lada hitam. Kemudian, saya bacakan ayat-ayat yang berkaitan untuk maksud yang ingin dibuat. Pada bahan ini, saya pecahkan kepada 2 bahagian.

Bahagian pertama saya campurkan dengan air dan membuat percikan sebagaimana arah tawaf di dalam rumah pesakit. Bahagian yang satu lagi saya tugaskan kepada sahabat untuk menabur di sekeliling luar rumah pesakit.

:: Terperanjat

Tika sahabat saya (Haiqal) menabur di bahagian belakang, tiba-tiba saya lihat dia mematikan langkahnya. Lagaknya seperti terkejut sambil melihat di satu arah iaitu ruang antara dua batang pkok kelapa di hujung belakang stor. Firasat saya berasa ada petanda yang tidak elok berlaku. Lantas saya genggang penumbuk tangan kanan sesudah mencalit air di langit mulut. Saya bacakan ayat pertama surah Al-Lahab hingga ayat ‘…watab’ dan membuat tumbukan ke lantai tanah. Kemudian saya buka tapak tangan dan meniupnya dengan ayat ‘hati Quran’.

Saya tepuk di belakang badan si Haiqal. Dengan sekali tepukan tersebut, Haiqal tersedar. Tahulah saya bahawa dia telah ‘terlihat’ sesuatu. Pantang ‘menegur di tempat kes’ kata arwah guru hadir sebagai sisipan ingatan di kala itu. Maka, saya buat isyarat dengan jari telunjuk di mulut saya menandakan ‘diam’ dan menggesa beliau menghabiskan pusingan tugas. Alhamdulillah, ikhtiar pertama dapat diselesaikan dengan jayanya. Bila menjengah semula ke belakang rumah, maka terbau seperti bau terbakar. Moga-moga yang terbakar itu adalah yang 'dimaksudkan'.

Menurut Haiqal, sewaktu menabur bahan rawatan di belakang stor tuan rumah, dia melihat susuk lembaga berkain dan bertudung putih di balik samar bayang pohon kelapa. Dia cuba beranikan diri untuk melihat dengan lebih dekat.. Masyaallah…!! Pocong…!!!

Pada tika itu, dia berasa seperti mulutnya terkunci.. Langkahnya juga seperti terpasung di tanah.. Walaupun hodoh rupa pocong tersebut, dia terpaksa ‘rela’ melihatnya kerana sukar memalingkan badan. Setelah berasa di tepuk oleh saya, barulah dia tersedar… Wallahu’alam…

Ikhtiar seterusnya saya lanjutkan pada pasangan tuan rumah.. Rupa-rupanya, selepas di ‘clear’, sakit-sakit yang dihadapi sebelum ini hilang sekelip-mata. Ibarat mati punca, maka kesannya berciciran.. Namun begitu, saya tetap membuat rawatan asas kalau-kalau ada saki baki gangguan dalam tubuh pesakit. Alhamdulillah, pesakit sudah sembuh seperti sedia-kala…

Sekitar jam 1:30 pagi, rawatan selesai sepenuhnya dan kami pulang ke rumah masing-masing. Memang selepas kejadian, rasa letih dan sengal-sengal badan mula terasa. Tapi perjalanan ke rumah masih jauh. Ada lebih kurang 1 jam untuk tiba ke destinasi.. Kami singgah sebentar di sebuah warung untuk menghilangkan mengantuk sebelum meneruskan perjalanan.






                                                                                                                                                                      
 
Blogger Templates