Ads 468x60px

Sihir TANPA jin - penerangan dan kaedah merawat.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang diamalkan bertujuan untuk menyerang pihak lawan. Jika disenaraikan bentuk sihir secara keseluruhan, memang panjang la ceritanya.Apa yang nak dikongsikan pda hari ini adalah perbezaan sihir yang menggunakan jin DENGAN sihir yang tidak melibatkan jin.

Aper kebender lak tu....?

Sihir menggunakan jin:
Sihir jenis ini mudah ditemui dalam kes merawat. Simptom yang dinyatakan oleh Abdul Wahid Salam Bali juga kebanyakkannya merujuk kepada sihir yang melibatkan penggunaan jin. Ada yang senang dan ada yang susah. Semuanya bergantung kepada keizinan Allah s.w.t jua.

* Akidah perawat juga sebahagian faktor kesembuhan penyakit kerana biasanya, akidah yang mantop menunjukkan seseorang itu bersih hatinya. Bila bersih hatinya, hubungannya dengan Allah terutama bab doa tidak akan ditolak. Wallahu'alam

Sihir TIDAK menggunakan jin:
Kes seperti ini amat jarang ditemui.Namun, untuk keberhasilan sihir jenis ini, pengamalnya perlulah mempunyai ilmu kebatinan dan ilmu hitam yang tinggi sepertimana wali-wali syaitan yang dikutuk Allah dan makhlukNya di alam ini.

Pengamal sihir jenis ini kebiasaannya amat kuat syiriknya.

* Seperti yang sedia maklum, tidak ada kuasa pun pada syaitan / jin melainkan dari keizinan Allah. Syaitan amat sukakan manusia yang syirik pada Allah. Bila seseorang itu syirik, maka dia (syaitan) akan memberi imbuhan sepertimana yang dikhendaki oleh si syirik tersebut.

Tapi, takkan Allah makbul bila orang nak buat jahat?

Persoalan di atas bukan hak kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah. Apa yang perlu kita ingat ialah di dunia ini, adanya konsep Ujian dan Bala. Mungkin Allah makbulkan permintaan pengamal sihir adalah sebagai Ujian untuknya. Atau mungkin juga ia adalah nikmat dunia namun menjadi Bala di akhirat akhirnya.

Simptom Sihir Tanpa Jin

Sihir jenis ini banyak melibatkan sakit anggota badan dan pesakit masih sedar dan waras pada waktu sakit.
1-Terasa ada semutan dalam anggota badan.
2-Ngilu atau pedih dalam urat nadi terutama di urat kaki.
3-Stroke sebelah kiri.
4-Badan berbau busuk walau dibasuh dengan sabun.
5-Sakit tumit kaki.

Untuk itu kepada perawat sekalian, jangan lah berputus asa jika anda merawat kes seperti ini. Banyakkan bersabar dan jangan lupa nyatakan pada pesakit. Sihir jenis ini perlu mengambil masa untuk sembuh. Ini kerana, perawat perlu menghadapi pengamal sihirnya secara terus samada secara fizikal atau batin.

Tips kepada perawat jika merawat sihir jenis ini:


1- Bacakan surah Al-Kautsar 10x sebelum tidur dan doa kpd Allah untuk memohon jalan penyelesaiannya jika pesakit sudah di rawat.
2- Amalkan surah Al-An'am:103 100x setiap hari selama 7 hari berturut-turut selepas solat maghrib. Malam ke-8, jazamkan ayat ini sebanyak 6000x. Inyaallah, anda akan diperlihatkan punca dan kaedah merawatnya. Mungkin juga anda dapat berdialog dengan penyihir secara batin.

* Perlu diingat, pengamal sihir jenis ini punyai ilmu kebatinan yang tinggi. Silap-silap, dia tahu anda sedang memperhatikan beliau.

3- Untuk itu, buatlah pagar diri dengan membaca Yaasin:9 sebanyak 3x dalam satu nafas. Tahan nafas seketika dan sedut nafas kembali. Bayangkan anda dilingkari aura energi al-quran yang dibaca. Insyaallah, cctv pengamal sihir tidak akan mengesan anda.

Tips untuk merawat pesakit jenis sihir tanpa jin:

1- Bacakan ayat rukyah sepertimana biasa dan tiup di ubun, belakang tengkuk, dada, belakang dada, tulang sulbi,tangan dan kaki pesakit.
2- Sebaiknya, pesakit berubat dalam keadaan dia berpuasa.
3- Bacakan Al-Furqan:23 dan tiup pada seluruh anggotanya sambil niat 'memecah' serangan sihir yang dihantar.
4- Kemudian, bacakan ayatul kursi di belakangnya sebanyak 7 kali sambil membayangkan anda memotong simpulan tali dibelakangnya setiap selesai satu ayat dibaca.
5- Bekam pada point Ka-Hil dan Ummu Mughits jika berkesempatan.
6- Buat isyarat tangan anda seperti pisau dan belah dari bawah tengkuk menghala ke bawah hingga ke bahagian tulang sulbi. Anda juga boleh menggunakan kayu, besi atau pen sebagai alat belahan jik merawat pesakit bukan muhrim. Sambil belah, anda baca "wal yatalat thof wala yush irun na bikum ahada".

7- Kemudian, bacakan 7x "” Wama Romaita iz Romaita, Wala Kinnalllaha Roma ” dan tiup ditempat belahan tadi.

8- Bacakan juga Yasin:58 sebanyak 7x dan tiup ditempat belahan.
9- Akhir sekali, bacakan "La tataharraku zauratan bi'znillah" sambil mengusap ditempat belahan dengan membayangkan belahan tersebut telah tertutup.

10- Bekalkan pesakit dengan air rukyah selama selama seminggu serta meminum minyak zaitun(olive oil) yang dirukyah dengan ayat syifa' dan yasin:9. Sukatan minum minyak zaitun ialah 2 sudu pada pagi dan petang sblm makan.

11-Lakukan rawatan ulangan seminggu berikutnya jika belum sembuh.

Insyaallah, penyakit sihir tersebut akan sembuh jika berkat kesabaran, amalan, tauhid pada Allah dan taqarrubnya pesakit pada Allah.

# Amalan ini diijazahkan oleh guru saya: Cikgu Ani dan Poksu Nor Bachok.
Kiranya ingin mengamal amalan ini, syaratkan menyedekahkan bacaan Al-fatihah kepada guru sebagai penerima amalan.

Ilmu dan berubat adalah jalan usaha. Yang menyembuh hanyalah Allah jua.
Wallahua'alam.
 
Blogger Templates