Ads 468x60px

Upah Pengasih The Series

Erm.. majoriti bila dengar Pengasih jer, memang ramai yang membuat pelbagai andaian kan? Sebenarnya, Amalan Pengasih ni hanyalah salah satu cabang ikhtiar kebatinan semata-mata. Itupun setelah dicuba ikhtiar secara fizikal, barulah mencuba kaedah ini.

Dalam bab mengambil upah Pengasih ni, ada beberapa kategori kes yang RIDAM tidak akan layan iaitu:-

a. Nak tambah cawangan (kahwin 2,3 atau 4).
b. Nak suami atau isteri orang.
c. Nak tunang / girlfriend orang.
d. Nak pada orang yang tak pernah dinyatakan hajatnya.
e. Nak balas dendam.
f. Lelaki (tackle sendirilah. Lagi gentle beb..!)


Rata-rata yang mengupah RIDAM untuk ikhtiar pengasih ini adalah pada kes:

1. Suami panas baran tahap Harimau.
2. Bini garang semacam macam Mak Lampir.
3. Lelaki yang main ‘tarik-tali’.
4. Madu yang selalu bergaduh.
5. Hajat pada Lelaki Single tapi tak kesampaian.


Dalam ikhtiar ini, RIDAM tidak membuat 100% rawatan batin semata-mata. Umpama spy, perihal mereka yang dituju akan disemak terlebih dahulu samada dari segi karakternya, kehidupannya dan sifatnya. Jika buruk alamatnya, RIDAM akan berterus-terang kepada peminta. Kita lihat top log-rekod kes yang pernah dikendalikan. Antaranya:-

Kes 1:
RIDAM telah diminta oleh Puan Latifah (bukan nama sebenar) untuk ‘menjinakkan’ suaminya yang sering ‘makan’ luar. Dengan beberapa amalan dan syarat yang perlu diikuti, akhirnya dengan izin Allah, si Suami berubah. Kasihnya pada isteri mula menguntum. Tapi bila dah makbul, sifat Puan Latifah pula yang berubah. Seakan membalas dendam pada kisah lampau suaminya, dia pula yang curang dengan Pemandunya sendiri. Berkepit ke sana-kemari hingga menginjak ke bilik hotel.

Hal ini dimaklumkan sepupu Puan Latifah pada RIDAM. Bila dah jadi begitu, atas sumpah asal amalan untuk perkara kebaikan, RIDAM batalkan semula amalan. Dengan izin Allah, kecurangan isteri akhirnya diketahui suami dan dia diceraikan dengan talak 1.


Kes 2:
Ada dua-beradik datang ke Pusat Rawatan RIDAM. Dengan hajat yang sama, mereka hendakkan pada lelaki pilihan. Sudah puas diberi ‘hint’, para lelaki tersebut tampaknya tidak serius. Tapi yang hairan, bila tahu pasangannya keluar dengan lelaki lain, nampak pula cemburunya.

 
Secara ikhtiar batin dan tempoh 14 hari amalan, si adik dimakbulkan doanya oleh Allah. Tanpa ribut dan hujan, datang terus dari pihak lelaki dengan hajat meminang. Kahwin tanpa tunang dengan hajat dipercepatkan. Berbanding si kakak, nasib tidak menyebelahinya. Respon si lelaki pilihan masih sama. Maka dicuba amalan batin ke-2 dan hasilnya masih sama. Di sini, RIDAM nyatakan akan redha dengan keputusan. Mungkin dah tertulis dari Allah. Tapi lain pula jadinya bila RIDAM dihembus dengan kata-kata dan tomahan. Katanya yang masih RIDAM ingat hingga kini; “Ustaz Tak Ikhlas Tolong saya..!! Adik saya jadi jer…”

Allahurabbi.. RIDAM ni bukan Tuhan.. Bukan Nabi.. Awal-awal lagi dah dinyatakan baik-buruk hasil selepas ikhtiar. Bila beberapa kali ditenangkan, RIDAM sarankan agar dibuat Solat Istikharah selama 3 malam. Mungkin dah tersurat petandanya, selepas 2 minggu selesai solat istikharah, baru diketahui bahawa lelaki itu mengidap HIV Positif. Hal ini diceritakan sendiri oleh lelaki tersebut bersama bukti klinikal setelah beliau merasa bersalah meletakkan harapan pada wanita tersebut.

Syukur… Perancangan Allah lebih baik..


Sesungguhnya, ikhtiar pengasih adalah cabang doa khusus untuk perkara yang baik sahaja. Jika dajal niatnya dengan amalan pengasih, maka nanti buruk padah yang diterima di akhir nanti. Wallahu’alam.


 
Blogger Templates