Bayangan Keranda

 



Bayangan Keranda

*******************


Arakian hidupnya ambo dalam bidang rawatan alternatif ni, banyak orang dan ragam yang ambo jumpa.


Ada model serius, nak nguji, friendly, mudah terasa, skema, rockers, lovely, old school, darat hilir, kedekut, pemurah, bizy body, strict, sambil lewa, caution, cautious, skeptical, mulut tempayan dan macam² karenah. 😅😅😅


Nak kata pakar tu tidak lah, tp memang boleh jangka karenah diorang bila dah bertemu mata..  😅


Adapun yang paling ambo tak lupa bila teringat sorang pesakit warga emas yang tinggal di hulu kemaman.


Masa datang dengan anaknya naik Proton Saga first model, ambo terbau bau durian. Kuat pulak bau nya sampai teringin nak makan. Tapi sekadar berbunyi dalam hati saja masa tu.


Semasa nak rawat, makcik tu terpandang sign harga rawatan yang ambo gantung di dinding. Untuk masalah gangguan, upah rawatan ambo kenakan 55/sesi normal (lingkungan 1 jam). Jika melebihi waktu itu, maka ditambah mengikut kadar asas 55 tersebut.


Tertelan air liur makcik tu tengok caj upah yang tersenarai.


"ustaz.... boleh rawat lain kali tak?. Makcik ada RM10 jer nih. Nak kena gi tabung haji dulu ambik duit..", katanya sedih.


Allahurabbi, jujurnya Makcik ni. Tak macam kebanyakkan orang. Nak beritahu tak mampu berasa segan, tapi boleh berlagak macam orang kaya siap minta rawat macam² permintaan. Memang 3 jam merawat atas 1 pesakit tu dh mcm biasa sgt. Last sekali "terima kasih ust, minta halal yer..." sambil letak 10 inggit dlm kotak bayaran.. 😅


Terus terang.. setakat ambo boleh lagi bernafas di bumi Allah ni, ambo masih ada budi bicara. Mereka yang ada masalah kewangan masih ambo tolong selepas ambo perhatikan keadaan pesakit tu. Sebab, banyak bezanya antara tak mampu dengan kedekut..


Kalau handphone berjenama, anak² pun handphone sorang 1, baju berjenama, gelang emas berurat-urat, kereta besar dan rumah pun stylish, memang tak ada duit sungguh la sebab nak bayar semua material tu. Maka itu bukan alasan 'tak mampu' bila nak rawat diri yang sakit sebab antara harta dan sihat, kesihatan lagi penting.


Takkan kerana nak sihat, perawat pula yang kena korban minyak kereta, bil api air rumah dan lain²..? Ingat ni zaman poleolitik ke habis benda DIY dan survive..? Ada keperluan hidup yang perlu dibayar, ditanggung dan ditunaikan setiap bulan...


Berbalik kepada cerita makcik tu....


"Ginilah makcik. Bayar 5 inggit dah la. Lepas dah tampung api air umah ust ni. Upah rawat ust kasi free.. discaunt..." kata ambo sambil senyum padanya.


"tak murah sangat ke tu ust..? segan pulak makcik?", dia pulak rasa tak selesa dengan kadar ambo beritahu tu. Lain pandangan orang yang memahami tuntutan situasi hidup pada hari ini.


"Nak bayar boleh jer. Tapi makcik bayar di akhirat, boleh?"


Berkali-kali dia ucap terima kasih dan rawatan dimulakan...


Bila ambo diagnose secara rohani, memang terasa sedikit getaran halus di area ibu jari kakinya. Ambo minta izin nak pegang kakinya untuk ambo tengok lebih dekat. Dekat celah tepi ibu jarinya tu, ambo lihat ada macam lidi halus tersembul keluar.


Ambo kawal nafas dan kemudian buat aturan nafas berangkai. Masuk ulang nafas ke 3, ambo tahan nafas di tengah perut dan alirkan tenaga ke meridian tapak tangan. Bila dah terasa tapak tangan ambo ni panas dan nampak semakin merah, ambo baca ayat luncur sebanyak 3 kali dari surah At-Taubah:127.


'summan sorofu sarofallah hukulu bahum bi-annahum qawmun la yaf qohum'.


Tanpa berlengah, ambo jurus ke arah betis kaki makcik tu, turun berakhir ke ibu jari kakinya.


Kemudian, ambo tarik 'benda' tu menggunakan pengepit uban. Lidi halus yang panjangnya dalam 3cm tu sebenarnya tulang yang sudah diracik.


"macamana ustaz tahu makcik pakai susuk? Tak ada siapa tahu pun selama ni. Keluarga makcik pun tak tahu", tanyanya hairan.


Ambo hanya senyum sahaja sebab kalau terang pada yang bukan ahli, memang tak akan faham pun. 😅


"bila makcik pakai nih? dengan siapa?".


"lama dah ust. Puluh tahun dah. Masa lepas beranak anak sulong lagi".


"Bidan ke yang pakaikan?", tanya ambo meneka.


Dia mengangguk. Terangnya lagi, tujuan dia pakai tu untuk tundukkan suami sebab suaminya panas baran sangat. Awal² kahwin dulu memang sumpah seranah dan makan penampar dah selalu sangat kena. Tu yang pakai susuk tulang Beruang sebab bidan tu kasihan tengok makcik kena macam tu.


Beberapa kali ambo menghela nafas panjang. Benda dah jadi. Suami pun dah meninggal lama dah. Ambo nasihat pada makcik tu agar segera bertaubat. Moga² Allah ampun. Memang manusia tak lari dari buat kesilapan. Fitrah hidupnya begitu. Sebab itu Allah buka rahmatNya dengan peluang taubat. Betapa tingginya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah pada hambaNya.


Setelah ambo rukyah bahan rawatan untuk amalan di rumah, ambo teman makcik tu hingga ke luar rumah sambil tolong angkut botol-botol air mineral yang sudah dijampi.


"ust.. harap sudi terima hadiah tak seberapa ni. Ni makcik niat nak bagi ke ust masa dari rumah lagi. Sedap ni, durian kampung gred A.. "


Alhamdulillah.. Allah dengar rasa teringin dalam hati ambo hari ni. Walaupun dapat bayaran 5 inggit, ambo dapat hadiah 1 guni durian. Ikut harga pasaran, seguni tu memang beratus la harganya.. Syukur sangat..


Cuma yang tak sedapnya, sebaik saja makcik tu beredar, ambo nampak bayangan 6 orang lelaki berjubah putih sedang membawa keranda. Ikutkan pengalaman lepas, jika dapat bayangan begitu, bermakna orang yang ambo jumpa akan berakhir hidupnya tidak lama lagi. Wallahu'alam.


Beberapa bulan selepas itu, ambo dapat tahu makcik tu dah meninggal dari pesakit yang sekampung dengan makcik tu. Dia meninggal selang 3 hari selepas berubat dengan ambo. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Al-Fatihah (dibaca).


Wassalam

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.