Assalamualaikum wbt
Tahniah diucapkan kepada pelajar KHS setelah dengan jayanya lulus dalam pengajian yang diambil. Pada kali ini, Pelajar yang terlibat datangnya masing-masing dari Penang, Kedah, Johor dan Singapura. Program level akhir ini juga turut dibantu oleh Senior Pelajar KHS yang didatang khas dari Selangor (Sdr. Farmin) sebagai motivasi untuk pelajar baru.
Kronologi Ringkas Program Level Akhir KHS:
.:23 Mac 2012:.
-Pelajar berkumpul di simpang masuk utama Hutan Lipur Berkelah Pahang pada jam 3 petang.
-Pendakian ke puncak Gunung Berkelah didahului oleh pembantu RIDAM (Sdr Herman dan Sdr Haikal) dan Senior KHS (Sdr Farmin) untuk penyediaan kem penginapan pelajar di Aras 4 dalam trak laluan air terjun.
-Pelajar junior KHS memulakan pendakian bersama RIDAM tepat jam 3:30 petang. Sepanjang laluan pendakian, 4 check point disinggahi bagi menghilangkan penat yang dirasai. Maklumlah, dah dekat 6 bulan para ahli tidak terlibat dengan aktiviti lasak. Mujurlah ada Ammelt Yoko-yoko. Sebagai petua, Ammelt Yoko-yoko seeloknya disapu di seluruh anggota kaki bagi mengelakkan masalah tegang saraf. Pada trak yang ke-dua, para ahli berkesempatan mandi sungai sekadar perlu. Tujuannya adalah untuk menyejukkan badan sebelum menyambung pendakian yang berikutnya.
- Sekitar 6:30 petang, destinasi yang dituju selamat didaki. Para ahli mengambil khemah masing-masing dan kemudian mandi setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan,
- Sesudah makan malam, ujian bagi peserta dimulakan. Setiap peserta 'diletakkan' seorang diri bagi setiap bukit di kawasan tersebut. Setiap peserta hanya dibekalkan parang, lampu dan air sebagai keperluan asas dan kecemasan. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk menjadikan pelajar lebih bertaqarrub kepada Allah swt dengan meletakkan sepenuh pengharapan keselamatan diri pada yang Esa. Ketika duduk seorang diri di kawasan yang sunyi, gelap dan mungkin didatangi pelbagai serangan binatang ataupun jin, pada masa ini, yakin pada yang Esa akan lebih utuh dan kuat.
Seringkali kita mendengar ada perawat yang bangga menyatakan bahawa dia tidak takut pada gangguan. Yang lawaknya, bila disuruh duduk dalam gelap, tahu pulak dia rasa gelabah. Bayangkan pula kalau diletakkan dalam hutan yang sunyi dan mungkin akan diganggu pelbagai anasir samada binatang atau makhluk ghaib, dah tentu menangis dan lintang-pukang dibuatnya.
Ujian ini bertujuan untuk menangkis sifat di atas dan objektif yang lain adalah untuk menjadikan pelajar lebih konfident, tabah, sabar dan tawakkal dalam berjuang dimasa hadapan.
.:24 Mac 2012:.
- Pelajar dijemput dari tempat uzlah sekitar jam 6:45 pagi dan aktiviti bebas, muzakarah, mandi-manda, makan minum serta perkongsian ilmu dilakukan sepanjang siangnya.
- Ujian terakhir dimulakan sekitar jam 11:00 malam selepas solat secara berjemaah. Para pelajar didedahkan dengan kaedah isim ayat, Teknik Terawangan dan Mandi Adat 313 gayung pada malam tersebut.
Alhamdulillah, kesemua pelajar dapat melepasi jarak 'keluar' secara purata sekitar 50meter. Untuk mendapat perjalanan rohani yang lebih jauh dan effisyen, pelajar dinasihat selalu membuat latihan yang di ajar agar ilmu yang diperolehi tidak disia-siakan.
.:25 Mac 2012:.
- Perjalanan pulang dimulakan tepat jam 11:45 pagi dan kesemua ahli tiba di kaki pergunungan sekitar jam 3 petang.
- Sebelum pulang, para ahli mandi di laluan sungai asas sebagai kenangan perpisahan.
* Secara peribadi, group KHS pada kali ini adalah yang terbaik berdasarkan kepada penelitian berikut:-
-semangat ukhwah yang tinggi
-komitment dan hasil yang maksimum
-berfikiran terbuka dan ceria
-kuat bodek dan 'hantu' Ammelt Yoko-yoko.
Apa pun, tahniah di ucapkan dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan... TAHNIAH
P/S: Maklumat lanjut n candid sepanjang program, blh layari FB RIDAM...Sekian