RIDAM dan dua sahabat berkunjung ke Pulau Ular, Pahang bagi meninjau tempat tersebut untuk kesesuaian tempat seminar RIDAM yang ke-4 dalam kategori outdoor.
Namun begitu, kesimpulan telah di ambil ekoran pengalaman misteri yang telah dialami oleh RIDAM dan sahabat. Maka pulau tersebut TIDAK SESUAI untuk dijadikan tempat latihan dan penginapan kerana boleh mengundang bahaya pada peserta.

Kronologi misteri yang dialami:-
Pada waktu kejadian tersebut, bulan mengambang penuh dengan diselubungi suasana yang sunyi dan seram. Boleh dikatakan tiada langsung bunyi haiwan amnya cengkerik yang biasanya bingit menghiasi suasana malam.
Dengan limpahan cahaya bulan penuh, pergerakan tanpa lampu suluh tidak menjadi sukar kerana keadaan malam yang cerah. Lagipun, RIDAM dinasihatkan oleh tekong bot pada trip yang lepas agar tidak menyuluh ke air kerana ia mungkin mengundang serangan ikan todak yang boleh mengakibatkan kematian sebagaimana tragedi di Kelantan baru-baru ini.
Maka, selepas makan malam, sahabat RIDAM (sdr Haikal) ke pinggir pulau untuk membasuh alatan makanan yang diguna. RIDAM dan Sdr Hermen terus masuk ke air hingga ke paras atas lutut. Kami bersembang kosong sambil menanti Sdr Haikal mencuci alatan makanan untuk mandi bersama.

Sila klik gambar
.: Lokasi 1 – 12:15am :.
Sedang asyik berbicara, RIDAM terdengar bunyi kocakan air dari arah sisi. Sebaik sahaja melihat kepada bunyi tersebut, kami terkejut bila melihat arus lurus kocakan tersebut meluru ke arah kami. Lintang-pukang kami naik ke pantai hinggakan RIDAM tertinggal selipar yang di pakai.
Suasana kembali sunyi. Kekalutan larian kami menarik perhatian sdr Haikal yang asyik membasuh alatan makanan di balik batu. Dia menghampiri kami dan turut meninjau tempat serangan yang kami alami.
Tiada apa yang dapat dilihat bila kami menyuluh ke air. Takut dengan kejadian yang baru dialami, kami sepakat menukar tempat mandian. Mudah-mudahan tiada kejadian buruk berlaku.
.: Lokasi 2 – 12:30am :.
Baru menapak 8 langkah ke dalam air, sdr Hermen mendengar bunyi kocakan air sebagaimana yang dialami pada lokasi mandian yang pertama. Dengan pantas kami berlari ke darat. Tatkala itu, kami melihat gerakan objek yang mara ke arah kami dalam jarak 50 meter. Panjang objek tersebut dianggarkan 10 kaki panjang.
Mungkin kerana air yang cetek, makhluk itu tidak dapat menghampiri kami. Perasaan masing-masing masih diselubungi misteri. Apakah ia..?
Kata sepakat di ambil. Kami mandi di gigi air dengan menggunakan mangkuk makanan sebagai timba. Sebagai langkah berjaga-jaga, dua orang yang mandi, maka seorang yang akan memantau pergerakan makhluk tersebut.
Kami mandi tidak lama kerana melihat makhluk tersebut semakin agresif untuk rapat ke tepi pantai. Maka, selesai mandi dan berwuduk, kami naik ke khemah. Kedudukan khemah kami terletak di atas puncak bukit dan kami boleh melihat makhluk tersebut dari pandangan atas.
.: Lokasi 3 – 12:50-2:00am :.
Dari khemah, kami dapat melihat makhluk tersebut mundar mandir di dua persimpangan air. Rupa-rupanya makhluk tersebut sepasang. Satu daripadanya lebih kecil berbanding pasangannya.
Dalam pada itu, kejadian ini RIDAM ’update’ dalam facebook. Ada seorang sahabat yang mengesyaki ianya adalah ’Oar Fish’ dan pernah ditemui di perairan langkawi oleh seorang nelayan. Berdasarkan maklumat yang diberi, RIDAM sempat mencari maklumat di google dan hasil pencarian amat memeranjatkan kami.
Ikan yang dimaksudkan sebenarnya berada di perairan Jepun dan di negara Barat..! Kalau benarlah ia adalah Oar Fish, bagaimana boleh sampai ke perairan Malaysia!!!! Adakah kerana perpindahan akibat Tsunami yang berlaku baru-baru ini?

Panjang makhluk yang dilihat juga menyamai paparan dalam google image
Setelah meneliti gambar yang dipaparkan di google.com, kami hampir yakin bahawa ia adalah Oar Fish berdasakan gambar pergerakan ikan tersebut menyamai pemantauan yang kami lihat pada pergerakan makhluk tersebut.
Pergerakan Makhluk yang dilihat menyamai paparan dalam google image
.: Lokasi 4 – 7:00-7:20 am :.
Selepas bersarapan, kami sekali lagi melihat pergerakan makhluk tersebut bermain-main di balik batu. Hasil penilitian yang kami lihat, makhluk tersebut mungkin tidak tahan dengan simbahan cahaya matahari lalu bermain di kawasan air yang redup.
.: Lokasi 5 – 7:40-8:05 am :.
Sdr Hermen mengajak kami mandi sebelum pulang. Namun begitu, RIDAM tidak ’sedap hati’ bila memikirkan kejadian yang dialami. Waktu perbincangan tersebut, kelibat makhluk tersebut dapat dilihat jelas berenang-renang di balik air yang redup di pinggir pulau.
Pada kali ini, makhluk tersebut berenang dalam bentuk bulatan seakan-akan ingin membuat pusaran air. Tanpa berlengah, sdr Haikal bergegas hampir ke tepi pantai dan dapat merakam pergerakan makhluk tersebut. Mujur kami tidak mandi..!!!
Sebaik sahaja kedengaran bunyi enjin dari bot yang datang menjemput kami untuk pulang, makhluk tersebut terus ghaib dari tempat tersebut. Kami bergegas memunggah alatan penginapan dan naik ke atas bot. Tidak putus-putus kami berdoa agar tiada musibah berlaku sepanjang perjalanan pulang kami.
---
Dari jawapan yang kami terima pada tekong bot, dia tidak pernah mendengar kejadian yang dialami sebagaimana pengalaman kami. Cuma dia ’ingat-ingat lupa’, sekitar 15 tahun dahulu, ada seorang nelayan di kampungnya (Kg. Sungai Ular) pernah mendapat ikan seakan-akan ular atau naga yang mati tersangkut di pukatnya. Namun begitu, lokasi tersebut jauh di tengah laut dalam perairan Malaysia.
Persoalan yang masih ada di benak kami adalah:-
1.Jika ianya Jin, kenapa muncul hingga naik matahari?
2.Jika ianya buaya, kenapa ada di laut?
3.Jika ianya ular, kenapa tidak dikejar hingga ke darat?
4.Jika ianya Jerung, kenapa tiada siripnya?
5.Makhluk apa yang bersaiz besar hingga mampu berenang di air cetek?
Apakah makhluk tersebut? Hingga kini menjadi tanda tanya..
Allah lebih MENGETAHUI..