Tahniah kepada Pelajar Pengajian Watiqah RIDAM (12 Okt - 14 Oktober 2012)

TAHNIAH kepada peserta Ilmu Pengajian Watiqah RIDAM yang telah menamatkan pengajian mereka walaupun banyak halangan yang dihadapi. Mari kita susuri perjalanan program ini yang dijalankan pada 12 Oktober hingga 14 Oktober 2012..

11 Oktober 2012

Peserta dari Kota Kinabalu, Sabah tiba ke kediaman RIDAM sekitar jam 09:00 malam setelah seharian menaiki penerbangan yang memenatkan.

12 Oktober 2012

Dua peserta dari Singapura tiba di RnR Chendor dan RIDAM bersama Sdr Haikal serta Imam Yusri (peserta Sabah) menjemput mereka. Kehadiran peserta terakhir dari Seberang Takir,Terengganu tiba jam 9:00 pagi.

Seawal jam 9:30 pagi, sesi kuliah dimulakan dan berehat sebentar bagi memberi laluan kepada solat Jumaat. Pada perancangan asal, sesi kuliah sepatutnya dimulakan pada jam 3:00 petang, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka pengajian di mulakan pada jam 5:00 petang.

Pengajian pada hari tersebut diakhiri jam 10:30 malam dan peserta pulang ke tempat penginapan masing-masing.

13 Oktober 2012

Pendedahan Kepada Teknik Scanning Tenaga













Program Outdoor jam 7:00 pagi terpaksa ditangguhkan ekoran masalah cuaca. Namun, keadaan hujan yang mulai reda pada jam 9:00 pagi memberi nafas yang selesa bagi pelajar untuk pelaksanaan pengajian yang dirancang. Pengajian ditangguhkan pada jam 11:30 pagi bagi memberi ruang kepada pelajar untuk pendaftaran keluar dari tempat penginapan.

Pendedahan Kepada 'Rasa Alam'



Pada jam 3:00 petang, RIDAM dan pelajar berkonvoi dengan 2 buah kereta menuju ke Air Terjun Menderu untuk slot pengajian terakhir. Oleh kerana hari tersebut ialah pada hari Sabtu, maka skuad RIDAM perlu menunggu pengunjung yang datang bertolak pulang bagi persiapan tapak penginapan.

Pada sesi pengajian kali ini, skuad RIDAM diuji dengan pelbagai dugaan dan hanya kesabaran yang menjadi penunggak jati diri. Antaranya, semua makanan yang dibawa tidak dapat dimakan ekoran serangan semut hutan yang amat banyak. Kesan dari serangan ini, skuad RIDAM terpaksa keluar ke pekan terdekat untuk mengisi perut yang lapar.

Kemudiannya, tapak belakang pula dihuni ular tedung selar dan mujurlah ia disedari Sdr. Herman. Maksima dugaan yang dialami ialah gangguan ’ujian’ yang berbunyi dan mengelilingi tapak pengajian. Alhamdulillah, kami semua dilindungi Allah dan kesemua pelajar berjaya mencapai objektif intisari program.

Rahsia Keilmuan Pengajian Watiqah


Adakah mereka berjaya 'keluar'..? Tanya mereka


Selesai keseluruhan penerimaan amalan, pelajar dikhendaki Mandi Adat 313 gayung untuk meneutralkan isian nur yang diterima. Walaupun pada awalnya terasa sejuk membeku, tapi dengan isi yakin pada yang Khaliq, maka syarat terakhir pengajian Watiqah dapat dilaksanakan sepenuhnya. Alhamdulillah.

Mandi Adat 313 Gayong


 14 Oktober 2012

Selesai sarapan pagi, skuad RIDAM bergotong-royong melipat khemah besar yang diduduki dan mandi untuk kali yang terakhir di Sungai Menderu sebelum bersurai.

Sesi Pengijazahan

 




 Kemudian, setiap pelajar menerima amalan pengijazahan secara suri dan program bersurai pada jam 11:30 pagi.
 
 Bersama Ustaz Sukor, Singapura                Bersama Master Yusof, Singapura

 Bersama Imam Yusri, Kota Kinabalu       Bersama Sdr Hazizul, Kuala Terengganu




Kepada pelajar Watikah yang berjaya dalam pengajian yang diambil, RIDAM ucapkan tahniah dan bersyukur di atas kesabaran, ketahanan dan konsentrasi yang ditunjukkan semasa sesi pengajian dari awal hingga akhir. Gunalah amalan dari sanad 19 guru yang diterima untuk kebaikan dan jalan yang Haq. Semoga kalian beroleh berkah dan rahmat dari Allah SWT...

Sekian...

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada yang berminat, sila pilih tarikh yang sesuai dan hubungi RIDAM untuk menyemak kelapangan masa. Maksima penyertaan pada satu sesi pengajian adalah terhad untuk 4 orang sahaja. 


MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.