Ads 468x60px

Orang 'buat' doh tu....








Orang ‘buat’ dah tu….

Hari ni berpeluang tengok TV Shows  Our Girl season 2 episod akhir.  Kerjaya watak utama heroin sebagai doktor tentera pun tidak lari daripada plot romantis. Al-kisah, si doktor ni bercinta bagai nak rak dengan pemuda macho yang juga tentera dalam Unit Khas. Kalau kat Malaysia ni kira Komando lah.

Di awal episod, heroin dengan mamat komando ni jadi nak bernikah. Tapi bila hari pernikahan, mamat ni tak muncul-muncul. Maka majlis perkahwinan jadi gamat dan dibatalkan. Mulai saat itu, mamat komando tu menghilang diri.

Selepas dua tahun kejadian, heroin ni bercinta pulak dengan doktor bedah. Heroin pulak masih dalam kerjaya doktor tentera. Dia kemudian ditawarkan untuk misi bantuan kemanusiaan di Kenya. Pendek cerita, si heroin ni janji dengan kekasihnya hanya nak kerja selama beberapa minggu, kemudian balik ke Manchester untuk kahwin.

Semasa dalam misi tersebut, si heroin ni kena culik dengan pengganas. Mamat Komando yang dulu bekas pakwe dia pulak antara orang utama yang menyelamatkan Minah ni. Walaupun si heroin ni diselamatkan pakwe lamanya tu, dia still tak boleh terima akibat kisah hitam dulu. Kena penampar jugaklah masa dalam helikopter waktu balik dari selamatkan heroin tu.

Rupa-rupanya, ada sorang pengganas yang masih selamat. Unit risikan tentera jadi kecoh sebab percaya yang si pengganas ni nak balas dendam kat heroin ni. Pada masa yang sama, si mamat komando ni cuba nak berbaik semula dengan si heroin ni walaupun banyak tentangan daripada pihak keluarga heroin tersebut.

Bila hari pernikahan si heroin dengan doktor tu, si mamat tu dapat info risikan yang penjahat pengganas tu nak letupkan dewan hari graduan sebuah universiti. Si mamat komando ni datang rumah si heroin dalam saat si heroin tu stanby nak ke gereja untuk kahwin. Bila cerita pasal info tu, si heroin tu terus naik atas, salin baju dan lari keluar ikut mamat komando tu naik kereta menuju ke dewan tempat kejadian. Kecoh pihak keluarga heroin sebab pakwenya yang doktor tu dah stanby depan paderi nak kahwin. Berkejaran ayah si heroin dengan anaknya. Tapi dengan selamber heroin tu masuk kereta pakwe lama and blah gitu jer. Pendek cerita, perkahwinan keduanya dibatalkan sekali lagi. Frust menonggeng si mamat doktor.. adoi..

Plot terakhir bila dah jumpa penjahat dalam dewan graduan tu, mamat komando ni dengan macho sekali lagi selamatkan heroin tu saat heroin tu jadi tebusan si penjahat. Mamat komando tu kena tembakan kat rusuk kanan. Tapi selamat juga di akhirnya. Tamat…


Bila bandingkan cerita ni dalam sosio-budaya melayu pada bab heroin tu lari tinggalkan majlis kahwin kerana ikut pakwe lama, tentu mak bapak, atuk nenek and sedara-mara mostly bakal pengantin doktor tu kata.. “Orang ‘buat’ dah tu….”.

Tak habis-habis orang Melayu…  Kadang-kala, setiap kejadian bukan semua kerana faktor mistik. Mungkin juga kerana ada alasan tersendiri, faktor maruah, harapan, penyakit dan sebagainya. Senang cerita.. apa jua sebab pun, dah tak ada jodoh, nak kata apa lagi.. Redha jelah…

#promosiminyakketingbesi

 
Blogger Templates