Ustaz..leh tak ajar saya ilmu pengasih..?

Salam..rasanya ramai dah maklum pasal ilmu pengasih ini kan?

Kita preview sket pasal bab ni k...

Al-maklum, akan adanya ilmu pengasih itu terbahagi kepada 2 macam iaitu satu darinya adalah ilmu putih (yang halal) dan yang kedua darinya adalah ilmu hitam (yang haram)..

Ilmu Pengasih dari susur galur gelaran ilmu hitam adalah dari ritual dan bacaan yang meletakkan kebergantungan selain dari Allah dalam mencapai hajat pengasihnya. Maka dalam ketika ini, bukan individu yang dituju menjadi jatuh kasih, tapi jin yang merasuk dalam sanubari itulah yang menggunakan body orang yang dituju agar menyerah diri pada si penuju.

Ilmu pengasih dari susur galur ilmu putih pula menekankan pengamalan atau wirid atau kaedah atau cara atau perbuatan yang banyak berkisar pada ayat-ayat Al-Quran, doa dan mantera yang makna isinya adalah memohon pada Allah semata-mata..Tiada lain dari Allah yang Esa yang diminta makbul doa pengasihnya..

Namun, sayugialah dimaklum bahawa bukan semua Pengasih Ilmu Putih itu Halal kerana walaupun dasar umbinya adalah lulus dalam syarak dari segi pengamalannya, niat juga memainkan peranan dalam penentu soal hukum halal atau haram itu..

Contohnya, walaupun menggunakan Pengasih Ilmu Putih, tapi niatnya dituju pada isteri orang, untuk perlakuan zina, untuk memutuskan kekasihnya dari ibu bapanya kerana alasan cintanya, untuk queen / prince control ataupun yang seumpama darinya, maka haram la ia pada hukum pengasihan itu.

Tapi jika kiranya ilmu pengasihan putih itu untuk merapatkan hubungan suami isteri yang bermasalah, hubungan keakraban se-kampung dan sewaktu baik dengannya, maka dibolehkan.

Teringat ambo pada soalan yang pernah ditanya..

"Ustaz..leh tak ajar saya ilmu pengasih..?"

Ambo tak jawab 'YA' dan juga tidak jawab 'TIDAK'... Sebab apa..? Sebab pengalaman kawan-kawan dulu tak nak berulang..

Kena ingat, setiap penggunaan ilmu ada pantang larangnya.. Kalau guna ilmu hitam, pantangnya jangan buat baik..Kita ni manusia..jahat mana pun kita, akan ada amal baik jugak contohnya belanja kawan makan, bantu orang tua melintas jalan, sedekah pada peminta sedekah dan macam-macam lagi.. Cuba bayangkan, kesan pengasihan orang yang kita miliki semakin berkurang akibat pantang yang dilanggar... Masa tu pulak kita sayang maut kat dia...tak ker akhirnya nanti leh bawak bala perpisahan...?

Begitu jugak kalau guna ilmu putih..pantangnya tak leh buat jahat..Nama pun kita ni Manusia...Mesti ada buat jahat jugak walaupun kecil...Kesannya boleh jadi macam langgar pantang ilmu hitam gak la... haru dibuatnya..

I'm suppose to tackle secara gentle..baru ori....!

Tapi ilmu macam ni eloknya ada gak pada perawat Islam sebab nanti confirm ada yang minta tolong pasal kes laki / bini / anak yang lari dari rumah...

Nak tahu ilmu ni, datang ke Seminar Lanjutan RIDAM nanti.. Insyaallah, akan diajar caranya..
Tapi kena ANGKAT SUMPAH dulu iaitu:-

"Aku BERSUMPAH atas nama Allah bahawasanya ILMU PANGGIL ORANG BALIK yang ku terima dari RIDAM hanya untuk kegunaan yang baik dari segi hukum syarak Islam. Aku hanya guna untuk membantu merapatkan suami isteri, hubungan keluarga dan pada kes kebaikan yang wajar dalam Islam. Jika aku melawan sumpahku, maka tawarlah ilmu yang ku pelajari ini".

Sekian dimaklumkan...

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.