Ads 468x60px

Gi masjid tapi masih bengong…!!!




Saya mendengar luahan seorang pesakit saya petang kelmarin ketika beliau datang berubat di RIDAM (selain kes perubatan). Cerita beliau, masalah yang dialami terjadi sejak dia membeli kediaman baru di sebuah daerah di Selangor dan berniat ingin menetap di situ.



Maka berkunjunglah beliau ke masjid berdekatan rumahnya. Selain ingin mendapatkan pahala ibadah, mudah-mudahan dia dapat kenalan baru di kalangan jemaah masjid. Namun, hal sebaliknya berlaku bila beliau dipulau tanpa sebab hingga imam sendiri adakalanya menyindir beliau dalam khutbah mahupun kuliah yang ada.

Bila direnung kembali sindiran yang diterima, kebanyakkannya berkisar kepada tanda hitam (akibat sujud) di dahinya dengan gerakan Syiah. Nau’zubillah, beberapa kali beliau bersumpah di hadapan saya bahawa dia adalah pengamal Sunnah Wal Jamaah. Bagaimana dahi hitam itu ada di dahinya, katanya ada selepas dia pulang dari menunaikan haji suatu ketika dahulu.

Saya katakan padanya agar bersabar dengan dugaan dan menasihati beliau agar berjemaah  di masjid atau surau yang lain. Hal fitnah yang digemburkan, biarlah ianya diserahkan pada Allah. Insyaallah, Allah itu Maha Penyayang. Dia tak akan sekali-kali biarkan hambanya dalam kesusahan kecuali tahu bahawa ujian itu mampu ditempuh hambaNya.

-------

Bab tanda hitam di dahi itu haruslah kita pandang secara husnul dzon (bersangka baik). Mungkin orang berkenaan tidak betul kaedah sujudnya atau sering sujud dalam solatnya di atas helaian sejadah yang nipis hingga terasa keras simen lantainya. Dah elok-elok buat ibadah di masjid, tambah pula dosa tak pasal-pasal. Gi masjid tapi masih bengong…!!!


 
Blogger Templates