Hikayat Rawatan... 1 Batang RM5000 Gua bayar .. Part 5 (akhir)




Hikayat Rawatan...
1 Batang RM5000 Gua bayar .. Part 5 (akhir)

*******************************

Ambo berdiri tegak di penjuru utara yang berpandukan arah matahari petang. Kemudian, ambo melangkah silang menuju ke pokok besar dan membuat separuh gerakan mengelilingi pokok tersebut.

Bila berada dibelakang pokok itu, ambo menunduk untuk melihat akar rimpang berbentuk Lam Jalalah dibanirnya. Berpandukan rajah dan doa sepertimana yang telah diajar Hj. Nuar, ambo jumpa juga tanda lorek Lam Jalalah di banir pokok itu.

Pesan Hj. Nuar, lain kali kalau jumpa pokok paling besar dalam hutan, tepuk dulu di batangnya sebagai tanda salam.

"Besar dah mu rupanya.. Masa aku mari dulu kecik lagi..", begitu ungkapan pembuka asas selepas menepuk-nepuk batang pokok tersebut.  Tanda lorek Lam Jalalah kemudiannya ambo kikis hingga kesannya rata. Kemudian ambo bangun dan manjur langkah bersilang dengan gerakan awal mula tadi. 

Kesemua gerakan mula hingga akhir langkah ambo, secara makrifatnya menampakkan aliran huruf Hijaiyah di lantai tanah dan pokok itu terletak dalam bulatan tengah huruf Hijaiyah tersebut.

Maka di situ ambo kuatkan bacaan,
" Ya Abdullah, masa tidur sudah sampai. Rehatlah kamu bersama alam. Ya Daim, Ya Ahad, Assomad, Lam Yalid, Walam Yu Lad. Walam Yakun lahu kufuan ahad. Qoo Lu Banaa Syahidna... Iftah.. iftah.. iftah..", terus kemudiannya lutut kiri ambo menapak tanah disusuli juga tapak tangan kanan selepas itu.

Hasil amalan pembuka kunci alam itu memberikan rasa sedikit gegaran halus di lantai akar pokok. Biasanya, getaran kecil seismik begitu lebih dirasai oleh burung dan serangga kecil. Bunyi bising di puncak pokok mencuit perhatian ambo.

Kelihatan sekumpulan burung gegar bertebangan, mundar terbang keluar dari celahan ranting daun dipuncak pokok. Di bahagian perdu pokok pula, berselang-seli serangga kecil, cicak dan anak ular keluar dari lubang-lubang lompong akar pokok.

Mereka keluar bagaikan tahu di situ bukan lagi tempat mereka untuk berteduh.

"eh rumah..! rumah tu kirin....!", tiba-tiba sahabat menjerit.

Memang lah.. bila dah buka 'tembok', nampak lah isinya.

"shhhh.....!", ambo ingatkan pada sahabat agar diam. Tapi tak pelik pun kalau sahabat panik begitu sebab terkejut tiba-tiba melihat ada sebuah rumah di tempat yang asalnya penuh dengan pokok hutan tebal.

Walaupun pandangannya seakan berkabus, namun masih jelas nampak dengan mata nyata.

Keadaan yang asalnya bising gempita dengan pelbagai suara burung dan serangga itu akhirnya kembali menyepi.

Memang ambo dah sedia maklum dari Hj. Nuar, selepas kunci alam ni dibuka, rumahnya akan jadi kayu buruk. Mungkin kerana kesan perbezaan masa, jirim dan jisim antara alam nyata dengan alamnya.

Hj. Nuar juga beritahu tempat sementara dia sekeluarga sebelum naik bermukim ke tempat adiknya yang dikenali sebagai Wali Air di Gunung Tebu, Jertih.

Alhamdulillah, urusan telah selesai tanpa sebarang musibah berat. Ambo terus sujud sujud ke tanah seketika tanda terima kasih pada Pencipta.

***********************

"Ok.. dah settle....", maklum  ambo pada sahabat dan Tokey Cina tu.

"Confirm ke Kirin? dah boleh tebang ke itu pokok?", bersungguh benar Tokey Cina bertanya. 

Soalannya ambo balas dengan senyuman. "Kita balik dulu.. nanti aku cerita.. Perut pun dah lapar ni..

Mereka berdua setuju dengan cadangan ambo. Setelah mengemas ringkas tapak balak itu, kami pulang menuju ke bandar. Memang patut balik pun sebab seksa melihat birat-birat gigitan unggas pada lengan dan leher mereka berdua. Sahabat ambo dari mula masuk kereta ralit tergaru-garu hingga terbawa ke kedai makan. Dah macam beruk berpantang tanah... Kuat juga bau minyak cap kapak yang disapunya.

Dalam perjalanan pulang itulah, ambo ceritakan semua pengalaman yang ambo alami hingga lah pada syarat pantang Hj Nuar pasal nak tebang pokok di kawasan tu.

Tokey Cina tu mengangguk faham.

Selesai makan, ambo berbisik pada sahabat sewaktu Tokey Cina tu pergi membayar harga makanan di kaunter.

"Hj. Nuar pesan, berapa pun dapat rezeki dari projek ni, terima je. Jangan mengeluh atau marah.. Ya...".

"Kenapa Kirin..? dapat sikit ker?", balas sahabat macam tak puas hati.

"Dengar lah cakap aku ni. Ke mu nak boleh musibah mari? Hj. Nuar pesan doh.. ikut jelah...!", kata ambo sedikit keras.

"yelah.. yelah....", kata sahabat macam tak puas hati.

Tak lama selepas itu, Tokey Cina tu datang ke meja.

"Okey.. sudah bayar.. Jom balik....", ajak si Tokey Cina.

Masa kami dalam kereta, dia bagi 1 sampul pada sahabat. "Dalam ni cuma ada 1 latus. Ni untuk hali ni. Lagi 4,5 hari itu macam saya kasi lagi. Lepas pokok boleh tebang.. naaa..".

Walaupun sahabat tu tak puas hati, tapi sebab ambo dah pesan, dia hanya ucapkan terima kasih pada Tokey Cina tu. Cuma tiada lagi senyuman nakalnya macam selalu. Duit tu kami bahagikan separuh seorang. Dapat lah RM50.. 

Sampai di rumah, ambo terus masuk mandi, solat Isyak dan tidur keletihan. Malam itu, sempat lagi ambo mimpi jumpa anak-anak Hj. Nuar.. seronok juga main berkejaran dengan mereka. Tapi rasanya itu mainan tidur. Mungkin kerana rindu.... 😊

***********************

Seminggu selepas kejadian, ambo jumpa sahabat tu. Memang selepas kejadian tu kami tak bertemu sebab ambo sibuk nak siapkan laporan latihan praktikal untuk universiti. Memang Trainer ambo bagi cuti seminggu untuk ambo siapkan laporan kerana latihan industri ambo masa tu dah penghujung tempoh.

"hari tu mu dengar Tokey tu kata nak kasi RM5000 sepokok kan? ke aku saloh dengar?" tanya sahabat minta kepastian.

"Betul lah.. RM5000 sepokok. Ada 30 pokok.. RM150,000 boh....".

"Mu tahu dia wi berapa?", soal sahabat. 

Ambo jawab dengan elengan kepala. Malas pulak nak bersuara.

"Ni....", sambil dihulur sampul berisi duit. Masa tu juga ambo kira dan jumlah semuanya RM500..

"Kenapa RM500 je nih?".

"itulah.. bila aku tanya soalan sama pada tokey tu, dia kata hari tu tersilap sebut. Offer tinggi sangat. Dia bagi alasan banyak nak bayar hutang gaji budak, sewa lori... macam-macam lah.. Lepas tu buat-buat sibuk nak blah dari situ...", cerita panjang lebar si sahabat.

Ambo hanya mengeleng kepala. Manusia oh manusia... Senyum sendirian ambo bila teringat pesan Hj. Nuar.. Rupanya ni maksudnya.

"Tak apalah.. betul juga orang kata. Buat baik berpada-pada... Mu wi aku RM150 jer.. hok lain tu ambik ke mu. Kata nak kahwin hujung tahun ni...".

"sungguh ni..?", berkali-kali sahabat minta kepastian.

"Sungguh la.. duit tu boleh topup beli barang hantaran... halal beralal lah.." . Tujuan ambo buat macam tu nak naikkan mood orang tengah kecewa. Nampak lah senyum tu skit lepas duit tu ambo bagi padanya.


~ TAMAT


*Nantikan pula Hikayat Rawatan terbaru selepas ini.. 

Wali Air; Panglimun Tua Hj. Tasnim.

Wassalam...




MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.