Ads 468x60px

Alhamdulillah...dapat jugak puteri... :D

Assalamualaikum..
Hari ni hari yang paling gembira dalam hidup RIDAM...Syukur pada Allah atas izinNya, diberi HADIAH yang selama ini di tunggu akhirnya dimakbulkan jua.. :D

Pukul 3:03 pagi pada 19hb Januari 2011, Pn RIDAM selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Kemaman, Terengganu.. Baka RIDAM yang ke-4 ini di nanti-nanti kelahirannya.. Maklumlah, 3 orang 'askar melayu RIDAM' sebelum ni semuanya putera...Nak jugak si puteri buat peneman ibu di dapur nanti...

Apa pun, RIDAM ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga tak kiralah kot SMS, email mahupun melalui telefon... Terima kasih banyak-banyak...

Moga Allah membalas jasa kalian...


Gambar lepas dibersihkan oleh Bidan

 
Blogger Templates