Alim Tak Bertempat


FB Link di sini
*********************

Ada satu kisah ambo nak cerita. Cerita ni pengalaman Abg Angkat Ambo.. Nama gelaran dia Abg Z.

Dulu... dia pernah tolong arwah ayahnya kerja buat rumah batu. Kebetulan panas betul hari tu, ayahnya bunyi la, "panas betul hari ni..".. satu ucapan ringkas, tapi menarik perhatian salah seorang pekerja di situ.

Tiba-tiba pekerja tu menegur dengan nada keras, "bodoh dok mengeluh gitu. Jenis tak redha dengan kuasa Tuhan!".

Keras juga bunyinya. Respon Ayah Abg Z dijawab dengan nada lembut, tapi berbisa.

"Apa masalahnya? Mengeluh tu sifat fitrah hamba Allah. Tidak salah meluahkan diri pada Tuhan sedangkan hakikatnya kita memang tahu Esa Allah. Mengeluh panas ni cuma nak luah saja. Tak adalah sampai nak lupa iman. Tak jadi kafir pun stakat mengeluh gini. Takkan mu tak mengeluh sakit, mengeluh mengantuk, mengeluh busuk dan lain-lain? Tadi Pakcik tengok mu mengeluh berat masa angkat batu tu.. takkan tak boleh fikir berat itu pun kerana Esa Allah...?" 😊

Pekerja itu berlalu kerana malu. Konon alim menegur, tapi masih bodoh hakikat...

***************

Begitulah yang berlaku pada hari ini. Anda tengah susah, tengah sedih, tengah serabut.. tak salah luahkan.. cerita kan.. menangis.. tapi jgn lupa luah juga pada Allah.. jangan tinggal solat dan amalan wajib.. byk juga buat hal sunat.. jgn lah nmpk alim sgt bila shbt cerita luahan, kau tiaw soalan kenapa tak luah pada Tuhan... jangan jadi lebih pandai pada Nabi.. dan jangan perasan diri tu wali..
😁

Ada sorang tanya ambo pasal cerita kisah pesakit yg kedekut dan berkira dengan perawat.. 

soalannya "kalau semua perawat nak duit, orang miskin tak boleh nak gi berubat la..?"

Bang.. kisah tu pada mereka yang kedekut dan mampu. Hanya mengingatkan bahawa perawat pun nak hidup, ada bil nak dibayar, ada keperluan untuk keluarga. Ada keperluan sara hidup.. itu jer.

Bagi yang susah sungguh, insyaallah ada budi bicara. Hal tu bila diceritakan kan nanti dituduh riak pula.

Jika nak pakai buah 'kerana duit', nak guna highway kena bayar tol, parking kena bayar, gi sekolah ada yuran PIBG, mengaji free tapi baju, Quran, seluar dan sewa tempat mengaji pakai duit.. orang miskin memang tak mampu la semua tu..

Jangan buat hukum pukul rata geng.. Hukum ni biar lapis 3 golongan..

- Golongan awam
- Golongan arif
- Golongan alim


Setiap fahaman golongan ni berbeza..

contoh mudah golongan awam, "alhamdulillah, sembuh demam lepas makan ubat tadi".

Kalau ada kata dia kena perbetulkan iman sbb kata mcm tu, kasi penampar buaya sekali. 
Itu luahan awam. Hakikatnya dia tahu ubat tu hanya ikhtiar dan yang sembuhkan hanya Allah.. kan semua benda dalam kuasa Allah belaka...

Jgn alim tak bertempat geng.. 😂😂

harap maklum..


*Rasanya dah jawab kot soalan org tu 😊






MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.