Bagaimana Nak Merawat?



Itulah soalan yang sering ambo terima secara umum. Jawapan mudah adalah:

"Nak merawat kena ada ilmu rawatan. Nak ilmu rawatan kena belajar.
Lepas tu kena amal"

Bila bersangkut pula dengan ilmu rawatan yang banyak guna ayat suci Al-Quran atau doa bahasa Arab, mereka yang tidak arif atau bermasalah dengan kebolehan membaca Al-Quran akan mengeluh. Ada pula yang putus asa untuk belajar ilmu rawatan.

Sebenarnya, bukan semua ilmu rawatan yang diajar dalam Seminar atau Kursus Rawatan Islam di Malaysia ini adalah 100% Ilmu Rawatan Islam. Memang ada penggunaan ayat Quran dan doa-doa dari hadis, tapi kaedah rawatan sebenarnya dah bercampur dengan rawatan tradisional. Misalnya penggunaan herba-herba asia dan petua merawat. Cuma nampak Islamik la bila ianya ditambah dengan amalan rukyah.

Hakikatnya, ilmu rawatan alternatif ni cabangnya banyak. Jika pandai baca Quran, ditambah pula mahir bahasa Arab, maka lagi mudah ilmu rawatan yang isiannya kaedah Rukyah dapat dipraktik. Tapi jika tidak mampu, masih ada lagi ilmu rawatan yang boleh dipelajari. Asal isiannya tidak menjerumus kepada perilaku syirik, bidaah dan haram.


Jika kita lihat perawat Melayu zaman silam, adapun bacaan mereka hanyalah surah-surah ringkas seperti Al-Fatihah, 3 Qul, Selawat dan doa. Dalam keilmuan mereka, bacaan sebagai ikhtiar doa dan wirid. Yang penting juga adalah Kaedah Rawatan. Mereka tahu kaedah yang bersesuaian utk merawat seperti melihat reaksi kerasukan, jenis-jenis penyakit tubuh dan mahir tentang ubatan alami yang sesuai.


Maka atas dasar ini, RIDAM membuka pengajian Perawat Nusantara untuk memberi pendedahan dan berkongsi ilmu orang lama yang berkait dengan perubatan alternatif. Semoga warisan ilmu perubatan alam Melayu terpelihara dan amalinya memberi kebaikan untuk alam jagat.



Sekian,
DarulManzil

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.