KIASAN KEHIDUPAN....



Adakah mampu mengubah takdir?

*********************

Bila ambo renung semula perjalanan hidup ambo ni, kadang-kala boleh tersenyum seorang diri.. kadang-kadang sedih pun ada... bingung pun ada... 😊

Ambo ni dulu lepasan kejuruteraan. Belajar biasa-biasa jah.. 'Result' pun sekadar cukup makan..

Sejak kecik lagi, ambo memang terdedah dengan dunia perubatan. Kakak ibu ambo memang pandai berubat. Suami dia pun gitulah jugok.. Bilo cuti sekoloh, memang suka dapat balik kampung di Kelantan sebab boleh tolong makcik dan pakcik ambo tu. Tugas ambo masa tu gak bungkus air rukyah untuk diberi pada pesakit yang datang. Memang mak sedara ambo laki bini tu buat air rukyah asas 1 tong besar siap-siap. Jika ada penyakit berat, hanya tambah bacaan saja. Air tu kemudian akan dicampur dalam air minuman atau mandian untuk rawatan lanjut pesakit di rumah mereka.

Masuk tingkatan 1, ambo duduk asrama. Masa ni lah minat nak belajar ilmu alternatif ni membuak-buak. Kena pulak masa tu abang-abang senior banyak ahli silat. Bila berkumpul, tak cerita silat, cerita hantu tak pun cerita perubatan yang akan dibualkan. Pantang minggu boleh balik 2 minggu sekali, ambo akan ikut member balik kampung diorang yang ada gelanggang... tak pun ada orang hebat dalam perubatan.

Kat universiti pula, ambo jadi minat ilmu-ilmu rawatan Cina macam Refleksologi, Akupuntur dan Iridiologi. Kerap jugaklah berulang-alik ke pusat rawatan mereka di sekitar kuala lumpur dan selangor untuk cari guru. Biasanya trik ambo buat adalah jadi pesakit dulu. Rasa ok, ambo slow-slow bodek belajar.. 😂

Pernah juga ambo buat kerja gila gi Indonesia seorang diri semata-mata terpengaruh khabarnya guru-guru hebat banyak di Indonesia. Yelah, Wali Songo yang terkenal pun banyak di sana.. 😊 Insyaallah, pengalaman menuntut di Indonesia ni akan ambo ceritakan di lain waktu.. Jika di beri keizinan dan ada mood nak bercerita 😂😂

Guru-guru ambo bukan orang terkenal pun dan ambo suka begitu sebab nak rapat dengan diorang senang.. Guru taraf popular ni payah nak rapat sebab sibuk.. jadual memang penuh..  😁😁

Pendek kata, semua perjalanan menuntut ilmu perubatan dan persilatan ni adalah kerana minat. Tak pernah fikir pun nak jadikan ia kerjaya pada asalnya.

Lepas tamat belajar U, ambo tak menganggur lama. Dapat kerja bidang oil n gas dengan gaji yang lumayan. Sebab masa tu baru kahwin, ambo tukar bidang kejer kat darat sebab masa tu kejer kat pelantar minyak. Jarang dapat balik jumpa bini.. 😁😁

Dekat setahun masuk bidang rawatan air, nampak tak jalan sebab gaji kecik.. pastu tinggal pulak kat Kotaraya... sengkek tiap-tiap bulan.. 😅 Ambo berhenti dan masuk bidang oil n gas semula..

Ambo kurang dapat job bidang oil n gas lepas isteri mengandung anak ke-3. Sebagai freelancer, kena pandai intai peluang dan lubang kontrak kerja yang kosong.. Kalau lambat peka, memang melepas... 😅

Sejak ambo praktikal hingga masuk alam kerja, khidmat rawatan memang tak pernah hilang.. ada masa ambo mengurut, ada masa ambo berubat. Masa kerja kat pelantar minyak pun macam tu.. atas pelantar tu jugak lah ambo mengurut orang, berbekam dan berubat bila waktu off kerja. 😁😁

Sedikit sebanyak adalah pengalaman sosial dalam rawatan..

Bila dah tak ada job, ambo cuma teruskan perubatan di rumah.. tapi memang sedih jugak lah masa tu sebab payment ikhlas pesakit tak lepas pun nak bayar sewa rumah. Nak beli susu anak pun pernah tak mampu. Masih ingat lagi anak ambo minum air sirap dekat seminggu sbb tak mampu nak beli susu.. Kereta pula tersadai sebab petrol dah kering.. Gunalah motor jika ada nak kemana-mana..

Masa tu memang hidup dengan air mata lebih banyak dari senyum.. Ambo masa tu memang tak letak harga rawatan. Natijahnya di ambil kesempatan oleh pesakit walaupun bukan semua... 😢

1 hari ambo tergerak hati nak tanya soal hukum bayaran rawatan pada Dato' Ust. Ismail Kamus... Ambo cari nombor telefon dan call... Melalui beliau lah baru ambo tahu yang rawatan boleh dikenakan bayaran. Siap beritahu sirah dan promote bukunya lagi.. 😁 Dari cadangan beliau juga, ambo letakkan kadar rawatan sebanyak RM50 pada masa itu. Boleh lah bernafas dan teruskan hidup dengan langkah baru tu.. Tapi ada jer pesakit buat tak endah jugak... Yang balik terus ucap TQ sahaja pun ada.. 😂😂 Terus terang, kalu pesakit tu susah sungguh, ambo tak kisah pun pasal bayaran tu... Ni..... 😂😂😂😂  *tak terucap dengan kata-kata 😅😅😅

Bila hidup kais mengais macam tu, ambo pernah jugak berniaga.. Pernah niaga air tepi jalan, direct selling, buat produk sendiri dan macam-macamlah asalkan halal.. Tapi ada saja halangan..kena tipulah, sakit, rugi dan macam-macam ujian ambo kena. Memang niat ambo nak tinggalkan dunia rawatan sepenuh masa ni. Cuma nak jadikan minat amal saja untuk bantu orang.. tapi buat masa ni tak mampu nak tolong free lagi kerana ada komitment kehidupan.. ada bil yang perlu dibayar setiap bulan 😩

Pernah juga sembang ngan kawan ambo.. Pendapatnya kata Allah tak izin ambo berhenti merawat.. sebab tu bidang lain tak menjadi... 😂😂 Ambo cuma sengih bila dengar pendapat kawan tu...

Keadaan ambo sekarang bukan macam dulu.. sakit ambo ni walaupun dah turun stage macam jantung dan masalah buah pinggang.. tapi penyakitnya masih ada.. biasanya jika lepas rawatan kes berat, ambo mudah lesu dan sakit badan.. Kadang tu sampai seminggu tak berubat.. income pun tiada... berjimatlah mana yg ada..

Jika benar dah takdir Ambo ni kerja berubat orang saja, ambo redha.. tapi hati kecil ni nak juga perubahan dalam hidup.. Kalau tak dapat rasa jadi jutawan pun, nak juga rasa selesa.. Nak juga bebas hutang dan cukup belanja bulanan tanpa rasa buntu setiap bulan.. Jika diizinkan, tak dapat biaya anak yatim pun, boleh 'hulur' setiap minggu pun jadilah.. 😊

Betul.. bila nak pujuk hati yang galau ni, ucapkan saja "orang lain ramai lagi susah dari kita".. Tapi ungkapan tu tak jadikan kita maju ke depan.. Untuk tambah rasa syukur ok lah.. Tapi untuk mantapkan usaha diri ambo rasa tak sesuai.. sebab bukan setakat cari rezeki, dalam ibadah pun kita perlu nak rasa semangat perubahan yang lebih baik bila lihat orang lain dari segi akhlak dan amalnya tiptop... kan? 😊

Oleh itu......
'Kepada para pesakit, kami sebagai perawat bukan nak diagungkan.. Tolonglah jangan bandingkan lagi Ikhlas dengan Upah Bayaran.. Jika tak suka pada pada harganya, boleh ikhtiar di tempat lain. Jangan pula dihina atau dicerca.. Tolonglah jangan beri ucapan setinggi terima kasih dan pulang kosong begitu sahaja. Kami juga ada tanggungan dan keperluan sara hidup..Jika punyai sungguh masalah kewangan, cerita dari awal pada kami supaya kami boleh juga doakan dan akhir sekali segala ikhtiar kami juga berlaku kerana izin Allah.. kami hanya berusaha di samping  mengorbankan tenaga dan masa kami untuk membantu mereka yang memerlukan..sedang semua itu juga adalah hak diri kami, isteri kami dan anak-anak kami..' ~ selingan wakil luahan dari beberapa sahabat seperjuangan 😊

Moga Allah bagi kemudahan dalam segala urusan..

Ni hanya coretan luahan diri.. Bukan untuk diri ini di maki... 😊  terima kasih kerana membaca..

Wassalam...


MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.