PENUTUPAN PENGAJIAN AMALAN TERAKHIR SEBELUM 1 RAMADHAN 2012

 Assalamualaikum... Seperti yang dimaklumkan sebelum ini.. Pengajian tambahan lanjutan hanya dilakukan selain daripada 1 ramadhan hingga 1 haji setiap tahun. Maka atas permintaan ramai, RIDAM membuka peluang pada yang berminat untuk mengikuti dan mempelajari ilmu rawatan alternatif untuk kemudahan dan amal masa depan.

1) Pengajian Watiqah
2) Pengajian Kiyai Hj Suffian (KHS)


-------

1) Pengajian Watiqah

Tarikh:- 7,8,9hb Julai 2012
Tempat:- RIDAM Kemaman
Masa:- 9:00am (7hb Julai 2012)

Mahar:RM2500
Bahan: Kopiah Putih(saiz 22¾), Baju Putih (saiz XXL), Kain Pelikat

---------

2) Pengajian Kiyai Hj Suffian (KHS)


Tarikh:- 9 atau 10hb Julai 2012
Tempat:- RIDAM Kemaman
Masa: 12:00 tgh hari

Mahar: RM1182.02
Bahan: Kopiah Putih(saiz 22¾), Baju Putih (saiz XXL), Kain Pelikat

----------

Pendaftaran:

Sila maklum selewatnya sehari sebelum pengajian.
Kesemua mahar dan bayaran diberi 'berdepan'.

Sebarang makluman, hubungi RIDAM di 019-9891078

Sekian, dimaklumkan

Pengajian Tambahan Terbaru: ILMU PATAH URAT BERSAMBUNG

Assalamualaikum wbt

Saya telah mendapat mandat dan pengijazahan penuh dari Allahyarham Pok Su Nor Bachok (dari Syeikh Syed Sagar Terengganu, dari Kiyai Salleh Johor, dari Panglima Lidah Hitam) berkenaan kaedah kebatinan dan ikhtiar dalam rawatan pemulihan masalah patah dan urat saraf yang menggunakan penggunaan kalamullah iaitu bersumberkan ayat-ayat Quran dan doa yang terpilih.


Rawatan TANPA kaedah konvensional

Pembukaan pertama pelajar yang julung kali di adakan adalah bermula selepas Seminar di Seberang Prai, Pulau Pinang pada 30hb Jun 2012 ini...! sila rujuk di sini.



:: Pengisian ::
Ilmu rawatan pemulihan patah dan urat saraf secara batin yang menggerakkan bahagian anggota yang bermasalah secara sendiri....!


:: Syarat Pengajian ::


Ada 2 pilihan kaedah pembayaran MAHAR iaitu:-


Kaedah pertama:
  1. RM77.77
  2. Kain Pelikat – sehelai
  3. Baju Putih – saiz XXL
  4. Kopiah putih – saiz  22¾
  5. TIDAK BOLEH BERHUBUNG DENGAN GURU SELAMA 3 TAHUN,3 BULAN, 3 HARI DARI TARIKH MENERIMA AMALAN WALAU APA JUA BENTUK PERHUBUNGAN.
 Atau


Kaedah kedua:
  1. Harga termahal seekor lembu dalam 1 kandang (anggaran RM2500)
  2. Kain Pelikat – sehelai
  3. Baju Putih – saiz XXL
  4. Kopiah putih – saiz  22¾
  5. TIADA PANTANG BERJUMPA GURU.


Waktu Penerimaan Pengajian:
  1. SELAIN dari 1hb ramadhan hingga 1hb aidil adha
  2. Hari Isnin atau Selasa
  3. Selepas zohor (pengijazahan sebelum masuknya waktu Asar)


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maklumat Lanjut
Layari www.darulmanzil.blogspot.com – klik bahagian PAKEJ PENGAJIAN atau hubungi PENGASAS di talian 019-9891078 / 012-6763447


MAKHLUK MISTERI PULAU ULAR

RIDAM dan dua sahabat berkunjung ke Pulau Ular, Pahang bagi meninjau tempat tersebut untuk kesesuaian tempat seminar RIDAM yang ke-4 dalam kategori outdoor.

Namun begitu, kesimpulan telah di ambil ekoran pengalaman misteri yang telah dialami oleh RIDAM dan sahabat. Maka pulau tersebut TIDAK SESUAI untuk dijadikan tempat latihan dan penginapan kerana boleh mengundang bahaya pada peserta.

Kronologi misteri yang dialami:-

Pada waktu kejadian tersebut, bulan mengambang penuh dengan diselubungi suasana yang sunyi dan seram. Boleh dikatakan tiada langsung bunyi haiwan amnya cengkerik yang biasanya bingit menghiasi suasana malam.

Dengan limpahan cahaya bulan penuh, pergerakan tanpa lampu suluh tidak menjadi sukar kerana keadaan malam yang cerah. Lagipun, RIDAM dinasihatkan oleh tekong bot pada trip yang lepas agar tidak menyuluh ke air kerana ia mungkin mengundang serangan ikan todak yang boleh mengakibatkan kematian sebagaimana tragedi di Kelantan baru-baru ini.

Maka, selepas makan malam, sahabat RIDAM (sdr Haikal) ke pinggir pulau untuk membasuh alatan makanan yang diguna. RIDAM dan Sdr Hermen terus masuk ke air hingga ke paras atas lutut. Kami bersembang kosong sambil menanti Sdr Haikal mencuci alatan makanan untuk mandi bersama.



Sila klik gambar

.: Lokasi 1 – 12:15am :.
Sedang asyik berbicara, RIDAM terdengar bunyi kocakan air dari arah sisi. Sebaik sahaja melihat kepada bunyi tersebut, kami terkejut bila melihat arus lurus kocakan tersebut meluru ke arah kami. Lintang-pukang kami naik ke pantai hinggakan RIDAM tertinggal selipar yang di pakai.

Suasana kembali sunyi. Kekalutan larian kami menarik perhatian sdr Haikal yang asyik membasuh alatan makanan di balik batu. Dia menghampiri kami dan turut meninjau tempat serangan yang kami alami.

Tiada apa yang dapat dilihat bila kami menyuluh ke air. Takut dengan kejadian yang baru dialami, kami sepakat menukar tempat mandian. Mudah-mudahan tiada kejadian buruk berlaku.

.: Lokasi 2 – 12:30am :.
Baru menapak 8 langkah ke dalam air, sdr Hermen mendengar bunyi kocakan air sebagaimana yang dialami pada lokasi mandian yang pertama. Dengan pantas kami berlari ke darat. Tatkala itu, kami melihat gerakan objek yang mara ke arah kami dalam jarak 50 meter. Panjang objek tersebut dianggarkan 10 kaki panjang.

Mungkin kerana air yang cetek, makhluk itu tidak dapat menghampiri kami. Perasaan masing-masing masih diselubungi misteri. Apakah ia..?

Kata sepakat di ambil. Kami mandi di gigi air dengan menggunakan mangkuk makanan sebagai timba. Sebagai langkah berjaga-jaga, dua orang yang mandi, maka seorang yang akan memantau pergerakan makhluk tersebut.

Kami mandi tidak lama kerana melihat makhluk tersebut semakin agresif untuk rapat ke tepi pantai. Maka, selesai mandi dan berwuduk, kami naik ke khemah. Kedudukan khemah kami terletak di atas puncak bukit dan kami boleh melihat makhluk tersebut dari pandangan atas.

.: Lokasi 3 – 12:50-2:00am :.
Dari khemah, kami dapat melihat makhluk tersebut mundar mandir di dua persimpangan air. Rupa-rupanya makhluk tersebut sepasang. Satu daripadanya lebih kecil berbanding pasangannya.

Dalam pada itu, kejadian ini RIDAM ’update’ dalam facebook. Ada seorang sahabat yang mengesyaki ianya adalah ’Oar Fish’ dan pernah ditemui di perairan langkawi oleh seorang nelayan. Berdasarkan maklumat yang diberi, RIDAM sempat mencari maklumat di google dan hasil pencarian amat memeranjatkan kami.

Ikan yang dimaksudkan sebenarnya berada di perairan Jepun dan di negara Barat..! Kalau benarlah ia adalah Oar Fish, bagaimana boleh sampai ke perairan Malaysia!!!! Adakah kerana perpindahan akibat Tsunami yang berlaku baru-baru ini?


Panjang makhluk yang dilihat juga menyamai paparan dalam google image

Setelah meneliti gambar yang dipaparkan di google.com, kami hampir yakin bahawa ia adalah Oar Fish berdasakan gambar pergerakan ikan tersebut menyamai pemantauan yang kami lihat pada pergerakan makhluk tersebut.

Pergerakan Makhluk yang dilihat menyamai paparan dalam google image

.: Lokasi 4 – 7:00-7:20 am :.
Selepas bersarapan, kami sekali lagi melihat pergerakan makhluk tersebut bermain-main di balik batu. Hasil penilitian yang kami lihat, makhluk tersebut mungkin tidak tahan dengan simbahan cahaya matahari lalu bermain di kawasan air yang redup.

.: Lokasi 5 – 7:40-8:05 am :.
Sdr Hermen mengajak kami mandi sebelum pulang. Namun begitu, RIDAM tidak ’sedap hati’ bila memikirkan kejadian yang dialami. Waktu perbincangan tersebut, kelibat makhluk tersebut dapat dilihat jelas berenang-renang di balik air yang redup di pinggir pulau.

Pada kali ini, makhluk tersebut berenang dalam bentuk bulatan seakan-akan ingin membuat pusaran air. Tanpa berlengah, sdr Haikal bergegas hampir ke tepi pantai dan dapat merakam pergerakan makhluk tersebut. Mujur kami tidak mandi..!!!

Sebaik sahaja kedengaran bunyi enjin dari bot yang datang menjemput kami untuk pulang, makhluk tersebut terus ghaib dari tempat tersebut. Kami bergegas memunggah alatan penginapan dan naik ke atas bot. Tidak putus-putus kami berdoa agar tiada musibah berlaku sepanjang perjalanan pulang kami.

---

Dari jawapan yang kami terima pada tekong bot, dia tidak pernah mendengar kejadian yang dialami sebagaimana pengalaman kami. Cuma dia ’ingat-ingat lupa’, sekitar 15 tahun dahulu, ada seorang nelayan di kampungnya (Kg. Sungai Ular) pernah mendapat ikan seakan-akan ular atau naga yang mati tersangkut di pukatnya. Namun begitu, lokasi tersebut jauh di tengah laut dalam perairan Malaysia.

Persoalan yang masih ada di benak kami adalah:-
1.Jika ianya Jin, kenapa muncul hingga naik matahari?
2.Jika ianya buaya, kenapa ada di laut?
3.Jika ianya ular, kenapa tidak dikejar hingga ke darat?
4.Jika ianya Jerung, kenapa tiada siripnya?
5.Makhluk apa yang bersaiz besar hingga mampu berenang di air cetek?

Apakah makhluk tersebut? Hingga kini menjadi tanda tanya..

Allah lebih MENGETAHUI..






BILA MASANYA TIBA, KEPADA-NYA KITA KEMBALI
Tuan Guru RIDAM yang ke-19 (Pak Su Nor Bachok) dalam pengkhususan perubatan saraf dan patah telah meninggal dunia jam 9:00 malam (4 Mei 2012). Beliau meninggal dunia pada umur 86 tahun.

Takziah diucapkan kepada keluarga Beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..
 

Allahyarham Pak Su Nor Bachok

PROGRAM BERTAPA BERSAMA RIDAM

Program in ditawarkan pertama kali sebagai pendedahan kepada yang berminat untuk mengenal amalan lama nusantara.

Tarikh: 20 hingga 21 April 2012
Tempoh: 2 hari 1 malam
Lokasi: Pulau Ular, Sungai Ular, Kuantan, Pahang
(masuk ikut laluan Sanctuary Resort)

Yuran: RM80 (termasuk bot,penginapan dan makanan. Air bawa sendiri)

Pengisian: Pengijazahan amalan bertapa dari RIDAM (ayat Quran dan zikir)
Penerangan mendalam dalam amali pertapaan.

Sila maklum kepada RIDAM secepat mungkin untuk menyertainya. Harus maklum awal untuk tempahan pengangkutan bot.

Sila hubungi RIDAM (019-9891078) untuk pendaftaran.

maklumat lanjut, chek kat fb k....

BERTAPA – Satu enigma

Pernah dengar maksud bertapa? Hehehe…majority confirm pernah kan? Kan? Kan?
Dalam bab ini, ramai yang tanya soalan maut.... aper? Ni dier?

Ustaz...Hukum Bertapa Boleh Tak..? Dah tu sampai tinggal solat Jumaat camana pulak?

So amacam...Leh jawab tak...?

Insyaallah…ambo cuba jawab sebaik mungkin…

Bertapa ni senang bahasa adalah sebahagian dari kategori uzlah dan khalwat sendirian. Dalam bertapa, seseorang itu akan berseorangan (menyendiri) jauh dari anasir luar.

Jauh dari anasir luar itu merujuk kepada samada duduk seorang diri dalam bilik, dalam gua, kat pulau, kat dalam hutan atau kat mana-mana yang jauh dari kesibukan dunia dengan niat yang tertentu.

Maka, adapun niat yang dimaksudkan terbahagi kepada pilihan pengamal iaitu:-

1.Kerana ingin mencari redha Allah
2.Kerana nak jazam amalan kerana Allah
3.Kerana nak jazam amalan kerana khasiat
4.Kerana nak dapat berhubung dengan alam ghaib.
5.Kerana nak dapat jin atau nak kawin dengan jin
6.Kerana nak power macam ultraman, batman, kluangman dan seumpamanya.

Maka boleh ker dengan tujuan di atas?

Hihihihihihuhuhuhuhuhuuuuuuu.... :D

Tengok niat la... Apa pun niat dan amalnya, harus ia dengan izin syarak... Apa?

Adapun kerana nak keredhaan Allah, bersunyian untuk menangisi dosa dan bertaubat atau sebagai memantapkan iman (hanya takut Allah walaupun apa yang berlaku), maka harus la hukumnya...Dapat pahala pulak tu...

Tapi, kalau kerana niat dan amal kerana nak power...jeng...jeng..jeng...paham-paham sendiri la yer...Sah kan bertapa, kalau belajar kerana nak power (utk tujuan riak dan same meaning dgn nya), itu pun salah dan berdosa... Takkan lupa kot... Geng-geng syaitan memang suka puak macam ni... Kira dapat ahli recruit baru tu...

.:BAB HUKUM TINGGAL SOLAT JUMAAT pulak camana? :.

Adapun nak bertapa ni terbahagi kepada beberapa hari…Ada yang 1 hari, 7 hari, 21 hari, 41 hari dan 100 hari….

Kalau stakat 1 dan 7 hari tu leh la setting untuk solat jumaat, yang selebih hari tu camana pulak?

Bab ni sebenarnya banyak khilaf dan pendapat juga hujah.. Kita tengok satu-satu k...

Pandangan 1: Haram bertapa kalau tinggal solat Jumaat
Hujah yang diutarakan ialah pada sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".

Adapun bertapa itu bukan lah perkara wajib pada umat Islam, maka yang wajib (Solat Jumaat) perlu diutamakan.

Pandangan 2: Haram jika tempat bertapa berada dalam mukim yang ada solat Jumaat.

Hujah yang dinyatakan mengatakan bahawa bertapa dengan niat mencari keredhaan Allah dalam tujuan mengenal diri untuk lebih mengenal Allah diharuskan. Namun, jika tempat pertapaan itu berdekatan dengan tempat mukim yang ada solat Jumaat, maka haram la ia pertapaan tersebut.

Pandangan 3: Harus jika tempat bertapa jauh dari mukim solat jumaat / sukar ke tempat solat Jumaat dengan syarat tidak ketinggalan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut.

Adapun pandangan ini mengatakan jika tempat pertapaan (dengan tujuan baik) itu jauh dari mukim solat Jumaat seperti dalam hutan pendalaman, tengah pulau dan seumpama, maka dibolehkan pertapaan tersebut dengan syarat tidak boleh meninggalkan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut.

Pandangan 4: Harus pertapaannya jika jauh dari mukim solat Jumaat walaupun melebihi meninggalkannya 3 kali berturut-turut.

Adapun hujah ini mengatakan bahawa bertapa itu sebahagian jihad diri dalam melawan nafsu dengan meningkatkan rohani. Maka atas dasar pendapat ini, dibolehkan selagi mana hala tuju niatnya kerana Allah dengan tidak meninggalkan solat fardhu yang lain.

Pandangan 5: Haram hukumnya walau pergi atau tidak ke solat Jumaat jika tujuannya selain dari kerana Allah.

Adapun dalam hal ini mengatakan bahawa jika seorang petapa itu pergi atau tidak menunaikan fardhu Jumaat, maka haram padanya jika tujuannya melencong dari landasan syarak.

So...semua pendapat dah bagi.. Pandai-pandai la cari dimana dalilnya k... Takkan nak kena suap ke kot....Nak kenyang, sendiri cari la...

Tapi, ambo suka hok nombor 1... Sebab tu selalu g bertapa maksimum 7 hari... Turun petang Jumaat... pagi Jumaat doh kelik (balik) rumoh...

.:Kebaikan vs Keburukan Bertapa:.

Kebaikan Bertapa
1.Cuci diri selama bertapa
(bersih dari umpatan, maksiat, fitnah dunia dan seumpama)

2.Menguatkan rohani agar lebih berani
3.Menajamkan akal
4.Kesyahduan pada ibadat sendirian
5.Yakin hati pada iman dan taat

Keburukan
1.Gangguan selain manusia boleh tahan (binatang, jin)
2.Tersalah niat dan amalan (boleh syirik)
3.Cabut lari...tak habis bertapa..tak tahan dugaan .. :D

So...dah baca kan...?

Tujuan sebenar nak maklum hal ni supaya tak BERGADUH... Masing2 nak tunjuk hero nak pertahan pendapat....

Pandai-pandai la lihat pandangan yang diberikan.. Bukan semua bertapa itu HARAM....!

SABUN HERBA RIDAM - produk terbaru 2012

Sejak penglibatan RIDAM dalam rawatan alternatif ini, sebahagian rawatan yang diikhtiarkan adalah dengan menggunakan herba yang diperolehi samada dibeli atau dipetik sendiri di hutan belantara.

Maka dengan ini, RIDAM perkenalkan 4 jenis pilihan Sabun Herba untuk penggunaan rawatan di rumah.

AURA BALANCER SOAP

Hasil olahan dari produk Aura Balancer RIDAM,
maka terciptalah ABR-Soap yang berfungsi untuk
mengembalikan keseimbangan Aura tubuh,menaikkan
seri wajah, mengurangkan mengantuk, menguatkan
ingatan hafalan, memberi kesegaran tubuh dan sebagai
agen menaikkan hormon testosteron dan progesteron
serta mandian alternatif sebagai pengganti limau atau
mandian bunga untuk perubatan.


SESILOR SOAP

Kebaikan SESILOR yang diekstrak dari ramuan herba
Daun Semambu, Sireh dan Daun Kelor. Insyaallah,
mujarab untuk menghilangkan masalah bau badan,
memberi kesegaran pada tubuh, mengurangkan
kegatalan chicken-pox, menghindari bau keputihan,
sebagai antiseptic, mengubati migrain dan masalah
kegatalan kulit.



KAHANIS SOAP

Dari kitab rahsia RIDAM, maka terhasillah KAHANIS
untuk mengubati luka, membuang angin, perut kembung
dan menghilangkan parut muda pada wajah. Diperkaya
dengan ekstrak halia, kayu manis dan daun kapal terbang
yang dikenali mampu mengatasi masalah kulit yang
bermasalah. Insyaallah.


FIRST NIGHT SOAP

Keintiman suami-isteri adalah asas kebahagian mereka
yang sudah berumah-tangga. Sebagai isteri, penghargaan
suami begitu berharga. Berikan nikmat ‘malam pertama’
sebagai hadiah penghargaannya. Dengan formula rahsia
dari RIDAM, maka First Night Soap adalah rahsia yang
akan menjadikan setiap malam, adalah ‘malam pertama’.
Insyaallah.


Harga Produk (bagi 1 unit) : RM15.00 (Belian Runcit)
Harga Pos (antara 1 hingga 3 unit): +RM5.00 (SM) , +RM7.00 (Swk/Sbh).

Jika belian melebihi 3 unit, sila tanya terlebih dahulu kos penghantaran sebelum membuat bayaran.

Sebarang pertanyaan atau pembelian sila hubungi RIDAM di 019-9891078 / 012-6763447. Harap maklum.


PENGAMBILAN PELAJAR PENGAJIAN WATIKAH RIDAM

PENGAMBILAN PELAJAR PENGAJIAN WATIKAH RIDAM

Tarikh: 28 April hingga 30 April 2012
Tempat: RIDAM Kemaman, Trg
Mahar: RM2500+Baju Putih (XXL)+
Kopiah Putih (22 3/4)+Kain Pelikat

Suasana Pengajian: Rumah, Pantai, Air Terjun

Sila buat tempahan awal. Limit pengajian hanya 4 peserta sahaja. Harap maklum.

PENGAMBILAN PELAJAR - PENGAJIAN KIYAI HAJI SUFFIAN

Ramai yang menghubungi RIDAM berkenaan pengajian ini. Maka dengan ini, RIDAM umumkan tarikh pengambilan KHS sebagai kemudahan pada mereka yang berminat.

*Perlu diingatkan, pengambilan ini hanya terbuka selain dari tarikh 1 Ramadhan hingga 1 Haji.

Tarikh Pengambilan:
1. 9 atau 10 April 2012
2. 16 atau 17 April 2012
3. 23 atau 24 April 2012

Lokasi: RIDAM Kemaman ATAU Tempat Pelajar (jika 7 pelajar ke atas)
Masa: 12pm (sila hadir sebelum masuk Zuhur).

Mahar:
RM1182.02+ Baju Putih (XXL) + Kain pelikat

Group Paling Mantop - Level Akhir Kiyai Haji Suffian

Assalamualaikum wbt


Tahniah diucapkan kepada pelajar KHS setelah dengan jayanya lulus dalam pengajian yang diambil. Pada kali ini, Pelajar yang terlibat datangnya masing-masing dari Penang, Kedah, Johor dan Singapura. Program level akhir ini juga turut dibantu oleh Senior Pelajar KHS yang didatang khas dari Selangor (Sdr. Farmin) sebagai motivasi untuk pelajar baru.

Kronologi Ringkas Program Level Akhir KHS:

.:23 Mac 2012:.

-Pelajar berkumpul di simpang masuk utama Hutan Lipur Berkelah Pahang pada jam 3 petang.

-Pendakian ke puncak Gunung Berkelah didahului oleh pembantu RIDAM (Sdr Herman dan Sdr Haikal) dan Senior KHS (Sdr Farmin) untuk penyediaan kem penginapan pelajar di Aras 4 dalam trak laluan air terjun.

-
Pelajar junior KHS memulakan pendakian bersama RIDAM tepat jam 3:30 petang. Sepanjang laluan pendakian, 4 check point disinggahi bagi menghilangkan penat yang dirasai. Maklumlah, dah dekat 6 bulan para ahli tidak terlibat dengan aktiviti lasak. Mujurlah ada Ammelt Yoko-yoko. Sebagai petua, Ammelt Yoko-yoko seeloknya disapu di seluruh anggota kaki bagi mengelakkan masalah tegang saraf. Pada trak yang ke-dua, para ahli berkesempatan mandi sungai sekadar perlu. Tujuannya adalah untuk menyejukkan badan sebelum menyambung pendakian yang berikutnya.

- Sekitar 6:30 petang, destinasi yang dituju selamat didaki. Para ahli mengambil khemah masing-masing dan kemudian mandi setelah mengharungi perjalanan yang memenatkan,

- Sesudah makan malam, ujian bagi peserta dimulakan. Setiap peserta 'diletakkan' seorang diri bagi setiap bukit di kawasan tersebut. Setiap peserta hanya dibekalkan parang, lampu dan air sebagai keperluan asas dan kecemasan. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk menjadikan pelajar lebih bertaqarrub kepada Allah swt dengan meletakkan sepenuh pengharapan keselamatan diri pada yang Esa. Ketika duduk seorang diri di kawasan yang sunyi, gelap dan mungkin didatangi pelbagai serangan binatang ataupun jin, pada masa ini, yakin pada yang Esa akan lebih utuh dan kuat.

Seringkali kita mendengar ada perawat yang bangga menyatakan bahawa dia tidak takut pada gangguan. Yang lawaknya, bila disuruh duduk dalam gelap, tahu pulak dia rasa gelabah. Bayangkan pula kalau diletakkan dalam hutan yang sunyi dan mungkin akan diganggu pelbagai anasir samada binatang atau makhluk ghaib, dah tentu menangis dan lintang-pukang dibuatnya.

Ujian ini bertujuan untuk menangkis sifat di atas dan objektif yang lain adalah untuk menjadikan pelajar lebih konfident, tabah, sabar dan tawakkal dalam berjuang dimasa hadapan.

.:24 Mac 2012:.

- Pelajar dijemput dari tempat uzlah sekitar jam 6:45 pagi dan aktiviti bebas, muzakarah, mandi-manda, makan minum serta perkongsian ilmu dilakukan sepanjang siangnya.

- Ujian terakhir dimulakan sekitar jam 11:00 malam selepas solat secara berjemaah. Para pelajar didedahkan dengan kaedah isim ayat, Teknik Terawangan dan Mandi Adat 313 gayung pada malam tersebut.

Alhamdulillah, kesemua pelajar dapat melepasi jarak 'keluar' secara purata sekitar 50meter. Untuk mendapat perjalanan rohani yang lebih jauh dan effisyen, pelajar dinasihat selalu membuat latihan yang di ajar agar ilmu yang diperolehi tidak disia-siakan.

.:25 Mac 2012:.

- Perjalanan pulang dimulakan tepat jam 11:45 pagi dan kesemua ahli tiba di kaki pergunungan sekitar jam 3 petang.

- Sebelum pulang, para ahli mandi di laluan sungai asas sebagai kenangan perpisahan.

* Secara peribadi, group KHS pada kali ini adalah yang terbaik berdasarkan kepada penelitian berikut:-

-semangat ukhwah yang tinggi
-komitment dan hasil yang maksimum
-berfikiran terbuka dan ceria
-kuat bodek dan 'hantu' Ammelt Yoko-yoko.

Apa pun, tahniah di ucapkan dan semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan... TAHNIAH

P/S: Maklumat lanjut n candid sepanjang program, blh layari FB RIDAM...Sekian

Syabas Bagi Pelajar Watikah RIDAM - 10-12 Mac 2012


Tahniah diucapkan kepada pelajar Watikah Sanad 19 RIDAM. Semoga amalan yang diterima dapat dimanfaatkan dan diberkati Allah SWT.

Pada kali ini, 80% daripada latihan TERPAKSA dilakukan dalam cuaca hujan. Tak dijangka pula musim hujan belum berakhir. Apa-pun alhamdulillah.. Latihan dapat dilakukan dengan jayanya. Walaupun terpaksa melalui banyak rintangan hingga program berakhir jam 5 pagi, tapi syukur, matlamat penyampaian ilmu berakhir dengan jayanya..

Semua perjalanan tersebut tidak dapat sempurna kecuali dengan izin Allah. Alhamdulillah

Syabas.. Pelajar Watikah 19 Sanad (28-30 Januari 2012)

Lihat banyak lagi gambar di FB RIDAM

Assalamualaikum..

Syabas diucapkan kepada Pelajar Watikah 19 yang berlangsung di Kemaman pada 28-30hb Januari 2012 baru-baru ini.


KRONOLOGI PROGRAM

28hb Januari 2012:
Pukul 9:00 pagi, pelajar telah berkumpul di kediaman RIDAM bagi pengajian peradaban. Sesi pengajian ini mengikut standard perguruan one-on-one couch sebagaimana kaedah pengajian orang lama.

29hb Januari 2012:

Pagi - Latihan detektsi gelombang untuk pengaktifan inner energy dilakukan di Pantai Chendor. Ada yang pada awalnya gagal mengesan tenaga diri sendiri. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah bersama kesungguhan dan tawakkal, objektif RIDAM mengikut silibus pengajian berjalan lancar.

Petang - Bertolak ke Air Terjun Menderu, Kerteh, Terengganu.

Malam - Latihan Kaedah Cara Tidur (seumpama terawangan), mandi adat dan pengijazahan. Program selesai jam 3:30 pagi. Tapi peserta bangun semula jam 4:30 pagi untuk santapan sebab masing-masing dah lapar setelah penat berlatih. Tahu tak makan apa? Makan McDonald dalam hutan... Ada class tuuuuu...

30hb Januari 2012:
Sesi pengajian berakhir jam 10 pagi setelah sesi penyerahan sijil dan bertolak pulang..

Tahniah kepada peserta sekali lagi... Semoga pengkongsian yang diperolehi menjadi pemangkin diri ke arah mendekatkan diri kepada Allah.. Amin

Jadual Pengajian WATIKAH RIDAM yang terbaru

Seperti syarat pengajian Watikah yang tertera (bahagian kanan blog), pengajian seterusnya terbuka pada tarikh berikut di tempat RIDAM iaitu:

a. 7-9 Januari 2012: Masih ada 4 kekosongan

b. 28-30 Januari 2012: Tinggal 3 kekosongan

Sila buat tempahan awal kerana SYARAT pengajian ini hanya terbuka kepada 4 peserta untuk 1 sesi pengajian.

Harap maklum

Tahniah kepada pesera pengajian Watikah RIDAM

Alhamdulillah, sesi pengajian WATIKAH RIDAM telah selesai dengan jayanya pada 24 hingga 26 Desember 2011 tempoh hari.

Pengajian selama 3 hari 2 malam selamat di lalui di 3 tempat latihan yang berlainan iaitu:

a. Kediaman RIDAM
b. Pandai Chendor, Pahang
c. Air Terjun Menderu, Kerteh, Terengganu.

Puncak pengajian WATIKAH pada kali ini adalah dalam 2 modul pengajian terakhir iaitu:-

a. Latihan Mata Batin (juga digelar terawangan, kaedah tidur dan seumpamanya kecuali TKR)
b. Mandi Adat (penawar isim tubuh selepas mengambil sanad pengajian)

A. Latihan Mata Batin

Pada hari kedua pengajian (petang), RIDAM dan pelajar telah berada di Air Terjun Menderu untuk latihan penghabisan.

Selepas menyiapkan khemah, hujan turun dengan lebatnya di tapak perkhemahan. Maklumlah, musim hujan. Mujurlah di situ ada kemudahan surau. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berteduh di situ dan melakukan latihan pengajian di dalamnya.

Walaupun beberapa kali latihan dibuat, tidak seorang pun yang berjaya.. Kata sepakat di ambil dan latihan dilakukan di tapak khemah.

Alhamdulillah, walaupun tidak jauh jarak 'keluar' yang dikhendaki, setiap orang telah berjaya melaluinya dengan izin Allah.


B. Mandi Adat

Selepas latihan pengajian, setiap peserta mengambil pengijazahan watikah sanad 19 guru dari RIDAM dan melakukan adat mandian sepertimana yang diperturunkan kepada RIDAM.

Walaupun jam pada waktu tersebut menunjukkan waktu sekitar 1 pagi, pelajar dengan yakin mampu berendam di dalam sungai yang sejuk dan menimba air sebanyak 313 gayung sebagai penyejuk badan.

Keesokkannya harinya, kami berkemas pulang dengan perkongsian ilmu dan kepuasan diri.

Semoga amalan yang diterima dapat merapatkan diri dengan Esa Allah disamping mampu membantu mereka yang memerlukan..

Semoga dalam berkah yang Esa sentiasa..

p/s: gambar pengajian terbaru RIDAM boleh dilihat di FB Ridam.. Harap maklum

Pengajian Watikah & Ilmu Kiyai Hj Suffian (KHS) dibuka

Seperti yang di maklumkan..

Pengajian Watikah dan KHS dibuka pada yang berminat mulai December 2011 ini.

Sila telefon RIDAM untuk maklumat lanjut.

Sebarang jadual perjalanan dan pengajian RIDAM boleh rujuk di bahagian kanan blog ini..

Sekian, dimaklumkan

Candid & Video - Seminar 3 Taiping 2011

Tahniah Pada Peserta Taiping.. Moga ilmu yang dikongsi beroleh manfaat sewajarnya dan diberkati Allah untuk kebaikan dunia dan akhirat.. Insyaallah..

Meh kita tengok candid dan video semasa program berlangsung.. :D

Petua & Kaedah berhadapan dengan
si Gila Isim... Part of MARCOM Martial Art


Ragam ketika dengar ceramah.. Catit apa la tu..

Rawatan Anak Nakal

Sesi Kerohanian - Doa Booster (Assu-Bar)

Renung apa tu bang..?

Taiping Manager



Sensitif Isu - Bedah Makrifat :D

Bukaan Makrifat Saraf di sini

3rd Excort RIDAM - Sdr Haikal

5th Excort RIDAM - Sdr Saiful

Sesi Pengajian Tambahan

"Pembungkam nya mcm ni..."

Ada juga yang terus balik.. Takut tertinggal bas..

Ilmu Ros Merah - Jangan Tanya..Tapi Ramai Jugak Yang Tanya..

Salam...

Dalam posting sebelum ini berkenaan iklan seminar ridam ke-3, ada RIDAM muatkan list pengajian yang akan dikongsi termasuklah ILMU ROS MERAH..

RIDAM dah maklumkan bahawa penerangannya akan di khabarkan dalam seminar nanti dan SMS tidak akan di layan... Tapi ramai jugak yang 'loyar buruk' sewaktu telefon..

Saya tanya: "Kenapa tanya? Kan dah maklum?".
Dia jawab: "Aik...kan ustaz kata takleh SMS...Saya tak SMS...Saya telefon jer.."..

Adoi hai..terkena aku.....

Okay lah..Sedikit info berkenaan ILMU ROS MERAH..

ILMU ini adalah salah satu kaedah rahsia untuk pengubatan secara tidur.. Tapi bukan kaedah tidur TOK NGAH..

Antara syaratnya ialah penyediaan ROS MERAH dan beberapa bacaan sebagai jalan ikhtiar.

So...tu jer info RIDAM leh bagi.. nak tahu lanjut, leh datang seminar..

Makluman:
Harga market bagi sekuntum bunga ros sekarang adalah RM1.50... Sekian dimaklumkan..

SEMINAR LANJUTAN SESI 3 .. pertama di adakan di TAIPING..!

Assalamualaikum wbt

Seminar ke-3 kali ini pertama kali akan di adakah di Taiping sebagai penghargaan penyertaan warga utara yang ramai menyertai seminar RIDAM sebelum ini selepas Kuala Lumpur diikuti seterusnya di Kuantan, Pahang.

Tarikh: 1-10-2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Solehin, No.32, Tingkat Atas,
Jln Medan Kamunting, Perak

Pada asalnya, RIDAM BERCADANG untuk mengisi modul kebatinan, sufi dan rohani dalam program lanjutan ke-3.. Dimana cadangan asal akan dibuat di kawasan rekreasi air terjun dan hutan belantara. Tetapi memandangkan masih banyak yang perlu diajar untuk rawatan am, maka skop rawatan dalaman mungkin akan dilanjutkan pada pengajian berikutnya. Lagipun RIDAM tak galakkan WANITA ambil bahagian sebab risiko di belantara yang penuh dengan aneka 'kampung' yang mungkin mengundang masalah.

Jadi, pada program terbaru kali ini, insyaallah, kita sama-sama akan berkongsi untuk merawat dan membantu di samping berikhtiar dengan permasalahan berikut:-

1. Badi: Pengenalan dan rawatan
2. Ilmu Pengasih: Pengenalan dan rawatan
3. Santau dan herba rawatan
4. Ilmu Pelaris: kaedah & rawatan
5. Doa booster untuk aktifkan peranan roh diri
6. Kaedah dan teknik merawat Amukan Isim
7. Rawatan Sakit Jantung dan doa: PENGIJAZAHAN
8. Rawatan Sihir saraf: kaedah bukaan saraf tunjang dan rawatan.
9. Ilmu Ros Merah: akan diterangkan dalam Seminar.. SMS X LAYAN bila tanya pasal bab ni. :D

Pendaftaran:
Sila buat bayaran sebanyak RM180.00 ke akaun berikut selewatnya 28hb September 2011 dan maklumkan maklumat bayaran ke 019-9891078 / 012-6763447 atau darulmanzil@yahoo.com

Akaun Maybank
Nama: Noor Syahida Mohd Suyud
No: 162085479181

Akaun CIMB
Nama: Khairul Syakirin Abdul Wahab
No: 1313-0000343-52-9

Memandangkan limit penyertaan hanya 40 orang, sila buat bayaran awal sebagai pengesahan awal. Harap Maklum


p/s: Orang baru pun boleh belajar. Harap maklum

Amalan Rezeki 14 Hari

Assalamualaikum wbt..

Lupa RIDAM nak maklum..dalam DVD-Ebook, ada RIDAM muatkan amalan wirid rezeki selama 14 hari pengamalan..

Bila nak amal, kena ada ijazah dan tahu syaratnya.. So, bila dan buka bab amalan kerezekian tu, sila SMS RIDAM dengan butiran berikut:-

Nama penuh b/bt Ibu, Alamat dan tarikh terima DVD-Ebook..

Nanti RIDAM akan SMS waktu yang perlu dihubungi dan di-ijazah secara lisan beserta penerangan pengamalannya..

Harap Maklum

Promosi Ramadhan: E-Book DVD RIDAM

Assalamualaikum WBT
Salam ramadhan pada kalian semua. Semoga diberkati Allah dan berada dalam lindungan rahmat Allah sentiasa.

Atas permintaan ramai, kali ini RIDAM terbitkan DVD-Ebook sebagai hadiah ramadhan di atas sokongan kalian kepada RIDAM selama ini.

DVD ini memuatkan intisari berikut:-
1. Modul PLMPI yang terpilih
2. Modul Bekam yang praktikal
3. Modul Pengajian Urut Tradisional (lengkap dengan point gambarajah)
4. E-Book Amalan Yasin Khafiat 41
5. E-Book Amalan Yasin 7 Mubin
6. E-Book 1001 Tafsir Mimpi
7. Amalan Rezeki 14 Hari
8. Ilmu Diagnos dengan gambarajah bagi
Iridologi, Tangan dan Lidah.

Juga dimuatkan versi pertama Video Asas Rawatan RIDAM bagi pembelajaran secara Video.

Harga Promosi yang ditawarkan bagi DVD-Ebook ini adalah RM60.00 dan kos penghataran adalah PERCUMA.

Tawaran ini sah sehingga 24 Ogos 2o11 sahaja....!

Sila SMS RIDAM dibawah kod produk: DVD-R1 untuk pertanyaan stok dan pembelian. Urusan bayaran pembelian boleh rujuk ruangan Prosedur Belian di ruangan atas (kanan) blog RIDAM..

Sekian..


PROMOSI RAMADHAN 2011

Promosi ini sah sehingga 24 Ogos 2011 sahaja...

Sila SMS ke 019-9891078 dan tanyakan kod produk untuk pembelian.





Candid - Seminar Asas Rawatan di Kuala Lumpur (Masjid Saidina Hamzah - 2 Julai 2011)

Mungkin ini seminar asas yang terakhir 2011...
















Tahniah pada peserta seminar.. Moga diberkati Allah hendaknya...

Candid Seminar Lanjutan di Johor - 5 Jun 2011

Salam... Alhamdulillah..program lanjutan RIDAM kat RIDAM tempoh hari berjalan lancar... Walau kelas terpaksa di tukar ekoran masalah yg tak dapat dielakkan..

Apa pun...semua ok...





















MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.