Assalamualaikum..
Coretan ini saya sediakan untuk bakal muallij(perawat) atau mereka yang sudah senior dalam hal perubatan Islam.
Point (1)
Menuntutlah walau dimana kamu berada kerana itu cabang keilmuan.Jangan malu untuk bertanya terutama 'orang lama'.Mungkin karenah 'orang lama' ini pelbagai.Tapi untuk mendapatkan ilmu, berbaiklah dgn mereka dan keuntungan yang besar utk kita juga dikemudian hari.
Point (2)
Jangan taksub pada seorang guru.Lain padang,maka lain belalangnya.Luaskan dan buka minda.Belajar perkara baru setiap hari dan buat R&D kemudian rujuk mereka yang arif.Carilah seberapa banyak guru kerana mereka lebih berpengalaman dan contoh untuk anda.
Point (3)
Ikhlas dalam menuntut ilmu.Bukan menunjuk-nunjuk atau ujub akan kelebihan yang ada dan yang bakal diperolehi.
Point (4)
Amalkan apa yang dipelajari.Jangan simpan nota dalam almari sampai berhabuk.
Point (5)
Jangan lokek untuk mengajar dan jgn segan untuk diajar.
Sama-sama kita teliti coretan ini.Semoga ianya menjadi pedoman untuk lebih berjaya.Allahuakbar!!