Assalamualaikum w.b.t
Setelah beberapa kali saya terangkan berkenaan teknik 'mata batin'kepada pembaca blog yang ingin tahu berkenaan teknik ini di luar sana, masih wujud kesamaran, fitnah dan hasad dari hamba Allah yang tidak belajar (mengikuti kursus anjuran RIDAM).
Ada yang menuduh saya ber-SAKA, berdamping dengan jin, ajaran salah dan macam-macam lagi tuduhan yang amat sedih saya perhatikan jika dibandingkan dengan niat saya semata-mata untuk membantu perawat dan pesakit kepada jalan alternatif Islamiah dalam mencari sinar kesembuhan penyakit yang dihadapi.
Kesedihan ini saya luahkan pada guru-guru saya yang masih hidup. Saya minta pandangan, nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka. Atas nasihat mereka, kursus 'mata batin' ini tidak akan diajar lagi secara terbuka. Bermakna, Seminar Perubatan Islam yang melibatkan teknik 'mata batin' yang terakhir akan diadakan pada 29hb Mac 2009 ini!
Selepas ini, saya hanya berniat untuk ajarkan teknik ini secara kuno (datang sendiri mengadap guru. Bukan lagi guru buka program seminar).
Saya memohon maaf kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknik ini secara program am (seminar) selepas tarikh 29hb Mac 2009 ini. Dari mendapat fitnah yang berterusan, eloklah saya hentikan sebelum mendapat masalah yang lebih besar di hari kemudian.
Sepanjang program seminar yang lepas, reaksi positif dan negatif saya rekodkan sebagai jurnal pahit maung kehidupan.
Reaksi Positif:
1.Alhamdulillah, banyak membantu
2.TQ ustaz, teknik mata batin banyak membantu saya dengan izin Allah dalam penyelesaian merawat penyakit.
3.Ust jgn layan komen negatif di luar sana. Yang tak datang kursus, mcm-mcm diorang kata.Sabar lah ustaz.
4.Kesimpulan dari seminat teknik mata batin yang saya ikuti, teknik ustaz bukanlah teknik syirik. Ustaz mengutamakan konsep taqarrub(berpegang & yakin) pada Allah. Adakah itu salah? Saya tidak nampak apa-apa kemudaratan dari teknik yang ust ajar.Apa2 pun, teruskan perjuangan ust. Saya menyokong 200 peratus. Allahuakbar
Reaksi negatif:
Banyak sgt.Sedih..sedih.. * Majoriti pengkritik adalah dari mereka yang tak join kursus dan hanya berpegang pada pandangan seorang guru. :D
Ada juga yang membuat perbandingan teknik. Teknik dia senang la. Teknik dia tu susah la. Aduss...macam-macam lagi. Merawat kan satu perjuangan. Kenapa harus digembar-gemburkan. Belajar mengubat ini bukan macam jual barang direct selling. Siapa hebat berkempen, barang dia laku. Ini soal ilmu. Senang atau susah kan asasnya dengan keizinan Allah jua. Kalau senang pun teknik yang dipelajari, tak akan jadi juga kalau tiada keizinan dari Allah. Betul tak?
Saya bukanlah ingin berputus-asa. Kerana itu, saya tetap membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk belajar.Cuma kena datang ke RIDAM la.Asal cukup syariatnya, maka dipersilakan datang.
Kepada bekas peserta RIDAM sebelum ini, saya doakan agar anda semua cekal dalam membantu mereka yang memerlukan. Bantulah dengan niat kerana Allah. Yakin pada keesaan Allah dalam merawat.
Sekian
Wassalam