Allah Tidak Menipu


Dalam 2 hari yang lepas, saya diuji antara nikmat dan sengsara..

Hari Pertama:
Saya mendapat kontrak rawatan bekam bergerak dengan pekerja perkapalan dan alhamdulillah mendapat pendapatan yang lumayan. Income saya pada hari tersebut mencecah ratusan ringgit. Saya bekerja hanya dari pukul 6 petang sehingga pukul 10:30 malam. Dalam masa yang begitu singkat, pendapatan saya seperti 3 hari bekerja di pusat rawatan.

Selesai rawatan, seorang sahabat meminta saya menghantarnya ke Kuantan. Maka masakan saya ’berkira’ kerana baru sebentar tadi Allah berikan saya rezeki yang begitu banyak. Melalui jalan highway dan susur keluar ke arah jalan by-pass ke Kuantan, laluan tersebut digenangi air (banjir) sepanjang kira-kira 300 meter. Pada mulanya saya ingin menukar laluan jalan alternatif lain, tapi bila melihat kereta Wira, Kancil dan beberapa kereta lain berjaya mengharungi jalan tersebut, maka mencuba dan alhamdulillah, saya berjaya melepasinya.

Selesai urusan di Kuantan, saya pulang melalui jalan yang sama. Saya tidak bernasib baik pada waktu tersebut kerana ketika kereta sampai dipertengahan jalan banjir tersebut, sebuah lori dari arah bertentangan bergerak dengan laju menyebabkan air naik dengan mendadak. Ruang enjin saya dimasuki air dan kereta saya ’mati’ di situ. Maka saya terpaksa turun dalam banjir tersebut dan menolak kereta saya hingga ke jalan yang tidak digenangi air.

Memang pada masa itu saya hanya memohon pertolongan-Nya. Apalah yang saya tahu berkenaan dengan kereta. Saya bukan bomoh kereta... Tapi Allah taala Maha Besar. Sewaktu saya menolak kereta dalam banjir tersebut, ada sebuah kereta Triton lalu di sisi dan 2 daripada penumpangnya turun membantu. Bukan setakat itu, mereka  juga cuba sedaya-upaya membantu menyelenggara kereta saya kerana selepas kejadian tersebut, kereta saya tidak dapat dihidupkan. Namun tiada izin-Nya untuk melihat kereta saya dihidupkan. Terpaksalah saya memanggil ’towing’ untuk menghantar kereta saya ke Kemaman. Kalau dilihat pada harga asal upah tarik kereta, ianya sekitar RM350 hingga RM500 ringgit untuk satu perjalanan. Ya Allah, kalau aku bayar towing tu, nak repair kereta pulak macam mana? Aku hanya tawakkal...

Alhamdulillah, driver towing tu melihat satu sticker di kereta saya dan dia tersenyum. Sticker tu sebuah perkenalan ’sebuah persatuan’ dan atas dasar ukhwah, dia mengurangkan harga dari RM350 ke RM180.. Syukur, atas harga upah tersebut, saya bersetuju dah kereta di towing pulang ke Kemaman. Satu masalah telah selesai.

Hari Kedua:
Pada awal paginya, saya mencuba menghidupkan kereta. Walau beberapa kali dicuba, engin masih gagal dihidupkan. Saya beranggapan ianya mungkin masalah bateri. Maka saya meminta pertolongan seorang sahabat yang mempunyai kereta. Namanya Kasyaf. Dia segera datang dengan kereta Viva nya. Kira-kira jam 8 pagi, dia tiba di depan rumah saya dan terus saya lakukan ’jumper’. Nampaknya masih tiada perubahan. Mungkin kerana kekuatan kuasa bateri kereta Viva tidak dapat menampung aliran cas bateri kereta Exora Bold. Maka saya minta pula pertolongan jiran di hadapan rumah. Dia memakai Pajero. Pada logik akal, tentu bateri dapat dicaj kerana keupayaan kedua-dua bateri adalah sama. Tapi tetap tiada perubahan.

Saya bertambah kusut dan bimbang pada keadaan tersebut. Kasyaf cadangkan kami pergi ’pekena Teh’ dulu untuk redakan perasaan. Kalau stress, semua kerja tak menjadi katanya.

Sewaktu di kedai makan itulah saya menghubungi beberapa mekanik yang saya kenal. Terkejut saya dibuatnya bila mendengar pendapat seorang mekanik yang mengatakan kereta saya perlu di overhall atau ditukar enginnya. Masalah yang timbul, kereta Exora Bold masih baru di pasaran dan tiada kedai alat ganti yang menjual komponenya.. Jika dikira pada budget kasar, saya perlu menyediakan sekitar RM7 ribu untuk operasi baik pulih tersebut. Masyaallah... mana saya nak cari wang sebanyak itu.. Sedangkan wang sebanyak itu yang saya perlukan dan masih mengumbul untuk penjelajahan mencari ilmu di Eropah pada bulan Mac ini.... Ya Allah, bantu aku yang Allah...

Syukurlah, ada seorang sahabat saya yang juga mekanik secara ’freelance’ menghulurkan bantuan. Saya pernah membantu mengubati ayah mertuanya yang terkena santau darah. Hasil kepakarannya, rupa-rupanya komponen starter kereta saya telah pecah. Maka kami bergegas ke kedai menjual alat ganti tersebut. Nampaknya tiada komponen Exora yang dijual. Tapi penjual kedai tersebut mencadangkan agar menggunakan komponen kereta Waja Campro sebagai alternatif. Komponen tersebut hanya jenis ’recond’ dan berharga RM200. Saya terkejut kerana saya hanya mempunyai RM150 pada masa itu. Tapi masalah tersebut selesai bila sahabat saya kata dia ingin membantu. Memang saya malu untuk menerima pertolongannya tapi saya tiada pilihan. Upahnya tentu tidak dapat saya bayar kerana wang sudah habis digunakan.

Bila sahabat saya cuba memasang starter yang baru dibeli pada enjin kereta, ianya tidak berjaya kerana saiz spesifikasi kereta Wira Campro tidak sama dengan kereta Exora Bold. Terpaksalah sahabat saya ke kedai alat ganti tersebut dan menukarnya. Itupun kalau ada alat ganti yang sesuai. Pada kali ini saya memohon padanya untuk solat Zuhur. Katanya tidak mengapa, biar dia seorang yang ke kedai. Dia suruh saya berehat sebentar kerana dari hari sebelumnya saya tidak tidur.

Sementara sahabat saya ke kedai, saya masuk ke rumah dan solat. Kemudian saya bertawakkal dengan membaca surah Yasin. Saya juga beristighfar agar Allah ampunkan dosa saya. Saya pohon pada-Nya andai kerana dosa-dosa saya ditimpakan bala dalam ujian ini, tolonglah kesian kepada anak-anak dan isteri saya. Mereka perlukan kereta tersebut untuk urusan harian seperti ke sekolah, membeli bahan makanan dan kegunaan asas yang lain.

Allah mendengar doa saya. Bila saya keluar dari rumah, saya lihat sahabat saya tu sedang memasang alat ganti kereta yang Origional !..... Kata sahabat saya, kedai alat ganti tadi telah pulangkan semula duit pembelian kerana tiada komponen yang sesuai dengan Exora Bold dijual dalam stok mereka. Maka sahabat saya bertawakkal ke satu lagi kedai alat ganti. Di kedai tersebut tiada alat ganti tiruan. Kalau diikutkan harga sebenar Starter Exora Bold adalah RM450.... Tapi taiukeh kedai tu tersalah cakap mengatakan harganya RM150. Bila dah siap ditulis bil, baru taukeh tu perasan. Tapi dia halalkan kerana kecuaian sebut harga adalah kesalahan dirinya sendiri. Yang hairannya, macam mana dia boleh tersalah cakap..... Allah Maha Mengetahui.

Sesudah memasang komponen yang dimaksudkan, maka Exora Bold saya dapat dihidupkan. Cuma minyak hitam dah filternya perlu ditukar. Kereta kelisa saya juga dapat dihidupkan dengan bantuan 2 orang sahabat yang datang pada petangnya...

Pada kejadian ini, saya berbudi pada 5 orang sahabat yang tidak akan saya lupakan jasa mereka. Mereka adalah:-

1) Kasyaf
Sanggup datang awal pagi untuk jumper bateri kereta saya.
Dengan kereta dan minyaknya, bawa saya minum pagi.
Tolong hantar bateri kereta Kelisa untuk di caj.

2) Lah
Mekanik yang berhati mulia dan expert membaiki kereta saya.
Sanggup membaiki kereta saya dengan percuma sedangkan masih ada beberapa buah lagi kereta yang perlu di baiki di rumahnya.
Membantu saya menambah duit pembelian spare-part kereta.
Kalau diikutkan kedai, kereta saya tentu akan di overhall atau ditukar enginnya yang memerlukan RM7 ribu untuk keseluruhan baik pulih.

3) Haikal dan Wan
Dua beradik ni datang jauh dari rumahnya ke RIDAM untuk membantu membaiki kereta Kelisa saya hingga berjaya digunakan.
Mereka jugalah yang mengambil bateri yang di caj di kedai bateri memandangkan saya tiada kenderaan yang boleh dinaiki.

4) Abg Towing
Dia telah mengurangkan harga yang amat murah untuk towing kereta saya dari tempat banjir ke rumah saya.

5) Mekanik Tractor – 3 saudara
Mereka inilah yang membantu saya menolak kereta dalam banjir dan cuba sedaya-upaya membaiki kereta saya dalam pukul 2 pagi ditepi jalan yang gelap. Walaupun tidak berjaya, keringat yang mereka korbankan tidak ternilai harganya.

Saya doakan pada Allah agar segala jasa mereka ini dibalas berlipat kali ganda pada pertolongan yang diberi. Ya Allah, Kau berikan mereka REZEKI yang LUAS-SELUASNYA, hinggakan BILA MEREKA MENGHULUR, MEREKA AKAN BERASA TIADA KURANGNYA KERANA BANYAKNYA REZEKI MEREKA. Engkau sihatkan tubuh badan mereka, panjangkan umur mereka dan sentiasa memberi keberkatan dalam kehidupan mereka. Amin.. Ya Robbul ’Alamin.

Sesungguhnya Allah tidak menipu bila mengatakan dalam firmanNya:
"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu
(Al-Mukmin:60)

Yakin lah, Tawakkal lah... Insyaallah akan berjumpa sinar-Nya..

:: Ini adalah pengalaman RIDAM sendiri yang berlaku pada 29hb-30hb Desember 2012. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.



MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.