Girls... Boleh buat macam Aunty Mariam..?


Diary Rawatan 2015:

As-salam semua. Saya nak share satu story.. Macam Pelik.. tapi tak mustahil berlaku.

Al-Kisah.. Ada sorang Aunty ni (umo 45 thn) call saya. Katanya nak minta tolong pasal masalah rumahtangga. Masa tu saya agak bab biasa-biasalah.. umumnya suami nak kahwin sorang lagi. Maka saya set appointment.

Bila hari yang dijanjikan, Aunty tu datanglah dengan sorang kawan. Dia perkenalkan namanya Aunty Mariam. Tengok muka macam mix. Tanya Melayu jawabnya bukan. Tanya Cina ker? Bukan jugak jawabnya. Nak teka dia tu India jauh sekali sebab putih melepak. Rupanya orang Sarawak.. Tapi dibesarkan lama di KL..

Pendek cerita, dia datang sebenarnya bukan nak urus soal rumahtangga. Tapi nak tenangkan hatinya
sebab masalah rumahtangga.

Mengikut ceritanya, kakaknya dah lama suka kat suaminya. Suatu hari (masa tu anak sulong dah umo 23 tahun - tahun lepas), kakaknya baru luah perasaan tu. Kakaknya tak kahwin sebab frust.
Saya tanya kot-kot dulu kakak dan suaminya couple. Jawabnya tak jugak. Rupanya kakaknya jatuh hati masa dia naik pelamin. Adoii...

Sebab kasihan kat kakaknya, Aunty Mariam sanggup lepaskan suami untuk kasi kakaknya bahagia. Tapi dia risau kot-kot suaminya tak setuju. Bila dia tanya, rupanya suaminya pun ada hati kat kakaknya. Since bertunang...!!!

Haaa.. jawapan tu yang buat dia tak boleh terima. Lagi pulak, suaminya ada mengaku sepanjang 'bersama', suaminya bayangkan kakaknya... Jem story...

The end, dia lepaskan jugak suaminya (suaminya cerai talak 1) dan berkahwin. Masalah lain yang timbul, kakaknya pulak mengada-ngada tunjuk loving lebih-lebih depan dia bila balik kampung.
Dan-dan depan Aunty baru diorang start bercium, peluk-peluk, ajak masuk bilik... Adus....
Dia minta nasihat saya camana nak tenangkan hati...

Saya kata, saya sendiri pun ada masalah. Setiap manusia ada ujian masing-masing. Namun, sebagai poendorong, saya rukyah juga dengan ayat-ayat penerang hati dan saya nasihat dia supaya amalkan surah Al-Kautsar sebagai petua tenangkan hati jika rasa serabut. "Buat zikir", ujar saya pada Aunty Mariam.

Alhamdulillah, tadi dia call dan ucap terima kasih banyak-banyak. Dia dah rasa tenang sangat-sangat. Dia minta pulak satu lagi pertolongan. Cuma ayat last yang lain macam sket. Ayat tolongnya macam ni:

"Ustaz.. boleh tolong carikan saya husband. Muda macam ustaz pun takper"

Jawab saya:
"Biar betul Aunty?"

Katanya:
"Yelah ni. Aunty belum monopause lagi tau. 'Mampu' lagi ni..."

Dalam hati saya hanya komen "Adus.... ku semangat".


 

#‎minyakrajachandan‬"
www.rajachandan.com

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.