Info RCT (Rawatan Cara Tidur)




Kaedah rawatan RCT adalah kaedah diagnos (mengesan punca penyakit)  yang dilakukan secara kebatinan. Penglibatan kaedah ini semestinya memerlukan kondisi fizikal yang sihat dan spritual yang tinggi.

Kemahiran ini memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar khas untuk memudahkan lagi fahaman dan amali praktis. Sebab itu pengajian RCT hanya dikhaskan tanpa campurtangan keilmuan yang lain supaya fokusnya dapat mencapai objektif di akhirnya.

Gabungan ilmu berkudun, terawangan dan meraga sukma adalah asas RCT dan ianya dilakukan bertahap sekaligus dalam sesi pengajian.

Berikut adalah intisari silibus yang disediakan dalam pengajian:

1-Pendedahan keilmuan
2-Fahaman perbezaan
3-Ikhtiar RCT secara batin
4-Ikhtiar RCT secara fizikal (amali):
   - latihan nafas
   - latihan heningan
   - pendulum aktif
   - latihan fokus
   - latihan berkudun
   - latihan terawangan
   - latihan meraga sukma

5-Kesimpulan latihan
6-Pembukaan Hijab (pengijazahan bersanad)
7-Akad terima amal dan perjanjian

Pengajian RCT pertama kali dibuka pada 7hb Disember 2019.. Bertempat di Azyas Homepati Shah Alam, Selangor.

Hubungi 0129928646 untuk sebarang info klik http://ridamresources.wasap.my/ untuk WhatsApp auto.

Wassalam..

Pengajian Rawatan Nusantara (Siri 1 dan 2) kini di Shah Alam




Pengajian Rawatan Nusantara (Siri 1 dan 2) kini di Shah Alam..
*****************************************
Info Program:
Lokasi:
Azyas Homeopathy, Shah Alam
Tarikh: 7-8 Disember 2019
*****************************************
Intisari:
Siri 1>>> 8 Dis 2019
-Pendedahan petua rawatan, ilmu melangkah dan amalan orang lama.
-Pendedahan alam jin dari perspektif Nusantara.
-Panduan kehadiran, tanda dan petua mengenal pasti lokasi makhluk halus.
-Pelbagai kaedah rawatan dihadapan pesakit.
-Panduan bagi kes kerasukan dan panduan kuncian.
-Kaedah rawatan jarak jauh.
-Amalan basmi Penyihir.
-Pengijazahan Jurus Rawatan.
Siri 2>>> 7 Dis 2019
Lanjutan Ilmu Siri 1
-Pendedahan petua dan amalan orang lama.
-Petua Sedia Tapak
-Kaedah rawatan dihadapan pesakit
-Kaedah rawatan jarak jauh
-Rawatan gangguan On-Off
-Kaedah pemutus Saka
-Amalan pulang angin serangan Sihir
-Ilmu Akupuntur
******************************************
Mahar Pengajian>>>
Siri 1: RM300, atau
Siri 2: RM360, atau
Package: RM560
Tambahan Malam (Optional):
Kaedah Rawatan Tidur (RM313)
Penyediaan>>>
Nota, Bahan Amali, Sijil
*****************************************
Pendaftaran>>>
a. Pre-daftar melalui Whatsapp ke 0129928646 dengan maklumat Nama, No.IC dan Alamat.
b. Deposit RM180 ke akaun RIDAM sebelum 23/11/2019
c. Bakinya dibayar pada hari kursus
Atau bayaran penuh (digalakkan) untuk kemudahan operasi Pengajar.
Hubungi RIDAM di 0129928646 untuk sebarang makluman.

>>>Daftar sekarang..

*****************************************
AKAUN BANK RIDAM

*Maybank: 563028618870
(Ridam Resources)

*atau—

 Bank Islam:
12-234-02-003082-9
Maybank:
162085478617
(khairul syakirin bin abdul wahab)

*****************************************
Untuk makluman, program di Kota Kinabalu, Sabah telah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.. Insyaallah

Rawatan Orang Lari atau hilang tak buat dah...




"Bini saya lari ustaz... Anak pun dia tinggal sebab ikut jantan.. laki tu kaya..."

Awal pagi dapat panggilan macam ni.. Sedih jugok dengar. Tapi ambo tak buat dah rawatan orang lari ni..

Amalan panggil balik ni perlukan zikir tapaan di tengah malam. Paling kurang 2 jam atas sejadah.. Nak buat pulak 14 malam.. Bayangkan kesan diri semasa dan selepas rawatan tu? Sakit pinggang toksah cakap la.. Kadang-kala sampai serak suara berwirid. Ambo pulak ada tonsil, tekak jadi kering. Mulalah ulcer dalam mulut.. Keletihan malamnya menyebabkan ambo tak boleh kerja di siangnya.. Sapa nak tanggung sara diri ambo sekeluarga?

Lama juga dia merayu, tapi ambo tolak disebabkan faktor tersebut. Kalau dah sayang sangat kat bini yang curang tu, mari mengadap ambo ambil ijazah ilmu. Ambo ajar dan buat sendiri..

Bila offer macam tu, tahu pulak jawab "ustaz buat lebih afdhol.....".. Ambik kau punya afdhol.. 😂 sebenarnya bukan sebab afdhol, tapi tak nak rasa susah ikhtiar.. Tahu nak sedap bila dapat bini jer.. Apa ingat perawat ni Tuhan ke?

Yang nak rawatan jarak jauh pun ramai macam tu.. Tak lah semua, tapi ramai yang nak ambil mudah.. Sembuhnya nak.. ikhtiarnya malas..

Sendiri terasa ya.. Kesian tu memang ada, tapi geram pun ada jenis perangai macam tu.. dunia oh dunia.. 😎

Minyak Dagu in Package... !!! 😂😂



Dah lama ambo tak jumpa Pok Zul. Sejak ambo sakit berat dulu, memang langsung tak bertemu..

Bila dah terserempak, terus laju ngopi bersama.

Pok Zul: Ustaz sihat doh loni? Napok naik smula badan tu.. 😁😁

Ambo: Alhamdulillah.. dah ok skit..

Pok Zul: Ada cerita sedak nok kabo nih.. Dia tu guru Ustaz jugok...

Ambo: Guru ambo? Hok mano?

Pok Zul: Ada lah.. hok tu last baru beritahu.. cuma nak tanya pendapat ustaz la.. Ustaz percaya dok sihir Minyak Dagu?


Ambo: Bakpo?

Pok Zul: Ada ustaz nih.. Dia scan umah saya.. Katanya ada minyak dagu.. Pastu scan umah kakak, umah mak dan umah anok sedara.. Semua minyak dagu.. Macam pelik la pulok.. 😂😂

Ambo: Pahtu tu dia caj tak?

Pok Zul: Mestilah caj.. Sebotol minyak dagu dia rawat dan tawarkan bisa  akan caj RM800.. Tu sebotol.. katanya umah saya ada 2 botol.. umoh mak dan umah lain banyak gak katanya..

Ambo: Fuhhh.. Kaya.. kaya.. Minyak Dagu Pakej tu.. 😂😂😂

Pok Zul: Dah tu, apa pulok pandangan ustaz?

Ambo: Tak mustahil ada.. tapi mustahil dalam zaman gawat ekonomi nih.. 😊

Pok Zul: Kenapa pulok?

Ambo pun ceritalah...

Seorang ayah angkat ambo ada yang sami buddha kat Kelantan. Ambo panggil dia Pok Su.. asal kenal bila ambo ikhtiar rawat masalah tulang belakangnya. Lama-lama jadi rapat bila ambo selalu tanya bab herba sebab Pok Su ni pandai bab herba dan rempah ubat..

Bila masuk bab jampi, Pok Su tak ajar. Katanya lagi, "baca hok dalam agamamu (ayat Quran dan Doa) sebab baca (jampi) tu hanya doa. Usaha betul tambah doa pulok, lagi ampuh rawatan".

Bila ambo balik Kelantan dan nak gi ziarah dia, dia pesan jangan masuk rumah kalau nampak kereta pesakit depan rumahnya. Tunggu sampai pesakit balik baru masuk.

Entah benar atau kebetulan, Pok Su kata kalau ambo masuk rumah masa dia tengah berubat, rawatannya tak menjadi.. Dewa-dewanya pun tak datang bila dipanggil.. 😁

Ambo pernah jugok tanya pasal minyak dagu ni dengan Pok Su..

Menurut Pok Su, minyak dagu ni ada banyak gred.

Gred A1 adalah air dagu orang kena bunuh. Yang ni harganya RM22k sebotol saiz minyak atar.

Gred 2 pulok adalah dari Mawas atau Beruk punggung merah. Yang ni harganya RM8k.

Gred 3 adalah yang paling lekeh iaitu dari Anjing Hitam.. Yang ni harganya RM3k..

Pok Su pernah tunjuk pada ambo jenis gred A1 yang diwarisi daripada atuknya. Memang bisa juga bila ambo pegang botol tu.. Habis sakit 1 badan..

Hakikatnya, berapa kerat sangat orang nak habis puluhan ribu semata-mata nak dapatkan minyak dagu tu.. Untuk zaman sekarang, amat mengarut orang nak niaya orang dengan keluarkan modal banyak.. Berubat nak hulur RM100 pun berkira, ni kan pulak puluhan ribu.. 😂😂😂

Pok Zul: Saya pun rasa mengarut jugok ustaz pasal minyak dagu umah saya tu.. Pastu dia mengaku dia tu guru Ustaz.. katanya DarulManzil selalu tanya dia amalan yang boleh diguna dalam rawatan..

Lantas Pok Zul tunjukkan simpanan whatsapp ustaz 'guru' tu..

Ambo hanya ketawa riang bila baca whatsapp tu.. Giliran ambo pula tunjukkan perbualan whatsapp ambo dengab ustaz 'guru' tu..

Sebenarnya, ustaz tu yang banyak tanya ambo.. Ayat Khatam Nubuwwah tak kenal, sihir Pelalau tak tahu, tannasukh arwah pun tak paham.. dan banyak lagi lah.. 😁😁😁 Ambo yang masih belajar ni ada jugok ajar dan jawab soalannya jika ada yang ambo tahu..

Tak sangka pulok dia tu kat belakang bertukar jadi guru ambo pulok... 😂😂😂

Apa pun, ambo memang karang kisah benar ni untuk 'ustaz' tu baca.. 😊 Sendiri makan cili, sendiri tanggung pedasnya... 😁

Selamat Membaca... 😎


Luka Usus .. dari Diari Rawatan RIDAM






Seperti yang dijanjikan, ambo menunggu pesakit yang berjanji akan hadir jam 3:00 petang untuk rawatan Luka Usus. Namun, masa yang dijanjikan masih tidak nampak kehadirannya dan ambo cuba telefon untuk pengesahan.

Bila dihubungi, rupanya pesakit masih jauh dan masih dalam perjalanan. Terpaksalah ambo tunggu seketika.

RAWATAN..

Pesakit sampai di RIDAM sekitar jam 3:30 petang. Ambo terus menjemput mereka masuk dan tanpa tertangguh memulakan rawatan kerana selepas itu ada beberapa urusan penting yang perlu ambo kerjakan.

Menurut pesakit, dia telah pun menjalani Operasi Kolonoskopi dan menghulur beberapa keping gambar dalam ususnya yang luka, hasil dari prosedur tersebut. Bila ambo lihat gambar-gambar yang ditunjukkan, ambo hanya ketawa kecil. Kata ambo, luka tu nak dibandingkan dengan apa yang ambo alami setahun yang lalu sangat berbeza peratusnya. Giliran ambo pula tunjukkan rakaman video Operasi Endoskopi yang telah ambo lalui. Memang ketara luka dalam usus ambo berbanding yang pesakit alami.

Bila diberitakan bahawa pesakit juga mengandung anak sulong, datang pula rasa risau. Manakan tidak, seharian asyik menahan sakit perut yang kepedihan terutama selepas makan atau minum. Di samping  beban mengandung, rasa perih juga pesakit kerana dia juga perlu kerap ke tandas. Pesakit juga masih pelajar universiti dalam Pengajian Syariah dan berkahwin muda. Banyak juga tanggungjawabnya..

Ambo faham akan kerisauan yang pesakit dan suaminya lalui. Ambo nasihatkan mereka agar bersabar dan meyakinkan mereka bahawa masalah tersebut boleh di atasi jika kita yakin pada Allah dan berusaha. Contoh mudah yang ambo berikan adalah diri ambo sendiri kerana ambo pernah mengalami masalah yang sama, malahan lebih teruk penyakitnnya.

Melalui Mesin Akupuntur, ambo check point-point badan yang lain kalau pesakit juga mengalami abdomen bermasalah. Bila terdeteksi point perut menghala point hempedu, ambo pasti pesakit juga mengalami masalah Gastrik dan soalan ambo diakui oleh pesakit. Selain itu, hanya ususnya sahaja yang bermasalah.

RUKYAH..

Ambo menyuruh pesakit baring dan menutup hadapan badannya dengan kain sejadah yang tebal. Tindakan sebegitu perlu untuk menghindar gambaran bentuk badan pesakit dari pandangan perawat yang bukan muhrim.

Setelah mendapat izin dari suami pesakit, ambo letakkan tapak tangan setentang dengan bahagian usus dan memulakan bacaan Rukyah.

Antara ayat-ayat yang ambo bacakan adalah Al-Fatihah 7x, Doa-doa syifa’ dan Doa Mencantum Luka iaitu “Bismillahi turbatu ardina, biri-koti ba’dina, yushfaa saqi-muna, bi'izni robbina” sebanyak 3 kali.

Ketika membaca doa mencantum luka itu, ambo qasadkan pemikiran mengikut gambaran usus pesakit yang bermasalah agar lukanya kembali bercantum dan ususnya licin serta sembuh. Kemudian ambo suruh pesakit mengucap 3 kali sebagai tanda rawatan berakhir.

Ambo senaraikan makanan pantang 40 hari untuk pesakit iaitu Pulut, Ubi Kayu, Air Kelapa, Air Tebu, Telur Itik dan mengurangkan makan Taugeh dalam menu makanannya. Tujuan pantang ini adalah untuk menjaga tubuh badan dari mudah terkena bisa angin yang mungkin melambatkan proses penyembuhan.

Selain itu, ambo berikan mereka sebotol air mineral dan 5 botol Air Yougurt yang siap dirukyah dengan ayat-ayat yang sama semasa merawat untuk diminum selama 5 hari. Dari pengamatan ambo, insyaallah lukanya akan pulih sekitar 2 hingga 3 hari saja.. Amin..

Memandangkan pesakit masih pelajar, baru berkahwin dan sedang mengandung, ambo pasti dia memerlukan dana kewangan yang banyak untuk pengurusan keluarga di awal perkahwinan. Maka, ambo beri diskaun harga upah rawatan agar tidak membebankan ekonomi mereka.

Semoga pesakit cepat sembuh, sihat kandungannya hingga bersalin dan bahagia dalam kehidupannya bersama suami. Amin Ya Robbul ‘Alamin..



p/s: Rujukan Doa Mencantum Luka dalam bahasa Arab


Semoga Bermanfaat..

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.