Masih saya ingat suka-duka
pengembaraan mencari Guru dalam menuntut ilmu yang saya minat. Dari umur
saya belasan tahun, sudah banyak tempat saya menginjak kaki dengan
harapan berjumpa Mursyid yang berpengalaman.
Sehingga kini,
walaupun sudah berkahwin dan sudah mempunyai 5 cahaya mata, saya masih
belajar, mencari dan mengkaji. Fahaman saya amat mudah:
"Makin kita Mahir, Makin Banyak Yang Kita Tidak Tahu, Maka Belajarlah Hingga Habis Nyawa Kerana Ilmu Itu Tiada Batas Akhirnya".
Antara hal yang saya perhatikan pada guru-guru yang saya tuntut, satu amalan yang sama ada pada mereka iaitu MENJAMU TETAMU.
Ada guru saya yang Kaya, Sederhana dan Miskin. Tapi bab Menjamu Tetamu sudah jadi kemestian adat pada mereka hatta segelas air kosong. Bila dilihat kehidupan mereka, hatta yang miskin harta benda, kehidupan mereka senang dan tenang tanpa rasa gusar dengan pemberian rezeki Allah.
Satu perkara lagi yang saya perhatikan adalah sifat MERAJUK MURID. Boleh dikatakan hampir kesemua guru saya mudah dan lama merajuk bila mereka sudah dibiar tanpa khabar berita. Ada yang 1 tahun menghilang, kemudian bila ada kesusahan, barulah gagau mencari guru. Pernah juga yang hampir 5 tahun menghilang.
Bagi guru yang sifatnya seperti Saidina Osman, maka cepatlah merajuknya 'sejuk'. Tapi yang sifatnya umpama Umar Al-Khattab, stanby kena lempang atau dihalau begitu saja bila mereka dilayan hanya kerana PERLU.
Alhamdulillah, hormat dan bertanya khabar sudah saya sebatikan dalam adat berguru. Bagi mereka, bukan harta yang jadi utama, tapi SILATURRAHIM DIJAGA.
Ingatlah sahabat, selain ibu bapa kita, guru juga punyai kelebihan kepada murinya iaitu SUMPAH mereka terbela. Maka bagi mereka yang berguru, ingatlah nasihat ini. Insyaallah, barokah kehidupan.
Tinta Maya'09-2015,
Darul Manzil