TANGGUNGJAWAB SUAMI SEBENARNYA APA USTAZ…???


Pagi tadi, saya menerima email seorang suami yang tinggal di Kelantan. Jom kita baca kisahnya. Jadikan pengajaran.
---
Assalamualaikum w.b.t Ustaz Syakirin RIDAM.

Tergerak hati saya di kala ini untuk meluahkan masalah yang saya hadapi. Jika ianya boleh menjadikan Ustaz memberikan pendapat atau nasihat untuk saya yang dhaif ini.

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata. Di awal perkahwinan kami, ianya sungguh indah. Boleh dikatakan kami digelar ‘the best of couples in the earth’ oleh rakan-rakan kami. Ada yang cemburu mungkin. Namun, kebahagiaan itu akhirnya musnah bila isteri saya curang dengan lelaki yang juga suami orang (juga jiran sebelah rumah kami).

Mereka sedang melakukan seks di katil bilik utama kami semasa saya pulang ketika hari anniversary perkahwinan kami yang ke-7. Saya sangkakan kejutan istimewa saya pulang dari kursus yang sengaja tidak saya maklum mengintimkan hubungan yang kami bina. Tapi rupanya kegiatan haram yang dibuat pula kantoi di depan mata. Apa salah saya Ustaz?

Untuk makluman Ustaz, saya bekerja 8 pagi hingga pukul 5 petang. Setiap hari, saya akan bangun sekitar jam 4:30 pagi untuk solat tahajjud dan kemudian sediakan sarapan untuk keluarga. Pukul 6am, saya akan kejutkan isteri dan saya juga yang siapkan anak-anak mandi, berpakaian hinggalah mengemas-kini beg sekolah mereka. Saya pastikan untuk solat Subuh berjamaah dan kemudian sarapan bersama-sama. Kebetulan laluan sekolah sama dengan ke tempat kerja, maka saya hantarkan anak-anak ke sekolah.

Selebihnya urusan basuh baju, masak makanan tengah hari dan ambil anak di sekolah anak adalah tugasan isteri. Bila saya pulang dari kerja, masakan malam saya akan sediakan. Kemudian solat maghrib berjamaah dan menemani mereka menelaah pelajaran. Setiap minggu pula, kami akan keluar beriadah atau bercuti.

Tiga bulan sebelum kejadian , isteri saya mengadu penat. Maka kerana sayangkan isteri, saya gajikan pembantu rumah Indonesia untuk meringankan bebannya. Barulah nampak dia semakin ceria. Cuma yang menghairankan, handphone nya semakin menjadi rahsia. Password ditukar. Memang pelik sebab sampai bawa dalam tandas bila nak bercakap. Tapi kerana sayangkan isteri juga, saya masih bersangka baik.

Bila kejadian kantoi di depan mata, saya pula dibelasah teruk jiran yang curang dengan isteri saya. Isteri hanya melihat dengan menangis. Tak tahulah apa perasaannya ketika itu. Mujur anak-anak dan pembantu di rumah Mak saya ketika itu.

Selepas lelaki itu keluar dari rumah, saya tanyakan apa lagi yang kurang pada diri saya? Kalau kerana alasan seks, saya mampu bertahan hingga 1 jam Ustaz. Mungkin kerana amalan senaman tua yang saya belajar sejak muda.

Isteri terus menangis dan ucapan yang keluar adalah,
“abang tak pernah salah dengan saya. Saya yang salah”.
Apa yang perlu saya buat Ustaz?

Sekarang, kami masih belum bercerai. Masih serumah dan rahsia ini hanya saya, isteri dan lelaki itu sahaja yang tahu. Apa perlu saya buat Ustaz? Tolong lah. Saya perlukan pandangan Ustaz.

JAWAPAN SAYA >>>>

Waalaikumsalam wahai suami yang dimuliakan Allah.. Kalau betul nak jawapan Ustaz mudah jer.

1.CERAIKAN DIA .. CERAIKAN DIA.. CERAIKAN DIA..
2.CARI BINI BARU.
3.BINA HIDUP BARU.

Sekian… Wassalam..

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.