Assalamualaikum w.b.t
Mulai hari ini, pendaftaran untuk Seminar Perubatan
Nusantara anjuran RIDAM dibuka sehingga
15hb Ogos 2016. Pada pengumuman yang lepas, RIDAM meminta jasa baik kalian yang
berminat untuk mengikuti program ini agar menghantar ‘feedback’ samada secara
SMS atau Whatsapp bagi melihat jumlah respon yang mungkin.
Pada awalnya, RIDAM hanya menempah dewan (di Wangsa
Maju, KL) yang boleh memuatkan 30 orang peserta sahaja. Tetapi melihat tindak
balas yang begitu memberangsangkan, tempahan tersebut terpaksa dibatalkan.
Tempat baru untuk program seminar pada kali ini adalah di Dewan 1, Masjid Al-Ghufran,
TTDI, Kuala Lumpur. (boleh lihat di Google, Waze atau peranti GPS). Dewan ini
mampu menempatkan 50 orang pelajar pada satu masa, Alhamdulillah.
Sudah siap membayar tempahan untuk Dewan di Masjid
Al-Ghufran tersebut, ‘feedback’ peserta masih lagi diterima hingga ke saat ini,
jumlah keseluruhan setakat ini adalah 74 orang…!!!
Maka dukacita dimaklumkan, Program Seminar
Perubatan Nusantara RIDAM pada kali ini hanya menerima 50 peserta sahaja
memandangkan persiapannya sudah pun dirancangkan.
Untuk itu, penerimaan dikira kepada mereka yang
membuat bayaran terawal sahaja. Cukup kuota 50 peserta, pendaftaran akan di ditutup.
------------------------------
PROSEDUR BAYARAN:-
1. Anda boleh membuat bayaran penuh (RM290) atau
bayaran deposit (RM100 – bakinya dihari program) ke akaun tertera (lihat
gambar) sebelum 15 Ogos 2016.
2. Maklumat bayaran beserta INFO PESERTA di hantar
ke 012-9928646 seperti berikut:
Bayaran Penuh:
REG RM290 Nama Bank
(tarikh & masa bayar) drp (NAMA PENUH & IC).
TQ
Cth:
REG RM290 Maybank (1.8.16 -3pm) drp Ahmad bin Musa
No.IC XXXXXX-XX-XXXX. TQ
Bayaran Deposit:
DEP RM100 Nama Bank
(tarikh & masa bayar) drp (NAMA PENUH & IC)
TQ
Cth:
DEP RM100 CIMB (1.8.16 -3pm) drp Malik bin Mazlan
No.IC XXXXXX-XX-XXXX. TQ
3. Bagi peserta daripada Singapura atau Brunei
(yang ‘confirm’ ingin ikuti program shj), Cara bayarannya berbeza. Untuk mengetahui
cara bayaran, sila hantar seperti berikut ke +60129928646:
INFO Negara NAMA PENUH & amp; ID. TQ
Cth:
INFO SG Mohd Alim bin Warak ID:XXXXXXXX. TQ
Pihak RIDAM akan maklumkan cara bayaran pendaftaran
selepas menerima mesej anda.
------------------------------
Semoga kesungguhan anda ke majlis ilmu ini nanti
beroleh kebaikan pada apa yang dihajatkan. Sebarang info baru akan dimaklumkan
kemudian.
Sekian, Wassalam
fb: darul manzil #seminarnusantararidam