PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG - SEMINAR PERUBATAN NUSANTARA RIDAM - TERHAD 50 peserta SAHAJA…!!!





Assalamualaikum w.b.t

Mulai hari ini, pendaftaran untuk Seminar Perubatan Nusantara  anjuran RIDAM dibuka sehingga 15hb Ogos 2016. Pada pengumuman yang lepas, RIDAM meminta jasa baik kalian yang berminat untuk mengikuti program ini agar menghantar ‘feedback’ samada secara SMS atau Whatsapp bagi melihat jumlah respon yang mungkin.

Pada awalnya, RIDAM hanya menempah dewan (di Wangsa Maju, KL) yang boleh memuatkan 30 orang peserta sahaja. Tetapi melihat tindak balas yang begitu memberangsangkan, tempahan tersebut terpaksa dibatalkan. Tempat baru untuk program seminar pada kali ini adalah di Dewan 1, Masjid Al-Ghufran, TTDI, Kuala Lumpur. (boleh lihat di Google, Waze atau peranti GPS). Dewan ini mampu menempatkan 50 orang pelajar pada satu masa, Alhamdulillah.

Sudah siap membayar tempahan untuk Dewan di Masjid Al-Ghufran tersebut, ‘feedback’ peserta masih lagi diterima hingga ke saat ini, jumlah keseluruhan setakat ini adalah 74 orang…!!!

Maka dukacita dimaklumkan, Program Seminar Perubatan Nusantara RIDAM pada kali ini hanya menerima 50 peserta sahaja memandangkan persiapannya sudah pun dirancangkan.

Untuk itu, penerimaan dikira kepada mereka yang membuat bayaran terawal sahaja. Cukup kuota 50 peserta, pendaftaran akan di ditutup.


------------------------------

PROSEDUR BAYARAN:-

1. Anda boleh membuat bayaran penuh (RM290) atau bayaran deposit (RM100 – bakinya dihari program) ke akaun tertera (lihat gambar) sebelum 15 Ogos 2016.

2. Maklumat bayaran beserta INFO PESERTA di hantar ke 012-9928646 seperti berikut:

Bayaran Penuh:
REG  RM290  Nama Bank (tarikh & masa bayar)  drp (NAMA PENUH & IC). TQ

Cth:
REG RM290 Maybank (1.8.16 -3pm) drp Ahmad bin Musa No.IC XXXXXX-XX-XXXX. TQ


Bayaran Deposit:
DEP  RM100  Nama Bank (tarikh & masa bayar)  drp (NAMA PENUH & IC)  TQ

Cth:
DEP RM100 CIMB (1.8.16 -3pm) drp Malik bin Mazlan No.IC XXXXXX-XX-XXXX. TQ

3. Bagi peserta daripada Singapura atau Brunei (yang ‘confirm’ ingin ikuti program shj), Cara bayarannya berbeza. Untuk mengetahui cara bayaran, sila hantar seperti berikut ke +60129928646:

INFO Negara NAMA PENUH & amp; ID. TQ                

Cth:
INFO SG Mohd Alim bin Warak ID:XXXXXXXX. TQ

Pihak RIDAM akan maklumkan cara bayaran pendaftaran selepas menerima mesej anda.


------------------------------

Semoga kesungguhan anda ke majlis ilmu ini nanti beroleh kebaikan pada apa yang dihajatkan. Sebarang info baru akan dimaklumkan kemudian.


Sekian, Wassalam

fb: darul manzil        #seminarnusantararidam



MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.