Seminar Perubatan Nusantara RIDAM
Seminar Perubatan Nusantara RIDAM..
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat sahabat sekalian..
Sudah lama saya tidak membuka seminar perubatan. Rasanya dah hampir 3 tahun.. Sebelum ini, 4 Modul Pengajian Rawatan telah saya anjurkan dimana 3 daripadanya adalah pengajian Indoor dan 1 adalah Outdoor…
Rata-rata Pengajar termasuk lah saya sebelum ini menekankan Keilmuan Rukyah dalam intisari modul yang diajar. Saya membuat penelitian yang mendalam tentang hal ini bilamana saya berkelana ke Eropah satu ketika dahulu. Di sana, bila sebut Rukyah atau lebih detail; Rukyah Syariah, maka mereka (Muslim) akan terus faham. Tapi bila merawat secara jurus, pasung atau seumpama kaedah yang sinonimnya ada di Nusantara, masing-masing ternganga.
Ketika diizinkan Allah merawat pesakit di Turki dahulu, mereka terkejut dengan kaedah yang digunakan. Pada pandangan mereka, gerak dan cara yang digunakan seolah-olah para meditasi ahli kung fu… Tergelak sakan saya bila diteka begitu..
Fahamilah dengan hati yang terbuka bahawa ilmu Allah itu amat luas… Seluas-luas alam yang tak mungkin dapat kita jangkau dengan akal. Kadang-kala, dengan ilmu yang ciput, kita sudah rasa gah pada diri. Tenggelamnya pendedahan ilmu Nusantara ini adakalanya menjadi fitnah besar pada pengamalnya sedangkan para pengajar yang berkenaan masih belum arif pada apa yang dinyatakan.
Boleh dikatakan pada era ini, Pengajian Rawatan lebih berkisar kepada Kaedah Timur Tengah atau daripada negara Arab. Bila ditanya tentang ‘Pelalau’ pun masih ramai perawat yang tidak tahu. Asas rawatan tak kira secara Konvensional (moden) atau secara tradisional, rawatan dimulakan setelah tahu apa penyakitnya. Macam mana nak ubat kalau penyakitnya masih belum kenal..??? Ada juga beberapa pelajar saya yang menggunakan modul RIDAM dalam pengajaran mereka. Alhamdulillah… moga dengan perkongsian tersebut, makin kukuh ilmu mereka. Kata orang lama, “lagi kita ajar, lagi kuat kita faham”.
Atas dasar inilah, saya pada kali ini akan memperkenalkan Rahsia Ilmu Nusantara yang sebelum ini menjadi rahsia pengamal kuno di Asia. Selain pendedahan umum di dalam kelas, pelajar akan didedahkan secara praktikal tentang latihan batin seperti kekuatan dalaman untuk matikan api lilin, rahsia angin dan amali pengolahannya dan banyak lagi. Termasuk juga kali ini rahsia bahasa Ibrani yang sering ada dalam Wafaq untuk kita bezakan maknanya sekaligus membezakan halal atau haram isinya sebelum ikhtiar.
Cuma pada kali ini, setiap pelajar akan diwajibkan untuk bersumpah (untuk tidak menggunakan ilmu yang diajar pada perkara jahat) kerana pengalaman hasilnya bukan boleh dibuat mainan. Seperti halnya ‘Ilmu Balik Angin’ yang boleh menghantar kesakitan secara jarak jauh, maka ianya perlu dengan kebersihan hati yang tawadduk sebelum berniat untuk menggunakannya.
Buat masa ini, tiada lagi sebarang tarikh atau tempat yang akan saya umum. Namun feedback anda yang ingin mengikuti seminar ini amat saya alu-alukan.
Sekiranya berminat, sila hantarkan samada secara SMS atau Whatsapp ke 012-9928646 dengan isian berikut:
Taip:
SRN (Nama) – (Bandar, Negeri)
Contoh:
SRN Mohd Azrul – Gopeng, Perak
Siapa boleh ikuti pengajian ini..?
Mereka yang baligh (15 tahun ke atas), Waras, Perawat, Orang Awam, Lelaki, Wanita, yang boleh membaca Al-Quran mahupun yang tidak mampu membaca Al-Quran, untuk merawat diri sendiri atau ahli keluarga, untuk menjadi perawat umum atau menambah ilmu di dada dengan azam yang kuat dan sifat Istiqamah.
Harap Maklum
Semoga segalanya dimudahkan Allah dan dijauhi segala kesulitan.. Ameen
#seminarnusantararidam
MAKLUMAN
Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.
Syukran Jazilan.
.