Orang ‘buat’ dah tu….
Hari ni berpeluang tengok TV Shows Our Girl season 2 episod akhir. Kerjaya watak utama heroin sebagai doktor
tentera pun tidak lari daripada plot romantis. Al-kisah, si doktor ni bercinta
bagai nak rak dengan pemuda macho yang juga tentera dalam Unit Khas. Kalau kat
Malaysia ni kira Komando lah.
Di awal episod, heroin dengan mamat komando ni jadi nak bernikah. Tapi
bila hari pernikahan, mamat ni tak muncul-muncul. Maka majlis perkahwinan jadi
gamat dan dibatalkan. Mulai saat itu, mamat komando tu menghilang diri.
Selepas dua tahun kejadian, heroin ni bercinta pulak dengan doktor
bedah. Heroin pulak masih dalam kerjaya doktor tentera. Dia kemudian ditawarkan
untuk misi bantuan kemanusiaan di Kenya. Pendek cerita, si heroin ni janji
dengan kekasihnya hanya nak kerja selama beberapa minggu, kemudian balik ke
Manchester untuk kahwin.
Semasa dalam misi tersebut, si heroin ni kena culik dengan pengganas. Mamat
Komando yang dulu bekas pakwe dia pulak antara orang utama yang menyelamatkan
Minah ni. Walaupun si heroin ni diselamatkan pakwe lamanya tu, dia still tak
boleh terima akibat kisah hitam dulu. Kena penampar jugaklah masa dalam helikopter
waktu balik dari selamatkan heroin tu.
Rupa-rupanya, ada sorang pengganas yang masih selamat. Unit risikan
tentera jadi kecoh sebab percaya yang si pengganas ni nak balas dendam kat
heroin ni. Pada masa yang sama, si mamat komando ni cuba nak berbaik semula
dengan si heroin ni walaupun banyak tentangan daripada pihak keluarga heroin
tersebut.
Bila hari pernikahan si heroin dengan doktor tu, si mamat tu dapat info
risikan yang penjahat pengganas tu nak letupkan dewan hari graduan sebuah
universiti. Si mamat komando ni datang rumah si heroin dalam saat si heroin tu
stanby nak ke gereja untuk kahwin. Bila cerita pasal info tu, si heroin tu
terus naik atas, salin baju dan lari keluar ikut mamat komando tu naik kereta
menuju ke dewan tempat kejadian. Kecoh pihak keluarga heroin sebab pakwenya
yang doktor tu dah stanby depan paderi nak kahwin. Berkejaran ayah si heroin dengan
anaknya. Tapi dengan selamber heroin tu masuk kereta pakwe lama and blah gitu
jer. Pendek cerita, perkahwinan keduanya dibatalkan sekali lagi. Frust
menonggeng si mamat doktor.. adoi..
Plot terakhir bila dah jumpa penjahat dalam dewan graduan tu, mamat
komando ni dengan macho sekali lagi selamatkan heroin tu saat heroin tu jadi
tebusan si penjahat. Mamat komando tu kena tembakan kat rusuk kanan. Tapi
selamat juga di akhirnya. Tamat…
Bila bandingkan cerita ni dalam sosio-budaya melayu pada bab heroin tu
lari tinggalkan majlis kahwin kerana ikut pakwe lama, tentu mak bapak, atuk
nenek and sedara-mara mostly bakal pengantin doktor tu kata.. “Orang ‘buat’ dah
tu….”.
Tak habis-habis orang Melayu… Kadang-kala, setiap kejadian bukan semua
kerana faktor mistik. Mungkin juga kerana ada alasan tersendiri, faktor maruah,
harapan, penyakit dan sebagainya. Senang cerita.. apa jua sebab pun, dah tak
ada jodoh, nak kata apa lagi.. Redha jelah…
#promosiminyakketingbesi