Mentera & Serapah..salahkah pengamalannya?

Assalamualaikum..

Kali ini saya tampil untuk berdepan dengan tajuk yang 'panas' kerana banyak MANUSIA di luar sana yang belum mengerti hakikat penggunaan Serapah & Mantera. Rata-rata bahan bacaan, seminar atau ceramah mengatakan Mentera & Serapah adalah HARAM.. Sedangkan kenyataan mereka itu berkemungkinan akan membawa mereka kepada penambahan dosa tanpa mereka sedari..

Kenapa saya berkata begitu...? (nak kena RIDAM ni...)

Kerana ungkapan HARAM pada isu penggunaan Mentera & Serapah ditujukan secara umum. Secara tidak langsung, pengamal mentera & serapah di pihak yang benar akan terkena tempiasnya dari masyarakat awam seperti dilabel khurafat, bida'ah dan sesat.. Kan berdosa tu kalau orang yang tak bersalah di label begitu semata-mata kerana ungkapan HARAM secara umum...

Mentera dan Serapah terbahagi kepada 2 iaitu HARAM & HALAL.

Jenis HARAM
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan meminta pertolongan selain dari Allah.

Jenis HALAL
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan HANYA meminta pertolongan pada Allah semata-mata.

Contoh mentera:

'Hey Senggoro.
Aku sembahkan 7 ekor jin.
Di atas batu putih. Terlak hitam. Dibawah atap separuh.
Dengan berkat lailahaillallah, Muhammadurrasulallah'

Mentera di atas boleh menjadi 2 hukum pengamalannya iaitu:

1)HARAM jika tidak tahu makna, tashdiq hati pada sesuatu selain Allah & amal secara membabi-buta.

2)HALAL jika tahu makna, tashdiq hati pada Allah dan suci pengamalannya..

Saya nyatakan makna mentera serapah di atas iaitu-

Hey Senggoro:
Senggoro adalah bahasa lama Kelantan iaitu bermaksud YANG MAHA TINGGI.
Siapa yang Maha Tinggi? Tentu Allah bukan.. :D

Aku sembahkan 7 ekor Jin:
Jin yang disebut bukan ditujukan pada Makhluk yang bernama Jin. Tapi ianya merangkumi asas bahasa arab iaitu TIDAK NAMPAK. Dalam quran kan ada sebut beberapa kata dari asas perkataan jin iaitu Jannah(syurga), Junnah(perisai), Janin, Jannullail(kepekatan malam).

7 ekor jin pula di istilahkan kepada 7 anggota sujud iaitu kepala, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.. Jumlahnya akan jadi 7 kan? Maknanya lagi difahami sebagai 7 anggota badan yang kena serangan (penyakit) secara tak nampak (ghaib).

Di atas batu putih, Terlak hitam, Di bawah atap separuh:
Di atas batu putih bermaksud warna putih pada biji mata.
Terlak hitam bermaksud warna hitam di tengah biji mata
Di bawah atap separuh bermaksud bulu mata.

Jadi, ketiga-tiga ayat ini bermaksud Mata...

Dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulallah:
Yang ni tak payah terang lah.. Kita ni orang Islam patutnya dah tahu...kan?

-------

Jika saya terangkan kesemua makna mentera serapah di atas, ia akan jadi begini..
Hey Senggoro (Wahai Yang Maha Tinggi, yakni Allah)
Aku Sembahkan 7 ekor Jin (Aku serahkan seluruh anggota badanku pada Mu)
Di atas batu putih, Terlak hitam, di bawah atap separuh
(moga-moga dapatku lihat kesembuhan melalui mataku ini)
Dengan berkat Lailahaillallah, Muhammadurrasulallah.

Salah ke mentera serapah di atas?

Ada yang tanya, "Kenapa tak baca macam maknanya Ustaz? kan leh elak fitnah?"

Jawapan:
Kita kena faham bahawa orang dulu amat sukakan puisi, sajak dan pantun. Senang cerita kira bahasa Sastera la... Jadi, penggunaan sastera tinggi ini sudah menjadi amalan orang dulu-dulu dimana ianya penuh dengan makna tersirat dan tersembunyi agar kita lebih belajar dan memahami hakikat kehidupan.Bahasa Al-Quran juga kan bahasa Sastera Arab tinggi...

Manakala sesebuah mantera serapah (kes Halal sahaja) sudah diamalkan dan diberkati sekian lama..Jadi, siapa yang ambik ijazah dan mengamal mantera serapah tersebut hanya perlu sambung Berkatnya dari pengamal dari generasi ke generasi..

Contohnya jika si A amal doa ni 30 tahun..Kemudian di turunkan pada si B yang kemudian di amal lagi 20 tahun.. Jadi berkatnya dah jadi 50 tahun..Begitulah seterusnya jika ucapan mantera & serapah ini diturunkan dan seterusnya di amalkan..

Jika mula dari asas (contohnya nak amal makna mantera serapah di atas), berkatnya akan dimulai dari '0' kerana ia ucapan doa yang masih baru....

Soalan lagi:
Baik pakai ayat Al-Quran jer ustaz? Lagi berkat...

Jawapan:
Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Seringkali kita tengok tok bomoh, dukun atau pawang (jenis HALAL shj) berubat cepat baik berbanding Perawat Islam Moden. Kenapa?

Sebab apa yang mereka baca, mereka faham maknanya.. Jadi, penyerahan diri dan taqarrub pada Allah dalam diri mereka lebih yakin & kuat. Yang Perawat Islam Moden ni dok baca Rukyah berbakul-bakul...bila tanya, makna apa tak tahu...

----

Sebab tu kita lihat, tok bomoh, dukun atau pawang baca perlahan dalam rawatan. Salah satu sebab nak elak fitnah la.. Kalau nak terang satu per satu pada pesakit makna mentera yang dibaca, jawabnya tak merawat la.... Tapi lain pula pada sesetengah penceramah yang mengatakan tok bomoh baca perlahan sebab puja Jin...kan dah jadi fitnah tu.... :D

-----

Sebab itu kita jangan terus 'serang' dan buat ungkapan sebarangan tanpa kita usul periksa.. Kalau tak faham atau mushkil, kita tanya dan jangan beri teguran yang mengaibkan.. Berilah teguran yang berhikmah...Jangan pakai 'sound' jer...

----

Pada yang buat statement HARAM pada mantera serapah tu, cepat-cepatlah bertaubat dan sambung lagi pengajian dalam bidang ni..

-----

Artikal ini ditulis mewakili sahabat saya (pengamal rawatan mantera serapah halal) setelah meluahkan kekecewaannya pada sesetengah perawat & ustaz-ustaz yang buat statement tanpa usul periksa...
-------
Tambahan:
Jika nak berubat, perhatikan syariat perawat seperti solatnya, agama dalam keluarganya dan tatacara kehidupannya samada menepati syarak atau tidak....
Wassalam..

RIDAM Promo Video

Sekali-sekala layan buat animation best gak

Testimoni Khafiat Yasin 41

Assalamualaikum..
Khafiat Yasin 41 adalah satu lagi ikhtiar hajat dengan menggunakan amalan Surah Yasin yang di yakini (dengan izin Allah) mujarab dan berkesan.

Amalan ini adalah amalan ahli Hikmah terdahulu yang diberi ilham dan petunjuk dari Allah.

Senarai Testimoni Pengamal:

1)Ahmad Imran (masalah sihir) - Puchong - SMS
Salam Ust. Saya dah buat 7 malam untuk masalah gangguan pada isteri saya. Orang yang disyakki accident dan meninggal. Isteri saya dah beransur kurang.

2)Jalaludin (pelaris) - Banting - Telefon
Salam Ust. Saya cuba jer. Lepas buat amal khafiat Yasin 41 ni 3 malam, saya tiup pada air 1 baldi. Air tu air yang sama... Kemudian, saya spray depan kedai setiap kali buka & tutup. Dah nampak kelainannya Ustaz..terima kasih Ustaz..

3)Muhd Soleh (rawatan jarak jauh) - Kota Kinabalu - E-mail
Salam Ust. Cuma nak ucapkan terima kasih sebab sudi ijazahkan Amalan Khafiat Yasin 41. Banyak mujarab untuk rawatan jarak jauh. Saya selesa dengan kaedahnya... Terima kasih Ustaz Syakirin..!

4)Pn.Lela (anak nakal) - Penang - SMS
Slm Ustaz! Anak saya dah tak agresif macam dulu. Saya ikut cakap Ustaz suruh baca pada air hujan malam jumaat. Jenuh nk tunggu hujan mlm jumaat turun.. Saya minta tolong dgn saudara saya di KL tadahkan.. Terima kasih Ustaz..

5)Pn. Kamsiah (suami curang) - Singapore - email
Slm. Saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada Ustaz sebab ajar saya kaedah Yasin 41 tu.. Suami saya dah kenal rumah, saya dan anak-anak. Dia pun dah tak pergi nightclub lagi.. Ramadhan tahun ni adalah yang paling gembira selama 16 tahun kami kawin! Terima kasih Ustaz..

-----------------------------------------

Kalau nak dikira, berpuluh SMS, email dan panggilan yang RIDAM terima sejak buku Amalan Yasin 41 dijual. Dalam ikhtiar, kita gabungkan dengan ikhtiar zahir dan ikhtiar batin. Insyaallah, dengan kesungguhan tersebut, moga doa kita dimakbulkan.. Insyaallah..

Kelebihan Malam Ramadhan

• Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

• Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

• Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

• Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

• Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

• Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

• Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

• Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

• Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

• Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

• Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

• Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

• Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
 Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
 Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

• Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

• Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

• Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

• Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

• Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

• Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Selamat menyambut ramadhan di ucapkan pada pembaca, penyokong, peminat dan pembangkang RIDAM. Semoga di bulan yang penuh dengan gandaan pahala ini, dapat kita nikmati dan lalui dengan hati yang sabar, tenang dan ceria di bawah lindungan Allah SWT sentiasa.

Untuk makluman, jadual RIDAM di bulan RAMADHAN adalah seperti berikut:

1. Rawatan Bekam dan Refleksologi hanya di lakukan pada siang hari sahaja.
2. Rawatan Islam hanya dilakukan pada waktu malam (kecuali malam Jumaat) iaitu selepas 9:30 malam.

Setiap rawatan hanya dilakukan setelah ada temujanji. Pihak RIDAM tidak akan melayan kes 'singgah mengejut' bagi pesakit yang ingin melakukan rawatan tanpa temujanji dengan RIDAM terlebih dahulu.

Untuk maklumat harga rawatan atau hal-hal yang berkaitan, elok kiranya layari http://www.ridam.cjb.net/ .

Harap maklum.

Pengalaman Menuntut Bersama Allahyarham Kiyai Haji Suffian

Assalamaualaikum
Sudah ramai yang bertanya saya berkenaan Allahyarham Kiyai Haji Suffian dan perjalanan saya menemuinya. Insyaallah, paparan kisah ini akan diterbitkan dalam bentuk Novel KISAH BENAR pengalaman RIDAM suatu hari nanti.

Pada kali ini, saya akan coretkankan perjalanan ringkas pengalaman saya bertemu Allahyarham Kiyai Haji Suffian di Tenggarong Indonesia.

Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir untuk ke Tenggarong seumur hidup saya. Apatah lagi nama daerah tersebut tidak pernah saya dengari. Semuanya bermula ketika saya bekerja di Penang sebelum masuk ke Universiti Teknologi Mara Dungun (tak habis pun U ni..).

Ketika di Penang, saya bekerja di Kilang Jabil Circuit di Bayan Lepas. Di situ, saya bekerja sebagai Operator Pengeluaran dan tinggal bersama rakan sekerja seramai 16 orang di Flet Bayan Lepas. Bayangkan kalau 16 orang duduk berkongsi rumah flet 2 bilik. Kalau tengah bulan hari minggu, jawabnya boleh tidur sampai depan pintu tandas la..

Boleh dikatakan hampir setiap malam (hari off) saya ke Masjid Bayan Lepas. Di situ, saya rapat dengan Ustaz Abu Bakar yang juga pekerja kilang di Seagate. Saya panggil dia ustaz sebab ilmu agamanya cukup tinggi walaupun dia bekerja dalam bidang teknikal. Bukan asal total didikan agama pun...

Antara perkara yang selalu saya bincang dengannya adalah berkenaan hal rawatan Islam. Boleh dikatakan acap kali dalam nasihatnya, dia suruh saya cari ilmu tersebut lebih mendalam di Indonesia... Tapi indonesia kan luas? Daerah mana yang perlu saya tuju. Pada hemat saya di kala itu, saya hanya fikirkan Jakarta, Bali, Bandung, Lombok dan Acheh. Itupun saya tahu dari TV dan surat khabar...

..

Mimpi

Sebelum saya ke Tenggarong, saya pernah bermimpi bertemu seorang lelaki tua yang alim wataknya. Boleh dikatakan hampir setiap malam saya bermimpi berjumpanya. Setiap kali bertemu, dia menyuruh saya ke Mulawarman.

Naik pening kepala saya sebab nama Mulawarman tak pernah saya dengar. Saya Cuma mengagak itu salah satu daerah Indonesia sebab bahasa orang tua tersebut ialah dalam loghat Indonesia.

Berangkat

Tiba masa yang dituju (duit dah cukup), saya ke KLIA untuk menempah tiket. Banyak-banyak syarikat yang saya lihat, Garuda lebih murah tambangnya. Maka saya beli lah tiket ke Jakarta.

Pasal naik kapal terbang saya tak risau sebab dah ke Mekah sebanyak 2 kali sebelumnya. Setakat perjalanan 2 jam 15 minit apalah sangat. Nak ke Mekah pun dekat 11 jam...

Sampai di Jakarta, saya buntu nak ke mana... Mana aku nak pergi ni..? Kejer giler betul aku ni.....

Bantuan

Sedang duduk di kafe dalam airport kat Jakarta tu, saya ditegur seorang lelaki dari indonesia yang berpakaian ala-ala geng Tabligh..Memang tepat dia teka saya ni anak Malaysia sebab katanya, cara orang Malaysia dressing berbeza dengan cowok Indon.


Saya bertanyakan berkenaan Mulawarman padanya... Syukur pada Allah, dia ni pakar sejarah Indonesia. Mulawarman tu sebenarnya adalah kerajaan lama di Tangga Arung yang kini di kenali sebagai Tenggarong di Kalimantan Timur.

Dari dia, saya mendapat petunjuk untuk ke sana. Oleh kerana asyik berbual, sampai sudah saya lupa nak tanya SIAPA NAMANYA....

Ke Tenggarong

Dari Jakarta, saya ambil tiket ke Balik Papan. Perjalanan pun tak lama. Cuma sekitar 2 jam saja.

Waktu sampai di Airport Sepinggan, terkejut gak la dengan pemandangan di Balik Papan ni. Kalau kat Malaysia, kira lebih sikit dari Bandar Kerteh. Bandar Balik Papan ni bandar Minyak. Banyak orang kaya-kaya kat sini. Rumah pun besor-besor belako.... Pantai dia fuhhhhh....cantik habis....

Dari Balik Papan, saya naik bas ke Tenggarong melalui Samarinda. Jalan kat situ kalah jalan Janda Baik di Malaysia... Kecut perut gak la...

Perjalanan Cuma 2 jam setengah.. Tapi badan memang penat habis sebab bas banyak sangat break mengejut. Naik lenguh badan rasanya....


Di Tenggarong

Sampai di Tenggarong, mata saya tak habis memandang kota pelancongan ni. Memang bersih dan cantik habis.. Siap ada pulau lagi kat tengah sungai.. Biasanya pulau kat laut kan. Pulau tu namanya Pulau Kumala. Ianya berada di tengah Sungai Mahakam iaitu sungai yang paling besar di Kalimantan Timur.

Bermalam

Masa sampai di stesyen bas Kutai, saya tak tahu dah nak buat apa... Tak tahu nak pergi mana.. Memang seram bila ramai yang tengok saya semacam jer.. Maklumlah...orang luar..

Saya cuma jalan-jalan hingga ke Pasar Jonggon (pasar petang). Pasar ni letaknya di belakang pasar awam Tangga Arang. Syok jugaklah tengok barang-barang kraftangan yang dibuat oleh kaum suku Dayak di Tenggarong ni..

Lama melilau dalam pasar tu, saya melihat pertunjukan silap mata dari seorang penjual ubat. Memang hebat...bila tikam tak lut...potong lidah leh sambung balik... punggung siap leh terangkat dari lantai lagi... fuhhhh....dasyat betul...

Rupa-rupanya, dari awal si lelaki yang buat silap mata perhatikan saya... Habis pertunjukkan, dia terus tanya saya dan teka saya orang Malaysia.. Bangga betul jadi anak Malaysia ni......ramai orang kenal....!

Dipendekkan cerita, lelaki tu ajak saya bermalam di rumahnya selepas pecah perut ketawakan saya. Dia kata saya ni lucu sebab datang jauh-jauh nak menuntut ilmu.. Dia kata saya ni banyak sangat terpengaruh dengan filem dalam TV..

Saya peduli apa dia nak kata apa... Yang penting saya tahu, ada sebab gerak hati menyuruh saya ke sini....

Susuk

Pada malamnya, lelaki saya saya panggil Wak Ijo (hijau) tu offer saya untuk jadi kebal macam dia... Saya yang bodoh ni terima jelah... Rupa-rupanya dia masukkan susuk besi kuning dalam badan saya.. Memang tak lut sungguh la.... sihir rupanya.. Saya pun tak dapat mengelak sebab nak jaga hati tuan rumah...

Ke rumah Kiyai

Lepas subuh, Wak Ijo cepat-cepat bagi saya sarapan.. Nampak macam tergesa-gesa.. Bila saya tanya kenapa nampak gopoh sangat, dia kata dia mimpi kena marah..

Dia kata guru saya bukan dia. Tapi guru saya ada dalam hutan kat pinggir kampung ni (Desa Baroh). Dengan naik motor, saya melalui kebun getah, kubur dan parking motor kat hujung jalan denai. Kami kena jalan kaki pula dekat 2 jam untuk sampai ke tempat yang dituju..

Ditegur
Nampak saja rumah kayu suram di hadapan, Wak Ijo terus tinggalkan saya... Saya ni apalah lagi.. Rasa nak menangis pun ada bila kena tinggal macam tu.. Tapi saya beranikan diri...

Saya beri salam sepenuhnya... Salam saya dijawab, tapi tak pula di ajak masuk ke rumah.. Suara dari dalam tu memarahi saya kerana ambil ilmu kebal dari Wak Ijo....Sebelum di ajak saya masuk ke rumah, dia suruh ambil lalang kat tepi tempayan depan rumahnya...

Masuk ke dalam dengan hati berdebar-debar, saya lihat seorang lelaki duduk atas sejadah. Wajahnya memang bersih.. Memang tenang bila tengok wajahnya...

Dia suruh saya duduk bersila depannya... Lalang tu di toreh di lengan saya... Meraung saya dibuatnya bila torehan tu melukakan saya sampai nampak daging putih.. Tapi yang peliknya, satu titis darah pun tak mengalir... Bertakung jer kat situ...

Digosong-gosok dengan tangan kanan, kemudian dia tunjukkan besi kuning dari dalam tubuh saya. Selepas itu, dia ambil sedikit air dan basahkan tangannya.. Kemudian dia sapu di tempat luka tersebut...

Subhanallah, luka saya terus bertakup dan parut ada sampai sekarang..

Dengan senyum, dia kata, parut ni tanda saya telah buat salah... Dia suruh saya mandi, solat taubat dan makan bersamanya....

Sewaktu makan, sempat dia tanya ’KENAPA BARU SEKARANG BARU SAMPAI’. Katanya, dah lama dia tunggu saya......

Mulai saat itu, saya tinggal bersamanya selama 2 minggu. Kemudian saya balik ke Malaysia dengan duit yang terisi semula dalam poket sewaktu saya sampai di KLIA. Dia tak pernah kasi saya duit. Tapi bila sampai kat KLIA, duit yang saya guna untuk ke Tenggarong seperti tak terusik.. Siap bertambah lagi...Saya hanya sempat berjumpanya 3 kali saja. Kali ke-empat dia dah arwah... Tu pun saya tahu selepas mimpikan dia.. Anak murid dia (indon) ada kerja kat Malaysia.. Dia cari saya cuma nak beritahu pasal kematian Kiyai. Kemudian dia terus hilangkan diri tanpa beritahu siapa dirinya...

Banyak jugalah yang akan dimuatkan tentang kisah pengalaman saya bersama Kiyai dalam novel saya nanti. Antaranya kisah bagaimana dia berlawan dengan jin, beristerikan bunian, saya pengsan kerana serangan, bedah batin, ilmu zikir nafas, mata kasyaf dan banyak lagilah...

Banyak-banyak guru, Allahyarham Kiyai Haji Suffian satu-satunya guru yang hanya marah saya hanya SEKALI iaitu sewaktu pertemuan pertama kami...

Kehilangannya amatlah saya rasai.......belum puas rasanya mencedok ilmu dan pengalaman darinya...

Website Terbaru RIDAM

Untuk penerangan produk dan maklumat mengenai RIDAM, pembaca dialu-alukan melayari laman web terbaru RIDAM di:




Dibatalkan - Seminar Rawatan Islam di Kelantan

Pihak RIDAM memohon maaf di atas PEMBATALAN seminar rawatan Islam yang akan di adakan pada 26 Jun 2010 ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Insyaallah, pihak RIDAM akan membuka kelas pengajian di Kelantan dan akan diberitahu kelak. Terima Kasih.

Buku Modul Pengajian RIDAM

Assalamualaikum
Untuk makluman pembaca sekalian, stok untuk E-Book Panduan Lengkap Menjadi Perawat Islam sudah kehabisan dan DIHENTIKAN buat sementara waktu.

Ini kerana, saya sedang menfokuskan penyediaan Buku Modul PLMPI dalam versi baru yang akan diterbitkan selewatnya bulan Ramadhan tahun ini.

Didalam silibus modul yang akan diterbitkan nanti, intisarinya sedikit sebanyak diambil 50% dari buku PLMPI dan ianya ditambah dengan isi yang lebih padat dan berguna. Pada kali ini, modul PLMPI akan menfokuskan bahagian pengajiannya dengan lebih mendalam dan padat.

Buat masa ini, modul yang akan diterbitkan akan membicarakan topik berikut serta dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:-

1-Alasan untuk mengubat, ciri-ciri & kriteria muallij (perawat) dan sebab kenapa ilmu ini perlu dipelajari.
2-Asas merawat penyakit secara am & panduan merawat mengikut petua masa,hari, tempat sendiri, tempat pesakit, keadaan kecemasan dan rintangan yang perlu diketahui.
3-Pengetahuan merawat Sihir, Santau, Saka, Susuk, Ilmu Hitam secara lebih mendalam.
4-Pengetahuan berkenaan pelbagai jenis kaedah pagar diri secara islami.
5-Pengetahuan melawan jenis-jenis jin kerasukan seperti spesis ular, beruk, pontianak dan lain-lain.
6- Pengaktifan mata batin dengan disertakan latihan senaman pengaktifan.(insyaallah dgn ilustrasi bergambar!)
7-Petua mengelak dan gerak silat kunci pesakit yang kerasukan. (ilustrasi bergambar)
8-Kaedah pengasih, pemisah dan pelbagai jenis kaedah pagar rumah/premis untuk merawat pesakit.
9-Pelbagai Kaedah jarak jauh untuk merawat pesakit.
10-Amalan perlindungan diri sebelum menerima risiko dari jin, bomoh dan manusia khianat.
11-Membuat pelaris untuk membantu mengubat pesakit
12-Kaedah masuk ayat
13-Ayat amalan diri sepanjang zaman.

Nantikan kemunculannya....

Testimoni Amalan Yasin 7 Mubin

Pelbagai reaksi yang diterima dari pengamal Yasin 7 Mubin yang membeli khazanah amalan ini dengan RIDAM.

Secara automatik, pembeli buku Yasin 7 Mubin RIDAM mendapat ijazah setelah melakukan syarat ijazah seperti yang tertera dalam buku. Ada yang bertanya samada perlu bersanad/bersuri/bersalam secara berdepan untuk mendapat ijazah pengamalan ini.

Sebenarnya, saya pun mendapat ijazah secara lisan dari Arwah ToK Ayah Lah Pasir Puteh sebelum mengamal amalan Yasin 7 Mubin ini. Sebab itu saya katakan bahawa, mereka yang ingin beramal dengan amalan Yasin 7 Mubin ini hanya perlu membelinya, kemudian mengamal syarat pengijazahan dengan niat yang baik.

Antara ujian pengamalan ini ialah:
1-Badan terasa pijar semasa pengamalan
2-Mengantuk dan keletihan semasa mengamal
3-Melihat bayangan melintas semasa mengamal
4-Anggota badan(spt telinga, bahu, belakang badan) seperti ada yang mencuit
5-Mimpi serangan selepas pengamalan

Untuk itu, janganlah ditakuti akan kesan seperti di atas. Bukan senang untuk senang. Setiap hajat biasanya akan punyai ujian dari Allah. Janganlah takut untuk meneruskan pengamalan.

Dari pengalaman RIDAM, gangguan semasa amalan hanyalah untuk menggertak / menakutkan pengamal supaya menghentikan amalan. Sebenarnya, tiada kesan fizikal pun yang berlaku. Itu semua hanyalah ujian sementara dalam amalan. Hanya Allah yang lebih berhak ditakuti.

Saranan Amalan
Seeloknya, amalan dilakukan selama 3 hari. Jika tiada tindak balas, lanjutkan ke 7 hari. Seterusnya 9 hari atau 21 hari atau 41 hari atau 101 hari.Biasanya tidak melangkaui 9 hari.

Peringatan
RIDAM sesekali tidak menghalalkan amalan ini untuk tujuan keburukan. Jangan tertipu dengan hawa nafsu.

Sekian

RIDAM cuti 3 hari

Waduh...penat sudah saya baring, berdiri, terlentang, duduk dan meniarap. Semuanya rasa tidak kena. Memang kecuaian saya...

3 hari yang lalu, saya mengubati seorang pesakit yang mengidap penyakit Hernia. Atau istilah lain dikenali sebagai penyakit Angin Pasang. Ore kelate & terengganu panggilnya Uluran.

Pada hari mengubati pesakit tersebut, jadual perubatan saya padat dari pagi. Makan tengahari pula pukul 4:30 petang! Orang kata, perut dah masuk angin..

Diringkaskan cerita, saya terlupa memagar diri sebelum melakukan rawatan Hernia. Mungkin kerana itu, diri saya juga dihinggap 'angin' penyakit tersebut. Tahan sakit jugaklah dalam 3 hari ni. Kes rawatan juga terpaksa saya tolak. Tak tahan menanggung derita.. Ujian...

Sebagai peringatan kepada diri sendiri dan perawat, hatta yang cuba-cuba nak merawat..jenis mengurut, penyakit angin atau saraf, sila pagar diri anda... Lebih selamat kalau memakai sarung tangan. Insyaallah, selamat..

Doa-doa la saya cepat sembuh.. Pintu klinik masih ditutup. Mungkin esok lusa, boleh la bukak semula.. Itupun kalau sembuh..

Nasib..nasib... :D

Mencari Rumah Sewa di Kuantan, Pahang

Assalamualaikum..



Buat masa ini, RIDAM tidak punyai masa yang cukup untuk meng-update kisah rawatan yang dilakukan. Di harap pembaca bersabar dan insyaallah, banyak kisah panas sepanjang sesi rawatan sekitar bulan Mac hingga tarikh ini.



RIDAM meminta jasa baik pembaca blog kalau-kalau ada yang tahu atau mendengar rumah yang hendak disewakan sekitar Kuantan, Pahang.



Kriteria rumah yang hendak disewakan adalah seperti berikut:-

- Lokasi: sekitar alor akar, tok sira, kubang buaya atau taman gelora.

- Jenis rumah: Teres conner lot / Semi-D / Banglo. (tak blh rumah rapat sgt, nnt mengganggu jiran seperti kes rasukan yang agresif)

- Kalau boleh, ada luas tanah dibahagian tepi.

- Harga berpatutan.



Jika ada, sila hubungi RIDAM di 019-9891078. Perancangan sewa antara Mei hingga Jun.



RIDAM akan berhijrah ke Kuantan, Pahang bagi memikirkan kemudahan pesakit utk datang setelah banyak permintaan yang diterima.



Kerjasama dan kebaikan saudara/saudari amatlah diharapkan dan semoga kalian mendapat lindungan rahmat Allah selalu.



Sekian..

Buku Terbitan RIDAM - Yasin 7 Mubin

Kaedah pengubatan melalui amalan Yasin 7 mubin telah banyak dibincangkan sejak akhir ini. Atas dasar kemudahan kepada mereka yang ingin mencuba kaedah ini, RIDAM telah menerbitkan buku khas Amalan Yasin 7 Mubin beserta doa yang diijazahkan oleh Allahyarham Tok Cikgu Lah Pasir Puteh kepada pengasas RIDAM, sdr Khairul Syakirin.

Untuk pembelian, sila hubungi RIDAM.

Harga Runcit: RM12.00

Harga termasuk pos: RM18.00 SM / RM20 SS

Perhatian

Untuk mengelak sebarang kekeliruan pada baki bayaran, sila bank-in secara online atau nyatakan hala tuju baki (seperti yang dinyatakan di bahagian kanan blog) pada pihak RIDAM.

Kursus Persendirian di RIDAM

Assalamualaikum..
Penat saya menjawap panggillan telefon, sms dan email. Rata-rata bertanyakan bila RIDAM nak buka kursus rawatan lagi..

Sebenarnya, saya masih sibuk dengan pembinaan kolam renang seluas 15kaki x 23 kaki dan taman lanskap di hadapan RIDAM. Memang dah minat saya suka berkelah di hutan air terjun, maka, diharap pembinaan lanskap ini nanti akan mengubat rindu saya jika tidak berkelah..Dalam plan, saya akan membina air terjun mini dihujung kolam itu nanti..

Alangkah seronoknya nanti bila mendengar deruan air terjun di RIDAM walaupun itu hanyalah air terjun buatan. Makcik depan kediaman RIDAM siap bergurau lagi..katanya: "lepas ni ustaz, kalau nak mandikan pesakit, celup dalam kolam ni jer..tak payah susah-susah"..Adus makcik, kalau macam ni lah gayanya, lingkup saya sebab kena selalu salin air baru...banyak budget tu..

Oleh kerana permintaan yang ramai, maka, saya membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk belajar secara berkumpulan. Syarat penyertaan dan perkara berkaitan adalah seperti berikut:

1-Minima sekurangnya 4 orang
2-Bayaran sebanyak RM250 di bank-in seminggu sebelum kelas pengajian.
3-Nota, makan dan sijil diberikan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-9891078..

Sekian

Soal jawab TOYOL

Assalamualaikum..
Ingin saya berkongsi dengan pembaca berkenaan TOYOL yang seringkali disebut-sebut dan ada juga ditayang dalam filem..

Sebenarnya, TOYOL ni banyak version story nya... So, saya terangkan semua yang pernah saya dengar sebelum ini..

Version 1
Toyol adalah hasil pemujaan kepada mayat anak sulung dari ibu sulung yang mati pada hari Selasa. Mayat baby ini akan disalai selama 40 hari disamping dibaca beberapa mentera. Sebab itu orang dulu-dulu, kalau anak sulung mati dari ibu yang sulung hari selasa, kubur akan dijaga sehingga 40 hari lamanya. Selepas 40 hari, mayat tersebut tidak boleh lagi diguna untuk menghadirkan toyol..Kira dah expired la.

Version 2
Toyol adalah anak jin yang perolehi samada menculiknya atau membuat perjanjian dengan ketua jin. Untuk mendapat toyol, ilmu kebatinan dan syirik perlu tinggi. Antara syaratnya ialah memberi makan darah tuan dari ibu jari kaki kiri atau jari manis tangan kanan.

Makanan Toyol
Ada yang mengatakan hanya makan darah jari. Tapi ada juga yang makan telur ayam. Version lain pulak mengatakan bahawa toyol turut makan darah haid gadis sunti.

Kegemaran Toyol
Sifat Toyol seperti budak-budak. Antara kegemarannya ialah bermain dengan kacang hijau, syiling 10 sen dan gadis dara. Memang hajat tok bomoh akan terbantut kalau toyol jumpa barang mainan waktu nak mencuri. Jawabnya, sampai pagilah toyol tu leka tanpa terlupa kerjanya.

Toyol tidak tahu alam ngaib
Sebenarnya, toyol tak tahu pun dimana duit disorokkan. Biasanya, toyol akan buat intipan dahulu, kt mana duit disimpan.. Malam baru start kejer. Kadangkala, tuan toyol akan kasi spesifik location...senang sket kejer si toyol tu.

Duit betul-betul hilang angkara Toyol?
Ada beberapa pendapat tentang duit yang dicuri:

1- Duit tidak hilang. Tapi berkatnya diambil. Contohnya, kalau berkat ada pada duit RM10, nak habiskan belanja dengan RM10 memang lambat. Berbanding dengan duit RM100 yang tiada berkat.Kejap je habis belanja.

2-Duit hilang secara fizikal. Ni kira betul-betul lesap la.

Adakah duit letak dalam Al-Quran boleh dicuri toyol?
Jawabnya BOLEH. Quran untuk dibaca. Bukan peti simpanan. Dah banyak kes yang diterima. Still gak lesap duit tu.

Petua mengelak kecurian dari si Toyol
1-Letakkan kacang hijau atau duit 10sen di luar tempat simpanan. Insyaallah, dia akan leka bermain dengan benda tu hingga lupa tugas mencurinya.
2-Simpang duit di dalam uncang yang bertali. Dikatakan, toyol ni takut nak ambik sebab risau boleh tercekik.
3-Sertakan bersama Daun Jelatang Gajah. Dikatakan, daun ini amat ditakuti Toyol dan pembela pelesit.
4-Membaca ayatul qursi setiap kali menyimpan duit dan pohon pada Allah agar harta dijaga.

Soalan yang tak dapat dijawab sampai sekarang berkenaan Toyol
"Ustaz, dah kalau toyol tu kejernya mencuri, kenapa tuan toyol tak suruh toyolnya curi kat bank jer..?lagi banyak..Duit orang tak bayar zakat pun berlambak dalam bank tu"

Jawapannya: "wallahu'alam......"

Please Call...No SMS

Assalamualaikum..

Saya minta jasa baik mereka yang menghubungi RIDAM secara SMS sila hentikan..Kalau nak bertanya, sila TELEFON..

Hal ini telah saya nyatakan dalam ruangan sebelah kiri blog RIDAM.

Bukan saya sombong untuk membalas SMS, tapi kan nak balas memerlukan masa.Apatah lagi kalau panjang jawapannya...

Harap pihak yang SMS tu sila call..Lagi cepat,mudah dan terang jawapan yang akan diberi.

Harap Maklum

Intisari Sebenar Rehlah RIDAM di hutan

Terkejut saya bila buka blog RIDAM (colum shoutmix) hari ni....Baru 2 hari tak surfing, dah lintang pukang jadinya...

Macam ni lah...tujuan aktikal kali ni khusus untuk makhluk manusia yang ber-nickname TOYOL dan seangkatan dengannya. Moga cerahlah hatinya dan elok tutur kata komplennya...

Tujuan rehlah RIDAM dijalankan di hutan pada kali ini bermotifkan beberapa perkara. Pengisian program juga sudah diatur mengikut objektif yang positif.

1)Program kali ini berharap boleh menemukan peserta RIDAM dari beberapa program sepanjang tahun ini disamping mengeratkan silaturrahim. Ada dari program di Port Dickson, Pahang, Kemaman, Melaka, UM dan UiA. Sekaligus boleh bertukar-tukar pendapat dan mewujudkan keakraban sesama perawat. Yang tua berkongsi pada yang muda. Yang muda pula mendapat tunjuk ajar dari yang tua.. Kan harmoni tu?

2)Keadaan hutan lebih mencabar. RIDAM menggunakan pendekatan konsep CABARAN sebagai satu motivasi kepada perawat untuk lebih bersemangat di dunia luar nanti. Nak jadi perawat kena cekal! Selain mengubati manusia, cabaran serangan jin, ahli sihir dan fitnah tak berkecuali. Risiko tetap ada!

3)Pengalaman Pengajian:
Kita seringkali melihat cerita pahlawan / mistik yang belajar di dalam hutan. Sebenarnya, pengalaman inilah yang nak diberi pada peserta. Seperti kata TOYOL baik belajar dalam masjid, saya tak nafi boleh dan dapat pahala iktikaf pula.

Tapi, salahkah kalau belajar di hutan?Hanya sebagai merasai pengalaman. Bukan selamanya nak belajar dalam hutan. Kalau macam tu, toksah ada sekolah lah...En/Pn TOYOL boleh suggest pada Menteri Pendidikan agar sistem pendidikan kita tidak lagi dibuat di sekolah atau ipt..Semua pengajian boleh buat kat masjid..... :D

Saya bukan nak kecilkan masjid..tapi dalam silibus kali ni ada aktiviti lasak...Nak meniarap, panjat bukit, mandi sungai, takkan semua tu nak buat dalam masjid... Akai ada ka?

Yang pi tuduh cari jin tu apa ke-fitnah pulak? Kenapalah tak pikir dosa pahala bila komplen? Tak TAKUT AZAB ALLAH ker? RIDAM hanya ingin menunjukkan tapak kampung bunian SAHAJA. Macam mana persekitarannya di alam sedar.. Suasana tempat tersebut.. dan kedudukan tumbuhan disekitarnya.. Bukan ajak gi jumpa jin pun.. Yang haru-biru dok sound-sound kat blog RIDAM ni kenapa...?

Satu lagi, kalau dah nak sangat program dibuat di Masjid, apa kata En/Pn TOYOL pulak yang anjurkan... Boleh la ajar mcm mana nak FITNAH ORANG...siap boleh buat pakej BATU API sekali...berapa maharnya?

Satu lagi, nak gak kenal si TOYOL ni.....takkan nama samaran jer kot? Penakut ker? :D

Gambar & Rakaman siri pembelajaran di UiA- 31 Okt hingga 1 Nov 2009

Alhamdulillah....seminar perubatan bersama RIDAM di UiA telah selamat diadakan dengan jayanya.Moga peserta beroleh manfaat yang berguna.

RIDAM amat berbesar hati jika peserta di UiA yang mempunyai gambar semasa kursus (termasuk sesi pengijazahan) boleh lah di emailkan di darulmanzil@yahoo.com sebagai kenang-kenangan.



















RAKAMAN LATIHAN DETEKSI GELOMBANG



4 Unsur Alam & Kegunaan aura warna

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan dalam Silibus Aura pada pelajar RIDAM di UiA, maka pelaksanaan untuk memancar atau menerima khasiat gelombang alam ciptaan Allah adalah seperti berikut:-

1)TANAH
Warna:Biru
Sifat kimia:Karbon
Kegunaan:Resapan/Pancaran utk perubatan lemah semangat/pengasih

2)API
Warna:Merah
Sifat kimia:Oksigen
Kegunaan:Pancaran pd kes kerasukan/semasa proses pancung,sembelih,bom dll.

3)AIR
Warna:Hijau
Sifat kimia:Hidrogen
Kegunaan:1.Pancaran/Meresap bagi masalah panas baran
2.Pancaran semasa menepuk utk proses buang Susuk

4)ANGIN
Warna:Putih
Sifat kimia:Nitrogen
Kegunaan:1.Pancaran semasa asas merukyah.
2.Pancaran bebola melindung diri
3.Pancaran semasa proses 'menarik' jin

Bismillah 5

Di sini dikongsikan sedikit petua amalan dari guru saya:Pak Su Nor Bachok.
Antara amalan mengelak sihir dan santau adalah dengan selalu mengamalkan Bismillah 5.Bacalah selalu sebagai amalan selepas solat, nak keluar rumah dan semasa nak tidur.Moga mendapat perlindungan Allah selalu.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


p/s: Jangan meletak yakin pada ayat..tapi meletak yakin hanya pada Allah..Ikhtiar dan doa..Moga dimakbulkan Allah doa kalian.

SEMINAR PERUBATAN ISLAM DI UiA GOMBAK (31 Okt - 1 Nov 2009)

Sila klik gambar di atas

Tempat Kursus: 4-ADM Lt-1, UiA Gombak (sebelah Masjid UiA)

Yuran:

  • Pelatih baru (Siri 1 & 2) = RM180
  • Pelatih baru (Siri 1) = RM100
  • Pelatih ridam (Siri 2) = RM90

*Sila nyatakan siri program melalui SMS setelah membuat transaksi bayaran

Makluman:-

  • Yuran di atas termasuk nota dan kelengkapan asas rawatan
  • Yuran di atas tidak termasuk makan minum.- Kantin hanya berdekatan tempat kuliah dengan harga yang berpatutan.
  • Bagi peserta musafir, anda boleh menginap sekaligus beriktikaf di Masjid UiA (bersebelahan tempat kuliah). - Kebenaran telah diperolehi
Daftar segera di bawah pakej pengajian Rawatan Islamik dengan harga yang termurah di Malaysia

*Intisari Seminar Siri-2*


1.Insyaallah..pelajar didedahkan dengan penggunaan teknik DBS bagi menyelesaikan masalah kes berkaitan.

2.Teknik menahan serangan musuh dan kaedah pulang balik

3.Pendedahan kepada perbezaan penyakit klinikal dengan penyakit gangguan serta kaedah merawatnya menggunakan Ayatul Quran dan makanan alternatif seperti:

a.Kegatalan b.Bengkak anggota c.Bengkak kalenjar d.Angin medu e.Gout f.Sakit kepala g.Ulser h.Tonsil g.Batu karang h.Haid tidak teratur i.Gastrik j.Leukimia k.Susah dapat anak

Peta Ke UiA Gombak

http://www.malaysiamap.org/location/data/images/pro/img_51iiu_map.gif

Peta UiA

ID Card RIDAM



Hanya kepada peserta RIDAM
Harga: RM15 (termasuk pos)

Tempahan:
1.Sila bank-in ke akaun ridam
2.email ke darulmanzil@yahoo.com dengan intisari berikut-
a.Nama
b.Alamat
c.No. telefon
d.gambar saiz passport
e.tarikh & program seminar

3.sms ke 019-9891078 untuk makluman

Sedekahkan Al-Fatihah untuknya..

Tengah hari tadi, saya mendapat berita dari seorang rakan tentang kematian seorang pesakit saya yang baru sahaja sembuh dari penderitaan yang dialami selama bertahun-tahun.

Mengimbas kembali kepada kedatangan pertama beliau ke RIDAM, dirinya kelihatan lemah dan tidak bermaya.Beliau mengadu mengalami masalah sakit dibahagian pinggang, bengkak kaki (kelihatan seperti gout), luka yang tidak sembuh (simptom kencing manis) dan sesak nafas.Kerana keadaan beliau yang begitu parah, proses rawatan dilakukan dalam keadaan pesakit duduk di atas kerusi (biasanya berlunjur di atas lantai).

Sayu melihat keadaan beliau pada masa itu...

Saya memulakan rawatan dengan mendiagnos(mencari punca penyakit).Satu persatu point refleksologi dan nadi saya periksa...Masyaallah..semua tanda-tanda yang diperiksa menunjukkan tiada kesan serangan penyakit..Semua normal!

Masalah sama diadukan beliau bila membuat pemeriksaan di hospital...Bacaan darah dan MRI juga normal!!!!

Seperti biasa, saya memulakan proses rawatan dengan bacaan rukyah.Namun, tiada tindak balas yang berlaku.Saya ikhtiarkan dengan kaedah 'mata batin' dan memohon sebanyaknya kepada Allah bagi mengesan punca penyakit yang dialami beliau.

Tatkala menerobos ke alam batin, saya melihat sehelai alas kaki besar berwarna biru terbentang dihadapan pintu pejabat XXX tempat beliau bekerja.Alas kaki itu saya selak dan terlihatlah beberapa tompok debu putih di bawahnya.Saya juga menglusuri trak berjalan kaki pekerja XXX hingga ke pintu pagar berhampiran post keselamatan.Rupanya ada calitan minyak yang melintang di bawah pagar tersebut.

Saya ulang ayat memanggil minta Allah tunjukkan OKS namun tiada apa yang muncul.Mungkin tiada keizinan dari Allah....Allah lebih mengetahui....

Setelah selesai perjalanan 'mata batin', saya bersoal jawab dengan pesakit.Mengikut katanya, dadanya akan bertambah sakit sebaik sahaja dia memasuki tempatnya bekerja. Kakinya juga akan bertambah sakit jika melalui pintu (sebaik shj memijak alas kaki yang saya nampak).

Kepastian telah diperolehi..Maka saya kembali semula mengatur pernafasan dan ritual 'mata batin' diulang semula bagi menawar tempat yang disyakki terletaknya barang sihir.

Kemudian, rawatan dialihkan pula kepada pesakit. Sewaktu menggunakan teknik senafas di dada beliau, tapak tangan saya merasai caj elektrik secara berselang. Saya tarik dengan doa agar penyakitnya sembuh. Alhamdulillah, kesakitan dadanya hilang serta merta.Bahagian anggota badan yang lain saya tiupkan dengan bacaan doa saraf agar ianya kembali pulih seperti sedia kala.

Pesakit kemudiannya dibekalkan dengan minyak zaitun rukyah sebagai alternatif mengembalikan sistem tubuh yang terganggu.Limau yang siap dirukyah saya bekalkan sebagai terapi mandian untuknya.Begitu juga dengan air yang siap dirukyah bagi rawatan dalaman semasa beliau berada di rumah.

Kedatangan kali ke-2 dan TERAKHIR

Saya terkejut dengan perubahan yang dialami pesakit.Syukur pada Allah, beliau tidak lagi jalan terhenjot-henjot.Pernafasan beliau juga kembali normal...Kedatangan kali ini hanyalah ziarah dan untuk mengucapkan terima kasih kepada saya..Tak sangka pula inilah ziarahnya yang terakhir..

Moga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang soleh...Amin

Pengumuman pada ahli RIDAM

Assalamualaikum W.B.T

Khas untuk ahli RIDAM.

Saya memohon jasa baik saudara & saudari yang pernah mengikuti Seminar RIDAM agar menghantar maklumat & gambar di darulmanzil@yahoo.com seperti berikut:

Subject: Pelatih RIDAM

Attachment: Gambar (seeloknya bersaiz passport)

Intisari:
a.Nama, IC, Umur, Alamat,No.telefon,Tempat Seminar & Tarikh penyertaan.
b.Nyatakan samada anda telah menerima sijil / tidak.

c.Pengalaman merawat (tahun atau bulan)
d.Nyatakan samada anda ahli dari perguruan lain
e.Nyatakan samada nama & telefon anda dibenarkan untuk dipamer di blog RIDAM sebagai pelatih RIDAM


Makluman:
1.PC Ridam telah dimasuki virus dan data pelatih telah hilang.
2.Tujuan lain adalah untuk makluman kepada ahli sekiranya ada perbincangan & latihan.

Rancangan masa depan:
RIDAM akan membuat kad ahli bagi pengiktirafan dan bukti keahlian. Hal ini akan dimaklumkan kelak.

Sedekahkan Al-Fatihah....

Sewaktu program Usrah antara ahli Silat Marcom di RIDAM semalam, kami terdengar dentuman pelanggaran yang kuat. Maklumlah, RIDAM dengan jalan utama ke Kuantan letaknya cuma bersebelahan jer..

Maka tak syak lagi, kami andaikan itu adalah accident.Tapi tak pulak kami ke tempat kejadian kerana program masih belum selesai.

Sejam selepas bunyi dentuman tersebut, seorang ahli kami menerima panggilan telefon. Masyaallah....rupanya yang berbunyi tadi adalah accident dari sahabat.Berita yang kami ketahui juga mengatakan rakan ahli tersebut sudah meninggal dunia... Innalillahiwainnailaihiroji'un....

Al-Fatihah kami tujukan padanya.Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh.

Esok lusa, mungkin MASA kami pula.. Wallahu'alam

3 SIFAT ALLAH yang utama

Teringat kepada pengalaman saya berguru dengan Arwah Kiyai Haji Sufian di Indonesia dulu. Peringatan pertama yang ditekankan kepada saya adalah ajaran Tauhid. Termenung sebentar bila beliau menekan ajaran tauhid dahulu sedangkan tujuan saya berguru dengannya hanyalah untuk mempelajari ilmu perubatan.

Kiyai hanya tersenyum setelah beliau melihat riak wajah saya pada ketika itu.

Kiyai: Kenapa kejut bangat? Kamu goncangan ya bila bapak enggak lanjut pada pinta kamu?

Saya: Erm...

Kiyai: Syakirin. Kamu usah gusar. Bapak tidak kejam sama kamu.Dari jauh kamu kemari, pulang kamu nanti ke Malaysia tidak sia-sia.Tapi kamu harus kenal Allah dulu. Bila kamu kenal Allah, kamu bisa kenal pada yang Hak, bisa mengenal bathil, bisa mengenal agama...Insyaallah, permintaan kamu akan bapak kotakan.

Saya: Saya keliru bapak. Adakah belum cukup apa yang saya belajar semasa di sekolah dahulu?

*Kiyai tersenyum
Kiyai: Kalau begitu, bisa bapak tanya sama kamu?

Saya: Tanya apa pak?

Kiyai: Nyatakan pada bapak sifat Allah yang kamu tahu? Kita lihat pemahaman kamu..

Saya: Setahu saya, sifat Allah ada 20 Pak.

* saya pun nyatakan sifat 20 yang saya tahu. Tapi kantoi sebab tahu sebut sifat Allah dalam bahasa arab jer. Bila suruh transelit, tak semua boleh.

Kiyai: Itulah. Apa yang kamu belajar dulu cukup kadar mahu lulus periksa saja kan? Apa guna tahu sebut, tapi maknanya enggak bisa nyata.

* Saya mengangguk malu. Memang ilmu tak cukup pun. :D

Kiyai: Anakku, perkara tauhid yang harus kamu tahu pertamanya adalah sifat Allah. Sifat Allah semuanya ada 3. Dapat tu?

* Dalam hati – ’ini sifat Allah mana pulak ni? Tak pernah ku dengar sifat Allah ada 3 ni’

Kiyai: Kenapa? Hairan bila bapak sebut sifat Allah ada 3?

Saya: Tak tahulah pulak saya Pak. Setahu saya sifat Allah ada 20 kan?

Kiyai: Jawapan kamu tu pun betul.Cuma belum bisa lengkapnya . Tiga sifat Allah adalah sifat Wajib, sifat Harus dan sifat Mustahil. Ngerti?

Saya: Erm, tak faham lagi la pak. Boleh terangkan lagi..

Kiyai: Baik, kamu harus tahu sifat Allah yang pertama iaitu SIFAT WAJIB.Sifat WAJIB ALLAH adalah apa yang kamu nyatakan tadi la.

Saya: Yang mana Pak? Yang sifat 20 tu ker?

Kiyai: Iya...

* Kiyai pun memberi penerangan detail. ...

Saya: Dah tu, SIFAT MUSTAHIL ALLAH pulak apa pak? Ke lawan sifat 20 tu?

Kiyai: Betul, ada pun SIFAT MUSTAHIL ALLAH adalah lawan pada sifat 20 tu.Kita lihat ya.....(terang kiyai panjang lebar)

Dibawah ni, saya nyatakan ringkasan je lah. Kalau tak, penuh la blog ni. Inipun ringkasan yang diambil dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/209/sifat-20-bagi-allah


BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata


Saya: Dah tu, SIFAT HARUS ALLAH pulak apa Pak?

Kiyai: SIFAT HARUS ALLAH adalah MUMKIN iaitu sesuatu yang harus ada dan tiada. Maka kita bisa lihat alam ini kerna sifat harus itu. Kita juga bisa lihat adanya manusia, binatang dan ciptaanNya pada dasar SIFAT HARUS ALLAH itu.

Saya: Ooooo...begitu pak. Baru saya faham maknanya..

Kiyai: Syakirin..wajib ke atas kita sebagai hambaNya mengenali sifatNya. Bila kita mengenal Allah, maka jalan iradhat kita enggak bisa rosak. Kerna itu bisa kita lihat mereka yang sesat. Kesesatan itu lahirnya dari dasar hati yang tidak mengenal Allah. Maka kerna itulah ada antara mereka yang bilang bisa bertemu Allah. Maka ada lahir antara mereka yang mengaku Nabi selepas Muhammad. Maka ada antara mereka membayang Allah pada bentuk jasad. Ini semua kerana jahilnya mereka dalam mengenal Allah....

Saya: Saya baru faham Pak. Dalam sungguh perkara ni ya Pak?

Kiyai: Ini baru mulanya Syakirin. Belajarlah..Masih jauh belum kamu temui..

Penerangan kami berakhir setelah senja.

Mengalir air mata bila terkenangkan arwah. Saya bukan mengenangkan jasadnya. Tapi saya mengenangkan ilmunya. Pada ketika saya mendapat khabar kematian beliau pada Januari 2009 dari seorang pekerja ladang indonesia, saya baru bercadang untuk menziarahinya pada bulan Mac berikutnya.

Sayang, hajat saya tidak kesampaian....

Al-Fatihah...saya hadiahkan pada beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba yang soleh...Amin

Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM

Assalamualaikum..

Atas dasar keinsafan dan nasihat rakan-rakan, PIHAK RIDAM menyediakan ruang 'Soal & Jawapan yang biasa pada RIDAM' bagi rujukan dan pemahaman ilmiah.

Untuk itu, diharap, isu artikal 'Sound Tak Habis2' beralih kepada isu ini kerana niat saya hanyalah untuk menyampai, berbincang dan berkongsi ilmu.

Kepada pihak yang berkecil hati, SAYA MEMOHON MAAF secara terbuka jika anda terasa.

Perkara yang lepas juga bila difikirkan, juga sebenarnya adalah kesalahan saya kerana tidak menyemak status pemanggil dan tidak menapis dengan berhati-hati sebelum artikal dipaparkan.

Untuk itu, mari kita perhatikan Soalan dan Jawapan yang telah dan biasa diterima RIDAM sepanjang menceburi bidang rawatan Islam ni.

SOALAN PERTAMA

Pen-Soal: Pertama, apa related kaedah 'mata batin' dengan perubatan terutama kesan barang sihir?

Saya: Baiklah...kaedah yg saya gunakan pertamanya harus iktikad pada Allah dan yakin akan keEsaanNya. Kedua, anergy / tenaga dalaman yang kita guna dalam membaca ayat rukyah yang akhirnya menghasilkan gelombang/frequensi perubatan ditujukan pada penyakit atau jin yang mengganggu. ketiganya, kaedah perjalanan minda/rohani.Tiga elemen ini diguna untuk mendiagnos penyakit yang ada pada pesakit termasuk barang sihir dan puncanya.Bab ni kena belajar dan perlu ada latihan khas.

Pen-Soal: Dah tu, ustaz kesan barang sihir macam mana?

Saya: Beginilah, kalau soalan tu yang awak tanya, awk pula kesan macam mana?

Pen-Soal: Saya tak pernah kesan pun. Saya perhatikan tanda saja.

Saya: Baiklah...jawapan saya mudah.Barang sihir yang dijumpai adalah dengan keizinan Allah memberi ilham atau gambaran nurani kepada saya.Visual ini datangnya terus ke mata hati.Itu pun saya tidak meletakkan kepercayaan 100%. Tapi tak salah kalau kita mencarinya.Kalau ada, maka betul la.Kalau tak ada, kesembuhan penyakit itu kita terus panjatkan doa pada Allah..salah ker?

Pen-Soal: Apa beza dengan tilik?

Saya: Tilik memerlukan benda atau pihak ketiga dalam menilik sesuatu. Amalan yang saya guna tidak melibatkan sesuatu.Saya hanya memohon terus pada Allah dengan membaca ayat-ayat rukyah yang ada dalam Al-Quran dan hadis.Itu sahaja..

Pen-Soal: Macam mana ustaz boleh tahu itu dari Allah? Saya rasa itu mainan jin..

Saya: Awak ada baca buku A**** W**** S**** B***.Awak dah habis baca bukunya?

Pen-Soal: Dah...satu isinya saya ingat.Kenapa?

Saya: Awk yakin kebenarannya?

Pen-Soal: Ya...saya yakin..

Saya: Kalau begitu, dalam buku tersebut ada dinyatakan 'anda mesti bertanya di mana letak sihir tersebut.....' Sentence ni pulak apa komen saudara? Adakah kamu akan percaya pada jin yang kamu tanyakan tu?

*Maka saya menyambung lagi

Saya: Begitu juga dengan saya. Apa yang dilihat atau ditanya terus pada jin tidak saya letakkan kepercayaan 100%. Kalau jin tu kata ada barang sihir disesuatu tempat, tak salah kalau kita cari dengan niat membuangnya.Kalau tak jumpa, jin tu jenis menipu la tu..dah memang jin tu penipu.

Pen-Soal: Baik, saya check semula buku tu..

Saya: Saudara nak check? Ni hah.. (lantas saya berikan judul buku beserta muka suratnya sekali)..

Pen-Soal: Baiklah...saya mengaku saya belum cukup ilmu lagi.Kita beralih kepada soalan kedua. Boleh?

SOALAN KEDUA

Saya: Okey la..Apa soalannya?

Pen-Soal: Saya baca dalam blog Ustaz mengatakan ustaz ada melakukan rawatan dengan kaedah sembelih jin, bom, pancar api dan sebagainya sebagaimana teknik yang turut diamal oleh AKRINE dan perawat lain..Setahu saya, jin mana boleh dibuat macam tu.Itu semua mainan jin.

Saya: Saudara..pernahkah saudara fikir dengan kaedah membaca rukyah, apa yang menyebab jin tersebut sakit?

Pen-Soal: Pernah..Hanya Allah yang menyembuh.

Saya: Saya tahulah Allah yang menyembuh.Itukan sifat wajib Allah pada ciptaanNya.Contoh lain, bila kamu kenyang, apa yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Mestilah makanan.

Saya: Dah tu, kenapa kamu tak kata Allah yang mengenyangkan kamu?

Pen-Soal: Itu saya tau la.. (dia kemudian terdiam..)

Saya: Tengok, jawapan kamu dah macam jawapan saya tadikan?

Saya: Setiap bacaan yang kita baca akan menghasilkan haba. Haba itu adalah tenaga. Tenaga haba punyai zarah-zarah dan atom yang hidup. Saya suka jelaskan secara sains agar awak mudah sikit paham. Atom-atom yang hidup itu akan merakam bacaan yang kita baca dan yakinlah bahawa bacaan alunan Al-quran, doa dan zikir itu punyai mukjizat dah khasiat yang amat besar dengan izin Allah. Dengan keizinan Allah, tenaga haba yang merakam alunan al-Quran akan menyakitkan jin yang mengganggu atau penyembuh penyakit yang ada pada pesakit.

Teknik yang awak tanyakan tadi boleh dilakukan apabila seseorang itu mampu mengawal tenaga haba pada dirinya dan mengolah pada tenaga minda.Kemudian, melalui tenaga minda ini, kita boleh minta pada Allah agar menjuruskan bentuk haba tersebut samada dalam bentuk kilat, api, senjata sembelihan, bom atau sebagainya. jadi, kalau saudara tak belajar lagi bab ni, saya alukan saya awak cari guru yang mahir. Saya mengaku bahawa saya ni masih jahil dan cetek ilmunya....

Pen-Soal: Erm...boleh terima jawapan tu..Ada lagi soalan ni..Boleh ker Ustaz?

Saya: 10 soalan pun boleh..Bagus jugak awak telefon..

SOALAN KETIGA

Pen-Soal: Soalan Ketiga..Boleh jelaskan tentang teknik tangkap jin dalam botol.Saya kurang percaya la..

Saya: Saudara, soal percaya atau tak, itu terserah pada kamu.Tapi, kamu pernah buat pagar rumah kan?

Pen-Soal: Ada..saya baca pada garam dan bahan lain kemudian saya pagar la..

Saya: Baiklah, ada 2 elemen yang kamu kena lihat di sini. Pertamanya adalah garam. Kenapa kena guna Garam? Tak guna gula-gula ker, nasi ker, buah guli ker.?

Pen-Soal: Apa yang saya belajar, garam tu boleh sakitkan jin.Dah memang Allah bagi kelebihan begitu..

Saya: Dah tu, kenapa awak pakai juga teknik rukyah masa merawat? Kenapa tak bagi terus garam atau tabur terus pada pesakit kalau itu kepercayaan kamu..?

* Saya menyambung lagi

Saya: Sudah saya nyatakan berkali-kali..jgn terus nak buat kesimpulan..Garam itu adalah elemen/unsur sahaja dan kita pasti bahawa dalam Garam itu adalah lagi makhluk Allah yang lebih kompleks iaitu zarah atau atom. Makhluk inilah yang akan merakam bacaan dan kemudiannya dijadikan zikir terus menerus. Kita harus paham bahawa syaitan tidak mampu mendekati makhlukNya yang sentiasa berzikir pada Allah..Tapi betul pun teknik saudara tu, cuma penerangan saja yang susah sikit nak diterangkan..Kena belajar pulak cara nak terang...Tapi mungkin saudara dah tahu kot, selain garam, apa jua benda yang bersifat asid lemah boleh diguna seperti lada hitam, cuka, buah kelor dan sebagainya..

Saya: Harap saudara paham.Paham ker?

Pen-Soal: erm...tapi mana jawapan pasal botol tu?

Saya: Sabar..alang-alang nak kasi paham, biar saya kasi paham semua. Kan?

Pen-Soal: Baiklah..

Saya: Elemen kedua ialah rumah yang hendak dipagar. Ada tak rumah yang tidak punyai satu lubang udara pun padanya?

Pen-Soal: Mana ada...paling kurang pun ada lubang tingkap, lubang atas loteng dan lubang bawah pintu..

Saya: Kalau macam tu, apa jaminan kamu yang membolehkan jin tidak dapat masuk rumah lepas di 'pagar'.

Pen-Soal: Itu semua kuasa Allah,hanya ikhtiar..

Saya: Jawapan ni lagi..Mcm ni, rumah itu adalah elemen. Dengan yakin pada Allah sebagaimana yang saudara beritahu tadi, kita 'pagar' dengan ayatul Quran ataupun doa atau bahan yang dibaca dengan ayat Quran.Maka kita iktikadkan bahawa dengan izin Allah, rumah tersebut tidak dapat dimasuki jin. Betul?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Kalau macam tu, samalah juga dengan memasukkan jin dalam botol. Kita bacakan doa yang bersesuaian pada botol dengan iktikad seperti penjara. Maka dengan izin Allah, kita tarik jin itu keluar dan masukkan dalammnya. Tak boleh keluar jugak jin tu kan? Samakan?

Pen-Soal: Erm...sama..tak sedar pulak saya hal ni.Memang samalah..

Pen-Soal: Maafkan saya ustaz..Bukan niat saya nak buat ustaz sakit hati..

*Dia menyambung lagi

Pen-Soal: Tapi guru saya tu lulusan agama.Tak sangka pulak dia tak sedar perkara ni..

Saya: Lulusan mana, itu bukan persoalannya. Ada ke pusat pengajian buat pengajian khas dalam Degree / Diploma Rawatan Islam? Setahu saya tak ada kan? Kebanyakkannya belajar secara persendirian. Betul kan?

Pen-Soal: Betul..

Saya: Jangan lihat semua lulusan agama, lurus jalannya. Ada diantaranya menjadi pengasas ajaran sesat di Malaysia. Semua itu ikut pada personaliti dan syariatnya.

Pen-Soal: Saya paham ustaz.

Saya: Saya juga bukanlah Ustaz dari lulusan pengajian Islam. Saya lulusan Elektrikal dan bekas Engineer.Tapi tak salah kalau kita involve bidang Rawatan Islam kan?

Pen-Soal: Ya..saya setuju ustaz. Saya pun bukan lulusan agama gak.Saya kerja pun sektor swasta.

Saya: Baiklah kalau kamu dah paham.Saya harapkan perbincangan kita ini dapat disampaikan pada mereka yang belum paham.Boleh?

Pen-Soal: Boleh Ustaz.Tapi, saya bertanya ni kerana amalan ustaz ni tak pernah di ajar oleh Rasulullah. Sebab tu saya tanya.

Saya: Saya akui, memang tak ada dalam Al-Quran pun. Tapi kita kena paham cara dan kaedah rawatan.Kepada siapa kita iktikadkan? Adakah kita menggunakan pujaan? Adakah kita menipu? Adakah kita beriktikad selain Allah? Kalau kita faham hala taqarrub kita pada Allah, kenapa ia dikatakan salah?

Pen-Soal: Tapi,sya tidak menggunakan teknik sebegitu. Saya yakin pada Quran sebagai syifa'.

Saya: Yer ker? Kalau begitu, dengan jujur saya ingin bertanya. Adakah antara ilmu yang kamu tuntut menggunakan teknik kencing di atas batu panas sebagai kaedah merawat sihir?

Pen-Soal: Ada

Saya: Adakah kamu pernah belajar kaedah menanam baju pesakit di tanah perkuburan?

Pen-Soal: Ada.Tapi mana ustaz tau?

Saya: Yang tu tak perlu kamu tahu.Tapi sila beritahu saya, dari ayat mana dalam Quran atau dari hadis mana amalan ini diambil. Boleh?

Pen-Soal: Yang tu tak ada la ustaz. Tapi confirm dari mereka yang alim la.

Saya: Kalau begitu, tak perlulah kamu bangga dengan statement kamu tadi. Kamu pun ada mengamalkan amalan selain dari yg terkandung dalam Al-Quran dan hadis, tapi kamu yakin tidak menyelewang kerana kamu tahu iktikad kamu pada siapa kan?

Pen-Soal: Baiklah ustaz.Saya dah paham sekarang. Saya minta maaf banyak-banyak.

Saya: Yang penting kamu faham. Boleh sampaikan pada mereka yang lain. Boleh?

Pen-Soal: Boleh ustaz.Saya akan sampaikan...setakat ni sahaja Ustaz.Kita bincang lain kali boleh?

Saya: erm...baiklah..Nanti bila saya balik KL, kita jumpa. Assalamualaikum...

Pen-Soal: Waalaikumsalam..

Macam mana....Ada paham?

Sihir TANPA jin - penerangan dan kaedah merawat.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang diamalkan bertujuan untuk menyerang pihak lawan. Jika disenaraikan bentuk sihir secara keseluruhan, memang panjang la ceritanya.Apa yang nak dikongsikan pda hari ini adalah perbezaan sihir yang menggunakan jin DENGAN sihir yang tidak melibatkan jin.

Aper kebender lak tu....?

Sihir menggunakan jin:
Sihir jenis ini mudah ditemui dalam kes merawat. Simptom yang dinyatakan oleh Abdul Wahid Salam Bali juga kebanyakkannya merujuk kepada sihir yang melibatkan penggunaan jin. Ada yang senang dan ada yang susah. Semuanya bergantung kepada keizinan Allah s.w.t jua.

* Akidah perawat juga sebahagian faktor kesembuhan penyakit kerana biasanya, akidah yang mantop menunjukkan seseorang itu bersih hatinya. Bila bersih hatinya, hubungannya dengan Allah terutama bab doa tidak akan ditolak. Wallahu'alam

Sihir TIDAK menggunakan jin:
Kes seperti ini amat jarang ditemui.Namun, untuk keberhasilan sihir jenis ini, pengamalnya perlulah mempunyai ilmu kebatinan dan ilmu hitam yang tinggi sepertimana wali-wali syaitan yang dikutuk Allah dan makhlukNya di alam ini.

Pengamal sihir jenis ini kebiasaannya amat kuat syiriknya.

* Seperti yang sedia maklum, tidak ada kuasa pun pada syaitan / jin melainkan dari keizinan Allah. Syaitan amat sukakan manusia yang syirik pada Allah. Bila seseorang itu syirik, maka dia (syaitan) akan memberi imbuhan sepertimana yang dikhendaki oleh si syirik tersebut.

Tapi, takkan Allah makbul bila orang nak buat jahat?

Persoalan di atas bukan hak kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah. Apa yang perlu kita ingat ialah di dunia ini, adanya konsep Ujian dan Bala. Mungkin Allah makbulkan permintaan pengamal sihir adalah sebagai Ujian untuknya. Atau mungkin juga ia adalah nikmat dunia namun menjadi Bala di akhirat akhirnya.

Simptom Sihir Tanpa Jin

Sihir jenis ini banyak melibatkan sakit anggota badan dan pesakit masih sedar dan waras pada waktu sakit.
1-Terasa ada semutan dalam anggota badan.
2-Ngilu atau pedih dalam urat nadi terutama di urat kaki.
3-Stroke sebelah kiri.
4-Badan berbau busuk walau dibasuh dengan sabun.
5-Sakit tumit kaki.

Untuk itu kepada perawat sekalian, jangan lah berputus asa jika anda merawat kes seperti ini. Banyakkan bersabar dan jangan lupa nyatakan pada pesakit. Sihir jenis ini perlu mengambil masa untuk sembuh. Ini kerana, perawat perlu menghadapi pengamal sihirnya secara terus samada secara fizikal atau batin.

Tips kepada perawat jika merawat sihir jenis ini:


1- Bacakan surah Al-Kautsar 10x sebelum tidur dan doa kpd Allah untuk memohon jalan penyelesaiannya jika pesakit sudah di rawat.
2- Amalkan surah Al-An'am:103 100x setiap hari selama 7 hari berturut-turut selepas solat maghrib. Malam ke-8, jazamkan ayat ini sebanyak 6000x. Inyaallah, anda akan diperlihatkan punca dan kaedah merawatnya. Mungkin juga anda dapat berdialog dengan penyihir secara batin.

* Perlu diingat, pengamal sihir jenis ini punyai ilmu kebatinan yang tinggi. Silap-silap, dia tahu anda sedang memperhatikan beliau.

3- Untuk itu, buatlah pagar diri dengan membaca Yaasin:9 sebanyak 3x dalam satu nafas. Tahan nafas seketika dan sedut nafas kembali. Bayangkan anda dilingkari aura energi al-quran yang dibaca. Insyaallah, cctv pengamal sihir tidak akan mengesan anda.

Tips untuk merawat pesakit jenis sihir tanpa jin:

1- Bacakan ayat rukyah sepertimana biasa dan tiup di ubun, belakang tengkuk, dada, belakang dada, tulang sulbi,tangan dan kaki pesakit.
2- Sebaiknya, pesakit berubat dalam keadaan dia berpuasa.
3- Bacakan Al-Furqan:23 dan tiup pada seluruh anggotanya sambil niat 'memecah' serangan sihir yang dihantar.
4- Kemudian, bacakan ayatul kursi di belakangnya sebanyak 7 kali sambil membayangkan anda memotong simpulan tali dibelakangnya setiap selesai satu ayat dibaca.
5- Bekam pada point Ka-Hil dan Ummu Mughits jika berkesempatan.
6- Buat isyarat tangan anda seperti pisau dan belah dari bawah tengkuk menghala ke bawah hingga ke bahagian tulang sulbi. Anda juga boleh menggunakan kayu, besi atau pen sebagai alat belahan jik merawat pesakit bukan muhrim. Sambil belah, anda baca "wal yatalat thof wala yush irun na bikum ahada".

7- Kemudian, bacakan 7x "” Wama Romaita iz Romaita, Wala Kinnalllaha Roma ” dan tiup ditempat belahan tadi.

8- Bacakan juga Yasin:58 sebanyak 7x dan tiup ditempat belahan.
9- Akhir sekali, bacakan "La tataharraku zauratan bi'znillah" sambil mengusap ditempat belahan dengan membayangkan belahan tersebut telah tertutup.

10- Bekalkan pesakit dengan air rukyah selama selama seminggu serta meminum minyak zaitun(olive oil) yang dirukyah dengan ayat syifa' dan yasin:9. Sukatan minum minyak zaitun ialah 2 sudu pada pagi dan petang sblm makan.

11-Lakukan rawatan ulangan seminggu berikutnya jika belum sembuh.

Insyaallah, penyakit sihir tersebut akan sembuh jika berkat kesabaran, amalan, tauhid pada Allah dan taqarrubnya pesakit pada Allah.

# Amalan ini diijazahkan oleh guru saya: Cikgu Ani dan Poksu Nor Bachok.
Kiranya ingin mengamal amalan ini, syaratkan menyedekahkan bacaan Al-fatihah kepada guru sebagai penerima amalan.

Ilmu dan berubat adalah jalan usaha. Yang menyembuh hanyalah Allah jua.
Wallahua'alam.

VCD rawatan terbitan RIDAM. Terbaru di Malaysia!!




Atas permintaan dan cadangan teman seperjuangan, RIDAM telah menerbitkan sebuah modul pembelajaran dalam bentuk Video untuk pelajaran di rumah.

Antara dimuatkan adalah Tatacara asas rawatan, Kaedah merawat, mengikat pesakit, membuat air jampi, memagar kediaman dan teknik pasir sungai.

Harga runcit: RM15SM & RM18SS
Harga termasuk pos: RM21SM , RM26 Sarawak , RM28 Sabah.

Design cover VCD: En. Azahar - Untuk tempahan grafik/web, sila hubungi 0126919264

Siri 1 - Seminar Perubatan Islam di Kemaman

Alhamdulillah, Seminar Perubatan Islam di Masjid Geliga, Kemaman, Terengganu berjalan lancar. Tahniah kepada peserta. Semoga ilmu yang diperolehi dimanfaatkan untuk diri dan orang lain.

Gambar: Penerangan oleh Sdr. Syakirin RIDAM







Gambar: Latihan mengaktifkan tenaga dalam.Salah satu usaha mengaktifkan deria mengesan gangguan dan barang sihir.







Gambar: Latihan mengesan aura pesakit.










Gambar: Pada seminar kali ini, peserta diberi latihan intensif iaitu mempraktikkan sendiri ilmu yang dipelajari dalam seminar sesama pelatih.Dengan kaedah ini, sedikit-sebanyak memberi pendedahan sebenar dalam usaha merawat pesakit.










Gambar: Demo rawatan dr Sdr Syakirin sendiri

MAKLUMAN

Sila layari blog ini secara Web View walaupun anda melayarinya melalui telefon pintar agar tidak terlepas info penting di sidebar yang disediakan.

Semak Akaun RIDAM yang sahih di sini jika ada urusan bayaran produk dan servis.

Syukran Jazilan.

.